Tema! Propeller Island City Lodge yang teletak di Berlin ialah antara hotel paling aneh di dunia. Setiap bilik di dalam hotel ini mempunyai temanya anehnya tersendiri. Ada bilik bertemakan penjara, hantu, tunggang terbalik dan bilik seksaan. Jika anda mahu tinggal di dalam hotel yang aneh silalah ke hotel ini. Cool!
Pertempuran D-Day di persisiran pantai Normandy Perancis ialah antara hari paling bersejarah ketika Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan titik tolak kekalahan askar Nazi Jerman di tangan tentera berikat. Ratusan ribu askar dan senjata milik tentera berikat mendarat di Perancis menggunakan kenderaan amfibia. Usai Perang Dunia Kedua, pegawai tertinggi kor Marin Amerika Syarikat merasakan mereka perlu mempunyai pesawat amfibia yang mampu mengangkut askar dan senjata mereka terus ke medan perang. Convair R3y Tradewinds dibina bagi memenuhi keperluan mereka pada tahun 1946. Empat buah enjin turnoprop dengan 1500 kuasa kuda digunakan dan setiap satunya memutarkan 6 bilah kipas. Ia mampu terbang sepantas 624 kilometer sejam dengan muatan kargo maksimum 33 tan ataupun 80 orang penumpang. Sebanyak 13 buah pesawat ini dibina dan digunakan sehingga 1956 bagi tujuan pengangkutan kargo. Sepanjang tempoh penggunaan pihak Marin mendapati ia mempunyai masalah enjin yang mudah rosak sehingga mengakibatkan beberapa kemalangan maut. Ianya kemudian diubahsuai menjadi pesawat mengisi minyak sebelum akhirnya dihentikan penggunaan pada tahun 1958. Kapal terbang ini cool. Kami ada soft spot dengan pesawat amfibia macam Beriev Be-200 Altair keluaran Russia. Kenapa tak ada banyak pesawat macam ni?
Damn dah tahapa melampau dah Korea Selatan ini. Sampaikan kesemua peserta Miss Korea rupa sepesen. Sememangnya teknik pembedahan plastik Korea Selatan memang Level Asian sebenar!
Kacak Awal minggu ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan 3 orang pemuda UAE diusir dari Festival Kebudyaan Dan Adat Jenadrivah di Arab Saudi kerana terlaku kacak. Pihak polis moral (mutaweem)menghalau mereka kerana dikatakan menyebabkan wanita yang menghadiri festival ini teransang dengan kekacakan mereka. Salah seorang pemuda yang dihalau ini ialah Omar Borkan Al Gala, seorang model, pelakon dan jurugambar. Adakah beliau benar-benar kacak? Adakah turn on melihat Omar memakai jubah dan keffiyeh.
Cool! Dalam hati ada taman ialah bidalan yang sering kita dengar. Hari ini mari kita ke Paris dan melihat konsep bandar Europa City yang merupakan bandar dalam. Projek rekaan firma BIG ini meletakkan bandar di bawah ladang dan akan dijadikan bandar prototaip masa hadapan. Idea disebalik bandar dalam ladang ini ialah bagi mengurangkan pergantungan bandar kepada tanaman yang harus di bawa masuk dari kawasan pedalaman. Penduduk bandar pula hanya akan menggunakan basikal dan pengangkutan awam untuk bergerak. Idea yang bagus tetapi adakah kita bersedia untuk tinggal di dalam bandar sebegini?
McArt Bungkusan kentang goreng McDonalds biasanya dibuang selepas makan. Bagi Ben Frost seorang artis dari Australia, bungkusan kentang goreng dijadikan kanvas untuk hasil seni beliau. Cool! Thanks @Piratz
Tony Stark? Adakah anda menyimpan impian menjadi seorang Batman? Berapakah jumlah wang yang perlu anda belanjakan bagi menjadikan impian anda suatu realiti?
Vrrooom Bulan lalu kami ada menulis tentang Ferrari La Ferraria. Ianya kenderaan hibrid 950 kuasa kuda. Nampaknya La Ferraria mempunyai pesaing dalam bentuk Iconia Vulcano. Iconia ialah sebuah syarikat Sino-Tali yang berpengkalan di Shanghai. Sebuah enjin V12 digunakan bersama dengan dua motor elektrik bagi menghasilkan output berjumlah 950 kuasa kuda ini. Di dalam mod elektrik Vulcano boleh bergerak sejauh 20 kilometer. Buat masa ini hanya sebuah Vulcano akan dihasilkan tetapi Icona bercadang menjual model dengan 750 kuasa kuda pada masa hadapan.
Cool siak! Di dalam filem Iron Man 3 ada beberapa baju zirah baru yang akan diperlihatkan. In fact kami difahamkan 5 variasi baju zirah Tony Stark akan muncul di dalam filem yang akan mula ditayangkan jumaat ini. Anyway Hot Toys akan menjual figura aksi Iron Man Mark 35 Red Snapper berskala 1:16 . Figura aksi ini pastinya akan nampak cool bersebelahan figura aksi Iron Man Mark 7 dan Mark 42.
Bukan untuk si gemuk. Pergunungan Huashan ialah sebuah pergunungan yang dianggap suci oleh penganut Taoism. Gunung yang terletak di Provinsi Shanxi ini dikatakan sudah mula dilawati sami Tao sejak tahun 2 sebelum masihi. Selama lebih 2000 tahun, penganut Tao datang kesini bagi melihat sendiri gunung yang dikatakan tempat tinggal dewa akhirat. Pergunungan Huashan ini juga terkenal kerana kewujudan tangga-tangga yang mencabar kemampuan pendakinya. Tangga sepanjang 6 kilometer ini dipercayai digunakan sejak ribuan tahun bagi menguji kemampuan dan keimanan sami Tao yang cuba sampai ke puncak gunung Huashan setinggi 1604 meter. Sekitar 1980an ianya menjadi adat bagi golongan pelajar untuk memanjat tangga ini bagi menguji kemampuan diri mereka. Kerana jumlah kemalangan dan kematian yang meningkat, kerajaan cina membina beberapa tangga moden yang kurang merbahaya. Mereka juga membina kereta kabel pada tahun 1990 bagi memudahkan pengunjung tiba di puncak gunung. Sungguhpun begitu setiap tahun masih berlaku kematian kerana ada pengunjung yang berkeras mahu mendaki anak tangga yang "mustahil" untuk di daki ini. Crazy!
Klasik! Beberapa minggu sahaja lagi sebelum semua yang layak boleh membuang undi. Mari lihat suasana hari membuang undi dari PRU dulu-dulu. Boleh hisap rokok sambil mengundi...... dan paling best tengok rupa Kak Ros masa muda. She WAS pretty.
Kereta iFag Sebenar Anda sudah ada iPad, iPod, iPhone, MacBook, iMac dan biografi Steve Jobs? Mahu menunjukkan tahap keimanan Apple anda adalah yang paling fanatik? Silalah tempah Volkswagen iBeetle sekarang. Volkswagen Beetle 2013 diberikan sentuhan Apple. Terdapat dock khas untuk meletakkan iPhone pada dashboard kenderaan ini disamping aplikasi khas yang membenarkan anda mengawal beberapa fungsi kereta dengan menggunakan peranti pintar anda. Terdapat dua versi iaitu versi hard top dan convertible. Nantikan kemunculannya tahun hadapan. Sila kumpul duit sekarang. IN B4 "tunggu Samsung keluarkan KIA Galaxy Forte"
Kamera Kura-kura, Buku dan Tenggiling! Taiyo Onorato dan Nico Krebs ialah dua orang artis yang berasal dari Switzerland. Mereka menghasilkan kamera dari bahan-bahan aneh seperti cengkerang kura-kura, tenggiling, buku dan tanduk. Kesemua kamera-kamera aneh ini berfungsi dan mampu memgambil gambar. Kesemua gambar yang diambil dibukukan oleh mereka di dalam buku bertajuk As Long As It Photographs It Must Be A Camera. Jika and mahu membeli buku ini anda boleh belinya disini pada harga RM6000 sebuah. Legit! Kalau pakai kamera kura-kura dekat KLCC mesti jadi GodHipster!
What the what? Adakah anda seorang lelaki macho tetapi jelly dengan pakaian dalam wanita yang lebih seksi dari pakaian dalam anda? Mahu Victor's Secret wujud bagi menggnatikan Victoria Secret? Anda bernasib baik kerana kini wujud Homme Mystere(Rahsia Lelaki ) bagi memenuhi kehendak anda. Mereka menghasilkan pakaian dalam wanita untuk kaum lelaki. Mahukan bra berenda dan babydoll untuk tidur? Belilah dari Homme Mstere. Kini anda boleh berpakaian seksi seperti teman wanita anda.
Pergh! Di Dubai terdapat Al Ain Class Motors, sebuah gedung jualan kereta mewah yang menjual kereta- kereta mewah. Al Ain Class dimiliki oleh usahawan Abdullah Al Ketbi. Di dalam ruang pameran di Dubai ini kereta-kereta bernilai RM 370 Juta diperlihatkan kepada pembeli. Sangat cool. Kalau di Malaysia anda perlu ke bilik pamera Naza World yang terletak di sebelah Federal highway.
What is this? Jika anda masih high dari #420 kami sarankan anda jangan menonton muzik video karaoke di bawah. Boleh kekal high sehingga kiamat kerana video ini trippy nak mampus!
RIP! Apakah terjadi apabila sebuah kereta berprestasi tinggi Mercedes SLS AMG roadster terlibat dalam kemalangan berhalaju tinggi? Di Mannheim Jerman, pemandu dan penumpang kenderaan ini dilaporkan meninggal serta merta apabila kenderaan mereka melanggar tiang jambatan. Damn!
Goodbye Condor! FNSS AV8 Pars (Harimau Bintang Anatolia) ialah kereta perisai terbaru milik Angkatan Tentera Darat Malaysia. Pars akan menggantikan 315 kenderaan Rheinmetall Condor yang sudah uzur dan tidak lagi menepati keperluan ketenteraan moden. Sebanyak 257 buah FNSS AV8 Pars keluaran Turki akan dibina di Malaysia oleh Defence Technologies Sdn Bhd, sebuah anak syarikat DRB-HICOM. Kos pembelian kenderaan ini dikatakan bernilai RM 527 Juta. Sebanyak 12 variasi berbeza kenderaan 8x8 ini akan dihasilkan bagi penggunaan ATM. Kereta perisai ini diperkasakan enjin Diesel 527 kuasa kuda yang mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam. Sebanyak 14 orang krew dan anggota tentera boleh dimuatkan ke dalam Pars pada satu-satu masa. Akhirnya Condor sudah digantikan. Kini giliran Nuri dan Mig 29 pula dipermodenkan!
Cute! Ini ialah Donnalyn Bartolome. Kami jumpa video beliau di Facebook dan ada orang kata beliau awek Subang. Nampak sangat bohong! Donnalyn ialah gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Filipina. Comel...... macam mash up Lisa Surihani dan Irma Hasmie.
Cool! Penutup lurang jalanraya (manhole) di Jepun seperti kebanyakkan benda yang di negara matahari terbit ini direka untuk kelihatan comel. Di Malaysia kami perasan hanya lurang di Melaka dan Putrajaya mempunyai rekaan custom. In B4 "kalau kat Malaysia buat cantik pun kena curik dan dijual mat pit sebagai besi lusuh jugak"
Tidur : Asian Level Tahun lepas kami ada paparkan teknik tidur yang ekstrem di China. Mari lihat beberapa lagi cara tidur yang ekstrem yang menakjubkan.
Mari pelajari anatomi Semasa kami masih muda remaja, kami pernah menonton sebuah filem bertajukFantastic Voyagedimana sebuah kapal selam dikecilkan dan belayar di dalam tubuh seorang manusia. Di dalam filem tahun 1966 ini kami dapat melihat bagaimana rupa organ dan sel manusia dari jarak dekat. Teknologi mengecilkan manusia seperti ini masih lagi fiksyen sains. Tetapi jika anda mahu meneroka badan manusia dari jarak dekat silalah ke Corpus Museum yang terletak di Oegstgeest Belanda. Muzium ini berbetuk tubuh manusia setinggi 35 meter. Pengunjung memasuki tubuh manusia gergasi ini melalui lutut dan naik keatas sehingga ke bahagian otak. Organ dan sel manusia dalam saiz gergasi boleh dilihat sendiri oleh pengunjung dan mereka boleh mempelajari fakta mengenai tubuh manusia. Muzium ini dibuka pada tahun 2008 dan diharap dapat meningkatkan pengetahuan biologi setiap pengunjungnya. Sangat cool dan geeky.
Dunia Tinja Indigestion II ialah arca tinja gergasi yang dihasilkan oleh Liu Wei seorang artis yang berasal dari China. Arca tahi gergasi ini melambangkan dunia yang semakin hancur kerana perang dan ketamakkan manusia. "Tahi" dihasilkan menggunakan tar (melambangkan kepergantungan kita kepada petroleum), dan di dalamnya diletakkan mainan askar dan kenderaan perang. Dunia memang semakin tinja dan arca tinja ini mencerminkan realiti sebenar. Ini baru serius seni!
Beberapa hari yang lalu kami paparkan Hyundai Equus by Hermes. Konsep kenderaan mewah untuk golongan elitis dunia. Hari ini mar kitai lihat konsep kenderaan berprestasi tinggi dari syarikat Korea Selatan ini. Hyundai HD9 diperkasakan enjin 3.3 Liter tubocharge dengan 364 kuasa kuda. Nampaknya Hyundai dah ada kenderaan yang mampu bersaing dengan Ferrari dan Lamborghini. Kami masih menanti Proton menghasilkan supercar pertama mereka.
Untung! Semasa kami masih budak-budak kami gemar menonton siri Punky Brewster. Watak utama rancangan ini mempunyai sebuah rumah pokok yang cool. Needless to say kami tinggal tengah bandar dan kebarangkalian mempunyai rumah pokok adalah mustahil. Anyway hari ini mari lihat sebuah rumah pokok yang cool di Texas. Rumah pokok ini nampaknya lagi cool dari rumah penerima bantuan rancangan Bersamamu. Something is so wrong here bila rumah mainan budak-budak lebih selesa dari rumah rakyat miskin sebenar. Such is life.
Cool Apabila kita memandu di atas lebuhraya, kami yakin anda sering terserampak dengan treler membawa kereta. Kereta baru dibawa dari kilang ke pusat jualan mereka di serata Malaysia. Di Amerika Syarikat kerana jarak kilang ke pusat jualan yang jauh, mereka menggunakan keretapi sebagai mod pengangkutan utama. Sekitar tahun 1970an, syarikat Chevrolet bekerjasama dengan syarikat keretapi Southern Pacific untuk menghasilkan sistem kargo Vert-A-Pac. Kereta Chevy Vega diangkut secara menegak di dalam gerabak khas bagi menggunakan ruang secara maksimum.Sistem Vert-A-Pac mampu memuatkan 30 buah kereta di dalam sebuah gerabak berbanding hanya 18 untuk sistem sebelum ini. Ini memastikan kos penghantaran kereta Chevy Vega adalah murah dan sekaligus harga jualan kereta ini juga boleh dikurangkan bagi menjadikannya mampu milik. Sistem ini tidak lagi digunakan kerena dihentikan pada tahun 1977. Cool system though.
Cool! Melaka ada Eye of Malaysia. Singapura ada Singapore Flyer. Apa yang pasti roda ferris ciptaan George Washington Gale Ferris Jr pada tahun 1893 kini boleh dilihat di seluruh dunia. Di Tianjin China, terdapat Tianjin Eye. Ianya satu-satunya roda Ferris yang di bina diatas jambatan. Tianjin Eye dibuka pada tahun 2008 diatas Jambatan Yongle yang merentasi Sungai Hai. Roda Ferris berketinggian 120 meter ini mempunyai 48 kapsul penumpang yang mampu membawa 8 individu pada satu-satu masa. Setiap putaran lengkap mengambil masa 30 minit. Cool juga!
LOL Semua sudah kena incepted! Macam mana sorakan kepada parti yang disokong boleh salah? Sama macam kain rentang dengan ejaan salah pagi tadi nampaknya
Di Seoul Korea Selatan terdapat Goshinchon ataupun Perkampungan Peperiksaan. Di dalam Goshinchon 30 000 "pelajar" mentelaah sepanjang masa untuk mengduduki peperiksaan bagi mendapatkan kerja sebagai penjawat awam. Di Korea Selatan terdapat lambakan siswazah yang sukar mendapatkan pekerjaan kerana mempunyai ijazah dari kolej yang kurang berprestij. Apabila kerja dengan sektor swasta gagal diperolehi, pekerjaan di sektor awam sahajalah jalan terakhir mereka untuk bekerja. Setiap tahun jumlah "pelajar" sepenuh masa untuk mengambil peperiksaan kelayakan semakin bertambah. Sungguhpun anda layak mengambil peperiksaan, ini tidak bermakna anda boleh mendudukinya. Ini adalah kerana senarai pelajar yang dibenarkan mengambil peperiksaan ini dilakukan secara undian. Kalau bernasib baik dapatlah ambil exam. Inilah Korea Selatan, nak kerjapun susah sungguhpun ada ijazah.
Tech! Kami di Blogserius dan Amanz Network cuba menjadi market leader laman sesawang Malaysia. The road is not easy dan kerap kali kami mencari inspirasi dari tokoh-tokoh yang sudah berjaya. Anda juga boleh mencari inspirasi dari kuotasi di bawah. Mari majukan diri! Sila follow StartupQuote di Instagram untuk lebih banyak kuotasi harian.
Go green! Negara Emiriah Arab Bersatu adalah sinonim dengan minyak, kekayaan melampau yang tidak syariah compliant dan pembinaan monumen mega yang tidak masuk akal. Hari ini for the first time ada projek di UAE yang boleh dibanggakan. Shams 1 ialah stesen janakuasa solar terbesar di dunia dan ianya mampu menjanakan 100 MW tenaga elektrik setiap hari. Ini mampu membekalkan tenaga untuk 20 000 rumah di Abu Dhabi. Shams 1 yang bermaksud Matahari 1 mempunyai keluasan 2.5 kilometer persegi yang memuatkan 258 048 keping cermin. Ianya dibuka secara rasmi pada 19 Mac yang lalu selepas tiga tahun pembinaan dengan kos USD 600 Juta (RM 1.8 Billion). Dua lagi stesen janakuasa solar dengan keluasan yang sama akan dibina bagi mengurangkan pergantungan UAE kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. Malaysia bila lagi? Letak kat Kedah atau Perlis mesti sesuai! Panas baq hang!
Video beberapa pelajar perempuan mempermainkan solat sambil menyanyikan lagu Maroon 5 di bawah menimbulkan kemarahan warga Indonesia. Video yang dimuat naik 12 April lalu ini kini menjadi viral di Indonesia.Menurut laporan media pelajar ini belajar di salah sebuah sekolah di Desa Tambun, Kabupaten Toli Toli, Provinsi Sulawesi Tengah
Kuda Korea Hyundai mengeluarkan kenderaan limosin Equus untuk menandingi Mercedes dan BMW. Kenderaan eksekutif ini sudah dijual sejak 1999. Bagi menunjukkan ke SWAGan mereka, tahun ini mereka memperlihatkan Equus byHermès. Ianya kerjasama Hyundai dengan syarikat pengeluar barangan kulit terkenal dari Perancis Hermès. Kemasan dalaman Hyundai Equus digantikan dengan kulit buaya dan ruangan penumpang direka untuk kelihatan lebih mewah. Equus Hermès diperlihatkan secara rasminya di Pameran Kereta Seoul minggu lalu. Sesuai denga nama Equus (kuda), kenderaan konsep ini mensasarkan pembelian dari golongan kaya di Gangnam dan Dubai.
Pesawat ujikaji Aérospatiale-BAC Concorde ialah pesawat penumpang supersonic kedua selepas Tupolev Tu 144 . Tetapi sebelum Concorde menjadi realiti, beberapa pesawat eksperimental dihasilkan bagi mengkaji bentuk pesawat dan konfigurasi sayap yang sesuai untuk digunakan pasa skala sebenar. Handley Page HP 115 ialah pesawat yang boleh dikatakan bapa kepada Concorde. Pesawat bersayap delta ini mempunyai rupa yang aneh seakan-akan berudu. Badan pesawat ini pipih dan kecil berbanding luas permukaan sayap yang besar. Ianya dibina pada tahun 1961 pagi menguji sistem kawalan pesawat bersayap delta pada kelajuan rendah. Ini adalah penting bagi memastikan Concorde masih boleh dikawal ketika melakukan pendaratan. Pada awalnya HP 115 sepatutnya dibina hanya sebagai sebuah glider kayu tetapi Handley Page mendapati adalah lebih murah membina pesawat logam dengan enjin jetnya sendiri. Pesawat aneh ini melakukan pelbagai penerbangan ujian sehingga tahun 1974, 5 tahun selepas Concorde berjaya diterbangkan. Oleh sebab itu pesawat ini kini disimpan di Muzium Fleet Air Arm yang terletak di Bristol United Kingdom dan dipamerkan bersebelahan prototaip Concorde pertama di dunia.Jika adan di UK silalah pergi.
Hazrat Ali Masjid Biru Mazar-I-Sharif ialah antara masjid yang tercantik di dunia. Ianya dianggap suci oleh sesetengah penganut Syiah yang percaya ianya merupakan makan kepada Saidina Ali. Menurut lagenda, jasad Saidina Ali digali semula dan dilarikan ke timur selama beberapa minggu di atas seekor unta. Jasad kalifah ke-4 Islam ini digali semula kerana pengikut beliau percaya musuh-musuh mereka akan memusnahkan jasad Ali sekiranya ia dibiarkan ditanam di Najaf Iraq. Selepas mearikan diri selama beberapa minggu, unta yang membawa jasad Ali mati kepenatan dan jasad Ali ditanam di Balkh Afghanistan secara rahsia dan kemudian dilupakan. Pada kurun ke-12 seorang Mullah berkata beliau bermimpi didatangai Saidina Ali yang menunjukkan lokasi makan beliau. Masjid Biru kemudian dibina di atas lokasi yang diberikan melalui mimpi ini. Selain menjadi makan Saidina Ali, masjid ini juga terkenal dengan merpati putih yang dibela di perkarangan masjid. Ianya juga menjadi sebahagain kecil kawasan awam yang membenarkan kaum wanita membuka purdah mereka tanpa perlu risau diambil tindakan.
Anti Banjir! Di Vietnam, seperti kesemua negara beriklim tropika masalah banjir tahunan menyebabkan kerosakan bernilai jutaan ringgit. Firma rekaan H&P dari Vietnam memperlihatkan konsep perkampungan terapung mereka untuk kawasan banjir di Vietnam. Rumah yang diperbuat dari buluh dibina diatas kerangka besi dan tong minyak terpakagai dikitar semula menjadi pelampung. Ketika banjir rumah akan terapung tetapi tidak akan hanyut kerana dipasak ke bumi menggunakan ceracak besi. Dinding buluh setiap rumah juga boleh digunakan sebagai tempat bercucuk tanam. Kos pembinaan setiap rumah ialah sekitar RM6000 dan dirasakan mampu mengurangkan kos kerosakan paska banjir dan juga menyelamatkan nyawa penduduk. Ini mengingatkan kami kepada konsep sekolah terapung di Lagos Nigeria yang pernah kami paparkan dahulu.
Keep The Blue Flag Flying High Chelsea memperlihatkan rekaan jersi terbaru mereka untuk musim 2013-2014. Jersi terkini ini mempunyai rekaan seakan jersi Chelsea UMBRO musim 1999-2000. Very cool! Jom order sekiranya anda peminat Chelsea sebenar. Jika tidak sila ke padang besar! hahaha.
Raja Dadah! Ketika masih hidup, Raja Dadah Pablo Escobar mengawal 80% pasaran kokain dunia. Beliau dilaporkan mengeksport 80 tan kokain ke Amerika Syarikat setiap bulan. Dalam sebuah serbuan, sebuah pesawat milik Escobar berjaya ditahan pihak berkuasa dan 23.5 kokain ditemui dalam ruangan kargo. Beliau juga dikatakan memiliki harta bernilai USD 3 Billion. Hacineda Napoles ialah ladang milik beliau sebesar 20 kilometer persegi. Ianya adalah salah sebuah dari puluhan rumah milik beliau. Rumah agam ini dilengkapi zoo yang dipenuhi dengan haiwan yang diimport dari Afrika. Sebuah lapangan terbang juga dibina bagi memudahkan Escobar bergerak tanpa dikesan pihak berkuasa. Selepas kematian beliau pada tahun 1993, Hacienda Napoles dijarah oleh musuh-mush Escobar. Koleksi kereta Escobar dibakar dan rumah ini musnah kerana musuh beliau percaya Escobar menyimpan harta di dalam peti rahsia yang disembunyikan di dalam dinding. Ini semua hanyalah khabar angin dan tiada harta ditemui.
Hak milik Hacienda Napoles diserahkan oleh kerajaan Columbia kepada kerajaan tempatan sungguhpun mendapat tentangan waris Escobar. Rumah agam ini kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat tinggalan harta raja dadah terkenal dunia ini. Pesawat pertama yang digunakan Escobar untuk menyeludup dadah masuk ke Amerika Syarikat diletakkan di pintu gerabang utama. Sejarah rumah agam dan kisah hidup Escobar juga diletakkan sekeliling taman tema ini. Pada tahun pertama taman tema ini dibuka, 50 000 pelawat datang dari serata dunia. Kini Hacienda Napoles mempunyai sebuah taman air dan hotel 5 bintang bagi kegunaan pelawat. Aneh...... tetapi siapa sangka rumah raja dadah boleh menjadi taman teman mesra keluarag!