Monday 23 July 2012

Serius Shit - Penjara San Quentin : Penjara Terbesar Amerika Syarikat (16 Gambar)


Welcome to the Clink!


Penjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin California. Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852. Penjara San Quentin mempunyai keluasan sebesar 275 ekar. Ianya direka bagi memuatkan 3082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menanpung 5222 orang banduan. Penjara San Quentin sangatlah besar ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat menyurat. San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melakukan hukukan mati di California. Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996. Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.

Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika. Sebanyak 637 orang banduan bilik akhir memanti waktu untuk dijatuhi hukuman.

Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Sebanyak 1718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian penjara ini berjalan lancar.

Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids. Beliau dipenajrakan disii selama tiga tahun dari 1965-1968. Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan disini. Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan disini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.

Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!






Laporan asal Izismile

12 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. kalu cm ni seme org nk dok dlm jel

    ReplyDelete
  3. Johnny Cash pernah perform dalam penjara San Quentin ni...terbaik!

    ReplyDelete
  4. jel macam u plak..heheh

    http://www.kotak-lirik-lagu.com

    ReplyDelete
  5. sini jugak lokasi video klip metalica saint anger dirakamkan.

    ReplyDelete
  6. muka banduan2 ni semua nampak cam happy je.. yelah semuanya makan tanggung berak cangkung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL..serius spam...bole plk masukkan link blog dlm ayat..

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails