Tuesday 30 June 2015

Serius Seleb - 13 Wajah Pelakon Game of Thrones Semasa Masih Muda


Valahd!

Wah masa muda muka semua innocent. Muka Littlefinger paling jambu sekali!



Serius Neko - Kimono Dengan Rekaan Kucing Yang Comel (11 Gambar)


Neko!

Warga Jepun memang mencintai kucing sehingga ada seekor kucing, Tamasan dilantik menjadi stationmaster di sebuah stesen keretapi. Tamasan meninggal dunia seminggu yang lalu dan kini dinobatkan sebagai seekor dewa. 

Janganlah bersedih kerana jika anda sukakan kucing rekaan obi (tali ikatan) kimono dari Jepun di bawah pasti menggembirakan anda. Kesemua kimono dihasilkan dengan rekaan kucing. Sangat kreatif dan nampak comel. Rasanya kalau ada baju kurung dan kebaya bertemakan kucing comel juga. Just keep them away dari rekaan baju melayu moden. Seperti yang berlaku tahun lepas manyarakat melayu masih belum boleh menerima baju melayu dengan rekaan kontemporari



Serius VS - Jika Watak Animasi Mempunyai Wajah Yang Lebih Realistik (10 Gambar)


Real

Watak animasi biasanya mempunyai mata yang besar, mulut yang kecil dan kepala yang besar, Apakah terjadi sekiranya watak popular seperti Elsa dan Merida mempunyai muka yang lebih menyerupai manusia sebenar? Berikut adalah karya yang dihasilkan oleh Nameless Doll.



Serius Kreatif - Spoiler Poster - Poster Filem Terkenal Dengan Spoilers Terpampang (9 Gambar)


Spoil!

Rasanya ramai dah tahu Darth Vader adalah bapak Luke Skywalker dan  I SEE DEAD PEOPLE Dr Malcolm dah mati dalam Sixth Sense. Kerana kesemua spoiler ini sudah diketahui ramai jadi tak salah meletakkan spoilers pada posternya. Spoiler Posters ialah siri poster yang dihasilkan oleh Dawid FrÄ…tczak. Sangat cool. Spoiler alert by the way!



Serius - How We Got Gay : Dokumentari Perjuangan Hak Asasi Homoseksual


#LoveWins

Minggu ini berita paling hangat di media sosial ialah keputusan mahkamah tinggi Amerika Syarikat untuk membenarkan golongan gay berkahwin. Keputusan ini disambut baik majoriti rakyat Amerika Syarikat dan disambut dengan avatar pelangi di kesemua media sosial. Apa yang tidak diceritakan ialah perjuangan golongan homoseksual untuk diterima masyarakat dan diberikan layanan sama rata oleh pihak berkuasa. Dokumentari How We Got Gay ini mungkin dapat memberikan anda sedikit sebanyak pengetahuan sejarah pergerakan gay sejak berpuluh tahun untuk mendapat hak sama rata. Interesting documentary and should be watch even if you are a bigot. 




Wednesday 24 June 2015

Serius - Xiaoyun Yang Menyelamatkan Ratusan Anjing Dari Menjadi Santapan Festival Yulin (12 Gambart


Hero

Xiaoyun Yang (65) ialah wirawati yang menyelamatkan ratusan anjing setiap tahun sebelum ia menjadi santapan ketika festival tahunan Yulin. Kepada yang kurang pasti festival Yulin ialah festival memakan anjing secara besar-besaran di China. Dianggarkan 10 000 anjing akan dibubuh dan dimakan sepanjang festival berlangsung. Teknik membunuh anjing dengan merebusnya secara hidup-hidup menjadi bantahan aktivis pencinta haiwan di China dan seluruh dunia. 

Xiaoyun Yang yang dahulunya bekerja sebagai seorang guru bekerja dengan badan NGO China yang menyelamatkan anjing dari menjadi lauk kenduri. Anjing yang diselamatkan kemudian dijaga oleh beliau di pusat menyelamatkan haiwan di Tianjin. Wanita ini menghabiskan banyak wang beliau sendiri bagi memastikan anjing tidak menjadi makanan. 

Ini mengingatkan kami kepada Arwah Pak Mie dan Pak Mie Shelter beliau yang dipandang serong masyarakat. Alfatihah Pak Mie dan semoga Xioyun Yang turut akan menerima balasan yang baik dari yang maha esa atas usaha berperikemanusiaan beliau.



Serius Mashup - 16 Contoh Gabungan Dua Gambar Yang Menghasikkan Karya Surrealistik


Genius

Stephen McMennemy gemar menggabungkan dua gambar menjadi sebuah gambar surrealistik. Tidak banyak manipulasi foto perlu dilakukan. Hanya potong dan sambung tetapi hasilnya sangat kreatif dan menyenggama minda. Jika anda mahu melihat lagi karya kreatif seperti ini anda boleh melihatnya di laman Instagram beliau.



Serius - Trailer Filem Juon The Final Ini Diharamkan Selepas Dikatakan Terlalu Menakutkan Di Jepun


Angker!

Juon The Final ialah filem terakhir di dalam siri The Grudge. Trailer filem di bawah ditarik semula dari ditayangkan di Jepun selepas aduan diterima bahawa ianya terlalu menakutkan. Adakah anda bersetuju bahawa iklan di bawah ini terlalu shitbricking? Sila lihat sendiri dan jangan salahkan kami jika anda trauma!


Serius Kreatif - Jika Adiwira Moden Hidup Di Kurun Ke-17 #2 (8 Gambar)


Kembali

Siri potret adiwira moden yang mengenakan pakaian kurun ke-17 yang dihasilkan oleh Sacha Goldberger ada kami paparkan tahun lalu. Beliau kembali lagi dengan siri "Family Portrait" yang menunjukkan adiwiria komik dan filem ternama mengambil gambar bersama juga seperti potret zaman dahulu kala. Still awesome.



T Shirt Hari Ini #39 - T Shirt Yang Membolehkan Anda Kelihatan Seperti Watak Dragonball Sebenar


Kame Hame Shirt!

Do want. Do Want. Kesemua T Shirt watak utama Dragoball di bawah ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. Baju Bezita yang paling win aku rasa. Harga jualan only USD 35 sehelai. Boleh pergi ke laman JustSaiyan for them. Seriously awesome.



Serius Konsep - Kereta F1 McLaren Honda 2056 (8 Gambar)


Style Retro

McLaren Honda ialah pasukan F1 yang mendominasi sukan F1 dua dekad yang lalu. Pemandu lagenda Ayrton Senna and Alain Prost bergaduh sesama sendiri walalupun mereka adalah rakan sepasukan. Bagi oldfag seperti kami rekaan kereta McLaren Honda dengan warna merah putih rokok Marlboro adalah rekaan kereta F1 paling awesome cake dalam sejarah.

 Ini ialah konsep rekaan kereta F1 untuk tahun 2056 yang dihasilkan oleh Nathan Dearsley yang menggunakan semula livery klasik ini. Not gonna happen kerana McLaren tidak lagi menggunakan enjin honda dan iklan tembakau sudah diharakan. But you gotta admit the thing looks so damn sexy.



Tuesday 23 June 2015

Serius Kreatif - 10 Potret Catan Air Realistik Pelakon Wanita Terkenal


Nice!

Kesemua lukisan catan air di bawah dihasilkan oleh David Morettini. Beliau seorang pelukis yang berasal dari Itali. Nampak real kesemua potret pelakon wanita yang beliau hasilkan. Awesome work.



Serius Cool - Figura Aksi Black Widow Avengers Age Of Ultron (12 Gambar)


Yeah

Do you even need an excuse? Ini figura aksi Black Widow dari filem Avengers Age of Ultron yang dihasilkan oleh Hot Toys. Muka nampak realistik tapi sadly rambut dan badan tak sama. Too skinny. 

Serius Cool - Pemegang Ubat Dan Berus Gigi Berbentuk Minions (6 Gambar)


Nya ba na na

Filem Minions tengah kat wayang. Ini ialah tempat menyimpan ubat gigi dan pemegang berus gigi Minions. Apa lagi belilah untuk anak-anak. Mungkin lepas ini boleh rajin berus gigi. Terima Kasih!



Monday 22 June 2015

Serius Cute - 14 Lakaran Gadis Comel Oleh Cameron Stewart


Cuteness

Apa yang kami paling suka? Gadis comel dan cool comic art. Apabila digabungkan oleh Cameron Stewart hasilnya ialah magnificient. Lakaran gadis comel beliau dalam posisi sempoh sangat awesome. 



Serius Klasik - 16 Contoh Vending Mesin Yang Aneh Dari Zaman Dahulu


Gila

Ah zaman dahulu. Dunia yang penuh possibilities dan positivities.Then we got nuked by the Chinese and have to hide inside Vaults. Oh wait that is a game. 

Pada zaman dahulu mesin layan diri dianggap sebagi rekaan moden yang bakal merubah kehidupan manusia. No need to interact with lousy servers yang muka masam mencuka ketika memesan makanan. Kesemuanya dijual menggunakan vending machine. 

Nak vending machine menjual rokok yang terus menyala selepas dibeli? Ada! Nak vending machine minyak wangi yang menyembur terus ke tubuh lepas pembelian? Ada! Nak vending machine jual epal sejuk? Damn right they all existed back in the days. Somewhere along the line kita sedari beli dari vending machine is not cool and is not the future. The only place dimana kita masih boleh melihat vending machine yang menjual benda-benda aneh ialah di Jepun seperti yang pernah kami tulis sebelum ini.


Serius - Trailer Filem Bukit Kepong Edisi Definisi Tinggi


Kami orang-orang Polis tak akan menyerah diri. Bang bang! Die.

Ini ialah filem klasik yang kami suka tonton di TV once upon a time. Kini sudah remastered HD oleh KRU. So please sell it on Blu Ray. I want it for my collection

Thanks @9VSQA



Serius - Kem Pelarian Zaatari : Tempat Tinggal Hampir 100 000 Pelarian Syria Sejak 2012 (19 Gambar)


Kasihan

Peperangan Saudara di Syria sudah berlanjutan sejak 2011. Lebih daripada 3 Juta warga Syria sudah melarikan diri sejak peperangan bermula. Kem Pelarian Zaatari seluas 3.3 kilometer persegi yang terletak di Jordan ini sudah dibuka sejak 2012. Kini ia menjadi bandar mini yang mempunyai segala kelengkapan sebuah banda sebenar. Kapasiti maksimum camp city ini sepatutnya 60 000 orang pelarian tetapi dianggarkan terdapat 83 000 pelarian yang menjadikannya tempat tinggal mereka. Sungguhpun ianya sebuah kem pelarian kini terdapat hospital, kedai runcit, dewan orang ramai, sekolah, sarang dadah dan rumah pelacuran di dalamnya. Just to show that life goes on even in wars. People will never change and to survive you got to do anything for sesuap nasi.



Serius Cool - Gamer Mug : Cawan Direka Khas Untuk Gamers Sedunia (6 Gambar)


Awesome

Sekiranya anda seorang gamer anda memerlukan mug minimum ini. Ia mempunyai pemegang seumpama pengawal permainan PlayStation. Really awesome. Harga mug ini hanya $20. Really nice. I want one for birthday. CC Wife



Serius Cool - Baju Perkahwinan Wanita Yang Diinspirasikan Oleh Puteri Disney (14 Gambar)


Happily Ever After

Ramai wanita (dan juga lelaki) yang mahu perkahwinan fairytale seperti yang ditonton dari filem Disney. So naturally pakaian perkahwinan wanita yang diilhamkan oleh Puteri Disney just needs to happen. Baju perkahwinan wanita di bawah adalah rekaan Alfred Angelo dan kesemuanya mempunyai rekaan Puteri Disney kegemaran anda. Well except for Princess Leia and Merida from Brave. They never got married on screen. 



Serius Cool - Sekiranya Adiwira Komik Marvel Adalah Pasukan NFL (14 Gambar)


Rraaahh

Atlet sukan NFL memang sudahpun kelihatan seperti adiwira komik dengan tubuh mereka yang besar. Jadi naturally ini memberikan idea kepada Justin Kozisek untuk memikirkan dunia alternatif dimana pasukan Amerikan Football NFL mendapat nama mereka dari adiwira komik Marvel. Cool idea. Go Cincinnati Symbiotes!



Friday 19 June 2015

Serius Genius - Alat Membetulkan Kuku Berlipat Dicipta Di Jepun


Nice!

Kuku kalau dah terlipat macam ini biasanya akan menyebabkan kesakitan kerana ia mula "makan" daging ibu jari kaki. Tetapi di Jepun sebuah alat khas sudah dihasilkan bagi menyelesaikan masalah yang menyakitkan ini. Nice job Japan

Thanks @Tenoq

Serius VS - Dua Jenis Manusia Di Dunia (12 Gambar)


Anda Yang Mana Satu?

2 Kind Of People adalah projek seni yang dihasilkan oleh Joao Rocha bagi menunjukkan dua jenis manusia di dunia. Anda bagaimana? Setuju dengan apa yang dilakar oleh beliau?


Serius Cool - Beg Galas Berbentuk Perisai Captain America (6 Gambar)


Bang!


Anda tidak akan dapat menyuntik diri anda dengan serum Super Soldier. Badan anda mungkin tak akan sado seperti Steve Rogers. Tetapi anda boleh memiliki beg galas yang berbentuk seperti perisai terbang Captain America. Beng galas ini nampak awesome gila babi dan boleh memuatkan sebuah komputer riba dengan murah. Harga jualan hanya USD 59.90 (RM 230) sebuah. DO WANT! 



Serius Kreatif - Sekiranya Kelab Bolasepak Ternama Mempunyai Minuman Kerasnya Tersendiri (8 Gambar)


Bir!

Bir dan bolasepak ialah dia benda yang tidak boleh dipisahkan di negara Barat. Sama seperti kuaci dan bolasepak tidak boleh dipisahkan di Malaysia. Kebanyakkan kelan bolasepak ternama mempunyai penaja minuman keras mereka tersendiri. Tetapi bagi Pablo Canepa, adalah lebih baik jika mereka menghasilkan minuman keras mereka sendiri. Berikut ialah mock up rekaan botol minuman keras dari beberapa kelab ternama dunia. 



Serius Ramadan - Midfar Al Iftar : Tradisi Menembak Meriam Ketika Bulan Ramadan Di Timur Tengah (15 Gambar)


Salam Ramadan Boom!

Setiap negara mempunyai pelbagai cara unik untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini. Sebelum ini kami paparkan kalender Ramadan yang digunakan untuk menghitung hari sebelum syawal. Ini adalah budaya baru yang diamalkan oleh Muslim di negara-negara Barat.

Baik kali ini mari kita melihat budaya Midfar Al Iftar yang dilalukan setiap bulan Ramadan. Midfar Al Iftar bermaksud "Meriam Berbuka Puasa" dalama bahasa Arab. Meriam ditembak bagi memberi tahu orang ramai waktu berbuka sudah tiba. Amalam ini masih diamalkan di beberapa negara Timur Tengah tetapi semakin diancam kepupusan. Ini adalah kerana dengan adanya televisyen, radio dan kini peranti pintar, orang ramai tidak perlu mendegar dentuman meriam sebagai isyarat berbuka puasa.

Bagaimanakah amalan ini bermula? Mengikut pendapat ahli sejarah ianya bermula di Mesir lebih kurang 200 tahun yang lalu. Khosh Qadam, gabenor kerajaan Othmaniah di Kaherah menerima hadiah selaras meriam sempena bulan Ramadan. Selepas berbuka beliau menguji meriam yang diterima beliau. Ledakan meriam yang ditembak beliau didengari seluruh Kaherah. Keesokan harinya datang wakil penduduk yang bertanya Khosh Qadam adakah dentuman meriam semalam cara baru memberitahu waktu berbuka. Mereka memuji gabenor atas kepandaian beliau mencuba cara baru untuk mengumumkan waktu berbuka yang mudah didengari seluruh penduduk Kaherah. Semenjak dari hari itu, meriam akan ditembak setiap kali tiba waktu berbuka. 

Biasanya meriam akan ditembak sebanyak dua kali semasa waktu Maghrib sehari sebelum Ramadan bagi menandakan bermulanya bulan puasa. Pada hari biasa meriam hanya ditembak sekali. Amalan menembak meriam ini kemudian tersebar ke seluruh Timur Tengah. 

Di beberapa negara seperti Lebanon amalan ini dihentikan pada dekad 70an kerana negara ini sedang mengalami perang saudara. Letupan meriam Ramadan menyebabkan trauma di kalangan penduduk yang sering dibedil. Di Arab Saudi pula amalan meriam Ramadan dihentikan di Madinah tanpa sebab pada tahun 1972. Amalan ini dikembalikan semula di kota kedua paling suci umat Islam tahun ini setelah mendapat restu Sultan. 

So there you go. Amalan Midfar Al Iftar di negara Arab. Di Malaysia kita dulu menggunakan beduk. I wonder if beduks are still being used. As a side note mungkin meriam buluh boleh digunakan di Malaysia sebagai ganti Midfar Al Iftar.




Thursday 18 June 2015

Serius Cool - Gear Shifter Katana Untuk Pemandu Kereta Berjiwa Ninja (7 Gambar)


Yosh!

Sekiranya anda pencinta Ninja sebenar anda pasti mahukan kepala gear berbentuk katana di bawah. Kini anda boleh menukar gear ketika memandu like a real Ninja. Ia juga boleh membuatkan anda nampak lebih bad ass.



Serius Ramadan - 12 Contoh Kalender Mengira 30 Hari Berpuasa Yang Kreatif


Cool

Selamat menyambut bulan Ramadan. Hari ini hari pertama berpuasa dan bagaimana perasaan anda? Di Barat ada umat Islam akan menghasilkan Kalender Ramadan yang menghitung hari sebelum Syawal menjelma. Kalender ini diilhamkan oleh Kalender Krismas yang digunakan oleh umat Kristian Barat untuk menghitung hari ke hari natal. Kalender Ramadan yang dihasilkan di bawah sangat comel dan menerapkan ciri keislaman. Very cool terutamanya untuk anak-anak kecil!


Serius Cool - Rezvani Beast : Sebuah Lagi Kereta Berprestasi Tinggi Memasuki Pasaran (11 Gambar)


Vroom

Rezvani Beast ialah sebuah lagi kereta berprestasi tinggi yang memasuki pasaran. Kenderaan yang dihasilkan di California ini direka oleh Samir Sadhikov. Ia diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan oleh enjin 2.4 Liter Super dan Turbocharger. Ia mampu memecut sehingga 265 kilometer sejam. Berbeza dengan kereta berprestasi tinggi yang ada di pasaran sekarang, Beast tidak menggunakan sebarang bantuan elektronik untuk dipandu. Segalanya bergantung kepada kepakaran pemandu sendiri. Ini adalah sebab mengapa ianya dihasilkan kerena pemilik syarikat Rezvani bosan dengan kereta zaman sekarang yang terlalu bergantung kepada komputer. Harga jualan sebuah Beast ialah USD 139 000 (RM 516 000).



Wednesday 17 June 2015

Serius Kreatif - Ukiran Terkini Muka Bumi Miantur Pada Buku Terpakai Guy Laramee #3 (14 Gambar)


Recycle

Guy Laramee ialah seorang artis seni dari Kanada yang mempunyai bakat yang unik. Beliau akan mengukir lanskap muka bumi secara miniatur di atas permukaan buku-buku terpakai. Karya beliau pernah kami paparkan sebelum ini dan memang nampak cukup teliti. Ini ialah Onde Elles Moran, koleksi 9 ukiran buku yang mewakili lanskap muka bumi kawasan Serra do Corvo Branco di Brazil. Sekali lagi beliau menghasilkan kerja seni miniatur yang nampak hidup dan cukup teliti.



Serius Cool - Baju Otot Yang Membuatkan Anda Sado Sekelip Mata (11 Gambar)


Tough Palsu

Anda kurus dan tidak mempunyai badan yang sado. Untuk mempunyai badan yang sado anda perlu membelanjakan wang yang banyak dan masa yang tak terkiri di gimnasium. Sekiranya anda malas seperti kami tetapi kaya (tidak seperti kami) and boleh membeli muscle suit di bawah. Ianya dihasilkan oleh Flex Design dan sekelip mata akan membuatkan anda sado seperti Thor. Harga jualan bermula dari USD 750 dan meningkat sehingga USD 3000 bergantun kepada saiz otot yang anda perlukan. 



Serius WTF - Iklan Mee Segera Paling Random Dari Jepun


Oh Japan

Jepun . That's all I'm saying. Tetapi harus diakui iklan ini sangat WTF dan random ianya sangat mudah diingati.

Serius LOL - Sinopsis Filem Yang Paling Tak Boleh Belah Di ASTRO


Hahaha

Siapa punya kerja ni. You had one job!


Serius Cute - Jubah Mandi Sailor Moon Yang Comel (9 Gambar)


Dengan kekuatan bulan anda menyelesakanmu

You gotta love Japan. Kalau ada idea wacky mereka akan menghasikkannya. Ini ialah jubah mandi dengan rekaan uniform Sailor Moon. Kini selepas mandi teman wanita ataupun isteri (ataupun diri anda sendiri jika anda wanita) boleh kelihatan seperti wirawati bulan siri Anime terkenal ini. Harga jualan sepasang jubah Sailor Moon ini ialah Yen 9800 (RM 298). Coolness


Serius - 11 Gambar Lambakan Kenderaan Yang Dimusnahkan Bagi Mengurangkan Pencermaran Udara Di China


Recycle

Tahap pencemaran udara di China sudah mencapai tahap lagenda. Kualiti udara sentiasa teruk sehingga bandaraya Beijing sering dilanda jerebu. Bagi mengurangkan pencemaran hampir 1 Juta kenderaan lama dimusnahkan. Ia terdiri daripada motosikal, kereta, bas dan juga kenderaan roda tiga. Kenderaan lama mengeluarkan asap pada kadar yang tinggi berbanding kenderaan baru. Oleh sebab itu banyak junkyard seluruh China kini dipenuhi kenderaan lama yang perlu dikitar semula. Nampak macam Wall-E edisi Asia.



Serius Cool - Vespa 946 Edisi Khas Emporio Armani (10 Gambar)


Sylish

Kota Mila di atas terkenal dengan motosikal klasik Vespa yang digunakan oleh penduduknya. Kota ini juga terkenal sebagai salah sebuah bandaraya fesyen dunia. Jadi apabila fesyen dan motosikal ikonik ini digabungkan maka wujudlah Vespa 946 Emporio Armani. Ia dihasilkan sempena ulang tahun ke-40 jenama fesyen Armani serta ulang tahun ke-120 kumpulan Piaggio yang mengeluarkan Vespa. Motosikal edisi terhad di digayakan sendiri oleh Giorgio Armani dan akan terjual pada jumlah terhad. Tidak diketahui pula harga jualan sebuah motosikal edisi terhad ini tetapi pastinya tidak mampu milik. Edisi biasa Vespa 946 sahaja sudah mencecah RM 32000 sebuah. 



Tuesday 16 June 2015

Serius - Reaksi Penonton Games Of Thrones Semasa Menonton Episod Terakhir Musim Ini


Spoilers

LOL .............. My wife actually cried for about 5 minutes. It was that bad guys. So upsetting. #RIP.


Serius Indo - 561 Kilogram Ganja Dan 10000 Minuman Keras Haram Dimusnahkan Sebelum Ramadan Di Jakarta (10 Gambar)


Good Shit

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang khamis ini, pihak Polis Jakarta Barat melakukan acara memusnahkan ganja dan minuman keras yang dirampas oleh mereka. Sebanyak 561 kilogram ganja dan lebih 10 000 botol minuman keras dimunsnahkan semalam. Acara tahunan ini dilakukan bagi menunjukkan berapakah jumlah bahan terlarang yang berjaya dirampas mereka. Yang kelakar ialah ganja dihapuskan dengan dibakar di kawasan lapang. Penduduk sekitar kawasan pembakaran kemudian dilaporkan pening kepala keran terhidu asap ganja yang dibakar. Mungkin sebab itulah ia dilakukan sebelum Ramadan. Kalau tidak sia-sia high semasa berpuasa. 



Serius Kreatif - 14 Contoh Seni Papan Hitam Pelajar Sekolah Jepun


Old Skool

Papan hitam sudah semakin pupus di Malaysia kerana penggunaan papan putih. Zaman kami di sekolah dahulu papan hitam hanya menambahkan debu sahaja di dalam kelas. Di Jepun papan hitam masih dikekalkan. Setiap tahun diadakan pertandingan seni papan hitam terbaik. Di bawah ialah karya yang menyertai pertandingan tahun ini. Sangat kreatif dan menarik. Art is not dead.



Serius Cool - Pertunjukan Fesyen Jimmy Choo Memaparkan Model Bermain Skateboard Dan BMX (17 Gambar)


Stylo

Pertunjukan fesyen biasanya memaparkan model kacak dan jelita berjalan seperti robot turun naik catwalk. Tetapi untuk pertunjukan fesyen koleksi pakaian lelaki 2016 Jimmy Choo, mereka melakukan sesuatu yang unik. Model yang menggayakann pakaian dan kasut Jimmy Choo sambil melakukan aski lasak. Ada yang menaiki basikal BMX dan ada yang meluncus di atas skateboard. Nampak cool dan lain dari yang lain.

Serius VS - 13 Wajah Rockstar Semasa Muda VS Sekarang


Alahai comel

Rockstar semasa muda memang berbeza dengan sekarang. Paling menakjubkan kebanyakannya kelihatan comal gila sebelum menjadi ikon rock dunia.



Wednesday 10 June 2015

Serius LOL - Boyfriend Mithali Memakai Pakaian Wanita Untuk Ambil Peperiksaan Bagi Pihak Girlfriend


LMAO

Ada yang mengaku sanggup berenang lautan api. Ada yang sanggup dibelah dada bagi melihat sucinya cinta mereka. Tetapi bagi Ayan Zhademov (20) dari Kazakhstan beliau sanggup menyamar jadi wanita bagi menunjukkan cinta beliau kepada teman wanitanya. Ayan cuba menyamar sebagai teman wanita beliau yang berusia 17 tahun bagi mengambil peperiksaan akhir tahun yang wajib diduduki pelajar sekolah. Beliau kantol apabila pengawas peperiksaan menyedari beliau kelihatan aneh dan tidak menyerupai kad pengenalanan yang dibawa. Tambah kelakar menurut laporan media beliau cuba membuat suara ala wanita tetapi gagal.

Tindakan ini menyebabkan beliau didenda kerana cuba menipu. Sungguhpun usaha beliau gagal rakan teman wanita beliau merasakan apa yang dilakukan Ayan ini adalah sangat romantis. Ambil exam untuk teman wanita yang cuak dengan exam is apparently romantic in Kazakhstan. 




Serius Cool - Bangunan Terburuk Rotterdam Diubahsuai Menjadi McDonalds Yang Cantik (13 Gambar)


I'm changing it

Bangunan yang menempatkan restoran McDonalds ini beberapa kali dinobatkan sebagai bangunan paling hodoh di Rotterdam Belanda. Ia pada asalnya dibina pada deka 60an sebagai sebuah kedai temabakau tetapi diambil alih oleh McDonalds sejak 1972. Menyedari ramai penduduk tidak menggemari rekaan restoran mereka yang huduh, McDonald mengambil langkah drastik mengubahsuai bangunan ini supaya kelihatan lebih stylo. Kini ia nampak lebih moden dengan sisi berkaca dengan motif retro sesuai dengan usia bangunan yang sudah tua. Memang nampak chill.



Serius Cool - Apabila Monkey D Luffy Dilukis Oleh Mangaka Terkenal Jepun Yang Lain (10 Gambar)


One Piece

One Piece ialah manga popular yang dilukis oleh mangaka Eiichiro Oda. Pernahkan anda terfikir bagaimanakah rupa Monkey D Luffy sekiranya komik ini dilukis oleh mangaka ternama Jepun yang lain seperti Akira Toriyama dan Takehiko Inoe? Well this is your lucky Day!



Serius WTF - Kompilasi The "Best" Of Arabic Drift


Dehell

Arabic drifting is not like normal drifting.Diorang tak pakai kereta yang dimodifikasi dengan drift equipment. Sebaliknya kereta stock dengan tayar stock di drift di atas jalan terbuka sehingga membahayakan orang ramai. No seriously


Thursday 4 June 2015

Serius Indo - Selawat Keatas Nabi Edisi Dangdut Techno Di Indonesia


Uhn Uhn Uhn Shalalalawat

Pakai beats lagu hindustan untuk selawat. Uhn tiss Uhn Tiss. 


Serius - Cara Polis Menahan Mat Rempit Yang Berlumba Di Thailand (9 Gambar)


Finish Him!

Di Thailand mereka juga mempunyai masalah Mat Rempit yang berlumba secara haram di atas jalanraya. Nama panggilan bagi Mat Rempit di negara ini ialah Dek Waen manakala Bohsia pula ialah Sao Sakoy. Ini ialah gambar operasi besar-besaran yang dilakukan polis Thailand untuk menangkap Dek Waen di Bangkok Ahad lalu. Seramai 437 pelumba haram berjaya ditaham dan 272 motosikal disita. Selepas ditangkap suspek disuruh berlengging dan meniarap di atas jalan tar. Sangat extreme. Jika perkaran yang sama dilakukan di Malaysia apa pendapat anda? Melampau ataupun perlu bagi mengajar pelesit jalan raya di negara kita?



Serius Cool - Stesen Keretapi Diperbuat Daripada Kontena Kargo Terpakai (10 Gambar)


Yeah!

Ah we love cargo containers recycled into new stuff. Ini adalah benda yang akan kami paparkan setiap kali kami menemui projek terkini menggunakan kontena. Kali ini mari lihat sebuah stesen keretapi di Belanda yang menggunakan kontena kargo terpakai. Kontena disusun dan dengan mudah menjadi sebuah stesen keretapi yang stylo, moden dan murah. Kos pembinaan sangat murah kerana kontena yang dikitar semula cost you nothing. Di dalam stesen ini ada bilik menunggu yang selesa, tandas dan sebuah kedai kopi. Sangat nice. Well done Belanda!



Serius Kreatif - 11 Poster Filem Alternatif Dengan Potret Watak Utama Yang Cool


Art

Poster filem barat kami rasakan majoritinya dah cantik. Tak macam majoriti poster filem Malaysia yang macam direka menggunakan Photoshop 1.0. Berikut adalah poster alternatif filem popular yang menggunakan watak utamanya sebagai subjek. Semua dihasilkan oleh Flore Maquin. Damn cool.



Wednesday 3 June 2015

Serius Cool - Istana Syarqiyyah : Istana Baru & Moden Sultan Mizan Zainal Abidin (18 Gambar)


Swag

Istana Syarqiyyah di Chendering Terengganu ialah istana terkini miilik Sultan Mizan Zainal Abidin. Istana ini berbeza dari istana raja yang biasa kami lihat kerana menggabungkan rekaan melayu tradisional dengan kemewahan rekaan kontemporari. Nampak seperti sebuah istana fantasi.

Gambar di bawah diambil oleh Von Wong, seroang jurugambar yang berasal dari Kanada. Beliau diberikan akses untuk mengambil gambar di dalam Istana yang mempunyai 100 bilik ini. Memang nampak cool beans. 



Serius Cool - Isocase : Casing Mengubah Telefon Pintar Menjadi Tablet (11 Gambar)


Jimat

Di pasaran sekarang hanya peranti keluarga Padfone yang dikeluarkan oleh Asus mempunyai kemampuan berubah menjadi tablet. Telefon pintar dimasukkan ke dalam dok Padfone Station yang kemudian secara automatik mengubah telefon menjadi tablet.Sungguhpun begitu rekaan hibrid inovatif ini tidak mendapat tempat di kalangan pengguna. Kali terakhir peranti Padfone dihasilkan ialah pada tahun lalu dengan Padfone Mini dan Padfone Infinity Lite.


Sekiranya anda mahukan kemampuan menukar telefon pintar anda menjadi tablet tetapi tidak mahu menggunakan peranti Padfone kini cangkerang Isocase wujud untuk keperluan anda. Seperti Padfone Station, peranti dimasukkan kedalam Isocase dan secara automatik berubah menjadi sebuah tablet dengan skrin 7.9″. Bateri terbina sebesar 10000 mAh memastikan peranti anda boleh berfungsi dengan lebih lama dengan Isocase. Selain daripada itu Isocase juga direka untuk kalis air dan debu. Buat masa ini Isocase direka untuk digunakan oleh peranti iPhone bermula dari iPhone 4 sehingga 6 plus dan Samsung Galaxy S4 sehingga S6 Edge. Dengan harga jualan sekitar $149 ianya alternatif lebih murah dari membeli sebuah tablet sebenar.


Serius - Filem Pendek : Janganlah Tawar Menawar Dengan Peniaga Jalanan


Betul juga

Sebuah filem pendek tentang amalan tawar menawar dan berkira bila berurusan dengan peniaga jalanan. Ada betulnya.

Serius Cool - She Sheds : Jawapan Kepada Man Cave Bagi Wanita (11 Gambar)


Style

Di Amerika Syarikat garaj rumah diubahsuai menjadi Man Cave oleh kaum lelaku. Ia dijadikan tempat melepak untuk menonton acara sukan, bermain Video Game dan juga tempat untuk mabuk sehingga lupa dunia yang fana. Kini ada trend terkini yang membolehkan kaum wanita mempunyai "man cave" mereka sendiri. Pondok kecil yang digunakan untuk bercucuk tanam diubahsuai menjadi She Sheds. Kini wanita ada ruang peribadi untuk melakukan girly things seperti layan Food Network, membeli barangan secara online tanpa husband mengacau dan juga membaca novel Fifty Shades dengan tenang.



Serius Cool - Tempat Menunggu Bas Berkonsepkan Payung (7 Gambar)


Cool

Ini ialah sebuah bus stand yang dibina di Shizuoka, Jepun. Ia berkonsep payung dan nampak kelihatan sangat comel. Rekaan sebegini mungkin masuk akal di negara tumpahnya air liur Maria Ozawa tetapi kalau di Malaysia mungkin tak boleh kerana hujan di negara kita adalah sangat lebat. 



Monday 1 June 2015

Serius LOL- Cara Bagus Mengajar Orang Bangang Yang Parking Menyusahkan Umat


Nice!

Take that scumface!


Serius VS - Jika Kelab Bolasepak Ternama Menggunakan Warna Musuh Tradisi Mereka (10 Gambar)




#GGYNWA!

Waran merah sinonim dengan Manchester United, Arsenal dan Liverpool. Biru pula sinonim dengan Chelsea, Everton dan Manchester City. Apakah terjadi jika warna kelab ternama ini digantikan dengan warna musuh tradisi mereka. Strangely cool in some parts. Logo Liverpool nampak cool juga bewarna biru. Kesemua logo dunia alternatif ini dihasilkan oleh TheTruth1777. Great work!


Serius Kreatif - Lukisan Super Terperinci Menunjukkan Kemusnahan Bumi Di Tangan Manusia (14 Gambar)


Nice!

Dunia semakin menuju kehancuran dan malang sekali tidak banyak kita boleh lakukan bagi mengembalikannya kepada normal. Ais kutub semakin mencair dan suhu dunia meningkat. Menyedari hakikat ini Greenpeace menghasilkan kempen di bawah dengan menunjukka kemusnahan bumi di tangan manusia. Lukisan super terperinci ini dilukis secara manual oleh  Sanjay Singh, Tanvi Jaiswal dan Dalip Singh dari India. Mereka mahu menunjukkan dunia kini tidak lagi seimbang seperti Yin dan Yang. Awesome illustration!



Serius Cool - Jika Permainan Video Kegemaran Adan Wujud Dalam Versi Lego


Awesome!

We need a LEGO mod now for Bioshock guys!


Serius Neko - Rumah Kucing Comel Berbentuk Sfera (8 Gambar)


Swag

Alat permainan kucing bukanlah aksesori yang kita katakan cantik. Kerap kali ia mencacatkan ruang tamu rumah anda. Sebagai seorang cat person kami akur bahawa perabot kucing yang sedia ada kebanyakkannya adalah huduh. Tetapi dengan rumah kucing berbentuk sfera di bawah akhirnya wujud perabot kucing yang style. Ia dilengkapi tiang pencakar dan bandul yang boleh dimainkan kucing anda. Harga jualan adalah USD 260 (RM 952) sebuah. Sebuah rumah kucing yang cool tetapi mahal nak mati. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails