Tuesday, 31 July 2012

Serius Fakta - Bapa Telefon Berkamera : Philippe Kahn


Peranti mobil dan Philippe Kahn

Dewasa ini kita kita hidup di dalam dunia sering di atas talian. Semasa tidur pun peranti pintar mlik kita senantiasa bersambung kepada internet. Antara perkara yang sering dilakukan oleh manusia moden ialah memghantar gambar kepada teman dan keluarga tersayang. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini kami tidak lagi menerima kad raya dalam bentuk fizikal. Ianya digantikan dengan kad raya MMS yang teranimasi. Kos penghantaran kad raya versi MMS ini jauh lebih murah dari kad raya fizikal. Selain daripada itu tahun ini ada fenomena baru pula yang dipanggil "iftargram" . Iftargram ialah ialah gambar makanan yang dimuat naik ke laman Instagram untuk tontonan teman seluruh dunia. Kemampuan menghantar gambar ini semua tidak akan mampu dilakukan sekiranya teknologi telefon berkamera tidak wujud.

Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah individu yang mencipta telefon berkamera ini? Pernahkah juga anda tertanya-tanya gambar apakah yang pertama kali dihantar menerusi rangkaian selular? Awal bulan yang lalu kami ada paparkan gambar pertama dimuat naik ke dalam internet. Hari ini anda semua bernasib baik kerana dapat melihat gambar MMS pertama.



Wikipedia Commons

Gambar diatas ialah gambar pertama yang dihantar dari sebuah telefon bimbit menggunakan sistem selular. Ianya dihantar pada 11 Jun 1997. Yep! Teknologi penghantaran gambar ini sudah berusia 15 tahun! Gambar diatas dihantar oleh Philippe Kahn, bapa telefon berkamera. Ianya merupakan gambar anak beliau, Sophie yang baru sahaja dilahirkan. Beliau menggunakan perisian yang ditulisnya sendiri, sebuah telefon selular dan kamera digital yang disambungkan secara terus kepada telefon terbabit. Gambar-gambar ini dihantar oleh Philippe Khan kepada ahli keluarga beliau yang berada di seluruh dunia. You see, Philippe Kahn dilahirkan di Perancis dan isteri beliau pula dilahirkan di Korea Selatan. Beliau perlu menghantar gambar kelaharian Sophie di Santz Cruz California ke dua benua berlainan pada masa yang sama.

Philippe merasakan adalah sangat leceh untuk menghantar gambar kepada ahli keluarga melalui cara konvensional iaitu ambil gambar menggunakan kamera digital. muat turun ke komputer riba sebelum dimuat naik untuk dihantar menggunakan emel. Kerana kelecehan inilah telefon berkamera pertama dihasilkan secara tak sengaja. Another classic case of necessity is the mother of all invention. Perisian bagi menghatar gambar menggunakan selular dihasilkan beliau ketika menanti isteri beliau melahirkan Sophie. Kamera digital pula disambungkan kepada telefon beliau dengan menggunakan wayar yang disadur secara custom made.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah kamera dan telefon yang digunakan oleh Philippe Kahn untuk prototaip telefon berkamera pertama ini?

Casio QV-10 - Kamera digital dengan CCD bersaiz 250 KILOPIXEL!



Wikipedia Commons


Motorola Startac - suatu ketika dahulu telefon terkencil dunia.



Wikipedia Commons


Pada waktu itu Starfish salah sebuah syarikat yang dipunyai Philippe dalam proses dibeli oleh Motorola pada harga USD325 juta. Phiippe menunjukkan prototaip telefon berkamera kepada bos baru beliau di Motorola tetapi mereka tidak menunjukkan minat untuk menghasilkan telefon berkamera pertama dunia. Motorola merasakan masih belum ada keperluan untuk diwujudkan telefon berkamera pada waktu itu!

Phillipe dan isteri beliau lantas menubuhkan Lightsurf Technologies bagi membangunkan sistem Picture-Mail, sistem pertama yang membenarkan pengkongsian gambar secara mudah melalui sistem selular. Pada tahun 1999 sistem Picture-Mail ini dilesenkan kepada J-Phone dan Sharp bagi membangunkan Sharp J-SH04, telefon berkamera komersil pertama dunia dengan kamera sebesar 110 Kilopixel. Penggunaan telefon berkemaera meledak di Jepun dan tidak lama selepas itu sistem Picture-Mail yang dihasilkan Philippe Kahn melalui Lightsurf Technologies digunakan di seluruh dunia



Wikipedia Commons

The rest is what you would say is history. Kini hampir kesemua telefon bimbit di dunia mempunyai kamera. Pada satu masa NOKIA menjadi pengeluar "kamera" terbesar dunia, kini sudah di ambil alih oleh Samsung.

Semuanya bermula dari Philippe Kahn, seorang Yahudi dari Perancis yang mahu mencari jalan paling mudah berkongsi gambar kelahiran puteri beliau dengan keluarga di seluruh dunia dengan cara paling kurang songel!

We salute you Philippe Kahn!



Motionx.com


In b4 "telefon berkamera dicipta oleh Yahudi rupanya! Mari boikot!"

Laporan asal Wikipedia , USA Today dan Click!

11 comments:

  1. last yahudi, LOL prodk yahudi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mekah pon ada starbuck dan guess

      Delete
  2. ea boikot.aku taknak pakai dah samsung canggeh ni.butterfly ckop,takdak kamera.

    ReplyDelete
  3. oh snap... pencipta kamera-phone adalah bangsa yg paling dibenci meleis... ustaz-ustaz malaysia mesti buat bodoh sekarang nie...

    ReplyDelete
  4. sudahnye smp skrg sume org upload gamba baby secara melampau.... urgh...

    ReplyDelete
  5. Necessity is the mother of all inventions.
    Laziness is the father of most necessities.

    ReplyDelete
  6. ooo mamat Philippe Kahn ni bukan yahud sebenarnya tapi seorang german nazis... dia abg kepada Oliver Kahn bekas penjaga gol german

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kelakar. nice try faggot

      Delete
    2. sesuai dgn name..buat lawak noob
      btw,mati2 aku igt nokia yg kuakan enpon kamera pertama..aku tertipu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails