Monday 1 April 2013

Serius Kreatif - Poster Filem Buatan Sendiri Dari Ghana (17 Gambar)


Cool!

Semasa kami membesar di Taman Tun suatu ketika dahulu, ada sebuah panggung Cathay bersebelahan Jaya Jusco TTDI. Panggung 2 skrin ini ialah tempat dimana kami menontonfilem E.T dan Return of The Jedi. Yes people we are THAT old. Anyway kami suka wayang masa 80's pasal poster lukisan tangan yang diletakkan dihadapan wayang. Zaman dulu adalah mahal untuk menghasilkan poster large format maka poster yang dilukis sendiri adalah jauh lebih murah. Kali terakhir kami nampak poster hand drawn sebegini adalah di panggung Odeon di tepi Sungai Seget Johor Bahru. Sekarang ianya sudah pupus dan to be honest we miss it.

Di Ghana seni poster filem lukisan tangan masih wujud. Poster di bawah dihasilkan bagi mengiklankan wayang bergerak di negara Afrika ini. Pengusaha wayang bergerak akan melawat kawasan pedalaman dan menayangkan filem terbaru hollywood menggunakan TV dan pita video. Oleh kerana budget yang terhad mereka tak mampu untuk mencetak poster berkualiti tinggi. Poster homemade adalah jauh lebih murah. Hasilnya ialah poster filem luar yang sangat senggama minda. Anda boleh membeli poster di bawah di Ghana Movie Posters kalau berminat. Kami nak order a few kerana kami rasa poster sebegini lebih cool!



Laporan asal GhanaMoviePoster

16 comments:

  1. decapitate heads everywhere hahaha

    ReplyDelete
  2. muka tom cruise weird giler..huhu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. knp nk censored kalu bole tidak di censored..

      Delete
  4. rajin tukang lukis diorg ekk HEHAEHaeae

    ReplyDelete
  5. semua muka yg dilukis adalah tidak mempunyai perasaan

    ReplyDelete
  6. teringat poster kempen anti dadah masa sekolah rendah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan budak2 lukis lilin & jarum suntikan & gambar tengkorak..

      Delete
  7. mcm lukisan kaler water bebudak sekolah menengah dan rendah,...

    ReplyDelete
  8. bodo.....buruk lak tu...

    ReplyDelete
  9. Gila ah....masa aku kecik 80-an, poster Malaysian kita lukis lagi cantik oo....

    ReplyDelete
  10. Ini adalah konspirasi jahat dari pihak EMNO untuk menggagalkan usaha saya untuk menjadi presiden Malaysia yang pertama. Mereka mengunakan media-media utama untuk menuduh segala macam terhadap saya. saya bermanifesto tuan-tuan, menang pilihanraya kali ni, hari ni menang esok saya akan mansuhkan semua bentuk dakyah macam lukisan-lukisan ni... kecuali yang ada tit macam yang satu tu. nahaii!!

    ReplyDelete
  11. obe, u should check out movie posters from poland which are freakin awesome! so much better than the original hollywood production.

    ReplyDelete
  12. Teringat dekat Jaya Jusco lama dulu ada Fast Food nama White Castle! Sebulan sekali mesti ibu and abah bawak kitaorang mkn kat White Castle.Skrg ni dah jadi Kedai Kopi lak pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails