Wednesday, 23 November 2011

Serius Cool - Sebuah Jambatan Pejalan Kaki Di Rio de Janeiro (9 Gambar)


Jambatan Rakyat

Di Rio De Janeiro ada sebuah jambatan pejalan kaki yang unik dibina disebuah lereng bukit. Jambatan Pejalan Kaki Rubem Braga ini dibina bagi memudahkan penduduk setinggan (Favela) yang duduk diatas bukit untuk turun menggunakan subway yang terletak dikaki bukit. Jambatan pejalan kaki ini menempatkan dua lif yang mampu menanggung 30 orang penumpang pada satu masa. Tak perlulah pengguna subway menapak naik bukit setinggi 80 meter untuk kembali ke rumah mereka. Sebelum ini penduduk kena menapak turun dan naik dan apabila hujan ramai yang tegelincir. Projek Jambatan Pejalan Kaki Rubem Braga ini adalah salah satu inisitif penaik tarafan sistem pengangkutan awam Rio sebelum World Cup 2014





Laporan asal Inhabitat

6 comments:

  1. ni kat uitm puncak alam pun ade.haha

    ReplyDelete
  2. Kenapa kerajaan diorang tak naiktaraf je favela tu?

    ReplyDelete
  3. tak melambangkan ciri-ciri favela langsung, ini offensive.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails