Saturday 29 November 2014

Serius Cool - 15 Bekas Abu Rokok Yang Cool Dan Kreatif


Sap kok lue

Kami dah berhenti merokok tetapi kami masih simpan ashtray yang pernah kami gunakan. Sekarang jadi tempat letak thumbdrives dan alatan membuka sim telefon. Di bawah ialah beberapa ashtray yang kami rasakan cool dan mahu miliki walaupun setelah mengatakan Tak Nak!



Serius Cool - Adidas Mirosar10 : But Terkini Lionel Messi (10 Gambar)


Messi

Lionel Messi ialah pemain bolasepak terhebat dalam sejarah. Sure he never won a World Cup tetapi pencapaian peribadi beliau dalam menjaringkan dan menghasilkan gol hanya boleh dicabar oleh Cristiano Ronaldo. Bagi memperingati asal usul beliau, Adidas menghasilkan but Mirosar10. Mi Rosar bermaksud Rosarku. Rosario ialah bandar kelahiran Lionel Messi di Argentina. Warna oren pada kasut melambangkan warna kelab pertama beliau Grandoli. Ketika di Grandoli, pasukan ini hanya kalah sekali dalam masa 4 tahun kerana kehebatan Messi mejaringkan gol. Selain warna kelab pertama Messi, Mirosar10 turt mempunyai peta Rosario yang dicetak pada pelapik kasut. Kami menantikan kasut Mat Yo oleh Adidas. Ok I joke!



Serius Fakta - Makna DIsebalik Logo UMNO


Baru tahu

Kami SLOWPOKE. Hari ini baru tahun makna disebalik logo UMNO




Serius LOL - Tempat Letak Kereta Paling Tidak Marhaen Di Muka Bumi Malaysia


FUUUUUUUUUUUUUUU

Manusia dicipta oleh Allah sama rata. Dalam Islam yang membezakan taraf seseorang di Malaysia ialah amal ibadah. Di Malaysia kita SWAG. Mesti ada pangkat tertentu dan sebab itulah tempat letak kereta macam ini dicipta. Padan muka korang dilahirkan tidak berpangkat dan berstatus SWAG.


Serius Kreatif - Pokok Padi Krismas : Antara Pokok Krismas Kreatif Di Publika (9 Gambar)


A Green Xmas?

Di Publika KL sekarang sedang berlangsung pameran pokok Krismas alternatif. Pokok krismas biasanya dari pokok ru diubahsuai mengikut kekreatifan tempatan. Kami cukup suka dengan rekaan pokok Krismas bertingkat menggunakan pokok padi. Lebih relevan jika untuk negara tropika di Malaysia. Silalah ke ruang legar Publika untuk melihat sendiri rekaan pokok Krismas alternatif yang dipamerkan. Cool beans!



Serius Cool - Trailer Star Wars VII : The Force Awakens


Piu Piu 

Trailer Star Wars Episode 7. Excited yet? Ntha kenapa aku rasa macam tak best je. Luckily ini hanya teaser.



Serius VS - 11 Perubahan Wajah Pengguna Dadah Meth Yang Menakutkan.


What!

Don't do meth guys..................



Serius Cool - Bvlgari Sapphire Bridge Tourbillon : Jam Mewah Lutsinar (9 Gambar)


Awesome

Bvlgari Sapphire Bridge Tourbillon ialah sebuah jam tangan yang unik. Ini adala kerana ia mempunyai tubuh lutsinar yang membolehkan anda melihat rupa dalaman mekanikalnya. Ia diilhamkan oleh rupa sebuah dram dan kebuk lutsinar jam tangan ini juga berfungsi sebagai echo chamber yang menguatkan bunyi loceng jam. Bahagian lutsinar diperbuat daripada batu nilam dan tali pula daripada kulit buaya. Harga jam tangan ini bermula dari Euro 161 000 (RM 677 000) sebuah. Mari join parti politik yang menegakkan bangsa dan agama bagi untuk memastikan anda boleh memiliki jam ini. For reals. 



Thursday 27 November 2014

Serius Kreatif - Grffiti Jalanan 3 Dimensi Sergio Odeith (14 Gambar)


Art

Sergio Odeith ialah seorang artis graffiti yang berasal dari Lisbon Portugal. Karya jalanan beliau nampak sanat cool dan literally pops out of the wall. 



Serius Cool - Kolam Air Panas Széchenyi : Terbesar Di Eropah (12 Gambar)


Spa

Semasa di kolej kami suka lepak di kolam air panas berhampiran Simpang Pulai. Lepas mandi air terjun terus masuk kolam air panas untuk keseimbangan terma. Ia juga turut merawat penyakit panau dan kurap sekiranya anda. Kolam air panas di Malaysia biasanya low budget. Kolam simen dan batu batan dibina secara segera. Tiada astetik langsung. Di Budapest Bulgaria ada Kolam Air Panas Széchenyi  yang cantik. Kolam air panas ini adalah yang terbesar di Eropah dan sudah beroperasi sejak 1913. Ia mendapatkan sumber air dari dua mati air panas. Suhu air panas mencecah 77 darjah selsius sebelum disejukkan kepada sekitar 35 darjah selsius ke dalam 18 kolam di seluruh kompleks. Tiga kolam besar terletak di luar manakala 15 lagi ialah kolam tertutup. Ianya santa popular di kalangan penduduk Budhapest yang mahu berendam air panas walaupun ketika musim sejuk. Looks damn classic too. Nice!



Serius Sadis - Realiti Disebalik Iklan "Mari Kahwin Dengan Awek Syria" Tempohari


Kesian

Awal tahun lalu heboh iklan tawaran berkahwin dengan gadis sunti Syria di Malaysia. Kahwin untuk selamatkan saudari Islam dari dibunuh dan  menjadi mangsa peperangan kononnya. Maka ramailah meleis yang gembira bertepuk tampar mengidam gadis Syaria putrih melepak, sopan santun, puting merah jambu dan pandai jaga suami dengan harga tak sampai RM6000. Luckily tawaran kahwin refugee peperangan Syria ini tidak betul. Malang sekali perkahwinan anak dara sunti di zon peperangan Syria bukan fisyen dan realitinya sangat menyedihkan. Kasihan. Sudahlah hidup di zon peperangan menanti maut, kini menjadi mangsa nafsu serakah pedo. God protect them from evil and sufferings. 


Serius Konsep - Chevrolet Chaparral 2X Vision Gran Turismo (12 Gambar)


Style

By now kita tahu masa hadapan dengan kereta terbang adalah fantasi yang tidak akan menjadi realiti. Kita akan kekal menggunakan kenderaan beroda dalam masa terdekat. Oleh itu tidak mengejutkan kereta kosep Chevrolet Chaparral 2X Vision Gran Turismo mempunyai empat roda tetapi dengan rekaan tubuh kereta yang radikal. Pemandu duduk bertelangkup di dalam kokpit kenderaan konsep ini. Ia diperkasakan enjin denyutan laser 900 kuasa kuda dan mampu memecut sehingga 386 kilometer sejam. Ini semuanya fantasi tetapi kenderana ini boleh dipandu di dalam permainan video Gran Turismo 6



Serius Hot - Selena Gomez Di American Music Award (8 Gambar)


Wow

Selena Gomez in a nice simple black dress. Masih nampak cantik. Bieber memang bodoh. HAHAHA 



Tuesday 25 November 2014

Serius LOL - Teknik Menipu Dalam Peperiksaan Paling Godlike Di Jepun


LMAO

Tak tahu dari filem mana tapi teknik seludup toyol yang dipaparkan memang gigih.




Serius Cool - MountMitte : Taman Parkour Di Berlin (16 gambar)


Yamakasi


Parkour ialah sukan lasak yang semakin digemari di Malaysia. Sudah ada beberapa pusat khas yang membenarkan atlet parkour negara untuk berlatih di dalam suasana yang selamat tanpa perlu takut tercedera. Di Berlin, Jerman ada Taman Mountmitte. Ianya taman untuk penggemar sukan parkour dan memanjat. Ia dibuka sejak tahun 2012 dan anda boleh tergantung sehingga 40 kaki dari permukaan tanah.Taman vertikal ini membenarkan pengunjung tidak mengira umur memanjat sesuka hati dengan selamat. Jika anda tidak gayat taman gantung ini pastinya akan membuatkan anda gembira. I just stay at ground level and enjoy the cool views!



Serius Cool -The Bugatti Mythe : Jam Tangan Mewah Bugatti (9 Gambar)


SWAG

Kami pernah paparkan jam tangan Ferrari dan Lamborghini. Hari ini mari lihat jam tangan mewah Parmigiani Fleurier yang diberi nama The Bugatti Mythe. Ia diperbuat daripada emas ros dan tali kulit Hermes. Ia dibina sempena ulang tahun ke sepuluh kerjasama Bugatti dan Parmigiani Fleurier. Don't even try to ask the price. No point! What an engineering masterpiece though. 



Monday 24 November 2014

Serius LOL - #RIPMatematik : Editor Gagal Congak Di Sekolah?


Adoi!

Jauh sangat tu bro.......


Serius Kreatif - Lukisan Fantasi Futuristik Oleh Ian Jun Wei Chew (16 Gambar)


Malaysia!

Ian Juan Wei Chew ialah seorang artis konsep digital yang kini bekerja di Turn 10 Studios. Beliau mendapatkan pengajian seni rekaan konsep di Academy Of Art Universiti San Francisco. Ini ialah beberapa karya fantasi futuristik beliau. Amazing art bro!



Serius Cool - TreeTop Crazy Rider : Roller Coaster Digantung Pada Pokok (13 Gambar)


Cool Beans

Taman teman dan Roller Coaster memang tak boleh dipisahkan. Jika anda bosan dengan roller coaster biasa mungkin anda boleh mencuba Tree Top Crazy Rider. Ianya gabungan roller coaster dan zipline yang dipasang pada pokok. Ianya terletak di New South Wales, Australia dan sudah beroperasi sejak tahun 1998. Terdapat dua crazy rider yang boleh anda naiki. Untuk yang kurang berani terdapat laluan lebih santai sepanjang 300 meter. Jika anda mahukan thrill yang lebih sebuah laluan lebih mencabar sepanjang 1 kilometer untuk anda. Bayaran bermula dari 35 AUSD untuk kanak-kanak. Hanya mereka yang mempunyai berat diantara 30-120 kilogram dibenarkan menaiki thrill ride ini.  



Serius Konsep - Ocean Spiral : Bandaraya Bawah Laut Di Jepun (11 Gambar)


Future

Dengan kenaikan paras air laut dunia akibat dosa manusia yang semakin banyak. Pembinaan kota di dasar laut adalah idea yang semakin popular. Setakat ini hanya ada hotel yang dibina di dalam dasar laut tetapi kota besar masih lagi impian masa hadapan. Ocean Spiral ialah sebuah lagi konsep bandaraya bawak laut di Jepun. Ia mempunyai sebuah sfera berdiamater 500 meter di dasar laut dan lorong berjalan yang berpusar 9 batu ke dasar laut. Ianya tahan gempa bumi dan taufan yang kerap melanda Jepun. Sumber makanan dan elektrik turut dijana sendiri oleh Ocean Spiral dari laut. Ia mampu menempatkan 5000 orang penduduk dan kos pembinaan akan mencecah Yen 3 Trillion (RM 85 Billion). Adakah anda mahu tinggal di kota bawah laut? 




Serius Cool - Lammily : Patung Lebih Sihat Berbanding Barbie (9 Gambar)


Body Image

Body image patung Barbie adalah sangat tidak sihat untuk kanak-kanak perempuan yang bermain dengannya. Nisbah tubuh Barbie tidak boleh dikecapi oleh manusia normal dan dikatakan penyebab mengapa ada kanak-kanak mengalami masalah bulemia dan anoreksia. Oleh itu patung Lammily dicipta bagi memberikan imej yang lebih masuk akal. Tubuh Lammily mempunyai bentuk tubuh purata gadis berusia 19 tahun di Amerika Syarikat. Selain nisbah tubuh yang logikal anda juga boleh membeli pelekat tambahan bagi menambah frackles, stretch mark dan cacah bagi membuatkan Lammily lebih hampir kepada manusia sebenar!



Serius Bodoh - Bukti Kukuh Drifter Arab Saudi Paling Berani Mati


Dayyum

Let's break it down. Drift atas jalanraya terbuka. Drift sebelah bas sekolah dan also drift sambil tak pakai tali pinggang. Yep......... must be a Saudi Arabian.

Sunday 23 November 2014

Serius - Senarai Perkataan Yang Haram Digunakan Oleh Orang Bukan Islam Di Kedah


HARAM!



Di bawah ialah senarai perkataan yang haram digunakan oleh orang bukan Islam di Kedah. Perkataan-perkataan di bawah tidak boleh digunakan oleh warga Kedah bukan Islam dalam bentuk cetakan ataupun percakapan umum. Jika didapati menggunakan perkataan di bawah mereka boleh dikenakan penjara 3-4 tahun. Sebagai contoh sekiranya kawan beragama Hindu anda menyebut assalamualikum kepada anda, mereka boleh didakwa. Maka kepada orang Kedah yang ada kawan bukan Islam sila habaq kat depa supaya berhati-hati. Perkataan-perkataan di bawah hanya boleh digunakan oleh orang Islam Kedah. Hangpa boleh pi Perlis atau Penang kalau nak sebut jugak. Degil kalu penjara juga masuk!


  1. Assalamualaikum
  2. Insyaallah 
  3. Allahu Akbar
  4. Subhanallah 
  5. Alhamdulilah  
  6. Lailahaillallah 
  7. Masyaallah 
  8. Astagfirullahalazim
  9. Auzubillahi
  10. Walillahilhamd 
  11. Watallahi 
  12. Tabarakaallah 
  13. Wallahi
  14. Wabillahi
  15. Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
  16. Allah 
  17. Firman Allah 
  18. Hadis 
  19. Kaabah 
  20. Ibadah 
  21. Kiblat, 
  22. Haji 
  23. Mufti 
  24. Rasul 
  25. Quran 
  26. Sola, 
  27. Khutbah
  28. Fatwa 
  29. Imam 
  30. Dakwah 
  31. Wahyu, 
  32. Masjid 
  33. Surau 
  34. Zakat 
  35. Syariah 
  36. Akhirat 
  37. Nabi.

Sumber Sinar Harian

Saturday 22 November 2014

Serius Kreatif - Watak-Watak Naruto Versi Realistik Oleh Sakimichan (9 Gambar)


Incredible!

Siri manga Naruto baru sahaja selesai minggu lalu selepas bertahun menghiburkan peminat mangsa sedunia. Di bawah ialah beberapa lukisan realistik watak-watak kesayangan anda dari komik ini oleh Sakimichan. Beliau pernah bekerja sebagai pelukis konsep di syarikat permainan video Bioware. Amazin art. Sila ikuti laman Facebook ataupun DeviantArt Sakimichan sekiranya anda mahukan lagi realistik dari beliau. Good job terutamanya watak Harem no Jutsu



Serius Kreatif - Koleksi 15 Cerita Pendek Menarik #MyCerpen Di Twitter


Nice!

Pipiyapong memang power tapi kalah dengan SuperLepLep. Still cool story bros!



Serius Cool - Kia Sorento Edisi Wolverine (6 Gambar)


Snickt!

KIA banyak menghasilkan kenderaan versi adiwira. Sebelum ini sudah kami paparkan kereta KIA edisi Justice League. Kali ini mereka menghasilkan kenderaan untuk adiwira komik Marvel pula. Di bawah ialah KIA Sorento edisi Wolverine lengkap dengan kuku tajam Encik Logan. Ianya sebuah Sorento edisi 2016 yang diubahsuai sempena pengeluaran BluRay filem X Men Days of Future Past. Nampak bad ass but too bad real adamantium not included. Kalau tidak langgar dindingpun tak kemek macam tin Milo.



Serius - Malaysia's Unwanted : Kehidupan Pelarian Di Malaysia Yang Sukar


Oh Dear

Kita harus bersyukur menjadi rakyat Malaysia di bumi Malaysia. Sure harga barang naik dan jika anda kelas pertengahan anda tak layan BR1M but at least kehidupan anda tidak sesukar kehidupan pelarian di Malaysia. Kami kerap dengan rintihan pelarian Rohingya di Malaysia. Larikan diri dari dibunuh di Myanmar kerana mereka muslim. Datang ke Malaysia sebuah negara Islam contoh untuk kehidupan yang lebih baik tapi end up getting abused here as well. Agak sedih melihat dokumentari ini. Jika apa yang diceritakan oleh pelarian di bawah adalah benar ianya sangat memalukan Malaysia. 


Serius Cool - Powerlace : Sistem Mengikat Tali Kasut Secara Automatik (10 Gambar)


Back to The Future

Ketika di bangku sekolah dahulu kami benci mengikat kasut. Oleh sebab itu zaman sekolah kami hanya membeli kasut Bata tanpa tapi. Ianya bukan sahaja lebih mudah digunakan malahan cepat dibasuh. Kalau beli kasut Bata BM 2000, tali perlu dibuka dan diberus sehingga bersih setiap hujung minggu. Lepas sudah kering tali kena dimasukkan semula ke dalam lubang. Sebagai seorang pelajar yang pemalas kami tidak nampak logik membeli kasut bertali. Oleh sebab itu selepas kami menonton Back to The Future 2 dan melihat sistem mengikat tali kasut automatik Nike Mag, kami mahukan ia menjadi realiti. Selepas 25 tahun barulah kasut fiksyen filem Michael J Fox ini menjadi realiti dengan wujudnya Powerlace. Kasut Powerlace akan terikat secara automatik apabila anda menyarungkannya.

Sistem Powerlace tidak menggunakan sebarang bateri, spring ataupun gear untuk menggerakkan mekanisma mengikat tali. Sebaliknya ia dilakukan dengan menggunakan berat badan pemakai sendiri. Pelapik pada bahagian tumit kasut akan bergerak ke bawah dan menarik tali kasut apabila kasut dipakai. Untuk membukanya pula terdapat tuil pada belakang kasut yang melepas sistem pengunci tali kasut. Kasut Powerlace sedang mengumpul dana untuk penghasilan secara meluas di Kickstarter. Tahun 2014 memang tahun yang menarik bagi peminat filem Back To The Future 2. Beberapa minggu yang lalu Hendo, prototaip Hoverboard dihasilkan dan hari ini kasut dengan pengikat tali automatik pula menjadi realiti. Apa yang kami nantikan untuk menjadikan 2014 tahun terbaik dalam sejarah peradaban dunia ialah mesin masa boleh terbang turut menjadi realiti.



Serius VS - Sebelum vs Selepas Pembedahan Ubah Jantina #3 (7 Gambar)


Sado

Ini ialah Kieran Moloney (23), yang sekali pandang kelihatan seperti seorang jejaka sado. Sebenarnya beliau dilahirkan sebagai Clara Moloney dan sudah hidup sebagai seorang lelaki sejak 7 tahun yang lalu selepas disahkan sebagai seorang transgender. Tiga tahun yang lalu beliau melakukan pembedahan jantina untuk kelihatan sepenuhnya sebagai seorang lelaki. Teman wanita beliau Charlotte Urie (20) langsung tidak menyangka Kieran memulakan hidup sebagai seorang wanita. Kini pasangan comel ini akan mendirikan rumah tangga. Amazing transformation. Mengingatkan kami kepada perubahan Yvonne Buschbaum yang  juga berubah dari seorang wanita menjadi lelaki yang kacak



Friday 21 November 2014

Serius Klasik - Dynasphere : Kenderaan Satu Roada Yang Gagal (11 Gambar)


1Kereta


Dynasphere ialah kenderaan aneh satu roda yang dicipta oleh John Archibald Purves pada tahun 1930. Beliau berasal dari Somerset England. Kenderaan ini dihasilkan beliau dengan visi sebagai "kenderaan pantas masa hadapan".  Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam. Yeah "pantas" betul.Terdapat dua prototaip dihasilkan oleh beliau. Ia diperkasakan oleh enjin petrol 6 kuasa kuda.  Dalam versi awal, arah kenderaan dikawal dengan pemandu membengkokkan badan ke sisi. Hendak ke kanan bengkokkan badan ke kanan dan vice versi. Di dalam versi kedua sistem stereng disertakan tetapi mengawal kenderaan ini masih lagi sukar. Masalah kesukaran mengawal dan sukar untuk dihentikan ialah dua sebab mengapa kini Dynasphere tidak lagi wujud. Yang wujud hanyalah kartun Spiral Zone!



Serius LOL - 15 Alasan Paling Cliche Awek Reject Lelaki


Kah kah!

Seb baik aku dah kahwin!

Thanks @pusparos


Serius Shit - Bas Bergerak Menggunakan Tahi Manusia Di Bristol (6 Gambar)


Serius Tahi!

Tahi biasanya dibuang dan sisa kumbahan di proses semual untuk kegunaan seharian. Di Bristol, Wales lain pula ceritanya kerana tahi manusia dan sisa kumbahan digunakan bagi menjalankan bas. Gas metana yang dihasilkan dari proses pereputan tinja dikumpul dan digunakan sebagai bahan api. Setiap basb erkuasa tahi ini boleh berjalan sejauh 300 kilometer sebelum tangki perlu diisi semula. Selain menggerakkan pengangkutan awam, gas bio-metana ini juga digunakan untuk menjana elektrik penduduk setempat. Ini sememangnya mesra alam. Di New York terdapat projek yang sama. Gas dari najis manusia dan kumbahan digunakan untuk menjana elektrik. Sisa pejal yang tertinggal diproses sekali lagi untuk menjadi baja yang digunakan untuk perladangan. Yes di Amerika Syarikat tahi manusia digunakan sebagai baja semulajadi. When you think about it makes a whollottasense kerana manusia menghasilkan banyak tinja setiap hari. Apa salahnya jika dikitar semula for the good of the earth! Ini mengingatkan kami kepada motosikal berkuasa tahi di Jepun. Jadi mengapa teknologi ini tidak digunakan dengan lebih meluas? Kerana kos untuk menghasilkan bio-metana adalah lebih mahal dari bahan api fossil. 



Serius VS - Siapa Lebih Pengotor : Lelaki Ataupun Wanita?


Fight!

So siapa lebih pengotor? Lelaki vs Wanita. Realiti vs mitos. 



Serius Kreatif - Jika Adiwira Moden Hidup Di Kurun Ke-17 (15 Gambar)


Genius!

Kostum adiwira sekarang semakin awesome. Rekaan kostum watak-watak Avenger nampak bellievable enough to be used IRL. Kostum kegemaran kami ialah Thor. I mean it look so damn cool. Tetapi apakah terjadi jika adiwira popular wujud pada kurun ke-17? Ini ialah kostum adiwira popular jika mereka wujud pada kurun ke-17 oleh Sacha Goldberger. Kostum Wolverine dan Spiderman paling LULZ.



Serius Cool - Mesin Treadmill Gergasi Untuk 10 Pengguna Serentak (6 Gambar)


Giant!

Mesin treadmill digunakan bagi latihan berlari-lari anak ke Musdalifah. Ianya mesin yang membolehkan anda berlari setempat sejauh puluhan kilometer sekiranya mampu. Di Chile sebuah mesin treadmill gergasi dihasilkan oleh Oxford Fitness. Ia sepanjang 6 meter, lebar 3 meter dan tinggi 5 meter. Ia mampu memuatkan 10 orang pengguna serentak pada kelajuan diantara 1 - 16 kilometer sejam.Ianya dihasilkan untuk mempromosikan mesin larian terbaru mereka. Cool. Just don't make run on them!



Serius Cute - Model Mini Millennium Falcon Diperbuat Daripada LEGO (12 Gambar)


Cool Beans

Kami meminati Star Wars dan LEGO. Malang sekali harga model kenderaan Star Wars versi LEGO adalah terlalu mahal. Kami tak mampu. Jadi model kenderaan LEGO versi mini yan dihasilkan oleh Brickinside di bawah bukan sahaja cool dan comel malah ianya juga membolehkan kami memiliki Millennium Falcon yang lebih mampu milik. NICE!



Wednesday 19 November 2014

Serius Cool - Livraria Cultura : Kedai Buku Yang Menggalakkan Membaca (13 Gambar)


Nice gila

Di Malaysia adalah dilarang membaca buku yang dijiual di kedai buku. Buku yang baru dibalut seperti menyalut kemaluan bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Kedai buku Livraria Cultura di Sao Paolo Brazil menggunakan pendekatan berbeza. Kedai dengan luas lantai 2500 meter persegi ini direka bagi mengajak pelangan duduk membaca dan bersosial di dalam ruang terbuka di tengah-tengah kedai. Terdapat ruang untuk duduk yang selesa di tengah-tengah dan tangga. Terdapat juga kedai kopi supaya pelanggan boleh minum sambil membaca buku yang dibeli. Sebuah idea yang bagus. Di Mid Valley dahulu ada MPH gergasi di tingkat bawah. Di dalamnya ada taman membaca lengkap dengan pancuran air. Kini semua tinggal kenangan. Konsep sama tetapi nyata di Malaysia pelanggan cheapskate baca buku sampai lunyai tetapi tak beli apa-apapun!



Serius Klasik - Iklan-Iklan Klasik Ketika Malaya Masih Belum Merdeka (11 Gambar)


Wow!

Amazingly design rekaan iklan-iklan oldskool ini lebih kemas dan cantik. Tak macam iklan barang kuatkan kotel dan produk kecantikan meleis yang berlambak di pasaran. 



Serius Konsep - Konsep Kenderaan Pandu Sendiri Masa Hadapan (11 Gambar)


IDEO

IDEO ialah firma rekaan industri yang ternama, Mereka bertanggungjawab mereka produk untuk Apple, Nike  dan Microsoft. Teknologi kereta pandu sendiri ialah antara teknologi yang kini pesat dibangunkan. Mari lihat beberapa idea kereta pandu sendiri yang dicipta oleh mereka. Kenderaan masa hadapan menurut IDEO boleh berfungsi sebagai office on wheels. Tiada masa terbuang ketika dalam perjalanan ke pejabat. Kerana ia mampu mengelak dari kemalangan, bada logam tidak lagi diperlukan. Badan kenderaan diperbuat daripada kaca dan membenarkan penumpang menikmati pemandangan ketika berjalan ke destinasi. Idea yang memang diluar kotak. Apa pandangan anda? Adakah masa hadapan dengan kenderaan pandu sendiri akan menjadi kenyataan?



Serius Cool - Baju Diperbuat Daripada Kertas Rekaan Asya Kozina (10 Gambar)


Coolness

Asya Kozina ialah seorang pereka fesyen yang berasal dari St Petersburg Russia. Beliau gemarkan rekaan pakaian etnik dan kertas. Dengan menggabungkan dua perkara di atas beliau menghasilkan pakaian yang diperbuat 100% daripada kertas di bawah. Sangat cantik dan eksotik!





Serius Genius - Senjata Buatan Sendiri Free Syrian Army (18 Gambar)



Power

Free Syrian Army sudah menentang tentera Bashar Al Assad sejak 2011. Kelengkapan mereka kuno jika dibandingkan dengan tentera moden Assad yang menggunakan senjata buatan Russia. Ini tidak bermakna mereka akan mudah kalah. Dengan kepakaran dan kekeretifan mereka sendiri senjata-senjata buatan sendiri di bawah dihasilkan. Siap ada rudal mesingan dengan sistem kawalan jarak jauh menggunakan Playstation 2. Telefon pintar juga digunakan untuk melakukan serangan roket pada posisi musuh. Moga dipermudahkan perjuangan mereka menentang kekejaman. Meanwhile apa yang kita boleh buat jika di dalam situasi yang sama?




Serius Kreatif - Banncars : Ilustrasi Kenderaan Klasik Pop Culture (12 Gambar)


Cool

Filem ikonik biasanya akan mempunyai kenderaan ikonik. Filem Sembilu tidak ikonik tanpa motosikal Harley. Gila Gila Remaja tidak ikonik tanpa Scrabler dam Adnan Sempit tidak ikonik tanpa motosikal jipang. Same rules applies to Hollywood movies dan poster Banncars oleh Nicolas Bannister di bawah menunjukkan beberapa kenderaan ikonik dari pop culture. Love the Bulma bike from DB!



Tuesday 18 November 2014

Serius Kreatif - Lukisan Surrealistik Oleh Anton Vill (12 Gambar)


Mindblown

Kami suka lukisan surrealistik dan sengama minda. Ini ialah lukisan pensil yang dihasilkan oleh Anton Vill yang berasal dari Estonia. Amazingly disturbing but cool. 



Serius Cool - Nokia N1 : Tablet Android Nokia (9 Gambar)


Nokia!


Nokia hari ini mengumumkan Nokia N1, sebuah tablet 7.9″ yang menggunakan sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka Z Launcher Nokia. Tablet mini ini diperkasakan pemproses empat teras Intel Z3580.

Skrin tablet ini beresolusi 2048 x 1536 pixel, RAM sebesar 2 GB, memori dalaman 32 GB , kamera utama 8 MP dan kamera hadapan 5 Megapixel. Selain itu ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dan beteri sebesar 5300 mAh . Seperkara lagi yang menarik ialah ia menggunakan port MikroUSB 2.0 Type C yang membenarkan ianya dimasukkan pada mana-mana orientasi (seperti Lightning). Tablet ini dibina oleh pihak Foxconn dan meminjam jenama Nokia.


Ia akan mula dijual di China terlebih dahulu pada 15 Februari 2015 sebelum memasuki pasaran Russia dan kemudian Eropah. Harga pasaran tablet ini ialah USD 249. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah iPad Mini. Satu-satunya kekurangan yang kami sedari ialah ia hanya akan muncul di dalam versi WiFi sahaja. Nampak menarik dan kami menantikan lebih banyak maklumat mengenai tablet ini.




Serius Cool - Pejabat OneFootball Berkonsepkan Stadium Bola (15 Gambar)


Football

One Football ialah sebuah aplikasi yang membolehkan peminat bolasepak mengikuti berita terkini pasukan yang disokong mereka. Jadi tidak mengejutkan pejabat One Football mempunyai tema stadium bolasepak yang cool beans. Terdapat trek balapan, permaidani seakan rumput, tempat duduk bertingkat seperti stadium dan ruang rehat seperti bangku simpanan. Sebuah pejabat yang bukan sahaja santai tapi bersesuaian dengan imej syarikat. 



Serius WTF - Khun Sumanee Guna-Kasem : Barbie Hidup Dari Thailand (8 Gambar)


Hnghhhhh

Khun Sumanee Guna-Kasem ialah seroang socialite di Thailand. Beliau menjalani beberapa pembedahan plastik untuk mendapatkan wakah seakan-akan patung Barbie. Malang sekali kini beliau kelihatan seperti Ronald McDonald. Oh my god. The Malaysian equivalent is Zahida Rafik. Kalau versi lelaki pula Pian Cecupak. 


Serius - Lingaa : Filem Terbaru Superstar Rajnikath


He is back

Oh yeahhhhhhhhhhhhhh. Better than Stallone, Jet Li, Aaron Aziz and Liam Neeson combined bro! Superstar Rajni kembali!


Serius Cool - Sistem Flare Anti Peluru Berpandu Pesawat Yang Cantik (12 Gambar)


No Idea

I just like how this bloody things look when fired. Kalau dalam filem,sequence F18 kena kejar misil anti pesawat di dalam filem Behind Enemy Lines adalah sequence melibatkan flare paling cool dalam sejarah perfileman. So damn cool. "Good fireball" "No Joy!". BOOM! Plus the Serbian bad guy wearing Adidas is the coolest sniper ever. EVER! 



Serius Cool - Moto Guzzi MGX-21 Prototype (9 Gambar)


Style

Moto Guzzi MGX-21 Prototype ialah prototaip sebuah motosikal jenis cruiser yang cool as hell. Rekaan streamlinenya memastikan ia dapat membelah udara dan memecut di atas lebuhraya dengan cukup mudah. Motosikal ini diperkasakan oleh enjin 1400 cc V Twin dan turut dilengkapi sistem brek cakera Brembo. Tiada maklumat sama ada ia akan dijual kepada umum. It does look cool as hell. 



Monday 17 November 2014

Serius Cool - Edison Light Globes : Lampu - Lampu Steampunk Yang Cukup Bergaya (12 Gambar)


Retro Cool

Lampu moden kini menggunakan mentol LED. Ianya lebih menjimatkan dan baik untuk alam sekitar. Tetapi sekiranya anda mahukan lampu yang retrocool anda boleh membeli lampu-lampu yang dihasilkan oleh Edison Light Globes. Rekaan mereka nampak industrial dan pada masa yang sama nampak retro. Sesuai untuk mereka yang mahukan lampu meja yang unik and not your usual IKEA crap. 


Serius - Tong Sampah Gergasi Digunakan Di China (8 Gambar)


Giant!

Masalah pengumpulan sampah sudah menghantui manusia sejak mereka mula tinggal di dalam bandar. Di London sampah dicampak keluar dari tingkap dan mereput di atas jalan tanah diantara bangunan. Istilah "taking the high road" mula digunakan kerana di orang ramai akan berjalan di atas permukaan jalan yang lebih tinggi bagi mengelak memijak air kumbahan yang mengalir di dalam "longkang" yang terbentuk pada permukaan jalan yang rendah. Di China masalah yang dialami PBT ialah tong sampah yang mudah rosak. Tong sampah besi yang digunakan mereka cepat berkarat dan dicuri oleh pengumpul besi buruk. Jadi di Taiyuan China pihak berkuasa tempatan mula menggunakn tong sampah plastik gergasi yang ditanam di tepi jalan bagi menggantikan tong sampah besi sedia ada. Tong sampah ini dikatakan lebih tahan lasak dan tidak bernilai untuk dicuri. Terdapat juga sistem pengesan tahap sampah. Apabila ianya penuh ia secara automatik akan memberitahu pengambil sampah untuk mengosongkannya. Tak sesuai untuk digunakan di negara kita. Lepas hujan tong sampah berubah menjadi kolam renang pula!



Serius Cute - Cameron Diaz Ketika Berusia 17 Tahun (12 Gambar)


Wow

Cameron Michelle Diaz (42) ialah pelakon yang comel. First time kami melihat beliau berlakon di dalam filem The Mask we went "Wow who is this actress?". Sebelum menjadi pelakon beliau ialah seorang model. Ini ialah gambar beliau ketika berumur 17 tahun. Fresh faced and so cute!



Sunday 16 November 2014

Serius - Solat Jumaat Di Dalam Katedral Negara Amerika Syarikat (15 Gambar)


Jarum Halus Islamisasi

Jumaat lalu sebuah perkara bersejarah berlaku di National Cathedral Washington DC. Upacara solat Jumaat dilakukan di dalam rumah ibadah kristian ini buat pertama kalinya. Ianya dilakukan bagi memperbaiki hubungan antara agama besar dunia dan menunjukkan bahawa toleransi akan membawa kepada keamanan sarwajagat. Upacara ini dianjurkan oleh All Dulles Area Muslim Society (ADAMS), Masjid Muhammad (the Nation's Mosque),Council on American-Islamic Relations (CAIR), the Islamic Society of North America (ISNA), dan Muslim Public Affairs Council (MPAC). Terdapat beberapa bantahan dari beberapa kumpulan kristian di Amerika Syarikat dan upacara solat ini diganggu oleh SEORANG wanita yang menjerit "Jesus Is Lord!" sebelum dibawa keluar oleh pihak keselamatan.

Nyata sekali ini adalah jarum halus orang Islam untuk mengubah National Cathedral menjadi sebuah masjid. Budaya liberalisme yang dipegang teguh Amerika Syarikat melemahkan kaum Kristian disana dan kini Muslim boleh bersolat di dalam rumah ibadah Yesus.Gerakan Liberalisme nyata sekali adalah gerakan yang didalangi orang Islam dan satu-satunya jalan yang perlu dilakukan oleh kaum Mat Salleh Kristian sekarang ialah merobohkan katedral ini dan membina katedral baru. Kesucian rumah Yesus sudah hilang. #sarcasm


On a serious note I am amazed only ONE person went to protest this in the states. Meanwhile in Malaysia a surau that was not used by Muslims and then used by a few Buddhist was RAZED to the ground in Kota Tinggi last year.




Serius Cool - Rolls-Royce Maharaja Phantom Drophead Coupé Untuk Pasaran Dubai (7 Gambar)


SWAG

Ada sebuah urban legend mengatakan seorang maharaja India marah apabila tidak dilayan oleh pekerja bilik pameran Rolls Royce. Oleh sebab itu beliau membeli beberapa Rolls dari bilik pameran tersebut dan menjadikannya lori sampah. Kami dah dengar urban legend ini sejak kami berumur 10 tahun dan malang sekali tiada bukti empirikal mengatakan kejadian ini pernah berlaku. Tetapi ianya sebuah cerita yang menunjukkan betapa kuatnya membazir maharaja-maharaja India ketika zaman jajahan British disana.

Kini kemewahan dan sikap swag tak tentu pasal ini dijadikan template untuk Rolls-Royce Maharaja Phantom Drophead Coupé . Ianya Rolls Royce khas untuk pasaran Dubai. Ia dilengkapi kemasan paling mewah dan rekaan burung merak yang sinonim dengan India. This cars looks cool and stuff but honestly I rather drive a Proton Suprima S. 



Serius - Herbertstraße : Jalan Yang Mengharamkan Wanita Dari Melaluinya (11 Gambar)


Jerman

Di Saudi kaum wanita diharamkan dari memandu. Di United Kingdom masih ada "kelab Gentleman" yang mengharamkan wanita dari menjadi ahli. Di Amerika Syarikat pula di awal 80an masih ada kelab golf yang mengharamkan orang kulit hitam dari bermain golf di dalamnya. Di Jerman pula ada Herbertstraße ,sebuah jalan yang mengharamkan wanita dari melaluinya. Ini adalah kerana Herbertstraße ialah sebuah kawasan pelacuran di bandar Hamburg. 

Menurut cerita kawasan ini dipagar pada tahun 1933 selepas Nazi mula memerintah.Ini bagi menghalang orang ramai dari melihat pelacur yang mempamerkan tubuh mereka kepada pelanggan. Arahan melarang wanita memasuki kawasan Herbertstraße adalah bagi mengelakkan mereka tergoda untuk turut menjual tubuh dan menjadi pelacur. Untuk memasuki kawasan lampu merah ini anda perlu berumur 18 tahun dan mempunyai penis. Ini adalah dianggap seksis oleh golongan feminis dan tahun lalu kumpulan feminis FEMEN melakukan demonstrasi bogel dengan menerjah masuk ke dalam Herbertstraße. Weird stuff. But the amazing stuff is di Jerman pelacuran adalah dibenarkan tetapi kawasan pelacuran ditutup dari pemandangan. Di Malaysia pelacuran adalah diharamkan tetapi kawasan Lorong Haji Taib terbuka untuk semua. Mindblown!



Serius Cool - Jambatan Pejalan Kaki Paling Cool Do Copenhagen (7 Gambar)


Pemandangan

Jambatan pejalan kaki di Malaysia kerap menjadi sarang peminta sedekah dan tempah berteduh untuk gelandangan. Di Copenhagen Denmark akan dibina sebuah jambatan pejalan kaki yang cool dan unik. Ia bukan sahaja digunakan untik meyambungkan stesen keretapi, jalan raya dan sebuah taman awam malah mempunyai kawasan santai untuk penduduk menikmati pemandangan taman. Jambatan sepanjang 225 meter ini dijangkan siap dibina pada tahun 2018. Idea yang menarik dan inovatif. But seriously kalau bina jambatan macam ini di Malaysia tak guna juga pasal orang Malaysia tak sayang nyawa. Tak sanggup gunakan laluan pejalan kaki walaupun lebih selamat.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails