Friday 19 April 2013

Serius Cool - CAIC Wuzhuang Zhishengji 10 : Helikopter Tempur Utama China (18 Gambar)


Ah-Pache

Setiap negara kuasa besar mempunyai helikopter tempur utama mereka. Amerika Syarikat mempunyai AH 64D Apache Longbow. Russia mempunyai Kamov KA-52 Black Shark. China pula mempunyai CAIC WZ-10, helikopter buatan tempatan yang sudah beroperasi sejak 2010. Pada asalnya China ingin membeli helikopter tempur Bell AH-1 Cobra dari Amerika Syarikat tetapi selepas insiden Medan Tiananmen perjanjian jualan ini dibatalkan. China kemudian cuba mendapatkan helikopter Mil Mil 24 Hind dari Russia tetapi sekali lagi perjanjian ini dibatalkan kerana keruntuhan Kesatuan Soviet. Oleh sebab itu China terpaksa mengubahsuai helikopter awam Eurocopter Dauphin menjadi helikopter tempur mereka. China menyedari Dauphin bukanlah penyelesaian jangka panjang mereka kerana jelas sekali sebuah helikopter tempur khas harus dimiliki tentera mereka dan bukan helikopter kegunaan awam yang diubah suai. Pada tahun 1994 projek helikopter tempur rekaan tempatan dimulakan bagi mengurangkan pergantungan kepada kuasa luar untuk keperluan persenjataan China.

China mendapatkan bantuan Eurocopter dan Danel bagi memberikan latihan kepakaran. Oleh sebab itu WZ-10 kelihatan seakan Eurocopter Tiger dan Danel AH-2 Roivalk . Penerbangan pertama WZ-10 dilakukan pada tahun 2003 dan helikopter ini akhirnya memasuki inventori tentera darat China pada tahun 2010. Ia diperkasakan dua buah enjin dengan kemampuan 1350 kuasa kuda setiap satu. Kelajuan maksimum WZ-10 ialah lebih dari 300 kilometer sejam. Bahagian utama pesawat dilengkapi  perisai komposit dan seperti Apache ia berfungsi sebagi pemusnah kereta kebal di medan perang. Cool heli is cool!



Laporan asal Wikipedia

28 comments:

  1. roti spender satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL made in china. last for a month

      Delete
    2. nak bisjut?

      Delete
    3. Haha!! betol great wall china ja yang tak rosak ..

      Delete
  2. dung dung ceng

    ReplyDelete
  3. bila la negara kita nak mempunyai kepakaran tempatan yg mahir untuk membuat teknologi persenjataan cam dorang. boleh jimat sikit dari asyik beli teknologi luar jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila anuar ibrahim jadi PM laa..

      Delete
  4. still, made in china dowh,

    ReplyDelete
  5. bila tak kroni mcm nie la......nie malaysia kapal selam tak boleh selam...jet tak boleh terbang sbb takda enjin.....p mampus BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. KO bercakap bajet bijak. Sapa kata xleh menyelam ? Xkan sebab takdak bawak ko xleh menyelam, ko kata xleh menyelam ? Yang skang duk meronda perairan Lahad Datu tue apa ? BODOH punya statement.

      Engin yang ilang aritue dari pesawat yang dah dilucut tauliah @ besi buruk. Org bising sebab xnak jatuh ke tangan org luar. Aku tengok F-18 dan SU-30MKM ok jer merayau2 kat ruang udara. Sapa kata tak leh terbang ?

      PAS ? DAP ? PKR ? Atau abah ko yang bajet bagus ? Akai ada ka. BODOH punya olang. Tak sekolah tapi join politik maka jadilah insan yang teramat bahlol macam ko.

      Delete
    2. tetek mak ko besar sebelah pn salah umno.

      Delete
    3. Anonymous19 April 2013 13:11

      aku undi ko la anon... terbaek..!!!!

      Anonymous19 April 2013 12:22

      amacam..? sakit x..?

      Delete
    4. Anonymous19 April 2013 12:22

      bodoh jangan hari2 tinggalkan sikit untuk hari esok.

      Delete
    5. Anonymous19 April 2013 12:22 pencacai dap

      Delete
    6. Anon 19 april..tu la banyak sangat dengar ceramah anwar ibrahim..bodoh terang2 kad lahad datu kapal selam tu duk ronda2 siap lancar peluru berpandu..bodoh2..ko tengok skang ade dia cite pasal kapal selam agi ke..bub ape bub dah kontoi.. nampak timbul tu sebab perairan kite ni cetek bahalol..nak selam cmne terlanggar la batu karang bodoh..

      Delete
  6. "malaysia xleh bt sendiri senjata, nt amarika marah.lgpun r&d military kos tinggi" ; statement biasa aku dengar.padahal klu malaysia bt sendiri, menteri2 xblh nk markup harga, cthnya astros II mlrs, mbt pt91 pendekar,av8.sume tu projek bt duit.

    malaysia blh dikata baru beli astros mlrs.negara jiran kita pada tahun 90an sudah pun mula bt research utk bt sendiri mlrs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bajet besar la bro...nak R&D sebijik model proton pun kena bajet ratus juta,kereta kebal lak cmana?Metalurgi kena power,elektronik sistem,enjin bla..bla..
      nak buat meriamnya saja pun bukan senang.
      so far,beli dari luar lagi jimat.

      Delete
    2. r&d kereta baru rm500 juta apatah lagi tank,mlrs,8x8.Beli dari luar lagi murah.singapore walaupun dah buat macam2 tapi masih lagi terkinja-kinja mencari pembeli.

      Delete
    3. knowledge and technology bro, ckp nk jadi negara maju.ko xbangga ke klu malaysia kuarkan tank sendiri yg BERKUALITI?

      Delete
    4. baek jgn,nnti power window tak leh turun

      Delete
  7. mmg r R&D bajet bsr. tp ble dah jd, bleh plak jual kt negara ke-3 yg still xle wt sndiri. baru boleh pulang modal. amacam? power x idea aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. singapore pun gagal mencari pembeli.hanya harapkan sar21 mereka.

      Delete
  8. wakarimaSUNalhaji21 April 2013 at 12:42

    perghhhh

    ok gak design....terpacut gua tgk.

    tapi wing mcm cacat skit...nie mesti salah anwar...sial anwar

    apaun...harap2 anwar menang...

    ReplyDelete
  9. Sblm nk r&d tu...
    Suh budak2 obersi blk dan serve negara ni...
    Kepakaran mgkn ada
    Tp besela...masa mula2 nk biasiswa jpa bkn main dtg intervew merayu2
    Bia dah sebat terus ilang xmo blk
    Siap apply citizenship negara lain lg...
    Budak2 melayu yg byk blk semula....
    Dasar pengkhianat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails