Thursday, 9 February 2017

Serius - Kanak-Kanak Mati Ditendang Ibu Kerana Enggan Menggosok Gigi


Ibu Mithelli

Sudah hampir tiga tahun kami menjadi bapa kepada seorang puteri berumur 3 tahun. Anak kami ini comel tetapi nakal tahap maysallah. Inilah cabaran apabila anda ingin menjadi seorang ibu bapa. Anak anda akan sentiasa cuba membuatkan anda marah. Tetapi bagi Iris Hernandez Rivas (26) yang berasal dari Maryland Amerika Syarikat, kesabaran bukanlah skill yang wujud dalam tubuh beliau.


Iris ditahan dan kini menghadapi pertuduhan membunuh anak beliau berusia empat tahun. Beliau didakwa menendang anak beliau setelah si kecil enggan memberus gigi. Kerana tendangan yang kuat si anak mengalami kecederaan pada bahagian otak dan hati. Iris cuba menyorokkan penderaan ini dan mendakwa anak beliau terjatuh di dalam kolam mandi. Pihak doktor menemui lebam dan kecederaan yang tidak konsisten dengan cerita Iris. Si anak dirawat di hospital selama lima hari sebelum meninggal dunia 1 Februari yang lalu. So kids. If you don't have the minerals to raise a child. Please wear a condom!

Sumber Fox
 

Serius Neko - Catzonia Hotel - Hotel Mewah Untuk Kucing Di Damansara Perdana (9 Gambar)


Meowrth That's Right

Kucing bagi golongan urban bukan lagi dipandang sebagai sekadar haiwan belaan. Bagi mereka kucing yang ditatang dari kecil adalah sebahagian dari ahli keluarga dan dilayan setanding manusia. Oleh itu tidak mengejutkan semakin banyak hotel untuk kucing mula dibuka di Ibu kota.

Catzonia Hotel ialah hotel lima bintang (or it is lima catnips?) mewah khas untuk neko yang terletak di Damansara Perdana. Si kucing akan dibelai manja seperti seekor VIF, very important feline. Bilik khas dengan sistem CCTV disertakan bagi membolehkan tuan melihat kucing mereka terus menggunakan telefon pintar apabila berjauhan. Harga penginapan semalam di hotel kucing ini bermula dari RM25. Not bad. 


Wednesday, 8 February 2017

Serius - Panggung Wayang Dengan Katil Di Indonesia Ditutup Bagi Mengelakkan Zina


Harambe.

Panggung wayang dengan bantal empuk sudah wujud di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh Tanjung Golden Village menawarkan panggung Beanieplex yang membenarkan penonton berbaring selesa seperti di ruang tamu rumah sendiri.


Di Palembang Indonesia panggung wayang CGV menawarkan panggung mewah dilengkapi katil empuk dan selimut. Panggung ini akhirnya di tutup selepas diserbu oleh timbalan Datuk Bandar  Fitrianti Agustinda. Beliau mahu kesemua katil digantikan dengan kerusi biasa bagi mengelakkan pengguna berzina dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Pihak CGV pula memohon supaya pihak berkuasa memberikan mereka pelepasan kerana panggung mereka mendapat sambutan hangat dari kalangan keluarga yang mahu menonton dengan selesa. Pada waktu yang sama sistem kamera CCTV di dalam panggung dapat mengesan pasangan yang mungkin ini melakukan aktiviti tidak senonoh. Diharap di Malaysia pihak berkuasa lebih rasional dan tidak menutup panggung wayang seperti Beanieplex atas sebab agama.  



Sumber Jakarta Coconuts




Sunday, 15 January 2017

Serius Cool - Figura Aksi Filem Ghost In The Shell Yang Akan Memberikan Mimpi Buruk (6 Gambar)


 吾が舞へば、麗し女、酔ひにけり

Filem Ghost In The Shell akan hadir tahun ini selepas bertahun dalam pembikinan. Watak The Major akan dilakonkan oleh Scarlett Johansson dan dari trailer yang diperlihatkan filem ini akan menggabungkan elemen dari animasi GITS dan siri TV yang dihasilkan. Figura aksi untuk Major Motoko dan Robot Geisha dihasilkan oleh Weta Workshop. Kedua-dua figura ini boleh dimiliki pada harga $449 (RM 2008) sebuah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails