Friday 29 August 2014

Serius Cool - Arbre Blanc : Menara Apartment Diilhamkan Oleh Struktur Pokok (12 Gambar)


Pokok Kehidupan

Arbre Blanc dalam bahasa melayu bermaksud Pokok Putih. Ianya nama yang diberikan kepada sebuah apartmen yang akan dibina di Montpellier Perancis. Menara 17 tingkat dengan 120 unit tempat kediaman ini mempunyai rekaan yang diilhamkan oleh struktur pokok. Setiap apartment mempunyai balkoni yang melunjur keluar seperti dahan pokok. Terdapat juga kanopi yang kelihatan seperti daun pokok. Selain menempatkan tempat kediaman, terdapat juga ruangan untuk restoran dan pejabat pada bahagian bawah. Menara apartment ini direka oleh Sou Fujimoto dan akan dibina tahun hadapan dan siap sekitar 2017. Ini mengingatkan kami kepada Home Tree di dalam filem Avatar.



Serius Kreatif - Lukisan Penuh Sinikal Dan Satirikal Pawel Kuczynski #3 (13 Gambar)


Part III

Lukisan Pawel Kuczynski sangat sinikal dan satirikal. Komentar masyarakat yang sangat tajam. Ini ialah bahagian ketiga karya beliau. As always very very nice.



Serius Peniru - Adakah Iklan Merdeka Petronas 2014 Meniru Iklan Kemerdekaan Indonesia?


Oh noes!

Konsep dan ending sama. Oh noes......... in b4 Maling.

Thanks @TheJebs



Serius Cool - Renaultsport RS 01 : Kereta Lumba Renault Berkuasa Nissan GTR (8 Gambar)


Vroom

Ini ialah Renaultsport RS 01,  kereta lumba yang akan digunakan oleh Renault untuk perlumbaan Renaultsport Trophy. Kenderaan ini mempunyai chasis gentian karbon dan hanya seberat 1100 kilogram. Ia diperkasakan enjin V6 3.8 liter yang diambil dari sebuah Nissan GTR  dengan kemampuan 500 kuasa kuda. Ini satyu-satunya model Renaultsport RS 01 yang wujud jadi anda hanya boleh bermimpi memiliki kereta unik ini. Looks cool. 



Serius Kreatif - Seni Jalanan Keatif Di Kota Paris (9 Gambar)


Art

Di Malaysia kita ada seni jalanan yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic di Pulau Pinang dan Ipoh. Di Paris ada seni jalanan oleh Pejac yang tak kurang kreatifnya. Very nice indeed!



Thursday 28 August 2014

Serius - Video Cabaran ALS Ice Bucket Dengan Twist Ending M Night Shamalayan


M Night Shamalayan

Pergh.... memang tak boleh agak siak ending video ni! Padu!



Serius LOL - Cara Keji Mendiamkan Kucing Anda Yang Bising


Keji

#Seemslegit I guess.........


Serius Cool - Heads-Up : Helmet Askar Masa Hadapan Seperti Stormtrooper Star Wars (10 Gambar)


The Dark Side

Helmet besi sudah digunakan askar infantri sejak tahun 23 sebelum Masehi. Helmet dipakai bagi mengelakkan kecedaraan pada kepala askar ketika berperang. Di dalam sejarah dunia ada beberapa helmet askar yang boleh dikatakan ikonik. Helmet askar Spartan, helmet askar Nazi dan helmet fiksyen Clonetroopers ialah 3 helmet yang kami yakin anda semua kenal.

Amerika Syarikat sekarang sedang menguji prototaip Helmet Electronics and Display System-Upgradeable Protection (HEaDS UP) untuk kegunaan askar infantri masa hadapan. Helmet ini adalah modular dan boleh diletakkan pelbagai aksesori mengikut keperluan. Ianya dicipta setelah statistik mendapati 72% kecederaan yang dialamai oleh tentera Amerika Syarikat berlaku di sekitar kawasan kepala. Heads Up mempunyai sistem beg udara di bahagian dalam bagi mengelakkan kecederaan gegaran otak. Sistem penutup muka pula boleh dipasang bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian muka. Sistem paparan elektronik seperti Google Glass juga boleh dipasang di masa hadapan bagi membolehkan askar melihat peta pada visor helmet. Sekilas pandang helmet ini kelihatan seperti helmet Stormtroopers Star Wars. Setiap helmet dianggarkan menelan belanja diantara 1000-2000 Dollar dan juga boleh digunakan oleh krew kereta kebal. 



Serius Kreatif - Kempen Kebersihan Toronto Yang Kreatif Menggunakan Sampah Terbuang (6 Gambar)


Brilliant

Ini ialah poster kempen kebersihan Bandaraya Toronto Kanada. Sampah yang terbuang digunakan bagi menyampaikan mesej membuang sampah merata-rata hanya menunjukkan kebebalan si pembuang sampah. Very nice



Serius Cool - Gimnasium di bu Pejabat Adidas Jerman (14 Gambar)


Imposible Is Nothing

Adidas ialah syarikat pengeluar peralatan sukan yang ternama. Antara inovasi Adidas ialah menghasilkan but bolasepak yang mempunyai stud yang boleh dilaraskan. Kini Adidas bukan sahaja menghasilkan but malahan puluhan lagi alatan sukan. Bola rasmi Piala Dunia juga dihasilkan oleh mereka sejak 1970. Mari kita lihat gimnasium yang terletak di ibu pejabat Adidas yang terletak di Herzogenaurach, Jerman. Grafik pada dinding gimnasium diambil dari rekaan typography yang diletakkan di belakang jersi rekaan Adidas. Looks cool


Serius Cool - Galaxy Gear S : Jam Tangan Pintar Terkini Samsung (8 Gambar)


Pintar

Samsung hari ini memperlihatkan Samsung Gear S, jam pintar terkini mereka. Nerbeza dengan Galaxy Gear yang hadir tahun lalu, Gear S boleh melakukan panggilan telefon tanpa perlu ditambat kepada telefon pintar anda. Ianya juga menggunakan sistem operasi Tizen dan bukan lagi Android. Gear S diperkasakan oleh pemproses 1 GHz dua teras, 512 MB RAM dan muatan dalaman sebesar 4 Gigabyte. Skrin AMOLED sebesar 2 incinya pula mempunyai resolusi  360x480 pixel. Tiada lagi maklumat harga tetapi Samsung Gear S akan mula hadir di pasaran Oktober hadapan.



Serius Cool - APS : Raifal AK 47 Yang Boleh Digunakan Di Dasar Laut (13 Gambar)


Damn Russia!

AK 47 ialah raifal yang paling terkenal di dunia dan digunakan oleh pejuang sayap kiri dan askar Russia. Senjata rekaan Mikhail Kalashnikov ini tahan lasak dan boleh digunakan di dalam situasi paling extreme. Tetapi tahukah anda wujud versi AK 47 yang boleh digunakan di dasar laut?

APS Avtomat Podvodny Spetsialnyy - "Special Underwater Assault Rifle" ialah AK47 yang diubahsuai untuk kegunaan pasukan komando Spetznaz Russia. Pada tahun 1975 ia mula digunakan Spetznaz bagi tujuan menentang serangan sabotaj askar musuh. Raifal AK 47 biasa tidak boleh digunakan di dasar laut kerana peluru biasa tidak boleh bergerak jauh di dalam air dan ledakan gunpowder akan merosakkan komponen raifal. APS menggunakan peluru khas berbentuk jarum besi yang boleh menikam musuh dan peralatannya di dalam air. Bentuk peluru yang tirus juga memastikan ia boleh menyerang musuh yang terletak sejauh 30 meter. Setiap magazin APS mampu menyimpan 26 peluru.

Kerana ianya dicipta untuk kegunaan di bawa permukaan air, APS tidak sesuai digunakan di atas darat. Jarak menembak efektik APS di atas darat pula hanya 100 meter. Cool stuff


Serius Cute : Emma Stone Yang Sentiasa Comel (7 Gambar)


Emma!

Emma Stone lebih comel dari Emma Maembong. Emma Stone ialah the best fake redhead ever!




Wednesday 27 August 2014

Serius LOL - Amaran Cyber Cafe Yang Paling Facepalm


Ghetto

Gila ah. Ini memang CC paling ghetto dalam dunia. What the..........


Serius Cool - Ankara Memorial Hospital : Hospital Rekaan Futuristik Di Turki (16 Gambar)


Turka Turka!

Hospital ialah sebuah bangunan yang depressing. Tahun ini sahaja kami tinggal di hospital selama lebih 2 minggu. Rekaan hospital yang steril pula membuatkan kami rasa tidak selesa. Di Ankara Memorial Hospital rekaan default hospital dibuang dan digantikan dengan rekaan futuristik. Rekaan dalaman wad dan ruang menanti kelihatan seperti sebuah hotel dan ini menurut pereka hospital ini Zoom akan membuatkan pesakit lebih selesa. Disamping itu ia juga dapat membantu pesakit untuk pulih dengan lebih cepat. Ini memang rekaan hotel yang sangat stylo. Nampak fresh as hell. 



Serius Cool - Bibliothèque de Plage - Perpustakaan Mini Di Tepi Pantai (11 Gambar)


Bacalah olehmu

Membaca ialah amalan mulia yang dituntut agama. Bacalah kami dimana sahaja kamu berada. Di Perancis kini anda boleh membaca walaupun di tepi pantai kerana wujudnya Bibliothèque de Plage . Perpustakaan mini ini ialah ilham Matali Crasset. Beliau gemar membaca ketika di tepi pantai dan merasakan lawatan ke pantai tidak akan lengkap tanpa senaskah buku untuk dibaca.  Bibliothèque de Plage ialah struktur mudah dibina ciptaan beliau yang mampu menempatkan 300 buah buku yang boleh dipinjam pengunjung untuk beberapa jam ketika di pantai. Idea yang murni. Ini adalah jauh lebih baik dari menyelfie diri sepanjang masa di tepi pandai. 




Serius LOL - Team Paling Power Dalam Dunia : MK Dons


HAHAHA

Hahaha. hahahaha. Luis Van Gaal ....... AHhaha hgahaha. 

Serius - Terselamat Walaupun Kereta Dihimpap Lori Simen (8 Gambar)


Wolverine?

Di Hangzhou, Zhejiang China, dua orang wanita terselamat walaupun kerena mereka remuk dihimpap sebuah lori simen. Kemalangan berlaku apabila lori dari arah bertentangan terbalik dan menghimpap kereta mereka. Pemandu berjaya melepaskan diri dari kereta tetapi si penumpang terperangkap. Pihak bomba mengambil masa setengah jam bagi membebaskan beliau dari kereta yang remuk teruk. Beliau dilaporkan patah tulang tangan dan kaki tetapi ianya tidak serius. Ajal belum tiba. Masih boleh makan Bak Kut Teh selepas sihat kelak.



Serius Komik - Sejarah Konflik Israel Dan Palestin


Yep

Sejarah ringkas oleh Polandball



Tuesday 26 August 2014

Serius - Iklan Menyentuh Jiwa Thailand Berasaskan Kisah Benar


Mother!

Kasih ibu tidak dapat dibalas. Jika berlaku kes sebegini terhadap diri anda, bagaimanakah anda mahu membalas pengorbanan ibu anda? Sangat menyentuh. Iklan ini diilhamkan dari kisah benar. 


Serius Konsep - Lamborghini Rat Rod : 32 Ford Hotrod Berwajah Radikal (10 Gambar)


Hot Rod

Ford Model 1932 ialah kenderaan yang menjadi kegemaran peminat kereta Hot Rod untuk diubah suai. Kereta lama ini dipotong dan diberikan enjin berkuasa besar. 32 Ford adalah kenderaan yang ikonik selepas muncul di dalam filem American Graffiti arahan George Lucas. Sebuah 32 Ford yang sudah diubah suai menjadi Hotrod boleh dijual pada harga puluhan ribu dollar. Lamborghini Rat Rod ialah konsep yang dihasilkan oleh Pawel Wisniewski dan Jans Slapins. Ianya gabungan rekaan klasik 32 Ford dengan rekaan moden Lamborghini. Hasilnya adalah sangat not bad. Nampak lebih agresif dari rekaan majoriti 32 Ford Hotrod yang biasa kami lihat. 



Serius Cool - Jururawat Berpakaian Pramugari Di Hospital China (9 Gambar)


Hospital Airlines

Di China beberapa hospital, sudah terdapat jururawat yang berpakaian seperti seorang pramugari. Ini dilakukan bagi memberi imej yang lebih profesional kepada jururawat hospital mereka. Di China pramugari dipandang tinggi kerana dikatakan lebih pandai melayan pelanggan dan mempunyai perwatakan yang menarik. Setiap jururawat diberikan latihan pramugari selama 2 minggu sebelum bertugas di hospital. Setakat ini sambutan orang ramai adalah amat bagus. Idea ini mungkin legitl. Bayangkan anda ke hospital dan disambut jururawat berpakaian Air Asia. Pastinya lebih soothing dari nurse biasa. I know right. 



Serius Cool - Polaroid Cube : Kamera Tahan Lasak Dari Polaroid (10 Gambar)


GoPolaroid?


Kamera GoPro kini semakin mainstream dan digunakan untuk mengambil gambar aksi lasak dan video sukan extreme. Cuma lately ia digunakan oleh pelacur kamera untuk selfie di kawasan perkuburan dan majlis perkahwinan. Polaroid nampaknya mahu memasuki pasaran kamera lasak juga dengan Polaroid Cube. Seperti GoPro ianya tahan lasar dan kalis air. Ia mempunyai kamera sebesar 6 Megapixel yang mampu mengambil video HD Penuh selama 90 minit. Cube juga boleh tenggelam sedalam 2 meter di dalam air. Sekiranya anda berminat dengan kamera mini tahan lasak ini ianya dijual pada harga USD 100 (RM 316) sebuah. Looks cool!



Serius Cool - Muzium Hanoi : Muzium Piramid Terbalik (14 Gambar)


Cantik

Muzium Hanoi ialah sebuah muzium yang unik kerana kelihatan seperti sebuah piramid terbalik. Muzium ini siap dibina pada tahun 2010 sempena ulang tahun ke 1000 Hanoi. Terdapat 50 000 artifak dipamerkan di dalam ruangan dalaman seluas 30 000 meter persegi. Anda dapat melihat sejarah lengkat kota lama ini dan pada masa yang sama melihat Hanoi dari vantge point yang tinggi. Ok masuk dalam bucket list. Hanoi here we go



Serius WTF - Merawat Kanser Dengan Menghisap Rokok Di Indonesia


Gila!

Di Indonesia anda boleh menghisap "Kretek Devine" untuk merawat penyakit kanser. Bizarro world!

Monday 25 August 2014

Serius LOL - Spiderman Malaysia Ditemui!


Aksi Berani Mati

Spiderman Malaya? Maybe



Serius Cool -Avtoros Shaman : Kereta Tahan Lasak 8 Tayar Sebenar (17 Gambar)


Vroom

Banyak kenderaan lasak di luar sana kini menjadi SUV mewah yang digunakan soccer mum dan bukannya menerjah lumpur bukit bukau. Tetapi bagi Avtoros, sebuah syarikat dari Russia kenderaan lasak buatan mereka memang legit. Avtoros Shaman mempunyai 8 buah tayar yang boleh dikawal. Ianya juga boleh meredah kawasan banjir kerana dilengkapi sistem kipas pada bahagian belakang. Pada asalnya kenderaan ini direka untuk kegunaan ketenteraan tetapi versi orang awam dihasilkan juga kerana terdapat permintaan. Pemilik boleh memilih tiga pilihan enjin dengan 250, 170 ataupun 178 kuasa kuda. Sebuah Avtoros Shaman dijual pada harga bermula dari USD 165 000 (RM 522 000) sebuah. 




Serius Cool - Kapal Janakuasa Elektrik Bakal Dihantar Turki Ke Palestin (13 Gambar)


Terima Kasih Turki

Dalam serangan ke atas Gaza sejak lebih 40 hari, Israel sudah memusnahkan satu-satunya stesen janakuas elektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk setempat. Akibatnya warga Gaza kini hidup 20 jam tanpa elektrik setiap hari kerana stesen tidak mampu berfungsi pada kapasiti asal. Oleh itu syarikat kapal janakuasa elektrik Karadeniz yang berpengkalan di Turki akan menghantar sebuah kapal bagi membantu warga Palestin. Kapal janakuasa elektrik ini boleh membekalkan 100 Megawatt tenaga elektrik. Penghantaran kapal akan dilakukan dalam masa 90 hari selepas menerima persetujuan Israel bagi membenarkan ia memasuki perairan Gaza. 

Kadeniz mempunyai armada 9 kapal janakuasa elektrik dan mereka ada satu-satunya pembina kapal janakuasa elektrik di dunia. Mereka sudahkan menghantar kapal janakuasa elektrik ke Lubnan dan Iraq bagi membantu kawasan yang rosak teruk akibat peperangan. Hebat juga Turki. Tak tahu pula kami mereka sahaja yang mempunyai teknologi menghasilkan stesen janakuasa elektrik terapung. Syabas dan terima kasih Turki. 



Serius Cool - Sony CyberShot DSC-KW1 : Kamera Digital Selfie Khas Untuk Wanita (9 Gambar)


Smile!

Selfie sudah mencapai tahap edipemik sehingga di Perancis anda diharamkan mengambil gambar narsis ini di beberapa pantai terkemuka. Tetapi ini tidak menghalang Sony untuk menghasilkan kamera digital CyberShot DSC-KW1 yang dicipta khas untuk mereka yang mencintai selfie. Kamera ini mempunyai sensor 19 Megapixel dan ianya boleh diputarkan untuk mengambil selfie. Rekaan CyberShot DSC-KW1 diilhamkan oleh botol minyak wangi dan disasarkan kepada pengguna wanita. Kamera yang aneh!



Serius Indo - Marlboro Boys : Masalah Merokok Bawah Umur Yang Kronik Di Indonesia (10 Gambar)


Sadis!

Di Indonesia 30% kanak-kanak mengaku menghisap rokok sebelum mencapai usia 10 tahun. Di Indonesia juga dianggarkan 57% rakyatnya menghisap rokok yang majoritinya menghisap kretek. Sungguhpun setiap tahun lebih daripada 300 000 orang mampus kerana komplikasi menghisap rokok. kerajaan Indonesia tidak mengenakan sekatan terhadap penjualannya kepada kanak-kanak. In fact di Indonesia penajaaan oleh syarikat rokok masih dibenarkan. Kadar cukai yang rendah dan tiada kawasan pengharaman rokok juga dikatakan penyebab mengapa rokok dihisap dengan jumlah yang banyak di Indonesia. Tahun lalu Indonesia terletak di tangga ke 4 negara dengan jualan rokok tertinggi dengan 168 billion batang rokok dihisap

Marlboro Boys ialah siri foto yang diambil oleh Michelle Siu untuk menjukka betapa teruknya masalah menghisap rokok oleh kanak-kanak bawah umur di Indonesia. Memang menyedihkan. At least di Malaysia cukai tinggi dan penharaman jualan kepada budak bawah 18tahun dapat mengurangkan jumlah perokok negara. Syukur!



Serius Klasik - Video Ramalan Masa Hadapan Oleh Apple


Woah

1997 mengikut ramalan Apple pada tahun 1987. Rasanya apa yang diramalkan hanya berlaku pada tahun 2010.  13 years wrong is not so bad.

Serius - Euroference : Persidangan Furries Terbesar Eropah (15 Gambar)


Furries


Furries ialah golongan manusia yang gemar berpakaian seperti haiwan berbulu comel. Mereka merasakan diri mereka lebih diri mreka sendiri apabila memakai pakaian haiwan seperti di bawah. Subkultur ini masih belum kami lihat di Malaysia tetapi mula bertapak di Amerika Syarikat sekitar 1989. Di Eropah kegilaan furry juga semakin meningkat. Eurofurence ialah persidangan terbesar peminat furry Eropah. Aneh tetapi if this makes you guys happy who am I to complain right. 




Serius Kreatif - Kereta Perisai Buatan Sendiri Di Ukraine (14 Gambar)


War!


Russia and Ukraine masih bertelagah. Akibatnya MH17 ditembak jatuh dan ratusan nyawa hilang sekelip mata. Askar Ukraine menggunakan alatan ketenteraan yang diwarisi dari zaman Soviet Union. Apabila sudah berlaku pertelagahan mereka kini tidak boleh mendapatkan senjata dari Russia. So what do they do? Buat kereta perisai sendiri from scratch dan kini puluhan lori diubah suai untuk kegunaan ketenteraan. 




Saturday 23 August 2014

Serius Cool - Inform Fitness : Gym Di Dalam Bas (7 Gambar)


Sihat Walafiat

Sebelum ini kami ada paparkan mahkamah bergerak di Sabah dan juga tandas bergerak untuk golongan gelandangan. Kedua-duanya dibina di dalam sebuah bas. Hari ini mari lihat sebuah gimnasium bergerak pula. Ianya dihasilkan oleh Inform Fitness untuk kegunaan ahli mereka yang tidak mampu pergi ke gym. Gym bergerak ini boleh digunakan ahli apabila mereka tidak di luar bandar contohnya. Idea yang agak gila. Agaknya di Malaysia adakah idea ini harus diadakan. Berapa ramai diantara kita yang ada gym membership tapi asik tiada masa ke sana? 

Serius Fakta - Carta Top 10 Model Terkaya Dunia


Kaya

Modelling ialah kerjaya untuk mereka yang mempunyai wajah yang cantik. Di bawah ialah senarai Top 10 model-model terkaya dunia. 



Serius Hot - ALS Ice Bucket Challenge Paling Hot Setakat Ini : Malin Ackerman Dan Carla Gugino


Sally and Laurie Jupiter

Ini adalah Wincest sekiranya anda peminat filem Watchmen!


Serius Neko - Maria Torero : Jururawat Kucing Berhati Mulia Di Peru (11 Gambar)


Thank You

Maria Torero (45) bekerja sebagai seorang jururawat di Peru. Selepas kerja pula berliau berubah menjadi jururawat kucing sepenuh dan rumah dua tingkat beliau kini menjadi hospital kucing. Sebanyak 175 ekor kucing kini tinggal di bawah jagaan beliau. Majoriti kucing yang dibela beliau mengidap penyakit kronik seperti Leukemia kucing. Beliau menjaga kucing-kucing ini kerana beliau tahu majoriti pemilik tidak akan merawat kucing tua mereka yang sakit kerana kos yang mahal. Beliau tinggal di dalam rumah 8 bilik ini bersama 3 orang anak beliau. Kos penjagaan kucinh ditanggung beliau dan dari hasil derma orang ramail. Ada kucing yang memang sudah terlambat untuk dirawat dan dijaga oleh beliau sehingga meninggal dunia. Maria Torero you are a hero for Cat People. Ini mengingatkan kami kepada Pak Mie Shelter di Kedah



Serius Cool - Trek Larian Tertutup Universiti Auburn Yang Cool (14 Gambar)


Sihat Cerdas

Di Amerika Syarikat sukan dan universiti berpisah tiada. Ada pelajar di ambil masuk semata-mata untuk menjadi atlit dan menaikkan nama universiti. Di Malaysia setahu kami tak ada program memberi biasiswa sukan kepada pelajar. Oleh sebab itu di Amerika Syarikat fasiliti sukan yang baik adalah keperluan. Di Auburn University yang terkenal dengan pasukan American Football mereka sebuah kompleks sukan baru dibuka tahun lalu. Ia mempunyai trek larian tertutup terpanjang di Amerika Syarikat. Kesemuanya diletakkan di bawah bumbung kompleks sukan yang juga menempatkan gelanggang bola keranjang, gimnasium dan dinding wallclimbing. Dengan keluasan 240 000 kaki persegi, para pelajar dapat bersukan dan memastikan diri mereka sihat. Tidak seperti student Malaysia yang suka lepak bilik layan TV Series dan main DOTA. Hey we did It too!



Friday 22 August 2014

Serius WTF - Gambar Berkabung #MH17 Yang Paling "Menyedihkan"


Slaps

Yep...... makhluk macam ini wujud la siak!


Serius - Alam Barzakh Oleh Wings : Lagi Sesuai Untuk Hari Ini


RIP

Video klip ini sebenarnya agak menyeramkan masa kami masih kanyaq. 


Serius Cool - Rekaan Asian Aerospace City Di Subang (9 Gambar)


World

Asian Aerospace City ialah sebuah bandar baru yang akan dibina di Subang. Apabila ianya siap kelak ia diharapkan akan menjadi hab teknologi aeroangkasa Asia. Bandar aeroangkasa ini mempunyai keluasan sebesar 328 000 meter persegi. Ia akan menempatkan universiti, pusat teknologi , pusat konvensyen dan kawasan perumahan. Apabila ianya siap sepenuhnya menjalang 2020, kos pembinaan bakal mencecah USD 1.1 Billion (RM 3.49 Billion). Rekaan bandar ini dihasilkan oleh firma Atkins yang juga bertanggungjawab mereka Masjidil Haram baru di Mekah. Pembinaan bandar ini akan dijalankan di bawah MARA dan antara perkara menarik di dalam bandar ini ialah ianya akan menjadi bandar mesra alam pertama Malaysia. Bas elektrik akan digunakan di dalamnya bagi membawa orang ramai ke destinasi mereka. Nice. 



Serius Fakta : Berapa Patah Perkataan Di Dalam Karya Sastera Ternama?


Karya

Berapa patah perkataan perlu anda tulis untuk menghasilkan karya sastera epik? Di bawah ialah beberapa fakta mengenai karya sastera kegemaran umum. Nice



Thursday 21 August 2014

Serius Khidmat Masyarakat - Kasih Ayah Tiada Penghujungnya : Dokumentari Autisme Di Malaysia


Good

Semoga parents bersabar. Ini cabaran dan ujian tuhan. 




* Mohon tolong share sebanyak mungkin

Baru2 ni aku hantar email kepada 100 orang kawan dan kenalan minta sumbangan untuk autisme, tapi yang respon cuma 2 orang. Cuma dua orang.
Mungkin sebab orang tak berapa faham masalah autisme. Jadi aku tergerak untuk tulis cerita panjang:

Ada beberapa orang tanya, sebab apa aku terlibat dalam dunia autisme. Sebab orang yang dalam video ni lah.

Kami kawan dari kecik, susah senang tak penah berpisah, jarang sangat berenggang - ngaji quran sama2, sekolah (dan tuang sekolah) sama2, pindah sekolah sama2, masuk universiti yg sama,dok rumah yg sama, kerja pun sama2. Tiba2 anak dia disahkan ada autistisme. Aku tanya dia, ada ubat? Dia kata, "takdak." Boleh sembuh? Dia kata, "seumur hidup." Memandangkan beberapa orang kawan kami ni dah janji nak bersahabat dunia akhirat, termasuk aku, maka tanggungan seumur hidup dia pun menjadi tanggungan seumur hidup aku.
Memang mudah saja punca awalnya, tak rumit pun: kerana kawan.Yang rumit dan menyayat hati ialah benda2 yang aku tengok selepas mula bergerak nak bantu dia.

Rupa2nya kes autisme ni banyak, kos terapi dan penjagaan pulak tak terjangkau. Keluarga yg income 6-7 ribu sebulan pun belum tentu mampu, apatahlagi yg pendapatan kurang drpd tu. Ada kes yang bapa terpaksa buat sangkar untuk anak di rumah sebab tak mampu nak hantar anak ke pusat penjagaan. Banyak juga kes mak/bapak yang pendapatan dah memang tak cukup untuk hidup terpaksa pula berhenti kerja sebab perlu jaga anak autistik.

Fakhri sendiri di peringkat awal bernasib baik sebab dapat boss yang ada hati perut. Pak Khalid Jaafar bagi izin untuk dia buat kerja di rumah, dengan beban kerja yang tak terlalu berat. Siang jaga anak sambil pelan2 ketuk kibod laptop, malam bersengkang mata siapkan kerja.

Tapi masalah tak selesai. Anak autistik perlu terapi dan penjagaan khusus. Dia rasa perlu berhenti kerja untuk tumpu pada pendidikan dan terapi anak. Macam mana nak jaga anak kalau dah berenti kerja dan takda pendapatan?

Lepas 'mesyuarat' dengan kawan2, dia buat keputusan untuk usaha tubuhkan pusat terapi dan penjagaan sendiri. Dalam proses tu, aku sendiri pernah duduk di rumah dia sebulan, tengok sendiri macam mana perit nak urus anak autistik. Perit yang amat.

Jadi, mulalah kami ke sana-sini minta nasihat, cari jalan nak buka pusat autisme. kawan2 yang semangat nak membantu masing-masing poket kosong, sengkek semuanya. Dipendekkan cerita, naik bukit turun bukit naik bukit turun bukit, hari ini dah tertubuh Letzhop Autism EIP.

Tapi itu baru permulaan. Untuk pusat ni bergerak, banyak dana diperlukan, terutama kerana yang kami nak bangunkan ialah model pusat terapi dan penjagaan autisme berbiaya rendah, untuk memberi peluang kepada keluarga miskin.

Setakat yang kami pernah tempuh, nak cari dana untuk autisme ni amat susah. Tak banyak orang faham masalah autisme. Fizikal kanak-kanak autistik sempurna, dan sebahagian besar mereka comel. Yang tak banyak orang tahu, mereka sebenarnya boleh dikatakan seperti berada dalam gua gelap. Mereka tak buta, tapi yang mereka nampak bukan seperti orang biasa. Mereka tak bisu, tapi tak tahu bercakap (nak minta makan-minum pun tak reti). Mereka tak pekak, tapi bunyi yang mereka dengar tak mampu mereka fahami. Mereka tak faham apa saja yang berlaku di keliling mereka. Dan ini keadaan mereka seumur hidup, tak banyak yang dapat diubah.

Kalau macam tu, untuk apa bantu? Mereka perlu dibantu sejak usia 2-3 tahun supaya:

1. Sekurang-kurangnya mereka tahu nak ke tandas, nak pakai baju dan nak minta makanan/minuman.
2. Potensi istimewa dalam diri mereka dapat dicungkil, supaya mereka boleh melakukan sesuatu dalam kehidupan (sebahagian mereka mempunyai kebolehan matematik dan seni yang luar biasa, antaranya saintis terkenal John Nash)
3. Supaya masalah sesebuah keluarga itu tidak melarat sehingga berlaku perceraian atau pendidikan/penjagaan anak-anak lain dalam keluarga terabai.
Paling tidak, supaya sekurang2nya anak2 ni boleh bahagia dalam dunia mereka yang tersendiri.
Bagaimana membantu?
Untuk permulaan, hulurkan derma RM20, RM50, atau berapa saja yang mampu ke nombor akaun 5625 0851 2894 Maybank Berhad, atas nama PUSAT JAGAAN 

TERAPI AUTISTIK NOURI.

Untuk apa derma ni?

Untuk kerja awal penubuhan yayasan Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI).
INSANI untuk apa?

1. Menyokong perkembangan Letzhop Autism EIP dari segi
  • a. Meningkatkan bilangan dan keupayaan guru/juru terapi
  • b. Program pendidikan di kalangan ibu bapa
  • c. Meningkatkan alat bantu mengajar
  • d. Menerapkan modul/pendekatan baru

2. Menjalankan kegiatan pengumpulan dana untuk menyediakan 
  • a. Biasiswa untuk anak dari keluarga kurang berkemampuan; dan 
  • b. Kegiatan pembangunan dan penyelidikan intervensi awal dan pendidikan lanjutan (pra-vokasional dan Vokasional)

3. Membentuk pasukan sukarelawan.
4. Menjalankan penyelidikan tentang kaedah-kaedah intervensi awal autism, menambah baik modul dan juga pendidikan lanjutan.
5. Membentuk jaringan dengan badan kebajikan dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan kanak-kanak.

6. Menawarkan khidmat perundingan kepada mana-mana pihak yang mahu membuka pusat autisme.

Serius LOL - #OhMyMalay : Bila Indo Tak Paham Bahasa Malaysia


Kah kah kah

Ini macam kita confuse butuh dan korban. 


Serius WTF - Tandas Edisi Berani Mati Di Afrika Selatan (10 Gambar)


Maigad!


Adakah anda mempunyai muka tembok dan menggunakan tandas terbuka di Khayelitsha Afrika Selatan ini? Tandas - tandas ini dibina atas inisiatif kerajaan cuba memberikan tandas yang lebih sempurna kepada golongan miskin. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni terdapat terlalu banyak kes anak kecil mati akibat terjerobos ke dalam lubang tandas yang terbuka. Menurut penduduk tandas ini tidak dibina sempurna kerana korupsi. Kerajaan tempatan pula berkata penduduk pada asalnya bersetuju membina sendiri dinding tandas jika kerajaan membina sebuah tandas untuk setiap rumah. Pada asalnya mereka hanya mahu membina 1 tandas untuk setiap rumah. Kelakar juga bila difikirkan. 



Serius - Kaleem : Kanak - Kanak Malang Dengan Dua Tangan Gergasi (9 Gambar)


Kasihan

Popeye ialah watak kartun yang mempunyai kekuatan luar biasa dan dua tangan yang besar. Di India ada Popeye versi sebenar tetapi malangnya beliau tidak dianugerahkan kuasa luar biasa. Kaleeem (8) mengidap penyakit misteri yang mengakibatkan tangan beliau menjadi lebih besar dari biasa. Tangan beliau sekarang dianggarkan seberat 12 kilogram. Ibu Kaleem berkata beliaumenyedari anak beliau mempunyai masalah ini sejak lahir dan sudah membelanjakan banyak wang untuk merawatnya. Malang sekali sehingga kini masih tiada apa-apa yang mampu dilakukan oleh beliau. Kerana saiz tangan yang aneh ini Kaleem terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan diejek dan dibuli rakan sebaya. Kasihan budak ini. Mohon ada penyelesaian kepada masalah kegergasian tapak tangan beliau di masa hadapan.



Serius Cool - Tayar Dikitar Semula Menjadi Selipar Di Kenya (12 Gambar)


Kitar Semula

Setiap tahun jutaan tayar lama dibuang kerana tidak lagi selamat digunakan. Di Malaysia tayar lama dikitar semula menjadi tukun tiruan, tempat penanaman bunga dan juga buaian. Di Kenya mereka mempunyai cara unik mengitar semula tayar menjadi selipar. Selipar tayar ini mempunyai pelbagai rekaan dan sebenarnya nampak agak cool. 

Serius Sadsi - #IceBucketChallenge : Video Manly Tears Dari Ahli Keluarga Pengidap Amyotrophic Lateral Sclerosis


#ManlyTears

Ok video ALS yang disebarkan kini mungkin menjengkelkan. Tetapi kenapa video menyimbah ais ini dipaparkan dan bukan video penyakit ini sendiri? Well this YouTuber will give you a reason. Beliau menjaga ibu beliau yang mengidap ALS. God bless you dude. #ManlyTears. 

Wednesday 20 August 2014

Serius LOL - Teknik Memandu Myvi Paling Tidak Memberi Seketul Senggama Minggu Ini


Bijak

Bijak gila ...


Serius WTF - Kemalangan Motosikal Yang Lebih Menakjubkan Dari Aksi Filem Tamil


Awesome!

Ini dah macam GTA Online. Ajal tak sampai lagi sempat buat crazy stunt challenge! Damn Russia!


Serius Seleb - Gaya Hijabista Melly Goeslaw Yang Lebih Extreme Daripada Yuna (6 Gambar)


Maigad....

Presented without comment....................



Serius Cool - Tempat Tidur Krew Kapal Terbang Yang Cool (14 Gambar)


Jarang Kita Lihat

Semalam kami paparkan ruang solat di atas pesawat Saudi dan Iran. Hari ini mari lihat beberapa ruang rehat krew pesawat yang ada pada Boeing 777-300, 787, 747-400, A350, A340 dan A380. Kami tak pasti sama ada tempat rehat sebegini ada di dalam pesawat milik MAS. Lokasi tempat berehat ini bergantung kepada pesawat. Pada 777-400 ianya terletak di atas kabin manakala di dalam A380 pula ianya di bahagian buritan pesawat. Nampak selesa. 



Serius Klasik - Motosikal Megola : Motosikal Dengan Enjin Di Dalam Hub Tayar (11 Gambar)


Oldskool

Bentuk asas motosikal tidak banyak berubah sejak dicipta pada tahun 1894. Tetapi pada tahun 1921 ada sebuah motosikal dengan rekaan yang unik. Motosikal Megola mendapat namanya dari gabungan nama 3 perekanya Meixner, Cockerell dam Landgraf. Motosikal Jerman ini mempunyai enjin 640 cc 5 silinder 2 lejang yang diletakkan di dalam hub tayar hadapan.Ia mampu menghasilkamn 14 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 84 kilometer sejam.  Rekaan ini tidak diteruskan selepas sungguhpun membuatkan motosikal lebih stabil untuk ditunggangi . Mengapa ianya tidak digunakan sekarang? Ini adalah kerana sukar untuk melakukan penyelenggaraan enjin apabila ianya di dalam rim tayar. Apabila berlaku kemalangan enjin juga mudah rosak jika dibandingkan dengan enjin yang diletakkan di dalam chasis motosikal seperti sekarang. Sebanyak 2000 Megola dihasilkan diantara 1921 - 1925 tetapi hanya 10 masih kekal sehingga sekarang dan menjadikannya antara motosikal paling rare di dunia.



Serius Cool : La parade des Jumeaux - Perarakan Kembar Tahunan Di Montreal (12 Gambar)


Kembar!

La parade des Jumeaux  ialah perarakan tahunan kembar yang diadakan di Montreal Kanada. Ianya diadakan selari dengan Festival Just For Laugh dan dibuka kepada kembar seluruh Kanada. Ianya dimulakan pada tahun 1998 dan tema tahun ini ialah The Roaring Sixties. Siapakah kembar kegemaran anda? Bagi kami ialah Gabriela dan Daniela Spanic! 



Serius Sadis - Kekejaman Polis Amerika Yang Menyebabkan Kemarahan Di Ferguson


No Justice No Peace

Ferguson Missouri kini bergolak selepas Michael Brown, seorang remaja berkulit hitam ditembak enam kali sehingga mati walaupun dikatakan sudah menyerah diri. Kematian beliau membangkitkan kemarahan orang ramai yang sudah tidak tahan lagi dengan keganasan dan penyalahgunaan kuasa polis Amerika Syarikat terhadap rakyatnya. Mereka juga merasakan polis berlaku ganas terhadap mereka yang berkulit hitam. Kekerasan melampau ketika penangkapan dilakukan juga harus dihentikan selepas kematian Eric Garner yang dicekik sehingga mati ketika digari. Eric dirakan di dalam video menjerit "saya tidak boleh bernafas" tetapi tidak diendahkan pegawai polis yang mencekiknya. Beliau meninggal dunia tanpa diberi sebarang bantuan kecemasan selepas berhenti bernafas. Protes di Ferguson kini merebak ke seluruh pelusuk Amerika Syarikat kerana ramai mahukan keadilan dan polis yang bertindak ganas harus dihukum. Di bawah ialah koleksi aksi polis yang dirasakan melampau dan tidak mematuhi prosedur. Syukurlah di Malaysia masih aman dan kes sebegini tidak berlaku. Cough.


Tuesday 19 August 2014

Serius Kreatif - Fotografi Gabungan Poster Filem Dan Dunia Sebenar Yang Menarik Oleh Jaemy Choong (12 Gambar)


Life Imitating Art

Jaemy Choong ialah seorang Instagrammer tempatan yang kreatif. Beliau menggabungkan poster poskad filem - filem ternama dengan dunia sebenar melalui akaun Instagram beliau. Memang kreatif dan menarik. Sila follow akaun Instagram beliau sekiranya anda mahu melihat lebih banyak lagi karya- karya beliau.



Serius Cool - Ruang Bersolat Di Atas Kapal Terbang Arab Saudi Dan Iran (9 Gambar)


Rukun Islam

Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut waktu. Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil wuduk bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat secara duduk dengan qiblat yang diagak. Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat. Kami difahamkan ruang solat sebegini tidak ada pada pesawat yang membawa bakal haji ke Saudi. Canggung juga ya. Kami berharap jika anda tahu sesiapa yang memguruskan pesawat membawa jemaah ke tanah suci untuk mencontohi dua syarikat penerbangan ini. Insyallah akan mendapat pujian penumpang.



Serius Sadis - Apabila Mak Guard Dikacau Sehingga Melatah


Sadis

Sebenarnya kesian jugak tengok kena kacau makcik ni. Mesti penat di melatah. On a side note I just know Indiapun ada latah. Ingat Melayu je. 


Serius LOL - Komen Paling Win Untuk Nora Danish


Hehehehe

Nice komen bro! +1


Serius Kreatif - Lagi Lukisan Tiga Dimensi Realistik Oleh Keng Lye (12 Gambar)


Karya Seni 3D

April lalu kami paparkan lukisan tiga dimensi yang dihasilkan oleh Keng Lye. Artis yang berasal dari Singapura ini menghasilkan beberapa karya baru di bawah yang mindblowing. Kesemua hasil seni ini dihasilkan menggunakan akrilik dan epoksi. 



Serius Cool - Open Windows : Filem Terkini Sasha Grey


Brb Torrent

Beliau kini pelakon legit.... bukan lagi pelakon dewasa. Premis filem yang menarik

Serius Cool - House Of Vans : Skatepark Bawah Tanah Di Kota London (18 Gambar)


Skate Park!

Once upon a time sukan lasak seperti Skateboarding sangat digemari remaja. Malaysia sempat menjadi host kepada X-Games dan terdapat ura-ura banyak taman ekstrem akan dibina di Malaysia bagi membantu atlet ekstrem tempatan berlatih. Itu dulu. Kini semua orang rather sit at home dan main iPad. True story. Di London ada sebuah skate park yang dibina di dalam sebuah terowong bawah tanah. House of Vans dibina berhampiran stesen keretapi Waterloo. Skate park sebesar 3000 kaki persegi ini turut menempatkan venue konsert, ruang pameran yang boleh disewa dan tempat makan minum. Nampak cool. 



Serius Klasik -Tip Tow : Sistem Pesawat Pejuang Bercantum Di Udara Dengan Pesawat Pengebom (13 Gambar)


Transformers!

Tip Tow ialah sistem aneh yang dicipta pada tahun 1950an untuk memberikan pesawat pengebom keselamatan ketika memasuki kawasan musuh dengan menambat dua pesawat pejuang pada sayapnya. Sistem ini dicipta kerana pada waktu itu pesawat pengiring tidak mempunyai jarak operasi sejauh pesawat pengebom nukler milik Amerika Syarikat. Dengan menyambungkan 3 pesawat serentak, pesawat pengebom menjadi mothership kepada 2 pesawat pejuang yang boleh ditanggalkan bila - bila masa. Idea ini dihasilkan ketika Perang Dunia Kedua apabila sebuah pesawat kargo Douglas C-47A Skytrain disambung kepada sebuah pesawat Culver Q-14B Cadet. Kedua - dua pesawat berkipas ini menunjukkan idea pesawat bersambung boleh dilakukan

Untuk projek Tip Tow dua pesawat F 84 Thunderjet dilengkapi dengan sistem penyangkuk yang membolehkan ia bercantum dengan pesawat pengebom B 29 Superfortress. Apabila bersambung, pesawat pejuang akan mematikan enjin dan terbang ke sasaran dengan bantuan pesawat pengebom. Apabila sudah tiba enjin dihidupkan semula dan F 84 akan mengawal keselamatan B 29. Beberapa ujian dilakukan dan sistem penyangkuk yang digunakan tidak berapa efektif. Sebuah kemalang juga berlaku mengakibatkan kematian semua krew B 29 dan seorang pemandu  jet F84.

Sistem Tip Tow dikemaskini untuk sistem baru yang diberi nama Tom Tom. Pesawat F84 kini dipadankan dengan pesawat pengebom Convair Peacemaker. Sistem penyambungan sayap diperbaiki tetapi ianya juga didapati bermasalah dan berbahaya. 

Kedua - dua sistem pesawat bersambung ini akhirnya dihentikan kerana ianya terlaku bahaya. Apabila sistem mengisi minyak ketika terbang berjaya dibangunkan, sudah tiada keperluan untuk menggunakan sistem Tom Tom dan Tip Tow lagi. 



Monday 18 August 2014

Serius Cool - Pameran 57 Karikatur Digital Seniman & Seniwati Lagenda Di MATIC (10 Gambar)


57 Karikatur Sempena Merdeka

Pameran 57 Karikatur Digital Seniman dan Seniwati Lagenda kini berlangsung di Galeri Seni MATIC. Pameran ini berlangsung dari  2 Ogos sehingga 3 September. Sebanyak 57 karikatur lagenda seni filem Malaysia boleh anda lihat di pameran ini. Jadi sekiranya anda mahu melihat sendiri koleksi 57 karikatur yang dipilih silalah ke MATIC. Looks cool bro. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman rasmi Pameran 57 Karikatur di pautan ini

Thanks @FilemKita for the tip


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails