Sunday 15 July 2012

Serius Cool - Palacio de Sal : Hotel Diperbuat Daripada Garam (12 Gambar)


Garam!

Palacioa de Sal ialah sebuah hotel dan spa yang di Bolivia yang dibina hampir keseluruhannya dengan menggunakan garam. Dinding, perabot dan juga lantai dibuat 100% menggunakan garam. Garam digunakan sebagai bahan binaan utama kerana Palacio de Sal terletak ditengah-tengah dataran garam terbesar di dunia iaitu Salar de Uyuni seluas 10 582 kilomoter persegi! Hampir sejuta bongkah garam digunakan bagi membina hotel ini. Hotel yang ada sekarang mula beroperasi semenjak 2007 dan menawarkan 16 bilik penginapanan. Bayaran penginapan ialah USD 100 sehari. Dengan ketinggian 3650 meter diatas aras laut Palacio de Sal memberikan anda pemandangan dataran garam yang luas dan pemandangan bintang diwaktu malam yang tidak dicemari bandar berdekatan. Sounds like fun.






Laporan asal Gizmag

14 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails