Wednesday, 9 November 2011

Serius Cool - NB36 : Pesawat Berreaktor Nuklear Pertama Dunia (13 Gambar)


Nuke planes? Damn right?


Didunia kita ada kapal selam dan kapal pengangkut kapal terbang berkuasa nuklear. Ini sudah dikira normal sejak zaman 60-an lagi. Dengan pemasangan loji tenaga nuklear kapal selam dan kapal pengangkut ini tidak perlu diisikan minyak selama tiga tahun. Tapi tahukah anda pihak tentera udara Amerika pernah melakukan eksperimen pesawat bertenaga nuklear sekitar 1950-an?

Selamat datang ke program ANP (Aircraft Nuclear Propulsion - pesawat dorongan nuklear) yang berlangsung dari 1951 sehingga 1957. Program ini mengkaji kebolehgunaan pesawat berkuasa nuklear oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Secara teori pesawat berkuasa nuklear boleh terbang tanpa henti dan jauh tanpa perlu mengisi bahan api fosil seperti pesawat konvensional. Bahan nuklear di dalam reaktor mungkin hanya perlu digantikan beberapa bulan sekali. Pesawat berkuasa nuklear berfungsi dengan memanaskan udara di dalam kebuk enjin jet menggunakan haba dari pelakuran nuklear. Enjin jet masih berfungsi seperti biasa tanpa memerlukan bahan api fosil untuk menghasilkan tujahan.

Sebuah pesawat pengebom Convair B-36 diubah suai untuk projek ANP. Reaktor nuklear seberat 16300 Kilogram diletakkan di dalam ruang simpanan bom B-36 ini. Ia mampu membekalkan 1000 kuasa kuda ketika beroperasi. Bagi memastikan krew terselamat dari radiasi, penghalang radiasi plumbum seberat 1 tan diletakkan diantara kokpit dan reaktor. Disamping itu skrin kokpit setebal 30 cm diletakkan di hadapan bagi memastikan mereka benar-besar terselamat dari radiasi.

Adakah ANP pesawat pertama yang terbang dengan kuasa nuklear? Sebenarnya tidak. Reaktor yang dipasang tidak membekalkan tenaga kepada 10 enjin pesawat yang kini diberikan nama panggilan NB-36H. Ianya sekadar diletakkan di dalam pesawat untuk melihat sama ada reaktor nuklear boleh berfungsi dengan selamat tanpa sebarang masalah seperti yang berlaku di Chernobyl. NB-36H memerlukan 10 enjin untuk membolehkannya terbang. Empat enjin jet dipadankan dengan enam enjin turbin kipas. Kesemuanya perlu bekerja keras bagi menerbangkan pesawat nuklear yang kini terlalu berat untuk menjadikannya rekaan yang praktikal.


Di antara 1955-57 sebanyak 47 penerbangan dilakukan dengan jumlah terkumpul 215 jam penerbangan. Ketika eksperimen dilakukan reaktor berfungsi selama 89 jam penerbangan. Projek tidak diteruskan kerana masalah keselamatan. Sebuah pesawat berkuasa nuklear yang terhempas akan membocorkan radiasi. Pada waktu yang sama teknologi peluru berpandu antara benua berjaya dibangunkan sekaligus membuatkan tiada keperluan bom dibawa di dalam pesawat ke sasaran yang ingin dimusnahkan.







Laporan asal WIKI
Gambar TheBrigade

15 comments:

  1. wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwnessssssss!!!!

    ReplyDelete
  2. Hairbutt!!! Bila tengok kapal perang dgn peluru berpandu ni, rasa hebat. Tapi perasan tak, ilham utk mencipta ni diambil drpd Al-Quran. Kisah tentang burung Ababil menjatuhkan batu-batu berapi kepada tentera bergajah Abrahah.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik kapalterbang nuklear ni tidak ekonomi dan tidak relevan untuk digunakan, kalau tidak - USA akan suka2 serang dengan mudah mana2 negara Islam yang mengancam negara Yahudi Israel.

    Sekarang ni masih berkira2 dan menaruh impian serta mencari alasan2 bodoh untuk serang negara Islam - Iran dan Syria....
    Hidup USA hanya untuk peperangan demi menegakkan kuasa negara sahabat mereka - Yahudi Israel....

    ReplyDelete
  4. "kau merepak apa ni pukimak?"

    LOL!

    ReplyDelete
  5. sokong anon 12:13

    aku dh start t'bayang US ada Nimitz versi udara

    ReplyDelete
  6. huyyoyoyo waaaaa~~ weeeee~~ kasi bom je melayu kat dunia ni..takpun bom malaysia kasik lenyap terus dari peta dunia..n then we see whether God gip u quota after dat lor..

    ReplyDelete
  7. ^ HAHAHAHAHAHA. Tapi tu la, kewl gila siak. Rasa2 kena tembak ada letupan bom nuklear di udara tak?

    ReplyDelete
  8. gila xpraktikal, imagine kalu terhempas? mutant yaw! commercial plane tuuu..

    ReplyDelete
  9. is't left hand drive or right hand drive??

    ReplyDelete
  10. If any of you have read the book "Surely You're Joking, Mr. Feynman" (Surely You're Joking, Mr. Feynman!: Adventures of a Curious Character, Richard Feynman, Ralph Leighton (contributor), Edward Hutchings (editor), 1985, W W Norton, ISBN 0-393-01921-7, 1997 paperback: ISBN 0-393-31604-1). The idea of a nuclear powered anything came to be. It started as a way for the US government to get patent rights and in the end it was a way for Reynman to screw the system in his own way.

    Its an excellent read and opens you into the mind of a creative genius

    ReplyDelete
  11. mana ade anon 12:13. u stupeed?

    ReplyDelete
  12. aku bru beli t-shirt gmbr kpl trbg ni
    tp skecth yg lg lama

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails