Monday 14 December 2015

Serius Cool - Sari Dengan Rekaan Hibrid Kebaya Dan Cheongsam (8 Gambar)


Rojak

Malaysia ialah negara rojak dengan tiga kaum utama Cina, India dan UMNO. Di Singapura tiga kaum ini juga tinggal secara harmoni dan hormat menghormati walaupun tanpa Barisan Nasional. Saree Sense menghasilkan rekaan sari hibrid yang menggabungkan rekaan Kebaya Peranakan dan juga Cheongsam. Hasilnya ialah sari yang bukan sahaja cantik tetapi nampak fresh. Setiap sari di bawah dijual pada harga SG 300. Malang sekali semuanya sudah old out. 



Serius Cool - Macalister Mansion : Hotel Mewah Bertemakan Zaman Kolonial Di Pulau Pinang (15 Gambar)


Hotel Butik

Hotel Butik banyak di Pulau Pinang. Sebelum ini kami paparkan hotel Loke Thye Kee Residence yang merupakan bangunan rumah kedai zaman kolonial yang kini menjadi hotel mewah. Macalister Mansion ialah rumah agam zaman kolonial yang kini menjadi hotel mewah 8 bilik. Setiap bilik mempunyai temanya tersendiri. Rekaan klasik digabungkan dengan rekaan kontemporari untuk menjadikan Macalister Mansion sebuah hotel yang unik. Harga penginapan semalam bermula dari RM 827. Expensive but just look at the rooms and restaurant. Nampak sangat awesome.



Serius Cool - Paris Plages : Pantai Sementara Di Tengah-Tengah Kota Paris (12 Gambar)


Santai

Mat Salleh mempunyai satu kelemahan iaitu mereka tidak boleh melihat matahari. Pantas matahari panas tegak atas kepala mereka akan berubah menjadi biawak hidup dan melakukan mandian mentari. Aneh sekali kerana mandian air biasa di waktu pagi mereka malas gila nak buat sedangkan kejap sahaja jika dibandingkan dengan mandian mentari. Di Paris Perancis setiap Julai dan Ogos akan diadakan Paris Plages ataupun dalam bahasa ketuanan keris bermaksud "Pantai Paris". Sebahagian tebing Sungai Seine di Bassin de le Vilette akan berubah menjadi pantai buatan manusia. Acara tahunan ini telah dilakukan sejak 2002 bagi membolehkan warga Paris menikmati pantai dan mentarai walaupun jauh dari laut. 



Sunday 13 December 2015

Serius Genius - 15 Teknik Solekan Mengubah Wajah Lelaki Ini Menjadi Seakan Selebriti Wanita Ternama


Awesome.

Paolo Ballesteros ialah jurumekap yag sangat berbakat. Beliau menggunakan teknik solekan untuk mengubah wajah beliau menjadi seperti selebriti ternama seperti Reese Witherspoon, Katie Holmes, Kim K, Angelina Jolie dan Anne Hathaway. Sila ikuti lebih banyak karya menarik beliau melalui laman Instagram beliau.



Serius Kreatif - Sekiranya Kenderaan Terbang Benar-Benar Menjadi Realiti (16 Gambar)


Back to The Future

Menurut Back To The Future sepatutnya sekaran kita sudah mempunyai kereta terbang. Malang sekali realiti tidak seindah fiksyen Robert Zameckis dan kereta masih berpijak di tanah milik Allah ini. Bagi Alejandro Burdisio ini tidak menghalang beliau dari menghasilkan lukisan fantasi dunia kereta terbang beliau sendiri. Pelukis dari Argentina ini membayangkan stesen minyak serta  keretapi yang turut terapung di udara. Sangat cool beans. 


Serius LOL - Jika Pemimpin Dunia Menggayakan Rambut Hipster Man Bun (11 Gambar)


Hipster

Fesyen rambut yang hangat di kalangan hipster lelaki ialah tocang ataupun Man Bun. Gaya rambut ini tidak sesuai untuk situasi formal. Jadi adalah kelakar apabila kami menemui gambar pemimpim dunia yang menggayakan rambut Man Bun ini. Kesemuanya dihasilkan oleh Designcrowd



Serius - Eksperimen Prejudis : Apakah Terjadi Apabila Ayat "Kejam" Kitab Injil Dikatakan Dari Al Quran


Quran vs Injil

Islamophobia ialah perkara yang serius sekarang selepas insiden menembak di Paris dan Baltimore. Ramai warga barat mula percaya kekejaman "orang Islam" adalah kerana kitab Al Quran yang menggalakkan kekejaman terhadap kafir. Eksperimen menarik ini menggunakan ayat-ayat yang boleh dianggap "kejam" dari kitab Injil tetapi dikatakan adalah dari Al Quran. Like reaksi terkejut mereka apabila menyedari ayat-ayat yang dikatakan "tidak sesuai untuk manusia moden" ini sebenarnya datang Injil. Sebuah eksperimen prejudis yang pastinya membuka mata manusia.




Serius Cute - 15 Figura Aksi WWE Yang Comel Oleh Funko Pop


Smackdown vs RAW

Kami dah lama tak menonton WWE kerana sudah tidak kenal siapakah atlet gusti yang dipaparkan di TV. Tetapi kepada mereka yang meminati atlet klasik era Attitude WWE, kini ada beberapa figura comel dari Funko Pop. Ada The Rock, Sesejuk Batu Steve Austin, Tok Adi Tanah Kubur dan Ultimate Warrior. Awesome. 

Serius Neko - U-Pet : Beg Galas Khas Untuk Membawa Kucing Kesayangan Anda (16 Gambar)


Nekobag


Haiwan peliharaan sekarang tidak hanya duduk di rumah. Pemilik mereka kini suka membawa mereka keluar untuk bersosial, menghirup udara segar, mengawan dan menunjuk-nunjuk kepada insan yang sebenarnya tak peduli. Carrier haiwan yang sedia ada tidak memudahkan proses membawa kucing berjalan. Oleh sebab itu beg-beg rekaan U-Pet ini direka bagi memudahkan haiwan disandang ketika di luar. 

Setiap bag mempunyai tingkap bulat yang membolehkan kucing melihat keluar dengan mudah. Beg juga mempunyai lapisan kain lembut bagi memastikan keselesaan haiwan dan ruang udara bagi memastikan mereka tidak kelemasana. Harga jualan sebuah beg bermula dari USD 69 (RM 299)sebuah dan terdapat beberapa rekaan seperti beg galas, beg sorong serta beg kargo macam nak balik kampung masa Hari Raya naik motor. 



Serius Kreatif - Adiwira Komik Barat Sekiranya Mereka Wujud Di Dalam Dunia Dragon Ball (5 Gambar)


Kame Hame Ha

Dragon Ball ialah komik popular yang dilukis oleh Akira Toriyama. Rekaan watak komik dan anime ini sangat dikenali di seluruh dunia dan menjadi sebab kenapa kami kini membaca manga walalupun sudah tidak lagi teruna dan mempunyai seorang anak. Apakah terjadi sekiranya Akira Toriyama turut bertanggung jawab mereka watak komik barat? Berikut adalah lakaran watak komik popular seperti Batman dan Wolverine sekiranya ianya dihasilkan oleh pelukis komik lagenda ini. Kesemuanya dihasilkan oleh Pierre Marie Lenoire, seorang pelukis yang berasal dari Perancis. Not bad. 



Serius Cool - Fiat 500 Abarth Edisi Stormtrooper Star Wars (10 Gambar)


The Force Awakens

Disember tiba dan ini bermakna tayangan filem Star Wars The Force Awakens akan hadir dalam jangkamasa terdekat. Kerana filem ini adalah filem paling dinantikan sepanjang 2015, pelbagai produk Star Wars mula membanjiri pasaran. Ini ialah sebuah Fiat 500 Abarth yang diberikan sentuhan seakan topi Stromtrooper Star Wars. Rupa kereta ini memang sudah hampir menyerupai topi yang dipakai askar klon Galactic Empire. Nampak menarik.



Sunday 6 December 2015

Serius WTF - Kayu Penahan Dagu Dari Jepun - Sebuah Lagi Rekaan Aneh Untuk Manusia Malas (10 Gambar)


Why?

Sebelum ini ada kami paparkan koleksi Chindogu, alatan yang direka untuk menyelesaikan masalah harian tetapi hanya layak dijual di SmartShop. Damn I do miss SmartShop and their sweating chicks adverts. So anyways, ini ialah sebuah lagi Chindogu dari Jepun yang direka khas untuk mereka yang pemalasa. Chin Rest Arm ialah tetongkat yang boleh menahan dagu anda ketika bekerja di depan meja. Anda tidak perlu lagi menopang dagu secara manual. Sambungkan Chin Rest Arm pada meja dan dagu anda akan ditopang tangan palsu yang diperbuat daripada silikon lembut ini. Ia juga boleh berubah mejadi bantal lengan sekiranya perlu. Harga jualan idea genius ini ialah Yen 4980 (RM 169) sebatang. Kalau cepat bosan di tempat kerja inilah alat yang diperlukan anda pada kadar segera!



Serius Fakta - Sejarah E-Dagang : Apakah Barang Pertama Yang Dijual Di Atas Talian?


Edukesyenel

Apakah barang pertama yang dijual secara atas talian? Video penuh maklumat ini menceritakan sejarah e-dagang yang kini digunakan oleh lebih 1 Billion pengguna internet seluruh dunia. Bagaimana pula dengan anda? Apakah barang pertama yang anda beli di atas talian? Benda pertama yang kami beli adalah sebuah DVD filem The Mummy dari BlackStar.co.uk. Harga jualan sekitar 9 pounds dan adalah lebih murah dari 15 pounds sekiranya dibeli dari kedai fizikal.


Serius Kreatif - 14 Edisi Comel Kenderaan Filem Mad Max : Fury Road


All Chibi and Chrome!

Mad Max Fury Road mungkin filem paling kami gemari sepanjang 2015. Ianya brutal tetapi masih lagi memaparkan sinematografi yang cantik. Jadi agak menarik melihat ilustrasi kenderaan dari filem ini dilakar semula oleh Scott Park untuk kelihatan comel. Kereta Immortan Joe dan Doof Wagon yang seoatutnya menakutkan musuh kini nampak sangat harmless. 



Serius VS - 2 Kinds Of People - Dua Jenis Manusia Di Dalam Dunia (18 Gambar)


Manusia Jenis Apakah Anda?

Terdapat dua cara melakukan sesuatu benda dalam kehidupan seharian. Ada yang suka makan fries dengan cili dan ada juga yang memakannya dengan mayonaise. Jadi mari lihat 18 lagi perkara dari 2KindsOfPeople yang melihat bagaimana perkara biasa setipa hari dengan dua cara berbeza . Kami harus akui dalam melakukan penamaan fail di komputer kami di dalam kolongan bagi nama secara random seperto dsdad.jpg kerana terlalu malas. Lepas dah save delete maka tak ada keperluan bagi nama fail yang cantik moleks macam Neelofa. True Story.



Serius Cool - Figura Aksi Batman Dawn Of Justice


Batfleck!

Trailer terkini filem manusia sasa melawan manusia haiwan nokturnal Superman vs Batman Dawn of Justice baru sahaja muncul minggu ini. It was bad ass. Jadi sekiranya anda mahu melompat masuk ke dalam hype train filem adiwira ini anda boleh membeli figura aksi Batman edisi Ben Afflect ini. Ia setinggi 6 inci dan kelihatan seperti the real thing. Setiap figura disertakan dengan satu Baterang, satu senapang batman dan satu grapple gun. Harga jualan bermula dari USD 54.99 (RM 230) dan ianya agak mampu milik.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails