Saturday, 14 July 2012

Serius Cool - MasReGog : Masjid + Gereja + Sinagog (11 Gambar)


Coexist

Agama Islam, Kristian dan Yahudi adalah 3 agama kitabi yang mempunyai suusur galur yang sama. Sungguhpun begitu perbahalahan diantara 3 agama besar dunia ini memang kita semua pun tahu. Keadaan semakin terus paska 911 dengan umat Islam dituduh menjadi pengganas. Umat Islam pula menjadi paranoid dan menuduh ada konspirasi Yahudi Kristian memburuk-burukkan nama agama mereka. Why can't we just get along?

Pada tahun 2010 sebuah projek sosial dilakukan di Gelsenkirchen Jerman. Sebuah sinagog dan masjid dibina bersebelahan Gereja Bleck, yang merupakan gerja tertua di Gelsenkirchen. Pembinaan 2 rumah ibadat sementara ini adalah untuk menggalakkan interaksi antara 3 penganut agama kitabi. Diharap apabila rumah ibadat didirikan sebelah menyebelah toleransi dan pemahanan diantara komuniti Kristian, Islam dan Yahudi dapat diperbaiki. Sinagog dan Masjid ini berdiri dari Mac sehingga November 2010. Sepanjang waktu itu pelbagai dialog diantara agama dilakukan. Nice idea.

Di Jerman projek ini diberi pujian kerana cuba membina jambatan antara penganut berlainan agama. As we all know hubungan rakyat Kristian Aryan Jerman dan Yahudi mempunyai sedikit ketegangan kerana Holocaust perang dunia kedua. Orang Islam pula membanjiri Jerman dan terdapat elemen Neo Nazi yang merasakan kedudukan mereka sebagai ARYANPUTERA dicabar oleh imigran Islam.

Di Malaysia cuba lakukan projek yang sama. Kami yakin belum apa-apa pasti ada puak yang akan butthurt kerana rumah Ibadah Islam diletakkan berhampiran sinagog dan gereja. We are just not mentally ready. Belum apa-apa akan dituduh agenda pluralisme!

Thanks @rojaksedap for the tweet tip!





Laporan asal ArchDaily

25 comments:

  1. Aku tau aku bukan 1st...

    ReplyDelete
  2. Hurm, i think you are a little bit wrong there. In Georgetown Penang, Pusat Ibadat is next to each other contohnya Jalan Masjid Kapitan Keling di mana Masjid Kapitan Keling mengamalkan 2mazhab berbeza (syafie and hanafi) dlm satu masjid, dan ada kuil, beberapa rumah kongsi, and Saint Georges church dlm satu lorong. Begitu juga dengan bandar teluk Intan dimana masjid, gereja dan kuil bereda sebelah menyebelah setelah sekian lama. We are not bad as it seems. Mungkin kamu tak perasan, dalam kamu berasa bahawa kamu seorang liberal satu Malaysia, cuba kira (walaupun kualiti itu lebih baik dr kuantiti) berapa orang kawan rapat kamu yang datang dr bukan dari keturunan Melayu dan oernahkah kamu tinggal dengan kawan bukan seagama dlm Malaysia sendiri. Luar negara tak kira debab kamu sama minoriti. Ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, but another thing, i also see it as a physical tolerence only, kamu dengan agama kamu, aku dengan agama aku. dialog antara agama tu sangat kurang di Malaysia, kalau ada pun cepat je ada yang nak melenting. Macam dialog Memeluk Islam by Bar Council that day. Even yang selalu join pun just NGO like Sisters in Islam yang dianggap outcast by Muslim in Malaysia.

      Delete
    2. housemate aku chinese cristian. ok je. tiap2 malam dia baca bible. kita hormat agama orang , orang pun hormat agama kita. senang je

      Delete
  3. dekat Skudai, Johor, masjid, tokong & kuil diletakkan berdekatan. takde isu pun? ko jangan jadi gemuk yang bodoh la. dah kahwin ni makin otak lembab pulak. kaji sebelum post la bodo punye gemuk yang jadi balaci kerajaan skang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup tu klon akaun obe semata2 nak kutuk hahahaha... get a life man

      blog oh awek yahudi yang tak pakai baju

      Delete
    2. obegemok mane keluar rumah nak tahu pasal ni semua...
      kalau xde info kt internet, maka obegemok anggap benda tu xwujud.

      Delete
  4. kampung saya pun dulu begitu juga, tapi lepas kami buat rondaan kami dapat tangkap depa! dengan bantuan pihak polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam macam kitaboleh buat.janji kita bersatu

      Delete
  5. get along mmg tak dapek la jack walaupun 3-3 tu agama samawi.Alquran cancel abis semua kitab2 terdahulu dan agama2 terdahulu y dua tu kire obsolete."bagimu agama mu,bagiku agama ku" tak baca quran ke derr..

    dah kawen tp aqidah...hurm

    ReplyDelete
  6. Zaman Abbasiyah dulu pun dah ada benda ni, tapi umat islam sekarang sombong. Yang guna ayat al quran suka2 hati macam @zeiss pun satu. Bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahilnya kau ni
      quran la yang kite perlu guna sehari hari..quran tu panduan kita.Rasulullah saw pun bersabda dalam hadis dia..sebaik2 percakapan adalah percakapan dari al quran..mcm perempuan tua y bertutur dalam alquran --> http://warkahcintauntukallah.blogspot.com/2011/01/dia-yang-bertutur-dengan-bahasa-al.html?zx=c768d3926aea9546

      aku tak bising pasal gereja sebelah masjid ke ape..tp jgn samakan semua agama adalah sama mcm ayat obe, "get along"

      kalu ko setuju get along maka malam ni gi dinner kat gereja,esok sahur kat temple of solomon pulak ye.

      Delete
    2. Ni apa cerita ni bro?
      Kat mana yg Obe cakap 'Get along' tu semua agama adalah sama? Tu ayat kau, kau cakap dia kata.

      Get along maksud dia, dah terang kat perenggan pertama lagi. Baca balik 2,3 ayat sebelum dia guna phrase 'get along' tu.. Pendek cerita, maksudnya jangan gaduh-gaduh. Jgn ingat aku fanObe.Aku antiObe sebenarnya, kalau aku jumpa, aku pam buntut dia dgn pam traktor. Tapi dia tak der pun cakap agama adalah sama kat dalam entry ni. Kau biar betul.

      Delete
    3. Tu la pasal.. Aku pn rasa ayat 'why we cant just get along' tu maksudnya kenapa kita x berdamai some sort like that..

      Delete
    4. aiyoo...encik zeies, tak tahu bi ker ??...
      awk dah salah faham ni, x payah nk panas2 okay

      Delete
  7. la...mesti la orang butthurt kalau buat kat Malaysia. Sebabnya, ada keperluan ke? Kita bukan tengah ada ketegangan agama ke, rusuhan antara agama ke. Ada la dua tiga org cari pasal. Kepala babi kat Masjid la, pijak kepala lembu la. Tapi kecil-kecil je la. Lepas jadi takde la meleret sampai bunuh2, demo semua.
    Kat luar tu ye le...memang ada masalah antara agama pun. Satu cara selesai? Macam entry ni la. Letak 'focal point' dekat2.
    kenapa kita nak buat macam tu... ?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kat jerman mmg byk kes noe nazis menentang pendatang islam. dah beberapa orang islam siap kena bunuh dgn neo nazis, sampai sekarang kes tak selesai...

    masjid2 kat jerman jadi rajin buat hari terbuka untuk bagi orang bukan islam belajar apa tu islam, ada masjid plak yang mmg setiap hari adalah hari terbuka, dalam masjid penuh dengan informasi pasal apa tu kiblat, apa tu tasbih, apa tu sejadah...dari sekecil-kecil benda sampai la benda yang utama macam akidah orang islam cuba nak bagi orang bukan islam faham...

    tapi dalam kes malaysia, aku tak rasa ini bersumber dari agama...atau perlu tak rumah ibadat kena duk sebelah-sebelah atau tak.. bukan aku menentang idea ni, tapi aku tak rasa berkesan pun sebab ada masjid, tak semestinya semua orang islam datang pun.

    masalah kat malaysia bermula dari sekolah, dari kecik diajar duduk berpecah belah, mmg dah besar baru nak suruh bersatu-padu dibawah naungan 1malaysia memang susah la..

    susah untuk satu bangsa ada kawan rapat yang dari bangsa lain, sebab dari kecik, mentaliti hidup dalam isolation dah diterapkan...

    oh, jangan lupa pulak, kat malaysia masjid dan surau laung azan kuat2, aku ragu kalau agama lain boleh cool je buat tak kesah.. kat jerman mana ada azan pasang loudspeaker keluar bangunan, mmg takde masalah la.

    ReplyDelete
  10. orang malaysia terlalu takut dengan kewujudan agama kristian dan yahudi. serius aku cakap, dua agama tu memang takde bagi ancaman langsung sebab banyak sangat cara nak kalahkan hujah diaorang...

    tunggu je la ancaman atheism datang ke malaysia, masa tu baru korang tau betapa pentingnya berkawan dengan agama-agama samawi yang lain..

    dari pandangan islam, agama kristian dan yahudi tu ada tempat yang lebih baik berbanding agama lain atau tidak beragama. mereka ahli kitab, kalau ikut beberapa mazhab, siap boleh kawen dgn diaorang lagi...

    semua negara maju sekarang sibuk dengan agenda agama vs atheism, cuma negara-negara tak maju je berperang sesama agama..

    ReplyDelete
  11. tak pernah dtg teluk intan ek? bersungguh-sungguh si obe gemuk ni nak tarik trafic, bini minta Gucci ke? artikel kau ni bagus tapi ayat kau mmg pandai panjing trafic. nice try obefat.

    ReplyDelete
  12. bior ajolah dia nok post ni kat sinih. sobab orang sini ramai totop soblah mato ajo, mung dah bukak 2 belah biar lo orang lain cubo bukak plak. Mung kata mung Islam tapi kutok2 ajo deh ni? Islam tak ajor mung kutok2. Bior ajo post ni jadi inspirasi kerajaan kot nok buat lagi banyok. dah ada kat tompat mung, biar doh ado. Bior tempak lain buek macam ni laie banyok.

    ReplyDelete
  13. astagfirullahalazim...serious cool? tak cool pun...mohon obefiend kembali kepada Islam yang sebenar :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails