Thursday, 7 June 2012

Serius Klasik - Memperingati Insiden Medan Tiananmen (20 gambar)


Kuasa Siswa

Insiden berdarah medan Tiananmen menyambut ulang tahunnya yang ke 23 4 Jun lalu. Peristiwa berdarah ini harus dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya jangan berdemo jalanan dan harus sentiasa mengingati bahawa berdemo itu bukan budaya kita. Budaya kita ialah redha dengan apa yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Jika mereka buat salah doa banyak-banyak di akhirat karang mereka terbakar macam Ghost Rider. Amirite?

Dianggarkan lebih 2000 orang, kebanyakkannya dari golongan siswa terbunuh apabila kerajaan China mengarahkan mereka dihalau dari medan Tiananmen. Mereka sudah bercamping (apa kamu ingat Occupy itu idea baru?) di sana sejak 15 April 1989. Pihak pelajar dan golongan muda sudah berang dengan kerajaan pimpinan Deng Xiaoping.

Mereka berdemo kerana;

Menentang kerjaan yang dikatakan korup
Ekonomi yang lemah
Mahukan kebebasan media
Mahukan ahli politik mengishtiharkan harta kekayaan,
Ketiadaan peluang pekerjaan
Mahukan pemerintahan demokrasi di China.


If you are old enough to remember this was the time when Communist countries hancur satu demi satu kerana fahamannya yang semakin tidak relevan.

Deng Xioping mengarahkan pihak tentera mengusir pelajar dari Medan Tiananmen dengan menggunakan kekerasan. Mereka yang degil ditembak . Mereka yang tak mampu melarikan diri digilis kereta perisai dan kereta kebal. Pada awalnya pihak tentera tak mahu menentang golongan muda kerana mereka adalah komrad. Tetapi apabila pihak komander tentera diberikan tekanan pertumpahan darah pun berlaku. Kedua-dua belah pihak mengalami kehilangan nyawa. Ada askar yang dibunuh kerana menggilis student.Student pula ditembak dengan AK 47 sehingga berlobang macam stokin gelandangan kotaraya KL. At the end of the day gerakan siswa kalah. Komunis kekal berkuasa.

Jadi apa yang kita boleh pelajari dari insiden ini? Student janganlah menentang. Pergerakan Occupy Dataran yang ada sekarang berasal dari Occupy Tiananmen. Ianya ciptaan kafir harbi neraka. Kita sebagai melayu islam berdaulat jangan tiru style kafir. Dosa tau. Duduk asrama main Starcraft dan WOW sampai bosan lebih afdal kerana komputer yang dibeli dari wang scholar digunakan secara total. Keluarkan kemarahan dengan membunuh puluhan creepers yang ada di sekitar map. Jangan nak menentang kerajaan kerana kerajaan kita Demokrasi bukan macam China Kommie Basted. Syukurlah di Malaysia ini aman damai tenteram sejak zaman Cretaceous lagi. Tunjukkan kesetiaan kepada negara. Undilah parti dacing. Studylah untuk menjadi corporate automatons yang berguna. Abaikan politik. Make money. Be happy. Bury yourself under tons of Apple Products.









Laporan asal The Atlantic

22 comments:

  1. lepas ni student rage PTPTN dah takde.. huahuahua

    ReplyDelete
  2. malaysia akan menentang golongan occupy ni dgn scorpene. scorpene kan xleh menyelam, maka dibawanya ke daratan

    ReplyDelete
  3. wahhh....adam adli n safwan anang pon ade la dlm gmbr 2....

    ReplyDelete
  4. joi kacang n ayaq sirap sauk ni...

    ReplyDelete
  5. Tak nampak pulak muka khalid ismath

    ReplyDelete
  6. kereta kebal pun jahanam ? lagi power dari bersih diorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta kebal dolu2 made of wood je. tu pasai dia senang tebakaq

      Delete
    2. made in china plak,mana ada quality

      Delete
  7. Anonymous already Open an Operation.

    ReplyDelete
  8. biasalah, kereta kebal made in China

    ReplyDelete
  9. Lepas baca post yg ni...satu je aku nak cakap.

    ---> Baiklah.

    ReplyDelete
  10. kirenye negara kita lebih kuranglah dengan negara komunis? negara komunis = negara islam hadhari.. i like..hehehe

    ReplyDelete
  11. Itu masalah student skang ni. Makin hari makin bodoh, talking without facts. Sejak bila pulak kitorang lantik budak2 ni wakili mahasiswa, tak ingin la, apply PTPTN mula2 nak masuk belajar dulu semata2 untuk bantah PTPTN. Mangkak.

    ReplyDelete
  12. kolej2 swasta byk dapat manfaat drpd ptptn nih,,student2 nursing dgn kesihatan bersekutu punyala berlambak xdpt keja lg,,

    ReplyDelete
  13. knape dkat tank 322 kaki mamat tu cam pompuan...

    ReplyDelete
  14. pergh!! obe bapak makan dalam siot ayat lu..i like!!!

    ReplyDelete
  15. ada mamat hipster cina dekat gambar keta kebal 322 tue.. LOL

    ReplyDelete
  16. bravo obe gemuk.. ayt ko bertambah matang sbgai profesional bloger! nak sepak!

    ReplyDelete
  17. "Bury yourself under tons of Apple Products"... ayat ni paling tak tahan..hahaha

    ReplyDelete
  18. I see what u did there OBE...hehehe.....

    ReplyDelete
  19. ape stand ko sbnr obi? pning gak kdg2 ngn ko ni... lme2 makin mluat ak nk baca..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails