Sunday 29 April 2012

Serius Sadis - Gadis 12 Tahun Menjaga Ayah Yang Tenat (10 Gambar)


Respect

Temphari kini melihar seorang anak lelaki yang berhenti belajar semata-mata untuk menjaga ayah beliau yang menanti maut. Hari ini kita lihat gadis 12 tahun pula yang menjaga ayah beliau yang mengalami brain damage di hospital seorang diri. Huang Puli (12) dari Guanling, Provinsi Guizhou gigih menjaga ayah beliau yang mengalami kecederaan otak yang kronik setelah jatuh daripad pokok desember lalu. Huang Puli menjaga ayah beliau kerana ibunya sudah 3 tahun melarikan diri dari mereka berdua. Gadis cilik dan tabah ini kini menjaga ayahnya sehingga terpaksa berhenti sekolah. Makan. minum, mandi dan pakai ayah beliau diuruskannya. Bagus budak ini. Harapnya dikurniakan syurga oleh tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih. She is a role model to us all.


Serius LOL- Perserta Bersih Kena PWNED Oleh Jurugambar


Hahaha.. PWNAGE!

Naharom aku rasa minah bising ni mesti MALU tahap gila babi. Photographer foreigner yang dihina membalas cacian peserta Bersih dengan jawapan yang sangat tajam dalam Bahasa Malaysia

In b4 "perempuan ini ajen MCA yang diupah untuk burukkan nama Bersih"

Thanks @Hangman13 and @Maskawaih for the lulz


Serius Genius - Aquajar (4 Gambar)


Do Want!

Anda suka beli air botol? Rasa tertekan apabila air dituang dari botol minuman plastik kerap tumpah? Aquajar ialah rekaan yang akan memudahkan hidup anda. Aquajar hanya perlu diskru pada mulut botol plastik dan secara automatik memudahkan proses menuang air kedalam gelas. GENIUS!


Serius Konsep - X-9 Nighthawk : Basikal Gentian Karbon (8 Gambar)


Stealth versi kayuhan!
Bulan MEI semakin hampir dan bolehlah dikatakan fenomena basikal FIXI sudah mampos. Kalau dulunya jalan raya kita dipenuhi dengan pseudo-hipsters yang mengayuh basikal Fixi, hari ini gerombolan manusia ini sudah hampir pupus. Aku lihat budak hipster area aku dah kembali ke basikal normal dengan brek. Mungkin mereka sedar basikla fixi mereka yang "cool" itu bahaya dan tak comfortable untuk dinaiki most of the times. Anyway sekiranya anda mahukan basikal yang cool mari lihat basikal konsep X-9 Nighthawk. Basikal ini mempunyai rekabentuk seakan sebuah F117 Nighthawk, pesawat pengebom yang digunakan untuk mengebom Baghdad dalam perang teluk pertama. Chasis X-9 dibuat sepenuhnya dari gentian karbon dan diperkukuhkan pada bahagian dalaman dengan lapisan honeycomb. Sistem brek dan rantai basikaanya juga canggih. All in all basikal ini lebih cool daripad Fixi. Basikal rekaan Bruno Mears Engineering and Design ini masih didalam fasa prototaip dan tarikh pengeluarannya serta harga masih belum ditetapkan



Serius Cool - Perabot DIperbuat Dari Kadbod (9 Gambar)


Ikea Versi Kadbod?

Sebelum ini ada kami paparkan perabot kadbod yang direka khas untuk students yang malas memnbeli perabot mahal semasa menyewa. Perabot kadbod tersebut murah dan mudah untuk dilupuskan apabila tempoh pengajian tamat. Hari ini aku mahu paparkan beberapa lagi perabot kadbod yang aku rasakan agak cool. Set perabot pejabat, bilik tidur dan rak buku ini rekaan Karton, sebuah syarikat dari Jerman. To be honest aku tertarik dengan rak buku kadbod mereka. Rasanya lebih murah dari LACT rack yang aku usha di IKEA semalam.


Serius Cool - Kompilasi Rekod Terpantas Dunia


Gyeah!

Malangnya tiada pemegang rekod memberi komen "FIRST Peratamax!" terpantas didalam video di bawah



Serius Cool - Pejabat Bergerak Yang Mewah (10 Gambar)


Escalade!

Antara rancangan kegemaran aku suatu ketika dahulu ialah Pimp My Ride. Kereta cikai diubahsuai menjadi kenderaan yang awesome oleh West Coast Custom. Rancangan Pimp My Ride dah tak wujud tapi kalau anda menonton Discovery Turbo sekarang ada rancangan Inside West Coast Custom. Anda boleh melihat sendiri bagaimana WCC mengubah kereta mewah milik celebs menjadi kereta custom. Selain daripada WCC ada beberapa syarikat yang memberikan perkhidmatan kustomasi kereta. Salah satunya ialah Becker Auto. Rekaan dalaman Chevy Escalade mereka adalah pimping versi korporat. Didalam kereta ada komputer, sistem audio visual dan juga exercise bike. Bergantung kepada kehendak anda. Escalade buatan Becker Auto dijual diantara harga USD 83500 dan 161000 setiap satu.


Friday 27 April 2012

Serius Indo - Kehidupan Pelombong Emas Haram Indonesia (10 Gambar)


Kasi pagi makan aurum....

Selamat datang ke Poboya Sulawesei Tengah. Disini terdapat sebuah lombong emas yang dijalankan secara haram oleh penduduk setempat. Kenapa haram? Pasal tak dapat permit macam penganjur BERSIH 3.0. Haramlah ia! Disinilah penduduk setempat mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Kerana Poboya ialah sebuah lombong emas haram, teknik yang digunakan bagi melombong sangat low tech. Ianya juga merbahaya kerana pelombong mengorek lobang sesuka hati. Ini mengingatkan aku kepada Rusila Terengganu pada awal 90-an dahulu. Ramai penduduk tempatan melombong secara haram sehingga berlaku banyak kematian apabila terowong yang digali runtuh. Aku lupa apa terjadi pada Rusila selepas itu. Ditutup dan dijual kepada pengusaha professionalkah? Aku malas pergi arkib negara maka aku assume inilah yang berlaku di Rusila.

Tahukah adan di Indonesia seramai 1.1 juta warganya bekerja di industri perlombongan. Manual labour for the win. Bila melihat gambar dibawah kita akan sedar mengapa orang Indo di Malaysia sanggup ambik kerja "low class" yang tidak mahu diisi rakyat Malaysia. Berbanding kerja lombong kerja low class di Malaysia lebih LEMAYAN dan selamat.

Gambar oleh REUTERS/Yusuf Ahmad


Serius Comel - Neko Dan Tikus : Rakan Baik Selamanya


Awwwwww

Sempena jumaat yang mulia ini marilah kita berbaik-baik. Sedangkan tikus boleh geng dengan Neko.



Serius Kreatif - Avengers Dari Barangan Supermarket (9 Gambar)


Cool!

Dah tengok Avengers? Aku belum lagi pasal aku hipster. Tak layan filem komsersil. Aku layan filem indie seperti "my firstime with GF" dan "Amateur 18 year olds".Filem sebegitu lebih REAL dan mempunyai nilai estetika tinggi tanpa perlu mempunyai kesan grafik khas melampau. Anyways jika anda gemarkan Avengers dibawah ialah poster promosi filem yang dihasilkan untuk supermarket Target di USA. Barangan harian dari supermarket digunakan bagi menghasilkan karakter Avengers seperti Hulk, Iron Man, Captain Amerika dan Thor. Nice!


Serius - Demo Meminta Pelajaran Percuma Oleh Pelajar Di Chile (15 Gambar)


Hapus PTPTN?

Ramai individu di Malaysia mentertawakan mereka yang mahu PTPTN dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pendidikan percuma di peringkat tertiari. Dari Menteri pelajaran tinggi higgalah Timbalan PM semuanya memperkecilkan idea "education is free for all" yang diperjuangkan sebilangan kecil pelajar kolej Malaysia. Aktivis kearah pembelajaran percuma dibelasah dan tiada siapa peduli kerana di Malaysia ramai yang merasakan membayar uwang beratus ribu kepada universiti Malaysia yang mempunyai ranking dunia yang tidak boleh dibanggakan adalah bagus untuk masa depan. Student harus tanggung hutang kata mereka. I dunno but I cannot brain this reasoning. Tapi mereka tidak sedar movement kearah hak pembelajaran percuma berlaku seluruh dunia dan tidak terhad hanya di Malaysia Darul 1Malaysia yang awesome ini?

Di Chile, pelajar kolej dan sekolah menengah (no seriously budak sekolah menengah!) sudah berdemo memaksa supaya kerajaan melakukan reform terhadap sistem pelajaran dan pelajaran percuma untuk semua. Demo ini sudah berlanjutan selama 7 bulan dan pihak kerajaan masih enggan memenuhi permintaan students. Semalam satu lagi demo besar-besaran membabitkan 48 000 pelajar belaku di Santiago Chile. Demo menjadi ganas setelah pihak berkuasa cuba meleraikan pelajar dengan gas pemedih mata.

Menurut ketua pergerakan pelajar Chile, sistem pelajaran yang ada sekarang tidak berkualiti dan pihak kerajaan dituduh bersekongkol dengan pengusaha IPTS dengan memberi subsidi tak masuk akal. Mereka mahukan reform dilakukan segera bagi memastikan masa depan pelajar Chile lebih cerah, kualiti universiti yang lebih baik dan peluang pelajaran percuma untuk semua.

Meanwhile di Malaysia belum apa-apa student yang mahukan benda yang sama ditahan polis walaupun bercamping secara aman dalam jumlah yang KECIL. Over reaction I say.

Bapa 1Malaysia Dato Seri 1Najib selalu mengingatkan kita untuk bersyukur kerana Malaysia aman damai. Jadi saya rasa tidak salah saya ingatkan beliau dan pihak berwajib untuk TURUT BERSYUKUR student protest movement di Malaysia negara bertuah ini tidak GANAS dan memporak perandakan negara seperti yang berlaku di Chile sekarang. Jangan ingatkan kami untuk bersyukur tetapi kamu sendiri enggan bersyukur mempunyai student movement yang masih belom resort to violence, anarchy and mayhem. Jadi mengapa mereka diperlakukan macam mereka membakar Dataran Merdeka dengan ribuan Molotov?

Tak masuk akal!


Serius Neko - Jika Kucing Ialah Sebuah Kereta


LOOOOOOOOOOOOOL!

Genius! awesome....... Neko Kar!



Serius Cool - Model Ferrari F40 Paling Terperinci (14 Gambar)


Holy!

Di Blogserius kami gemarkan model yang super detailed. Tahun lepas ada kami paparkan seorang lelaki itali yang membina Ferrari F40 versi miniatur yang boleh berfungsi seperti F40 sebenar. Sadly that entry was baleeeeted when the blog was hacked. But hey I got the next best thing here. Dibawah ialah model Ferrari F40 pada skala 1:8 yang dihasilkan oleh Autograph. Model kit F40 ini ialah sehampir mungkin bagi golongan marhaen seperti kita untuk membina dan sekaligus memiliki kereta mewah ini. Model yang bakal anda hasilkan mempunyai 1400 komponen yang harus anda pasang sendiri. Setiap satunya dibina sehampir mungkin kepada komponen asal. Ini bermakna disc brake harus dipasang dengan menggunakan skru miniatur. Insane! harus aku katakan aku sungguh mindblown dengan model miniatur ini. Harga jualan agak berpatutan iaitu USD 1875 sebuah.


Serius Cool - Asus PADFONE : Peranti 3 Dalam 1 (9 Gambar)


Phone? Tablet? Komputer Riba? ianya Padfone

Permasalahan utama bagi seorang penulis dan penggila peranti seperti aku ialah "peranti mana harus dibawa bila keluar dari pejabat". Bila aku keluar pejabat aku perlu bawa kamera, tablet, telefon, ulrabook dan ipad. Kenapa aku perlukan ini semua? Kerana you just never know bila mereka diperlukan. Oh dan tak salah ada back up kepada peranti yang anda. Sebab utama ada back up? Peranti yang hendak digunakan kehabisan bateri. Kan bagus kalau ada peranti yang mempunyai kapasiti besar dan masih boleh berfungsi sebagai talefon, tablet dan komputer riba?

Inilah yang cuba dihasilkan oleh ASUS melalui Padfone. Tahun lalu kami paparkan konsep video peranti ini. Tapi tahukah anda Padfone sudah mula dijual di Taiwan 20 April yang lalu? Padfone ialah sebuha telefon bimbit Android ICS sebesar 4.3". Ia diperkasakan dengan pemproses 1.5 GHZ dua teras, RAM 1GB dan muatan dalam sehingga 32 GB. Jika anda mahukan ia menjadi tablet, Padfone boleh dimasukkan kedalam sebuah docking station yang secara langsung merubah padfoen menjadi tablet 10 inci. Kalau mahukan ianya menjadi komputer riba pula anda hanya perlu menyambungkannya kepada laptop dock.

In essence Padphone ialah sebuah "Phoneception". The best part? Bila disambung pada dock tablet Padphonedisambungkan kepada bateri 6000 mAH. Bila disambung pada dock laptop pula Padfone menggunakan bateri 13000 mAh. Secara teorinya anda tak perlu risau tenyang kehabisan bateri. Awesome.

Harga Padfone sahaja ialah USD 650. Jika anda membeli Padfone secara set lengkap (disertakan dengan Stylus) ianya dijual pada harga USD 1100. Not that bad untuk sebuah peranti 3 dalam 1 yang amat versatile.


Thursday 26 April 2012

Serius Cool - Kereta Kabel Buatan Sendiri Di China (7 Gambar)


Ghetto Awesome!

Semasa honeymoon tempohari, aku sempat melawat kereta kabel Gunung Mat Cincang. Kereta kabel di Langkawi itu sangat cool. Untuk memastikan ianya cool, jutaan ringgit dibelanjakan ketika pembinaannya. Di Provinsi Guizhou, China terdapat sebuah kereta kabel buatan sendiri. Ianya dibina merentangi sebuah gaung sedalam 140 meter dan 80 meter lebar. Kereta kebel ini dibina oleh Gu Fengshu (55) bagi membantu penduduk Kampung Hongde. Sebelum kereta kabel dibina, penduduk kampung terpaksa berjalan selama 2-3 jam setiap kali mahu merentasi gaung. Walaupun kerajaan tempatan sudah membina sebuah jambatan bagi kemudahan penduduk kampung, mereka lebih gemar menggunakan kereta kabel buatan sendiri Gu Fengshu. I guess I can't blame them coz jambatan buatan kerajaan tak nampak selamat. LOL


Serius Cool - PADTOSH : Casing Ipad Untuk Ifag Oldskool


Win!

Tempohari aku paparkan casing iPad yang mampu merubah sebuah iPad untuk kelihatan seperti sebuah MacBook Pro. Let's say kamu mahukan sesuatu yang lebih old skool. MacBook Pro mungtin tidak cukup hipster buat kamu. Apa kata kamu pakai PADTOSH. casing iPad yang merubah bahagian belakang iPad anda untuk kelihatan seperti sebuah Apple Macintosh 1984. Casing ini boleh dipakai untuk iPad2 dan iPad3. Harga sebuah ialah USD 37 dan boleh dibeli disini



Laporan asal USBFever

Serius Cool - Kereta Kebal Diperbuat Daripada Buku (7 Gambar)


Book Tank?


Kereta kebal biasanya dibuat dari besi dan bahan komposit. Kereta kebal moden seperti M1A2 Abrams sebagai contoh dibuat dari komposit rahsia yang dipanggil Cobham Armour. Tapi tahukah anda ada kereta kebal yang diperbuat daripada buku? Kereta kebal ini ialah ilham Raul Lemesoff seorang artis dari Argentina. Kereta kebal buatan Raul direka bukan untuk menakluk negara orang dan membunuh pengganas. Ianya dibuat bagi menakluk minda dan membunuh kebebalan. Kereta kebal ini dibawa ke seleruh Argentina dibawah inisiatif menggalakkan orang awam membaca. Anda boleh ambil mana-mana buku pada rangka kereta kebal ini secara percuma. Selain dari Argentina, Raul juga membawa kenderaan unik beliau ini ke pendalaman Peru dan Bolivia. Beliau berharap kereta kebal buku beliau ini dapat menarik minat anak muda luar bandar untuk memupuk minat membaca. This is really cool. Saya harap Malaysia juga ada something like this

May I suggest Kapal Selam 1Malaysia yang diperbuat daripada buku? #LULZ


Serius - Bila Polis Melanggar Lampu Merah


Soalan..


Adakah ini dibenarkan didalam undang-undang Malaysia? ....... Ini persoalan ikhlas. Ada by law kah yang membenarkan polis tidak mematuhi peraturan trafik?

Sila jawab dengan berhemah dan penuh tata susila.



Serius Fail - Kesilapan Orange Country Chopper Menghina Malaysia?


FAIL!

Lol....... gelaran baru untuk Dato Seri 1Najib kah? Saman! Hina! Panggil PERKASA! Paul Teutal Sila Minta Maaf! Buka laman Facebook sekarang juga!


Serius Cool - SUB G1 : Kereta Roda Tiga Yang Sporty (12 Gambar)


Bukan Mr Bean

Sub G1 ialah sebuah kereta beroda tiga yang diperkasan dengan sebuah enjin motor 1000 cc dengan 135 kuasa kuda. Mungkin tidak nampak impresif tetapi dengan berat hanya 330 kilogram Sub G1 mampu merempit dengan selesa diatas jalan raya. Jadi berapakah yang harus anda bayar untuk memilki kereta roda tiga yang unik ini? How about USD 85 000 sebuah. Yep. Anda ingatkan Proton dan Perodua aje ke pandai letak harga tak berpatutan pada kereta buatan mereka? HAHAHA. Hanya sebanyak 25 Sub G1 akan dihasilkan. Kalau rasa ada duit lebih dan kereta 3 roda Mr Bean tidak memuhi citarasa anda, Sub G1 ialah the next best thing. Or is it?


Serius Genius - Cara Terbaik Bila Kereta Anda Kena Double Park


Do not try this

Pernah kena double park? Tak boleh keluar dan anda sudah lambat untuk urusan di tempat lain? Mari tiru gaya pemandu dari Greece ini.

DISCLAIMER : Pihak Blogserius tidak bertanggung jawab keatas kerosakan kereta anda dan pemandu yang melakukan double park



Serius Bodoh - Pemandu Yang Bijak (4 Gambar)


Bodoh..

Di Paris seoarang lelaki melakukan kesilapan bodoh. Beliau memandu masuk ke sebuah terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah Metro. Kenapa beliau boleh memandu masuk kedalam terowong ini? Kerana beliau menyangkakan terowong tersebut ialah jalan masuk ke sebuah tempat letak kereta bawah tanah. The funny part ini ialah kali kedua kejadian sebegini berlaku pada terowong yang sama. LOL


Serius Cool - Setia Alam Eco Villa : Sebuah Rumah Mesra Alam (9 Gambar)


Ku Lihat Hijau

Sekarang semua orang mahu go Green. Dari kenderaan hibrid hijau hinggalah shopping mall. Benda yang jarang menerima sentuhan hijau ialah rumah. Seriously berapa ramai diantara kita yang tahu dimana letaknya rumah mesra alam di Malaysia? Well di Setia Alam ada satu. Ianya sebuah rumah di Setia Alam Eco Villa. Rumah ini dibina dengan konsiderasi mesra alam. Panel solar pada bahagian atap memastikan banglo ini menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 30%. Selain itu ruangan dalam banglo menggunakan pencahayaan semula jadi bagi memastikan anda tak peru bergantung kepada lampu sepanjang masa. Cool idea tapi yang pasti rumah sebegini tidak mampu dimiliki manusia marhaen seperti aku. Tak cukup duit. Shame!


Wednesday 25 April 2012

Serius Sadis - Pengorbanan Seorang Anak Untuk Ayahnya (14 Gambar)


Manlytears....... was shed!


Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliau Cheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti. Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan

Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti sakaratul maut. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau di Xi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga anak mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!

Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad.

Cheng Yixing kembali menemui ialah ilahi 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit

Nasib baik di Malaysia ada PTPTN. Tak perlu risau duit pelajaran. Boleh pinjam. Di China tiada PTPTN. Ini bukti Malaysia bagus dan Barisan Nasional kerajaan yang perihatan. Untunglah!


Serius Cool - ETF MT-240 :Trak Canggih 20 Tayar (12 Gambar)


Damn cool!

Bila bercakap pasal lori kita sering kaitkan kenderaan berat ini dengan rekaan yang terkebelakang, asyik makan jalan bila ambil selekoh dan huduh. ETF MT-240 ialahlori 240 tan yang mahu mengubah stereotaip anda tentang "apa itu lori". Lori rekaan Jerman ini mempunyai beberapa rekaan inovatif yang futuristik. Pertama sekali ia mempunya 20 buah tayar, 16 daripadanya boleh digerakkan dan dikawal secara independant. Kenapa 20 tayar dan bukan 6 seperti kebanyakkan lori kelas 240 tan yang lain? Menurut ETF dengan adanya 20 tayar, penyebaran berat (weight distribution) lebih bagus dan ini membolehkan lori mereka berfungsi lebih pada dalam kawasan kurang turapan. Jalan raya juga tidak mudah dirosakkan seperti lori 6 tayar yang lain. NICE!

ETF MT-240 juga dilengkapi bukan dengan satu, bukan dua.. tetapi empat buah enjin yang dipasang secara modular. Ketika berjalan tanpa bebanan hanya satu enjin dihidupkan. Bila ada bebenan 4 buah enjin dihidupkan bagi memudahkan kerja mengangkut. Satu lagi keunikan lori ini ialah ketinggian sistem suspensinya boleh diubah mengikut sesedap rasa. Ia juga boleh beropersi secara automatik bagi memastikan lori ini sentiasa dalam posisi mendatar walaupun jalan berbukit bukau macam iblis. Jika ada tayar pancit anda tidak perlu menggunakan jack. Hanya naikkan posisi AXLE tayar dan tayar boleh ditukar dalam masa 15 minit. Enjin yang rosak juga boleh ditukar dengan mudah kerana menggunakan sistem modular.

Awesome!



Serius Cool - Trailer Bola Kampung


Awesome!

Setahu aku bola kampung ialah kartun animasi 2D. Tapi untuk versi filem Animasia menghasilkan sebuah animasi 3D. Not bad... nampak menarik!



Serius Kreatif - Beberapa Rekaan Facebook Coverpage Yang Menarik (10 Gambar)


Sila tiru dan claim ianya idea anda...

Ah Facebook timeline.. Sejak timeline dienabled pada ruangan Facebook OBEFIEND BLOG ANONYMOUS banyak pengguna rageeeeeeeeeeeee. Maaf tapi sila salahkan Zuckerberg dan bukannya aku. Anyway jika anda mahukan inspirasi untuk coverpage timeline yang awesome sila tengok contoh-contoh dibawah

Favourite aku ialah versi Where's Wally.... GEEEEEEEEENIUSSSS!


Serius WTF - Saman Hospital Kerana Dikhatankan


Bodoh!

Dean Cochrun (28) ialah seorang banduan dari South Dakota USA. Beliau kini meringkuk didalam penjara atas kesalahan menculik.Mungkin sudah bosan lepak dalam penjara Dean ingin menyaman Sioux Valley Hospital sebanyak USD 1000. Beliau juga mahu kulup beliau dikembalikan semula menggunakan pembedahan plastik. Menurut Dean saman beliau adalah justified kerana ibunya ditipu oleh doktor yang mengatakan bersunat itu bagus. Dean percaya sebab mengapa prestasi dan nafus seksnya lemah sekarang adalah kerana beliau disunatkan tanpa kebenaran. Yep no shit. Orang macam ini pun wujud dimuka bumi? Dayyum!

Aku tak percaya bahawa bersunat akan melemahkan nafsu syahwat. Berapa juta MELEIS didunia ini yang mempunyai ramai anak? Semuanya bertenaga sahaja.

in b4 "Ini satu lagi konspirasi MASON untuk membuatkan umat Islam takut untuk bersunat!"



Laporan asal FoxNews

Serius Cool - Universiti Dalam Bukit Di Seoul (9 gambar)


Occupy Bukit?

Ketika mahasiswa kita sebok mengoccupy dataran dan memohon pinjaman PTPTN dimansuhkan ada baiknya kita melihat sebuah universiti di Korea Selatan. Kenapa ada eloknya? Kerana universiti di Malaysia kebanyakkannya tak cantik. Maaf cakap tapi universiti paling cantik di Malaysia ialah Universiti Teknologi Petronas. Uni lain nampak macam sekolah vokasional di mata elitis bekas pelajar UNIPET. Hurr hurrr..

Ewha Womans University (yes Womans.. ini bukan typo) ialah sebuah uni yang unik pada pandangan aku. Ia mungkin tak ada UFO rekaan Lord Norman Foster macam UTP tetapi ianya masih unik kerana dibina didalam bukit. Ewha Womans University mula dibuka pada tahun 1886. Di Korea Selatan EWU dikategorikan sebagai sebuah IPTS. Sungguhpun IPTS EWU berada didalam ranking top 5 uni disana. Bangunan baru universiti ini dibina dalam sebuah bukit yang berada didalam kawasan kampus. Instead of membina bangunan tinggi they built the building downwards. Hasilnya ialah sebuah uni yang unik dan masih mempunyai ruang hijau mesra alam. Awesome!

in b4 "uni wanita rupa macam vagina!"


Serius - Mari Memburu Walrus (11 Gambar NSF Pecinta Haiwan)


Burger walrus?

Hari ini kami paparkan gambar rare pemburuan Walrus yang dilakukan oleh orang asli Chukchi yang tinggal di Semenanjung Chukchi di Russia. Walaupun pemburuan walrus sudah diharamkan di Russia sejak 1956, puak Chukchi diberikan kebenaran khas kerana ianya sebahagian dari budaya turun temurun mereka. Setiap tahun mereka dibenarkan memburu diantara 4-7 ribu walrus untuk kegunaan mereka. Kulit walrus dijadikan bahan untuk membina rumah, lemak dijadikan bahan api, usus walrus dijadikan jaket kalis air, ekornya pula dijadikan jeruk manakal taringnya pula menjadi bahan ukir. Tiada bahagian walrus disia-siakan oleh mereka.


Serius Cool - Chant Bolasepak Terbaik Di Malaysia


FAM Bangsat

Bila Ulras Malaya marah dengan kepimpinan FAM. Lagu yang dinyanyikan lebih best afdal dinyanyikan dari GGMU atau YNWA... Ini ialah fakta.

FAM Bangsat Kami Datang FAM Bangsat!!
FAM Bangsat Kami Datang FAM Bangsat!!
Kami Turun ke Melawati...
Satu Jiwa Sokong Malaysia..
FAM Bangsat.....Di Bunuh Saja!! :)



Serius Fakta - Mengapa Menjual Tubuh Itu Lumayan


Mari-mari...

Tahun lalu terdapat berita seorang warga China menjual sebelah ginjalnya semata-mata mahu memiliki sebuah iPhone 4S. Persoalannya sekarang adakah benar sebuah ginjal sama nilainya dengan sebuah peranti mobil rekaan Apple? Bagaimana pula dengan organ yang lain? Ketahui nilai organ anda. Manalah tahu anda mahu membeli iPad3 tapi tak mampu tetapi ada organ lebih boleh anda jual!


Serius LOL - Odometer Seorang GEEK Sebenar?


Yeah!

Ini ialah odometer kereta aku beberapa minggu yang lalu. Bukti aku seorang geek sebenar?


Tuesday 24 April 2012

Serius Sadis - Jika Manusia Menjadi Haiwan Makmal (10 Gambar)


Sadis!

Setiap tahun puluhan ribu haiwan menjadi radas didalam makmal seluruh dunia. Haiwan sepertio tikus, monyet rhesus dan anjing digunakan untuk menguji ubat dan kosmetik sebelum boleh digunakan oleh manusia seperti kita. Pihak Human Society International semalam melakukan sesuatu yang agak sadis bagi menarik perhatian ramai tentang kekejaman terhadap haiwan atas nama sains. Seorang artis bernama Jacqueline Traide, diperlakukan seperti haiwan makmal di tengah ibu kota London selama 10 jam. Sepanjang tempoh "eksperimen" , orang ramai boleh melihat sendiri bagaiman kejamnya eksperimen makmal jika manusia digunakan bukannya haiwan

Personally I understand what they are trying to do tetapi pro lebih banyak dari kontra dalam penggunaan haiwan untuk kajian sains. Adakah anda bersetuju ujian menggunakan haiwan diharamkan?


Serius Cool - LapDawg : Meja Komputer Riba Paling Versatile (10 Gambar)


Serius want!

Aku suka bekerja all over the house. Masalahnya ialah sukar untuk menaip bila duduk diatas sofa atau atas katil. Meja komputer yang ada sekarang pula tidak direka untuk digunakan on both sofa dan katil. Rekaan yang ada juga terlalu rigid dan sukar untuk diubah. LapDawg ialah sebuah meja komputer riba yang versatile. Ia boleh menjadi meja diatas katil, meja tinggi bersebelahan sofa atau dijadikan tenggek untuk laptop diatas meja. Kedudukan kaki dan aras ketinggian LapDawg juga boleh dilaraskan mengikut kemahuan kamu. Pendek kata LapDawg ialah uber-computer table. Kalau mahu beli ianya beharga USD 89 setiap satu dan boleh dibeli disini


Serius Shit - Sekolah Paling Aneh Di Dunia


Defuq?

Jika sekolah kita macam ini adakah pelajar akan makin minat datang sekolah atau sebaliknya?

Bincangkan...



Serius LOL - Christiano Punya Susu, Ronaldo Dapat Nama


HAHAHHA

Maklumlah INDIA lebih gemarkan sukan kriket dari bolasepak! Kesian Christiano!



Via Amit Dattani

Serius Cool - Baju Ninja Turtles dan Power Rangers : Edisi Hot Babes (7 Gambar)


Go go Powah Ranger! Turtle Power!

I just leave this here. Dress seksi Teenage Mutant Ninja Turtles dan Power Rangers untuk aweks. Setiap satunya beharga USD 35. Kalau anda berpoligami dan beristeri 4 aku sarankan belikan satu set baju seksi dan anda kini boleh berfantasi seksual doing it with turtles.

So much wrong!

IN b4 "seks dengan penyu itu haram"


Serius Cool - ITALO : Keretapi Ferrari Itali (12 Gambar)


Vrrom!

Italo ialah keretapi halaju tinggi yang akan mula beroperasi hujung bulan ini di Itali. Italo ialah hasil kerjasama Ferrari dan SNCF (Syarikat Keretapi Perancis). Ianya mampu bergerak pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dan menyambungkan bandar Naples ,Rome,Florence, Bologne dan Milan . Kabin Italo dilengkapi degan kemudahan terkini seperti WIFI serta palam elektrik.Maka anda boleh melakukan kerja sambil menanti tiba di destinasi. Selain daripada itu ia juga akan dilengkapi dengan gerabak "wayang" dimana sebuah gerabak menjadi wayang bergerak. AWESOME!

Kami kini memanti kerjasama SCOMI dan Proton untuk menghasilkan keretapi halaju tinggi buatan Malaysia .

In b4 "nanti kalau SCOMI Proton buat train tayar tercabut macam Preve dan Monorel!"


Serius Cool - Misool Eco Resort Indonesia (10 gambar)


My oh my!

Sejak bernikah dengan Miss Mean aku menjadi seorang Beach Bum. Miss Mean seorang beach bunny dan beliau sering ajak aku pergi holiday and get away dari blogging. Masalahnya setiap tempat yang kami pergi ada WIFI dan aku bekerja walaupun ketika becuto. Misool Eco Resort ialah sebuah pusat peranginan yang mungkin harus aku pergi untuk melarikan diri dari pencemaran dunia dan masalah kerja. Ianya terletak di Raja Ampat Indonesia, berhampiran Papua New Guinea dan ini memastikan ianya jauh dari tamadun manusia. Di sini tiada Wifi, TV maupun telefon. Didalam bilik hanya ada tempat berehat untuk anda chill dan melupakan dunia. Misool Eco Resort juga sebuah pusat peranginan mesra alam. Setiap chalet dibina dari kayu yang hanyut (drift wood) dan tidak ditebang. Sistem kumbahannya juga ditapis bagi memastikan persekitaran resort tidak tercemar.

Anda boleh menyelam bersama jerung, ikan pari gergasi dan penyu straight dari verandah chalet anda. Pada satu-satu masa jumlah tetamu dihadkan kepada 40 orang sahaja untuk memastikan ketenteraman dijaga. Harga penginapan bermula dari EURO 2000 seorang untuk 7 hari 6 malam. Sounds like a good place. Kena simpan duit sekarang dan ajak Miss Mean pergi sini untuk first year anniversary kahwin! Huzzah!


Serius Cool - Iklan Perisian Anti Virus : Japanese Style


Only In Japan!

Cool..... kreatif...... KAWAII dan ianya iklan Norton Anti Virus. Only Japan can do this

Thanks @LinkinStreet



Serius Hot - Teka Siapakah Anak Wanita Ini? (4 Gambar)


Mari Teka


Ramai orang percaya kalau hendak tengok rupa wanita bila mereka sudah berusia, tengok pada wajah ibunya. Wanita dibawah pada pendapat Blogserius ialah antara wanita paling GORJES didunia dan kerap kali beliau dipaparkan disini. Siapakah celeb ini dan adakah anda rasa bila beliau sudah tua akan menyerupai ibu beliau?


Serius Cool - Rekaan Sinki Yang Inovatif Gore Design (12 Gambar)


Woaahh!

Sinki ...... mungkin bukan sesuatu yang anda kaitkan dengan seni astetik. Sinki hanya digunakan untuk basuh tangan, basuh pinggan mangkuk dan tempat ludah ketika gosok gigi. Di Gore Design, mereka menghasilkan sinki yang lain daripada yang lain. Setiap sinki buatan mereka mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ada yang direka untuk kelihatan seperti permukaan batu yang dikikis air selama puluhan tahun. Ada yang seakan grand canyon dan ada yang tak masuk akal. Apa yang pasti Gore Design tidak menghasilkan sinki yang membosankan.


Monday 23 April 2012

Serius Konsep - Lamborghini Urus : Bila Lambo Membina SUV (9 Gambar)


SUV Lambo Kedua

Lamborghini terkenal sebagai pengeluar kereta lumba berprestasi tinggi. Semalam di Pameran Kereta Beijing mereka memperlihatkan Lamborghini Urus, SUV kedua mereka selepas LM002 yang dikeluarkan pada tahun 1986. Lambo Urus dijangka memasuki pasaran sekitar 2015 dan ianya akan diperkasakan dengan enjin V12 600 kuasa kuda. Harga jualan pula disekitar USD 200 000 sebuah. Jika anda tertanya-tanya, URUS ialah nama panggilan sejenis lembu dari Sepanyol.


Serius Neko - Neko vs Beruang


Siapa menang?



Serius Cool - Sebuah Rumah Di Country Heights Damansara (11 Gambar)


Moden!

Aku dibesarkan didalam kawasan rumah teres. Rumah aku sederhana besar dan I was lucky enough to have my own room. Impian dihati mahu duduk rumah banglo tetapi apa kan daya harga rumah teres sekarangpun aku tak mampu beli. So aku dan isteri end up beli apartment sahaja. Dream house kami masih sebuah banglo. Hopefully kalau rezeki ada dapat beli rumah secantik rumah banglo di Country Heights Damansara dibawah. Rumah dua tingkat seluas 5000 kaki persegi ini lengkap dengan kolam renang dibawah direka oleh Look Architect dan siap dibina pada tahun 2009.


Serius Indo - Vistasi : Seni Senggama Minda Haris Purnomo (8 Gambar)


Creepy shit.......

Haris Purnomo ialah seorang artis yang dilahirkan di Delenggu Jawa Barat pada tahun 1956. Haris terkenal dengan kerana menggunakan motif bayi dalam kebanyakkan karayanya. Di bawah ialah instalasi arca yang diberi tajuk Visitasi. 100 patung bayi yang diperbuat daripada resin digantung dan ada diantaranya dicacah. Menurut Haris, Visitasi ialah simbolik anak Indonesia yang dilahirkan setiap tahun. Patung yang bercacah mewakili bayi yang lahir tetapi terpaksa menanggung beban ibu bapa mereka dalam bentuk hutang. Kehidupan mereka dari lahir sudah dicemari. Some deep shit there. Me? I just think Visitasi ialah hasil seni yang creepy as shit.


Serius Shit - Kristian Korean Berdoa Untuk Halang Konsert Lady Gaga (8 Gambar)


Serius

Di Korea, sekumpulan jemaah dari The Korean Association of Church Communication berdoa secara pukal pada hari ahad bagi meminta Jesus menghalang konsert Lady Gaga dari berlangsung. Seramai 300 orang berdoa sehingga menitis air mata kerana mereka percaya konsert Lady Gaga akan membawa bencana "pornografi dan homosesksual" masuk kedalam Korea Selatan. Sungguhpun berdoa dengan penuh emosi konsert Lady Gaga berjalan dengan lancar pada malam ini. Mungkin Jesus tidak mendengar doa mereka ataupun doa mereka tidak cukup syahdu untuk Tuhan memakbulkannya. Konsert Lady Gaga menerima tentangan hebat penganut agama Kristian konservatif Korea. Sungguhpun konsert tidak berjaya diharamkan ataupun dibatalkan, pihak Gereja walaubagaimanapun berjaya meletakkan had umur penonton berumur 18 tahun keatas sahaja yang dibenarkan menhadirinya. Well you can't win anything can't you.

Meanwhile di Malaysia demo anti LBGT diadakan di Universiti Putra Malaysia dimana peserta perhimpunan hanya berikrar untuk menentang LBGT.

Kalau orang Korea yang beriman pun doanya tak dimakbul kamu rasa perhimpunan "dihadiri lebih 7000 orang" seperti yang dilaporkan oleh Buletin Utama agaknya akan berjaya tak? I am gonna bet my ass that perhimpunan LBGT will not stop LBGT community to be treated like other Malaysian citizens. They paid their taxs and love Malaysia as much as you do. So why the hate bro?


Serius Cool - Mari Melawat Pejabat DC Comics (12 Gambar)


Industri Komik

Pernahkah anda terfikir untuk jadi pelukis komik. When I was younger I wanted to work in Marvel. Komik yang aku mahu lukis dulu ialah X-Men. Mahu gantikan Andy Kubert dan Joe Madureira. Tapi bila dah semakin tua aku realised jadi pelukis komik bukanlah kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia. Oh well! Anyway hari ini mari kita melawat pejabat komik DC di New York.

Thanks @Zurairi for the tip


Serius Cool - Snoozebox : Hotel Mudah Alih Dari Kontena Kargo (9 Gambar)


Hotel Sementara

Snoozebox ialah sebuah hotel mudah alih yang dimiliki oleh David Coulthard, bekas pemandu F1 McLaren Mercedes. Hotel ini dibina dengan menggunakan kontena kargo dan boleh dipasang dimana sahaja ianya diperlukan. Snoozebok ialah satu-satunya hotel mudah alih didunia dan dicipta bagi memenuhi keperluan pengunjung acara awam seperti tapak konsert, atau perlumbaan F1. Setiap kontena boleh diubah menjadi 4 bilik lengkap dengan tandasnya sendiri. Selain itu kemudahan lain seperti televisyen, wifi dan peti keselamatan turut disertakan.

Mungkin selepas ini penganjur OCCUPY DATARAN boleh gunakan Snoozebox. Lebih comfy dan jika gangster datang nak membelasah sukar sedikit mereka nak musnahkan kontena kerana ianya lebih keras daripada khemah kanvas.


Serius Shit - Inilah Pejalan Kaki Paling BAWSE Di Dunia


Ketenangan abadi

Nakharom........... hampir mati tapi sempat bagi evil eye kepada pemandu van. Crossing the road like a BAWSE sebenar.



Serius Cool - TRONVEL : Bila Tron Dan Adiwira Marvel Bergabung (8 Gambar)


Awesome!

Tahukah anda syarikat komik MARVEL kini dimiliki oleh Disney? Disney membeli Marvel dan katalog 5000 watak komiknya pada harga USD 4 Billion pada tahun 2009. Tron pula dimiliki oleh Disney. Apa terjadi jika Tron dan Marvel bergabung? You get Tronvel!


Serius - Bahaya Mesin Urut Tengkok Automatik (5 Gambar)


Oh shit!

Kejadian dibawah berlaku di China. Rambut seorang gadis dari Sechuan, China tersangkut kepada sebuah mesin urut tengkok yang dibelinya. Akibatnya pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi melepaskan rambut beliau yang tersangkut. Jadi pembaca Blogserius sekalian. Berhati-hari bila menggunakan mesin memguurt tengkok. Takut rambut kamu pula tersangkut jika mesin yang digunakan fakap.


Sunday 22 April 2012

Serius - Beza Nama Orang Kulit Hitam Dan Kulit Putih


Edukesyenel

Oleh itu;

Khalid= Nama Melayu
Carleed = Nama Meleis?

bincangkan...



Serius Kreatif - Seni Dari Kotak Kadbod Chris Gilmour (12 Gambar)


Respect

When I was younger rancangan kegemaran aku ialah Art Attack. Neil Buchanan, host Art Attack kerap menggunakan kadbod dan karton susu untuk projek seninya. Aku masih ingat this one time aku buat periscope kapal selam dengan menggunakan kotak susu. For some unknown reason bermain dengan mainan buatan sendiri lebih enjoice dari bermain dengan koleksi mainan Mask, Starcom dan Transformers aku.

Chris Gilmour mungkin salah seorang remaja yang pernah menonton Art Attack. Beliau memhasilkan kenderaan, peraboty dan barangan harian dengan menggunakan kotak kadbod. Kesemua objek yang dibuat beliau dibuat pada skala sebenar. Kereta dan Vespa dibawah benar-benar mindblowingly cool. Respect to Chris Gilmour!


Serius - Cermi Mata Hitam Untuk Hipsters Kaya


Hipster kaya = oxymoron

Sekarang semua remaja baru nak up memakai sunglasses Wayfarer Ray Ban. I dunno why tapi bila semua orang pakai cermin mata yang sama ia mengingatkan aku kepada zaman Alien Worshop in the early 90's. Bila semua dah pakai dah jadi tak cool tetapi lame ass.

Jadi jika anda seorang hipster dan tidak mahu kelihatan seperti hipsters yang lain aku sarankan korang beli cermin mata hitam Ultra Goliath 2. Ianya cermin mata yang mempunyai 2000 batuan permata dengan jumlah 15 carat dan disadur 65 gram emas. Harga cermin mata ini ialah USD 25 000. Amacam? Mahu?



Laporan asal Extravaganzi

Friday 20 April 2012

Serius Cool - Balai Polis Yang Ceria Di Jepun (6 Gambar)


Balai Polis yang ceria

Ok videi dibawah tadi agak depressing. Pegawai Polis didalam video itu nampaknya ada anger management issue dan small penis mentality. Aku rasa pegawai polis emo didalam video entry sebelum ini pastinya tidak moody sekiranya bertugas didalam balai yang seceria balai polis yang terletak di Koban Jepun ini. Bukan sahaja bentuk balai polis ini moden tetapi skema warnanya juga cukup menceriakan. Macam I PUKE RAINBOW. I dunno about you guys tapi warna ceria boleh meninggalkan kesan positif terhadap mood seharian kita. Mungkin kerajan Dato Seri 1Najib boleh melakukan pilot projek dimana balai PDRM diwarnakan dengan warna ceria dan diberi revamp dari segi rekaan. Mungkin abang Polis kita akan menjadi lebih happy dan bertugas pada tahap optimum 120%!


Serius Shit - Beginikah Cara Anggota Polis Kita Melayan Pelancong?


Facepalm

Video ini kami terima pagi tadi melalui twitter. Dikabarkan ianya diambil secara rahasia oleh seorang penumpang bas. Bas yang dinaiki si pengambil video ditahan oleh anggota polis dan random check dilakukan. Dialog perbualan diantara si polis dan seorang pelancong yang "disoal siasat" adalah seperti dibawah. Kamu rasa bagaimana?

Semasa aku jadi student dahulu pernah juga ditahan pihak polis. Maklumlah ada warga Malaysia yang jadi illegal worker. Bezanya pegawai Polis Metropolitan London bertindak dengan profesional dan beradab. Membahasakan aku sebagai "sir" dan ketika meminta memulakan setiap satunya dengan "please". Jika video ini asli, nyata sekali tindak tanduk pegawai polis Malaysia ini memalukan imej negara. Malaysia Truly Asia? More like Malaysia Truly RUDE!

Via @Abinesh



Serius Cool - Rumah Pokok Yang Comel (8 Gambar)


Win!

Rumah pokok selalunya dibina berbentuk kotak. Hari ini mari kita melihat sebuah rumah pokok yang dibina di British Columbia. Ianya berbentuk telur dan ckukup besar untik dijadikan tempat tinggal seorang individu pada satu-satu masa. Rumah pokok yang diberinama HemLoft ini ialah rekaan Joel Ellen, seorang bekas programmer yang berjinak-jinak dengan bidang senireka kerana bosan dengan kerja beliau sebelum ni. All in all HemLoft memang unik dan I don't mind staying here myself. Rasa seperti tinggal did alam gonad!


Serius Fail - Ramalan Hari Kiamat Yang Gagal Sepanjag Zaman


Failllllllllllll


Ramai juga orang melakukan ramalam dunia akan berakhir sebenarnya. Sempena hari jumaat. hari dimana orang Islam percaya dunia akan berakhir marilah kita tengok beberapa ramalan yang gagal. Mari facepalm!


Serius - "Justin Bieber" Ditahan Atas Kesalahan Pedofilia


Halt Press!

Justin Bieber ditahan oleh pihak polis atas kesalahan pedofilia. Well it is not really Justin Bieber tetapi seorang lelaki yang menyamar menjadi beliau. Lee Moir (34) ditahan kerana meminta seorang gadis 12 tahun menghantar video dan gambar lucah.Gadis 12 tahun tersebut menghantar bahan lucah tersebut kepada beliau kerana percaya Lee Moir ialah Justin Bieber sebenar. Lee menyamar menjadi Bieber di dalam laman social Facebook. Setelah berjaya mendapat fapping material PEDO beliau, Lee Mori melakukan kesalahan besar dengan cuba memeras ugut budak 12 tahun tersebut. Beliau mengancam akan menyebarkan bahan lucah bawah umur tersebut kepada umum jika si gadis gagal memberikan beliau wang. Lucky for the kid dia terus memberitahu ibu bapa beliau dan pihak polis Toronto meletakkan perangkap

Seorang pegawai polis menyamar menjadi seorang gadis 14 tahun dan menghubungi Lee Moir. Pegawai polis yang menyamar kemudian memujuk Lee untuk bersua muka. Bila Lee muncul beliau terus ditahan. Ha ha ha! PWNED! .Lee kini meringkuk didalam penjara sementara menunggu dirinya dihadapkan ke mahkamah. Beliau berhadapan hukuman pejara 30 tahun atas kesalahan memiliki bahan lucah bawah umur, menjalinkan hubungan dengan gadis bawah umur dan memeras ugut.

Polis Kanada percaya Lee berjaya menipu Belieber dari USA, Perancis. Australia dan Filipina bahawa dia Justin Bieber sebenar bedasarkan bahan bukti yang mereka perolehi dari komputer milik beliau.

Have fun in jail Lee Moir. Remember.. don't drop the soap. In other note Beliebers memang bodoh!




Laporan asal Hollywood Gossip

Thursday 19 April 2012

Serius LOL - Heavy Metal Ala Kampung


Pergh!

Drum kit paling power dan autentik dalam sejarah Heavy Metal!

Thanks @Syvzwvn for the tip



Serius Klasik - Alfa Romeo Aerodinamica Spider (9 Gambar)


Pelopor posisi pemanduan ditengah

Alfa Romeo Aerodinamica Spider mungkin bukan sebuah kereta yang pernah anda lihat. Kemungkinan hari ini baru pertama kali anda mendengar namanya. Namum Alfa Romeo Aerodinamica Spider ialah sebuah kereta yang bertanggungjawab mempelopori konfigurasi pemandu berada ditengah-tengah ruang memandu 50 tahun sebelum McLaren F1 membuatkannya popular. Kereta ini direka pada tahun 1934 sebagai sebuah prototaip. Pada ketika itu Alfa Romeo menghadapi cabaran daripada Mercedes Benz dan Auto Union dalam penghasilan kereta lumba yang berkuasa tinggi. Kemuculan dua pengeluar kereta dari Jerman ini menggugat posisi Alfa Romeo yang sebelum ini memegang gelaran pengeluar kereta lumba terbaik dunia. Pada masa yang sama Bennito Mussolini tidak mahu ITALIAN PRIDE kalah kepada German Engineering Supremecy. Walaupun kedua-dua negara AXIS ini bersekutu, masih terdapat rivalry negara FASIS manakah yang lebih superior. Pihak Alfa Romeo menghasilkan kereta berenjin tengah ini secara rahsia. Malang bagi Alfa Romeo ketika dalam proses pembinaan dan pengujian perang dunia kedua meletus. Kereta inipun disimpan oleh pembinanya di Fiume., Yugoslavia yang pada ketika itu dibawah kawasan takluk Itali.

Selepas perang dua orang pembinanya terperangkap didalam negara komunis Yugoslavia. Pada tahun 1946 kereta ini dilarikan ke sempadan Itali dan selepas beberapa kali bertukar tangan akhirnya dibaik pulih pada tahun 2008. Ianya satu-satunya prototaip Alfa Romeo Aerodinamica Spider yang wujud. Kereta ini walaupun sudah berumur lebih 80 tahun masih kelihatan cool. What do you guys think! The Godfather of central driving position!


Serius Genius - Hold Chair : Kerusi Memudahkan Vakuum Ciptaan Malaysian (6 Gambar)


Poh Liang Hock

Poh Liang Hock ialah seorang designer yang berasal dari Malaysia. Hold Chair rekaan beliau memenangi anugerah rekaan industrial RED DOT AWARD yang berprestij baru-baru ini. Hold Chair membolehkan kerusi diletkatkan kepada meja jika tidak digunakan. Ini memudahkan anda untuk menyapu atau memvakum ruang bawah meja. Genius! Sebagai seorang pemvakum tegar aku memang rage bila nak vakum bawah meja makan. Kena main selit-selit tangkai vakuum to get to those weird angles between chair legs. Awesome job Poh Liang Hock


Serius Cool - Iklan Manlytears Hari Ini


Habuk..... banyak

Maaf lama tak vakum bilik!

Thanks @Goldfries for the twitip earlier!



Serius Fakta - Fakta Sadis Tentang Kem Tahanan Teluk Guantanamo


God Damn

Guantanamo ataupun Gitmo ialah kem tahanan yang digunakan oleh Amerika untuk menahan suspek "perang menenatang keganasan". Sejak dibuka pada tahun 2002, pelbagai hak asasi manusia dicabul oleh Amerika atas nama "keselamatan domestik" mereka. Dibawah ialah beberapa fakta sadis yang perlu anda tahu. Jika ada bandwidth terlebih aku sarankan korang download dokumentarai "Taxi To The Darkside of The Moon". Dokumentari ini akan membuka mata anda tentang nasib orang yang tidak bersalah tetapi dipenjarakan juga di Gitmo.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails