Saturday, 6 April 2013

Serius Cool - K1 Dan K2 Black Panther : Kereta Kebal Utama Korea Selatan (14 Gambar)


K-Tank

Minggu lalu dunia digemparkan dengan pengishtiharan perang yang dikeluarkan oleh Korea Utara keatas Korea Selatan. Tentera kedua-dua belah Korea diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan perang tidak akan meletus. Sedang kami menonton laporan berita tentang insiden ini kami ternampak kereta kebal milik Korea Selatan yang kelihatan seperti kereta kenal M1A2 Abram Amerika Syarikat. Apabila melakukan sedikit kajian kami menyedari ianya bukan M1A2 tetapi kereta kebal K1 buatan Korea Selatan.

K1 ialah kereta kebal buatan Korea Selatan yang dibina berasaskan rekaan M1A1 Abrams. Ia mula dihasilkan pada tahun 1985 bagi menggantika kereta kebal M48 Patton yang sudah ketinggalan zaman. Pada awalnya Korea Selatan bercadang untuk membeli sahaja M1A1 milik Amerika Syarikat tetapi mereka menyedari Abrams asas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan ketenteraan Korea Selatan. Oleh itu seperti negara Israel, Korea Selatan meminjam rekaan yang sedia ada dan melakukan penaik tarafan bagi menghasilkan kereta kebal yang lebih sesuai untuk penggunaan tempatan.

Sistem suspensi baru diletakkan pada K1 bagi membolehkan ia berfungsi diatas permukaan bumi korea yang berbukit bukau. K1 juga bolehmenyelamdi dalam air sekiranya sistem snorkel dipasangkan pada bahagian atapnya. Fungsi ini tidak ada pada M1A1. Syarikat Hyundai Rotem ditugaskan membina kereta kebal K1 sementara Samsung pula membangunkan perisian elektronik untuk sistem komunikasi dan persenjataan. Pada tahun  1999 model baru K1A1 pula dihasilkan dengan beberapa penambah baikkan seperti sistem komunikasi berangkaian dan sistem bidikan laser terkini.Setakat ini sebanyak 1511 buah K1 dan K1A1 sudah dihasilkan dan ianya bersedia untuk menjadi benteng pertahanan Korea Selatan sekiranya perang Korea bersambung semula.

Tahukah anda pada tahun 1997, Korea Selatan menawarkan 204 K1-M kepada Malaysia sebagai pengganti kereta kebal ringan FV101 Scorpion yang digunakan ATM? Malaysia menolak tawaran ini kerana jumlah tawaran yang terlalu besar dan berat K1M yang tidak bersesuaian dengan kehendak Malaysia. 

Pada tahun 2007 kereta kebal K2 Black Pather pula mula digunakan. Ianya penaiktarafan keatas model K1A1 yang sedia ada. Ia direka untuk mempunyai laras meriam sebesar 140 mm. Laras meriam utama kebanyakkan kereta kebal yang sedia ada adalah 120mm. Tetapi ketika rekaan dilakukan mereka meyedari laras 120 mm yang sedia ada sudah cukup memandai untuk menusnahkan kereta kebal yang digunakan Korea Utara. Sungguhpun begitu K2 Black Panther boleh menggunakan laras 140 dimasa hadapan sekiranya perlu. 

Jadi inilah dia dua kereta kebal utama Korea Selatan yang dibina dengan menggunakan kepakaran tempatan. Dibina oleh Hyundai Rotem dan Samsung! 

Ini mengingatkan kami kepada K9 Thunder, kenderaan artileri mobil yang juga dihasilkan oleh Samsung.




Gambar dari The Brigade

18 comments:

  1. Replies
    1. mati tak nak 1st ke?

      Delete
    2. Tahniah, anda dtwarkan perkhidmatan untuk mnjadi tentera K-Pop..

      Delete
    3. bagusla tu kalau perang x da lah bising k pop lancau diaorg tu!!!

      Delete
  2. Bagus Korea Utara.....kasi mampus semua KPOP lahanat

    ReplyDelete
  3. nak bisjut tiger? Harimau malaya.

    ReplyDelete
  4. it is not a joke, it is a never ending sad~

    ReplyDelete
  5. kehebatan bekas kerajaan malaysia harga 4juta bayar 25 juta...kalah korea selatan!!itu fakta..bangga siot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lah mahal sebab ia beserta dengan kelengkapan sokongan dan MANPADS. Bukan beli MBT saja.... Lagipun, MBT PT-91 tuh dah diubah dari hujung rambut sampai hujung kaki.

      Delete
  6. rosmah muat x kalo nak bubuh dalam kete kebal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh Rosmah masuk? Dia askar ke... bod'oh punya soalan.

      Delete
  7. Mbt pt91 malaysia hebat lg.kikikiki.

    ReplyDelete
  8. Baik beli bas jelajah rakyat

    ReplyDelete
  9. syarikat hyundai & samsung, hmmm.... kroni? nepotisme? korup? kan ke banyak lagi syarikat lain...hmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. x blaja engineering r tu..

      Delete
  10. Kalau ikutkan maklumat tak rasmi, Malaysia akan try bangunkan MBT macam bangunkan AV8. Tapi itu semua masih jauh lagiii... Kita baru sahaja menjayakan AV8 dan baru sahaja nak cari pengganti jet MRCA.

    ReplyDelete
  11. Aq sukew bandingkn korea dngn jepun dan china.. x best laa klau bandingkn teknologi negara timur dngn negara barat.. tapi aq rsa kereta kebal jepun Type 10 lgi power.. Terbaru

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails