Wednesday 22 July 2015

Serius Cool - Loke Thye Kee Residences : Bangunan Pra Kemerdekaan Kini Hotel Butik Di Pulau Pinang (10 gambar)


Oldie But Goldie

Bangunan pra peperangan dunia kedua di Malaysia banyak yang dalam keadaan usang dan tidak dijaga dengan baik. Tingkap kayunya sudah mereput dan cat di bahagian luar terkopak. Di Pulau Pinang lima lot kedai lama dari era ini telah diubahsuai menjadi hotel butik Loke Thye Kee Residences. Hotel sebesar 633 meter persegi dengan lima bilik ini siap diubahsuai tahun ini dan dari luar mungkin kelihatan kuno tetapi kelengkapan serta hiasan dalamannya adalah amat moden. Jika ke Pulau Pinang silalah ke Jalan Burma untuk melihat hotel moden yang mengekalkan ciri klasik ini. Harga penginapan bermula dari RM720 semalam. Yuuppp...........



Serius Cool - Figura Agent Maria Hill : Miliki Robin Sherbotsky Anda Sekarang (7 gambar)


Robin!

Agent Maria Hill ialah watak sampingan di dalam filem Avengers dan dilakonkan oleh Cobie Smulders. Beliau lebih terkenal dengan watak Robin Sherbotsky dari siri TV How I Met Your Mother. Hot Toys sudah menghasilkan figura aksi untuk watak Maria Hill. Memandangkan figura aksi Robin Sherbotsky tidak akan dihasilkan, figura aksi ini ialah sehampir mungkin untuk peminat HIMYM untuk memiliki Robin mereka sendiri.



Serius Cool - Baby Carrier Baju Kalis Peluru Untuk Bapa Yang Mahu Kelihatan Lebih Macho (9 Gambar)


Bad Ass Daddies

Sejak ada anak kami dah membeli 2 baby carrier untuk mendukung bayi. Kedua-dua baby carrier yang dibeli tidak membuatkan kami kelihatan macho. Rugi masa membeli tidak terjumpa baby carrier yang dihasilkan oleh Mission Critical. Ia kelihatan seperti baju kalis peluru yang digunakan tentera moden. Sebijik macam Dragonskin yang dipakai tentera Amerika Syarikat. Selain kelihatam lebih bad ass, baby carrier ini juga dilengkapi "webbing" untuk meletakkan barangan bayi. Super awesome dan dijual pada harga $190 (RM 720) sebuah. Terdapat tiga pilihan warna iaitu olive green, hitam dan kelabu. Damn son!



Wednesday 1 July 2015

Serius Neko - 10 Sebab Mengapa Membela Kucing Adalah Amat Bagus Sekali


Meow


Kenapa membeli kucing adalah win? Ini ialah 10 sebab mengapa kucing adalah haiwan yang best. Ilustrasi dihasilkan oleh Lingvistov



Serius WTF - Trailer Filem Mosquitonado


Why?

Why? Why? Dengan special effect level first year student. The hell am I watching.


Serius Klasik - 13 Poster Filem Sci-Fi Klasik Yang Kesemuanya Sepesen Dan Seksis


Retro!

Filem Sci-Fi melonjak popular pada dekad 50an. Berpuluh filem Sci Fi dihasilkan dan aneh sekali kebanyakkan poster filem-filem yang kini dianggap lagenda adalah sangat seksis dan default. Mesti ada awek pengsan pada bahagian hadapan. Kinda like how kalau filem melayu muka pelakon mesti kesemuanya di hadapan poster. 



Serius Cool - Model Miniatur LEGO Ferrari F40 (13 Gambar)


Vroom 

Semasa kami model Ferrari F40 ialah model Ferrari yang paling kami idamakan. Ianya kereta lumba bare bones tanpa sistem penghawa dingin ataupun hiasan dalaman kulit seperti Ferrari lain. Ianya built for speed. Untuk memeliki kerata ini amat mustahil kerana ianya antara model paling collectible. Tetapi sekarang at least kami boleh memilikinya dalam versi Lego. Kit Lego Ferrari F40 ini akan mula dijual Ogos hadapan. Ia mempunyai 1158 bongkah Lego dan enjinnya V8 boleh dicabut if you wanna. Apabila siap dipasang ianya 10 inci panjang, 5 inci lebar dan 3 inci tinggi. Damn nice dan hanya USD 90 (RM 378) sebuah. Kumpul duit selalu!



Serius LOL - Sekiranya Tokoh Politik Terkemuka Adalah Hipster (8 Gambar)


Cool

Hipstory ialah siri beberapa gambar yang menunjukkan tokoh politik ternama dunia sebagai hipster. Ianya dihasilkan oleh Amit Shimoni. Cool beans. Now can some Malaysian draw the Malaysian version. Najib sebagai hipster pastinya lebih diterima ramai. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails