Friday, 16 December 2011

Serius Troll - 300 Penggiat Seni Punk Acheh Mohon Suaka Politik Di Malaysia



Johor Bahru - Jumaat - Pihak Polis Marin Johor semalam berjaya memintas 10 buat bot dan menahan kesemua anak kapal yang terdiri dari penggiat musik punk yang melarikan diri dari provinsi Acheh. Dalam kejadian dua pagi tadi, seramai 300 orang pelarian muzik ini ditahan lebih kurang 30 batu nautika dari pesisiran pantai Batu Pahat. Selepas ditahan kesemua pendatang tanpa izin ini mengaku berlayar ke Malaysia untuk mendapatkan suaka politik. Mereka mendakwa terpaksa menjadi pelarian kerana tidak mahu ditahan hanya kerana mengamalkan cara hidup punk. Baru-baru ini pihak berkuasa Acheh menahan 60 orang penggiat seni Punk di Acheh kerana merasakan cara hidup mereka tidak sesuai dengan cara hidup Islam. Kesemua yang ditahan dibotakkan kepala mereka dan ditahan selama 10 hari bagi menjalani sesi pengisian rohani.

Komandernya Polis Marin , ACP Zainul Abidin Hassan berkata;

"Hasil pemeriksaan terhadap PATI yang ditangkap di dalam operasi mendapati kesemua 300 orang daripada mereka, 230 lelaki dan70 wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Ketika ditahan flotilla 10 bot mereka mengibarkan bendera "Punk Belum Bisa Mati"

Wartawan Metroll sempat menemuramah salah seorang pelarian muzik dari Acheh yang hanya mahu dikenali sebagai Sidirman Vicious berkata;

"Kami ga ma ditahan pihak berkuasa Adcheh kerna pilihan muzik kami. Kami tahu di Malaysia tiada prejudis terhadap muzik Punk dan pihak kerajaan Malaysia benarkan golongan muda mendengar apa sahaja walaupun muziknya jelek seperti Justin Bieber dan K-Pop. Kami hanya mahu kebebasan pak. Itu aja"



26 comments:

  1. Any serbanistas? hahaha

    ReplyDelete
  2. jimbitkepalatokek16 December 2011 at 22:53

    Jimbit kepala tokek kau obe

    ReplyDelete
  3. obe mceriakn hari aku obe. teruskan gua #teamobe hak3

    ReplyDelete
  4. Obe, nak request lagu 'wani - tubik masuk' untuk entri blogserius!!!

    ReplyDelete
  5. butthurt or no butt being hurt, kau tetap kena jogging dan mengurangkan makanan berkalori tinggi.

    ReplyDelete
  6. xde beza punk & k-pop. due2 pesen rambut cam ayam & dress-up cm sampah

    ReplyDelete
  7. wah lao weh . lapsap .

    ReplyDelete
  8. haha butthurt doe mamat obenistas ni kalau tak suke tak yah baca blog die.. ko gi berkawan ngan si Apit tu la weh.. hahahahaha

    ReplyDelete
  9. effi fat...a longgg longggggggggggg time ago

    ReplyDelete
  10. wtf la indo ni haritu bising pasal nak perang dengan malaysia now nak kebebasan muzik kat sini plak . punk is not dead but you will dead here .

    ReplyDelete
  11. hahaha..kasi tembak je...buat menyusahkan rakyat malaysia je....

    ReplyDelete
  12. goblok sih!!

    lari aja ke jakarta!! knp mau ke malaysia???

    ReplyDelete
  13. Sidirman vicious mrupakan vokalis band yg feymes kt Indo..SEX PISTACHIO..

    ReplyDelete
  14. dorang ni tinggal kat reban ayam ke sampai stail rambut jadi cam ayam?

    ReplyDelete
  15. HAHAHAHAHA!!! sampai pompuan India yg kiri sekali tu pun ko edit rambut dia..babi ape ko ni??!! haahhahaha!!

    ReplyDelete
  16. Bley je masuk m'sia..meh ak bg korg mkn smaph,korg suke kn mkn sampah...

    ReplyDelete
  17. Menunjukkan betapa Malaysia tidak tegas dalam hal agama. Yosh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails