Tuesday, 13 December 2011

Serius Klasik - Gambar Penagih Candu di China Suatu Ketika Dulu (11 Gambar)


Bermulanya Abad Penghinaan China


Apa itu abad penghinaan atau bǎinián guóchǐ ? Ianya seabad dimana rakyat China merasakan negara mereka dimalukan oleh kuasa luar seperti British, Perancis dan USA. Ianya bermula setelah Maharaja China meletakkan sistem Kanton. Melalui sistem Kanton pedagang luar tidak boleh berdagang secara terus di China tetapi dihadkan hanya di perlabuhan Kanton ketika musim perdagangan. Diluar musim perdagangan pedagang harus keluar dari China dan mereka berambus ke Macau. Piahk British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)membeli teh dari China dan menukarkannya dengan tahil timah kepada negara China.

Permintaan terhadap teh melonjak di Eropah menyebabkan ketidak seimbangan perdagangan antara China dan British. China pada masa itu tidak banyak mengeksport barangan dari Britain. Kesan daripada trade deficit ini negara Britain kekurangan perak dan ini menrisaukan empayar Britain. Maharaja China menetapkan beliau hanya mahu menerima tahil perak sebagai matawang rasmi dan enggan menerima bayaran dalam bentuk lain. Bayaran dalam bentuk emas pun ditolak baginda.

Pada waktu itu timbul idea geliga dari SHTI untuk mengeksport candu dari koloni mereka di India kedalam China bagi mengimbangi defisit perdagangan diatas. Bila candu mula dibawa masuk bermulalah masalah ketagihan candu yang kronik dikalangan rakyat China. Lama-kelamaan China terpaksa mengimport candu lebih banyak dari mereka mengeksport daun teh. Ini menyebabkan baginda Maharaja pula risau kerana jumlah perak dalam simpanan negara berkurangan. Bagi menyelamatkan masa depan negara, baginda mengerahkan pemberhentian perdagangan dengan kuasa luar. Baliau juga memaksa pedagang SHTI menyerahkan kesemua stok candu mereka kepada pihak berkuasa untuk dimusnahkan. Baginda cuba menyelamatkan ekonomi negara dan pada waktu yang sama membanteras masalah ketagihan candu yang semakin kronik.

Pjihak SHTI tidak berpuas hati dan melaporkan kejadian ini kepada kerajaan British. Maka bermulalah Perang Candu Pertama yang berakhir dengan kekalahan China pada tahun 1842 selepas 3 tahun bermandi darah.China kemudian bersetuju menanda tangani Perjanjian Nanking yang membenarkan perdagangan candu berterusan, penyerahan Hong Kong kepada British, hak berkuasa kepada British di pelabuhan China serta penetapan tarif yang berat sebelah kepada British. Perjanjian ini juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah dikalangan penduduk China kerana British tidak memberikan apa-apa kembali kepada China keatas hak perdagangan istimewa meraka ini.

Selepas perjanjin Nanking dimeterai masih ada pembesar China yang rasa terhina. Mereka kemudian melanggar syarat berat sebelah yang terpaksa dipersetujui mereka. Ini menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua yang juga berakhir dengan kekalahan China. Pelabuhan Canton dibedil kapal perang Inggeris tanpa belas kasihan dan akhirnya perjanjian baru dimaterai dengan syarat-syarat yang lebih memalukan China. Kali ini Perancis, Russia dan USA turut serta merogol ketuanan Cina di China.

At the end of the China lost it all thanks to the conniving skill of the British DRUG DEALERS. Chinese were humiliated and the world power of that time plundered China of all her wealth

Fucked up history isn't it? ........... Some things never changed it seems because as we see now the French, British and Yanks are still using the military power to subjugate people to theri unfair will!







Laporan asal Wikipedia

25 comments:

  1. Ooo.. Ad kls sejarah lak mlm2 ni..

    ReplyDelete
  2. asal kulit diorang hitam semacam?

    ReplyDelete
  3. tengok siapa kepala nya??
    inggeris, amerika,peranchis dan russia.

    ini memang agenda illuminati terancang.

    ReplyDelete
  4. "feelin so high...

    mah family's name is 'Hai'

    Ohhhhhhh yeeeeeeeeeeeeeaaaaaaaa opium cant get nuff"

    ReplyDelete
  5. nak isap mmg kene baring ke?

    ReplyDelete
  6. Ini semua kerja Illuminati.ILLoolololominati

    ReplyDelete
  7. typo bersepah obe... siapala obe tanpa typo... haha

    ReplyDelete
  8. and now Euro union asked China for help to save their economy.

    ReplyDelete
  9. Woooooonnngggggg Phhhhaaayyyyyyyyy Hoooooonnngggggggg to the rescue!!!!

    ReplyDelete
  10. baru abes buat asngment psl ni

    ReplyDelete
  11. Macam mana orang China boleh jadi ketagih dengan candu ni? kalau pihak British bawa masuk, macam mana British ni mempopularkan candu di kalangan orang china?

    hurm..

    ReplyDelete
  12. dimanakah wong fei hong dan IP man penyelamat China...adakah hanya mitos semata2 ibarat segerombolan power ranger yang awesome~~~ jgn main candu nanti terpalit taik ayam candu..lol wut!!!

    ReplyDelete
  13. syazmie hamzah sila jgn poyo. kami di blogserius tak percayapun yang anda buat assignment. igt kami semua bodoh ka?

    ReplyDelete
  14. Ini.. sememang nyer membuka minda. Selalu dengar pasal Opium War, tapi tak pernah tau secara mendalam. Thanks Obe, kerana membawa minat kepada sejarahku kembali

    ReplyDelete
  15. True fact,couldnt agree more

    ReplyDelete
  16. hmmmm....candu2...nice history lesson Obe...lalalallalaa

    ReplyDelete
  17. obe,kalo ko jd cikgu sejarah kompem murid ko excelent

    ReplyDelete
  18. cuba teka...dalam sejarah malaya siapakah penagih candu tegar?

    ReplyDelete
  19. 'Kambing bebiri' sentiasa menjadi mangsa kepada 'serigala jahat' kerana 'serigala jahat' akan sentiasa mencari jalan dan peluang untuk memakan daging 'kambing bebiri' - belum pernah sjarah 'kambing bebiri' membunuh 'serigala jahat'.
    Begitulah perumpamaan kepada bangsa penjajah barat(Eropah) yang layak digelar 'serigala jahat' - spt. Amerika, British, Spain, France, Belanda dan Portugis.

    Mereka sentiasa mencari peluang dan tipudaya licik untuk menguasai dan merampas kekayaan sumber bangsa/negara yang lemah di Asia.
    Apa2 halpun mereka itu mesti menang dan menjadi tuan besar kepada penduduk dunia low-class.
    Atas dasar itulah kita mesti belajar daripada sejarah- jangan biarkan kita terus ditindas dan dijajah sejak dahulu hingga kini.

    Kini mereka semakin jahat - cuba menjajah negara2 umat Islam sahaja kerana sumber minyak - jika tidak dapat menjajah negara Asia mereka akan cuba menguasai ekonomi umat Asia dan memaksa penduduk2 Asia terus menjadi miskin - hanya membeli keluaran mereka sahaja semoga mereka akan berterusan kaya-raya sampai bila-bila.

    Apa yang anehnya terdapat pemuja2 barangan keluaran mereka yang cuma 'ada class' semata2 kerana glamour sahaja sedangkan keluaran negara2 Asia yang lebih hebat dilupakan...
    Bermakna kita masih dijajah mereka.

    ReplyDelete
  20. Sekarang orang2 Melayu / Islam akan menjadi seperti penduduk2 China yang jadi bahan mainan British pada zaman dulu, akhirnya akan jadi bangsa yang dijajah - rosak binasa keturunan dan ekonomi negara akan musnah.

    Jika ini berlasku di negara2 Islam, Yahudi dan Nasrani akan gembira - 'musuh2 Islam mereka' telah dapat dimusnahkan secara mudah - tanpa kos peperangan yang amat mahal.

    Penjajah/bangsa2 lain akan mudah mengambil kesempatan baik bila Melayu/Islam lemah atau negara huru-hara atau pemimpin2 Islam melakukan kezaliman/menyeleweng.

    Harap ini dijadikan pengajaran....

    ReplyDelete
  21. @2nd pics

    neko : boss.. my turn

    boss : jap jap..fu fu fu

    neko : damn it!! friskies for candu
    anyone??

    ReplyDelete
  22. Stoned, LIKE A BOSS!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails