Friday 20 July 2012

Serius Cool - Perpustakaan Bergerak Alaf Baru (8 Gambar)


Kutubkhanah mobil!

Anda pernah pinjam buku dari kutubkanah bergerak? Semasa kami pergi sekolah pada dekad 80-an dahulu kerap juga meminjam buku dari kutubkhanah sebegini. Lately sudah tak ada kerana budak-budak tak suka baca buku dan bas yang digunakan sebagai kutubkhanah bergerak banyak dah usang dan rosak. Permasalahan utama kutubkhanah bergerak ialah bau kepam dan kesempitan. Nak membaca didalamnya rasa klaustrofobik dan nak cari buku pula tiada ruang yang cukup untuk bergerak

A47 ialah sebuha kutubkhanah bergerak yang beroperasi di Mexico City. Ia dipunyai oleh NGO A47 yang mahu menimbulkan tabiat membaca dikalangan penduduk Mexico City. Ia mempunyai rekaan terbuka dan ini memudahkan orang masuk dan keluar darinya. Lantainya pula boleh diubah ketinggian mengikut kehendak dan fungsi. Kutubkhanah ini boleh dibah menjadi wayang bergerak juga jika perlu. Sebanyak 1500 buah buku boleh dibawa pada satu-satu masa. Jika trak diperlukan untuk tugas lain buku ini dapat dikeluarkan dengan segera, Lori ini sekaligus boleh digunakan untuk pelbagai fungsi selepas itu. Tidak terbazir parkir di perkarangan perpustakaan kerana hanya boleh berfungsi sebagai kutubkhanah bergerak. Genius dan idea yang boleh digunakan di Malaysia jika perlu. Membacalah kamu..........selain dari Blog, URTV dan Mastika!





Laporan asal DesignBoom

5 comments:

  1. mexico? A47 what? better Ak47

    ReplyDelete
  2. mohon jangan buat lagi perpustakaan bergerak di malaysia mcm dulu, kalau buat pun takkan laku kerana orang malaysia bukan suka membaca buku melainkan baca beautiful nara

    blog oh pusat urut bergerak alaf lama

    ReplyDelete
  3. yaa, sy penah pinjam buku dari perpustakaan bergerak jugak dulu :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails