Wednesday, 18 July 2012

Serius Cool - Wacom Cintiq 24HD Touch : Cintiq Dengan Skrin Sesentuh (10 gambar)


hnghhhhhhh!! Do Want

Tahun lalu kami paparkan Wacom Cintiq 24HD yang harus diakui sangat mengujakan. Tahun ini Wacom mengeluarkan model baru iaitu Wacom Cintiq 24HD Touch dengan sokongan skrin sesentuh ala tablet. Wacom Cintiq 24HD Touch mempunyai resolusi HD Penuh 1980 x 1200 skrin lebar dan mampu memaparkan 1.07 Billion warna ataupun 97% warna yang digunakan oleh produk Adobe. Ia juga didatangi dengan stylus prestasi tinggi Grip Pen yang mampu mengesan 2048 tahap tekanan berbeza bergantung kepada kehendak penggunanya.

Menurut Wacom tablet+skrin rekaan mereka ini mempercepatkan lagi tugas animator, pelukis, pereka grafik dan DevianTARD kerana mampu memudahkan lagi work flow. Sebagai contoh model 3D boleh diputarkan dari dalam perisian MAYA hanya dengan menyentuh skrin. Common tools Photoshop juga boleh dipilih dengan menyentuh side panel tanpa perlu menekan dengan mengunakan stylus seperti sekerarang. Kini Cintiq milik anda boleh digunakan macam iPad ataupun Windows Surface. Ini sebuah lagi evolusi dari Wacom yang sudah menghasilkan model Cintiq sejak 2005. Sebagai bekas penggila kerja grafik kami masih mengumpul duit untuk membeli Wacom Intuous. Nak beli Cintiq ini rasanyakena tunggu dapat satu projek dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya baru boleh mampu. HA HA! U ma? Harga saranan Cintiq 24HD Touch ialah USD 3699 (RM 11 679 ) sebuah.






Laporan asal Wacom

9 comments:

  1. wow... nak 1najib mohon perkenalkan skim tablet pertama ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk bgatu ko org pertamax le ek..???

      Delete
    2. da ade la table 1malaysia...nk tablet pertama ku bli sendiri la..xkn sume bende msk nk org lain suapkan je

      Delete
  2. mohon dah dapat projek barisan nasional nanti jangan lupakan ana

    blog oh awek cute lukis kartun pakai wacom

    ReplyDelete
  3. pergh klu dapat ni senang buat desgn kot..huhu

    ReplyDelete
  4. Mahal gile rm11k..baik aku beli render farm utk render. Ni paling kuat pun boleh buat 3D modelling je. tapi render slow macam harem

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails