Thursday, 28 June 2012

Serius Cool - Beriev BE-200 Altair : Pesawat Jet Amfibia (14 Gambar)


Seaplane for the win!

Kami di Blogserius gemarkan kenderaan dua alam. Bulan lepas kami ada paparkan Scamander RRV, kereta lasak dua alam dari England. Hari ini mari kita lihat Beriev Be-200 Altair pesawat dua alam berkuasa jet yang mampu mendarat diatas air dan darat. Pesawat ini kini digunakan di Russia sebagai pesawat pemadan api. Altair memulakan hidupnya sebagai A-40 Albatross, sebuah pesawat rondaan maritim dan anti kapal selam Tentera Laut Russia. Altair ialah versi kegunaan orang awam Albatross. Altair mampu menampung 12 tan air didalam 8 tangki untuk tugas memadam api. Air dalam simpanan boleh dibuang sekaligus atau secara berperingkat.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2001 , Altair sudah terlibat dalam beberapa operasi pemadaman api seluruh Eropah dan Israel.Dua buah pesawat Altair juga disewa oleh kerajaan Indonesia bagi tujuan memadam api pada tahun 2006. Dengan dua enjin jet, Altair mampu membawa lebih banyak air didalam tangki dan berfungsi lebih pantas dari pesawat pemadan kebakaran lain yang masih menggunakan enjin turboprop. Jika anda suka pesawat ini dan mahu memilikinya sila kumpul USD 40 Juta dan jangan lupa ajak aku sekali untik joyride!







Laporan asal Wikipedia
Gambar RussPhoto

5 comments:

  1. bleh buat sambutan perayaan warna india ni..asap jadi warna warni..

    #Penyebaran Illegal Drug

    ReplyDelete
  2. amfibia bukan istilah utk binatang yang boleh hidup atas darat dan DALAM air? masalahnya kapal terbang ni boleh jalan ATAS air, bukan boleh menyelam dalam air... pun dipanggil amfibia gak?

    blog oh katak amfibia sexy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails