Thursday, 12 July 2012

Serius Cool - Canton Tower : Bangunan Tertinggi di China (14 Gambar)


Whose schlong is longest?


Jika tadi kami paparkan rekaan Great Tower of London yang gagal, kali ini biar kami paparkan Canton Tower yang berjaya dibina dan kini menjadi bangunan tertinggi di China. Terletak di muara Sungai Mutiara Guanghou, Canton Tower berdiri setinggi 600 meter dan dengan mudah memintas Shanghai World Financial Center yang hanya berketinggian 492 meter. Sebagai perbandingan Menara Kuala Lumpur hanya mempunyai ketinggian maksimum 421 meter.

Canton Tower mula dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Rekabentuk menara ini berbeza dari menara-menara yang lain kerana bahagian luarannya diperbuat daripada besi. Selalunya menara telekomunikasi tinggi (Seperti KL Tower dan CN Tower) dibina sepenuhnya dengan menggunakan konkrit. Rekebentuk unik menara ini diilhamkan oleh scaffolding buluh yang digunakan dalam pembinaan bangunan di negara China. Selain dek observasi yang memberikan pemandangan sekitar Guangzhou, terdapat juga pod kecil yang boleh anda naiki di atas atap menara. Macam Ferris Wheel tetapi versi mendatar. Pasti bukan untuk manusia gayat macam Miss Mean! :P







Laporam asal Skyscraper city

13 comments:

  1. mohon najib #janjiditepati buat renovation pada kl tower tambah lagi 50 tingkat agar dapat jadi lebih tinggi dari canton tower

    blog oh skodeng skirt awek yang berdiri atas menara kl

    ReplyDelete
  2. tinggi2 pun, x boleh cecah langit. kui3

    ReplyDelete
  3. nasib bayek. Topik mcm ni selalu penuh dng 1st 2nd aje. Kurang sikit kali ni.
    ----kau lupa satu benda...selalunya kau tulis juga firm arkitek nya...

    ReplyDelete
  4. apsal takde nasionalis malaysia kutuk menara cina ni dan bandingkan dgn kl tower atau klcc? adakah maleis dah mula sedar tentang kebodohan memiliki semangat nasionalis yang tak tentu pasal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasanya, bangunan ni sama je ngna produk China yang lain.. senang rosak dan takde sparepart!!
      Macam bateri jugak, bateri buatan malaysia ngan China, mana lagi bagus?

      Delete
  5. okk ..sagat kagum nagn mat workerssss yang pasang skru ..tampal2 simen nak wat bulding yang tggi mcm nii.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails