Serious
Entry sebelum ini memunjukkan pelan masa depan kompleks Masjidil Haram untuk 2020 and beyond. Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik MH akan dimusnhakan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari yang dihasilkan firma jurubina Atkins. Pemusnahan bangunan MH yang dibina oleh kerajaan Ottoman ini meneriman tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya. Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik. Kenapa tidak cukup islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti.
Persoalan diatas membawa kepada soalan yang akan aku tanyakan seterusnya;
"Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah?"
"Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan?"
"Haruskah Mekah dan Madinah di jadikan sebuah negara baru seperti Vatican instead of di bawah jajahan keluarga Al Saud"
Mari aku explain sedikit mengapa aku bertanyakan soalan di atas;
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Sultan Arab Saudi. Yes aku paham beliau ialah "Penjaga Dua Masjid Utama". Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah? Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam menbuat keputusan permodenan. Their way is the only way. All other way can go to hell.
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah Masjid/Surau/Tanah Wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin MENTAPAU kesemua hak untuk mendapatkan a piece of the two holy places all to themselves? Adakah kerana mereka tahu dosa duniawi mereka besar dan hanya dengan membina Masjidil Haram dan Nabawi moden mereka dapat menebusnya di akhirat kelak? Ini persoalan yang aku rasa agak pelik. Kenapa tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli "pahala dan saham akhirat" untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai gonad untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan BUTLER yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui distract the attentions of pilgrims away from the Kaabah. Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan di bina Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Don't tell me that you don't think this is wrong in so many levels. How can you justify leveling building that have so many historical significance in Islam and replacing them with major WESTERN capitalist symbols? Where is the logic? Anyone can explain this to me in the comment section?
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekkah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5. Ibu bapa aku yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 1993 ketika menunaikan Haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah. Salah siapa kalau bukan umat Islam sendiri yang memberikan keluarga Al Saudi carte blance untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh Al Saud and Co. Islamik kah ini? Adakah ini perangai Custodian of The Two Holy Mosque? Blackmailing other Muslim countries with reduced Hajj quote if they dared speak up against them?
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi bargaining chip keluarga Al Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota.
Now I have to admit the things that I just proposed is not something that can be easily realised. The Muslim world is too fragmented for these ideas to work at this moment. But surely if you believe that ISLAM is the light, the one true religion we can make a change to save the two holy cities before it is totally raped and destroyed.
Saya sarankan Dato Seri Najib Razak mengutarakan idea ini di dalam mesyuarat OIC kelak. Kami percaya Dato Seri bolehj menjadi hero SELURUH UMAT ISLAM dan bukan hanya jaguh semua umat Melayu Islam Malaysia. Dato Seri Najiblah satu-satunya pemimpin dunia yang mempunyai ketokohan, karisma. jati diri, Mana, XP, Dragon Breath serta gravitas yang mencukupi bagi mencadangkan idea yang saya nyatakan di atas. Saya yakin jika Dato Seri cadangkan pemimpin negara Islam lain pasti bersetuju dengan segera kerana mengikut laporan Utusan, Berita Harian, The Star, Sin Chew Jit Poh, Majalah Didik dan URTV kepimpinan Dato Seri amat dikagumi semua pemimpin dunia.
Please Dato Seri Najib.,... kami mahukan lebih dari 1Malaysia. Idea bernas Dato Seri sepatutnya diguna pakai seluruh umat Islam dunia. Semoga 1Mekah, 1Madinahdan dan 1Islam menjadi kenyataan. You can do it sir! Unite Islam under one banner for all of us. Malaysian Boleh.
1Najibst!!
ReplyDeletesujud sukur berkat bantuan aki pramadi,,,dan berkat imformasi dari member-member aki pramadi,,,yang telah meyampaikan bahwa jika anda ingin mengubah nasib melalui angka togel ghoib hubungi AKI PRAMADI,,,dan TADI malam saya sudah buktikan berkat bantuan AKI PRAMADI,,,yang telah memberikan angka togel ghoib SGP 4D (6293) tadi malam 14-12-2015 akhirnya saya menang 500 juta,,,dan insyaallah saya bisa lunasi semua hutang-hutang saya yang lagi di BANK,,,sekali lagi saya ucapkan banyak-banyak terimah kasih kepada AKI PRAMADI,,,dan member-member.nya yang telah mengimformasikan keberhasilanya,,,dan saya turut mengimformasikan,,,jika anda merasa punya beban (hutang)yang sudah lama belum bisa terlunasi,,,dan ingin mengubah nasib lebih layak dibandingkan nasib yang sekarang seperti saya,,,dan member-member yang lain silahkan hubungi AKI PRAMADI DI nomor,,,082~349~535~132,,BELIAU BISA MEMBANTU DI PUTARAN APAPUN,ATAU ANDA BUTUH PESUGIHAN SILAHKAN HUB AKI PRAMADI DEMIKIAN KISAH NYATA DARI SAYA
DeleteBig Mama Pn xpakai tudung..nk perjuangkn islam Sarkas bleh la..
ReplyDeleteBotol pun pakai tudung tapi tak diwajibkan perjuangkan Islam, begitu juga makanan (tudung saji)
DeleteMalah, MP DAP dan jugak marina mahathir perjuangkan Islam walaupun tak bertudung. Lu apa kes buleh nilai iman orang, lu tuhan ke bro!!
melayu sensitif mcm die ni mmg merangkap tuhan pon bro..hahaaha
DeleteSatu soalan kepada Obe dan mungkin semua:
ReplyDeleteKalau Katholik boleh menubuhkan sebuah kerajaan berdaulat di tengah kota Rom bernama Vatican City, kenapa Mekah dan Madinah tidak ada kedaulatan sendiri, atau sekurang-kurangnya dikawal oleh OIC?
Katholik mana ada persatuan antarabangsa macam negara-negara Islam. Bahkan Itali yang 90% Katholik pun dalam perlembagaannya menyatakan mereka negara sekular.
Aku fikir sudah tiba masanya untuk seluruh umat Islam untuk push Saudi Arabia untuk membebaskan dua kota ini dari cengkaman mereka. Ini milik semua umat Islam, bukan milik mereka semata-mata. Kalau mereka boleh suka hati mereka menentukan kuota haji dan harga hotel, sedangkan kiblat dan dua masjid itu adalah milik seluruh umat Islam. Patutnya seluruh umat Islam punya hak untuk menentukan masa depan dua kota tu.
Tu pandangan aku je lah. Sekian terima kasih.
lama aku x baca tulisan nami.dan bila dia tulis sumthing,always buat aku terpikir,
Deletekalini apa yg obe and nami suarakan mmg sgt dipersetujui,tapi sayangnya,apabila agama itu sendiri fragmented dan org dalam agama itu sendiri menjual agama mereka.maka inilah hasilnya.
we all must agree as well,kota mekah juga lubuk duit.apabila ianya dikuasai oleh kesultanan arab ini,hasilnya patah balik dkt diorang.and since diorang hold kuota haji,bantuan kepada negara2 islam lain(part ni agak rare tapi sapa yg baik ngn diorang akan dapat) mmglah diorang akan make sure tanah haram ini hak milik diorang selagi masa tak habis.
Najib nak bersuara?bini pun xpakai tudung,dia nak bersuara apa?mati idup balik pun xkan bersuara.
jawapannya mudah saja. sebab mereka fikir mereka keturunan Nabi Muhammad. so mereka ada right untuk menjaga tempat ni.kot.
DeleteMereka bkn keturunan Nabi ok, tp mereka keturunan Saud yg membunuh ramai umat Islam ketika cuba mengusai Makah dan Madina bersama golongan Kapir. Mereka ni Wahabi yg amat kurang ajar keatas tinggalan warisan Nabi. Cuba Google siapa prince of arabia..
DeleteSetuju... Ini la yg jadi jka diberi kuasa berlebihan, tak kira kt mana2, sesiapa sahaja, kalau ade kuasa, segala nye ditangan kite... Perjuangan dulu dilupakan, kesenangan sekarang diperjuangkan, dipertahankan... Hak dipertahankan, tapi disalah ertikan... Tak kira ape pon, pemimpin negara, pemimpin agama, pemimpin bangsa, semua hanya semasa perjuangan dibina... Akhirnya, menjadi hak diri sendiri, keluarga dan sahabat handai... Rakyat, pengikut, penyokong...? hanya askar setia dan perlu sentiasa setia, terima atau tidak, mereka takkan berganjak dari tempat mereka sampai bile2... hmm...
DeleteSenang cerita la.. Sila cari DVD Lawrence Of Arabia. Kabilah keluarga Saud berpakat dengan ejen British/Zionis iaitu T.E Lawrence.
Deleteadooii bagi pandangan pakai akal sikit la bro...kalau kedua2 kota mekah ni dilepaskan dari kuasa mereka, apa akan jadi? pasti berebut2 negara2 islam nak tentukan kuasa masing2, lagipun dah Allah beri hak kepada mereka, merekalah yang berhak tak perlu kita pertikaikan. kalau ikhlas boleh simpan duit sikit2, kalau sampai tak berkemampuan boleh simpan niat saja. Allah pun tak paksa, kan dah kata haanya untuk yang mampu. nanti kacau bilau kalau kita nak paksa arab saudi lepaskan hak diaorang, macam kita la nak ke suruh lepas pegangan tanah yang kita milik?
Deletebtul larh tue. . sy pn stuju sgt. . kolot sgt pmikiran dunia skrg. . mjur larh Allah S.W.T bg ptunjuk kn????
Deleteini jak yg sy smpt tulis... owkey bye u all.....
setuju sangat. Mekah dan Madinah dijadikan tempat pelancongan instead of tempat beribadat. Kerajaan Saudi nampak Mekah dan Madinah sebagai satu lubuk duit ditambah pula dengan fahaman wahabi mereka yang mempunyai pemikiran lebih kolot dan sempit dari Ustaz Azhar Idrus.
ReplyDeleteustazah masyitah kau jugak x sempit pemikiran..suka sgt same die..ape yang x berapa nak halal akan jugak dcari jalan utk dhalalkan..
Deleteapa kena mengena ustazah ma-shit-tah pulak ni, takde disebut dalam artikel
Deletestravi14's sarcasm detection level = -9000
stravi14's melei-ness level = 99, 999, 999
sy nda fhm larh....
Delete1st
ReplyDeletebro. first time komen, dan wa salute pendapat lu!.
ReplyDeletemohon share ye. bhahahahaha.
alhamdulillah, obe dah peluk islam. dan point2 dia sgt bernas. dua kota suci tu xsepatutnya dikawal oleh certain sect saja, in this case puak wahabi. marilah kita sama2 like page rakyat malaysia sokong autonomikan mekah dan madinah.
ReplyDeletepost gambar berahi kat blog ni serupa tu jugak. pastu cerita pasal islam. sekular obe sekor nih
Deleteseimbang bhai~ berahi berahi juga~ islam tidak dilupa~ :D
Deletesy skong sgt....
DeleteSume pemimpin negara Islam except Turki dan beberapa negara Islam lain sume penjilat punkoq si diktator Saud tu. Sume takut nak bersuara. Sume xnak amik pot.
ReplyDeletePatutlah isu palestin x selesai..negara Arab masih jual minyak kat Israel. Pemimpin Islam ni ramai yang lembik cam kote rosmah.
http://aminullah-aron.blogspot.com/2012/07/181-respect-your-mum.html
ReplyDeletetgk video ni, boleh menitiskan airmata sesiapa yang menghayati video ni
kronisme to the max.
ReplyDeletememang dari dulu lagi kerajaan saudi bekerjasama dgn Bin Laden dengan semangat kronisme tanpa sembunyi... cakap la dari apa jenis projek mega pun, mesti ada bin laden kat situ.
point aku seterusnya, aku rasa memang saudi nak hapuskan unsur-unsur ottoman habis-habisan...sejak semenanjung arab ditanam sifat nasionalisme oleh orang putih, ottoman dipandang sebagai penjajah tanah orang arab.. aku tak terkejut kalau sentimen membenci orang turki tu masih wujud.
cadangan untuk jadikan makkah sebagai negara terasing tu aku ragu sikit. tgk dgn apa yang jadi dengan vatican baru-baru ni, dengan skandal bank vatican lagi... apa-apa pun, mungkin aku tak patut generalise, sebab orang islam dan orang kristian tak sama.
pembangunan mega oleh saudi ni agak membahayakan urusan haji dan umrah tu sendiri... kita dari malaysia memang selesa bila buat haji dan umrah, dapat la jugak duduk hotel, makan minum dan tak payah risau. semua dah all in. cuba pikir jemaah haji dari negara miskin macam pakistan afghanistan palestin...
ada yang datang dengan jalan darat, pastu duduk dalam khemah je, bila nak bermalam di Mina, angkat khemah pegi Mina.. kalau yang ada duit lebih sikit, dapat la duduk hostel murah kat makkah tu..itu pun pernah ada kes hostel macam ni runtuh
bila pemewahan makkah berlaku, orang-orang miskin macam diaorang ni tak mampu la nak datang haji atau umrah..
why delete your comment? you have some good points there.
ReplyDeleteKeluarga Al Saud dah jadi kapitalis seperti kawan2 uncle Sam mereka. Itulah dia Islamik sangat, tapi sebernarnya mencium punggung USA. Don't get me wrong, I still love Obama.
ReplyDeleteantara post paling berkualiti dari obe!
ReplyDeletekalau korang layan LOTR return of the king, isu Al Saud Clan lebih kurang cerita tu lah.
Denethor I hanyalah penjaga Minas Tirith dan bukan King of Gondor.
King Abdullah hanyalah penjaga 2 Masjid Utama dan bukan Raja Arab Saudi.
Arab Saudi pun ambil dari nama mereka, Saud. sepatutnya Hijaz.
ini yg terjadi bila muslim tinggalkan kerja yg dibuat oleh nabi dan diikuti oleh sahabat dan tabiin.. ade banyak hadis tentang kesan meninggalkan kerja sebnar org islam..
ReplyDeleteak sgt suka quote oleh seorang ulamak: kematian merupakan permulaan sebuah kehidupan yg sebenar.
lg satu quote: bila mati zahirnya mata tertutup tp hakikat sebenar bila mati barulah terbuka semuanya dihadapan mata
Aku nak tulis panjang pun...semua benda kau dah tulis. Pendeknya aku setuju semua lah. Makkah Madinah bukan milik Saud Arabiyyun secara mutlak. Mereka sekadar pemerintah negara yg ada tempat suci itu... Pengurusan Makkah Madinah sepatutnya diuruskan ummat Islam sedunia. Benda yg dibuat sekarang ni macam nak nafikan pulak bahawa kawasan suci itu pernah diurus oleh kerajaan yg bukan berlatarkan Arab pulak.
ReplyDeleteTeringin nak tengok imam bukan Arab,imamkan solat.(Pernah la sekali imam kulit hitam hari tu)Muazzin bukan Arab...and so on. Bukan takat cuci masjid aje...ye la..yela....mulia kerja tu, Masjidil Haram. Tapi setakat tu aje yg diberi pada Muslim bukan Arab. Apa ingat ni tempat Arab ka? Tempat Muslim sedunia ya sheikh.
Pendeknya, harapan terakhir kita ialah pada Hj Najib sahaja. Dah, kepimpinan Dato Seri amat dikagumi semua pemimpin dunia.. ayoh Dato. Suarakan dalam perhimpunan OIC akan datang.
ps: Faizal Tehrani pun tulis cerpen dulu, ada lebih kurang cerita kau la...pembangunan Makkah, pencemaran semua tu la...
PM pasti tersepit.. jika disuarakan, Kerajaan Arab Saudi akan mengugut tidak akan memberi/menguramgkan kuota Hajj kepada Malaysia...
ReplyDeletepm suarakan pastu kene kurang kuota haji, maka pas bising la pm ni pengkhianat bangsa dan agama lol
Deletesanggup gadaikan Islam demi duit
ReplyDeleteHal Makkah dn Madinah, serahkn pd Allah S.W.T yg tntukn... kite nk wat cmne, tu tmpat die, bani Saud yg pny... x usah nk pikirkn pase sume tu, krn yg pasti, mereka yg dijemput oleh ALLAH S.W.T ttap akn smpe x kire cmne level idup diorg, brape kuota stiap negara dpt... biarkn ape nk blaku di sane, krn yg memelihara Kaabah ttap ALLAH S.W.T... yg pnting, niat nk ke sane, tok beribadat kpd ALLAH S.W.T... tggi mne, canggih mane, xde kaitan dgn ibadah kite...
ReplyDeleteTak boleh la macam tu. Tak patut la "biarkn ape nk blaku di sane, krn yg memelihara Kaabah ttap ALLAH S.W.T." semata-mata. Memang kita tak der kuasa pun. Tapi dah tempat ibadah kita....mesti kita ada persepsi tertentu pada tempat ini...setuju ke, tak setuju ke...tu la ide si Obe menulis entry ni. Bincang2 kecik macam ni la, yg mungkin akan merubah masa depan management Makkah Madinah..tak kira la 120 tahun akan datang ke, bila ke..(kalau tak kiamat)
DeleteAllah menentu - manusia merancang dan melaksanakan..
DeleteKalau rancangan dan pelaksanaan tak diberkati maka tak jadi la..
so setuju dgn guguga sbb tak boleh nak ckp biarkan dan tak boleh jugak nak buat byk mana pun..
kami mahukan gagasan 1 Mekah 1 Madinah dilaksanakan sebelum PRU-13!
ReplyDeletePertama, aku rasa kalau ko nak bandingkan Mekah akan datang dengan Mekah waktu mak ayah ko ke Mekah memang tak menarik. Kenapa ko tak bandingkan pulak dengan Mekah zaman moyang ko dengan Mekah zaman sekarang? Pembangunan sentiasa berlaku. Aku tak rasa nikmat beribadah moyang ko dan mak ayah ko bergantung kepada pembangunan disekeliling Kaabah.
ReplyDeleteKos pembangunan tak makan pun duit cukai rakyat muslim Malaysia. Kapital datang dari kerajaan Saud sendiri, jadi hak mereka untuk tentukan pembangunan di Mekah. Sekalipun orang Islam lain nak komplain, apa mereka sanggup bayar sedikit untuk pembangunan di Mekah? Aku rasa seorang pun tak nak bayar.
Apa bukti ko yang Saudi akan hapuskan makam2 termasuk makam nabi?
Kos haji semakin mahal tu andaian yang aku fikir ko langsung takde bukti kukuh. Soalan yang ko patut tanya adalah adakah kos purata haji makin mahal. Memandangkan ni bukan kali pertama ada pembinaan infrastruktur di Mekah, boleh la cari statistik sama ada pembangunan Mekah sebelum2 ni menyusahkan lagi bakal2 haji ke tak. Setahu aku pelaburan2 sebelum meningkatkan lagi bilangan bakal haji. Jadi makin ramai yang mampu menunaikan haji.
Satu-satunya yang aku rasa Saudi tak ambil berat adalah sensitiviti umat Islam kepada produk2 Israel, Starbucks umpamanya. Tapi bagus jugak, mencerminkan Saudi ni bukan anti-Israel. Jadi satu anjakan paradikma bagi pihak Saudi mengalukan kemasukan syarikat sebegini sebagai tanda umat Islam kena jauhkan diri dari fikiran2 integralis islam yang lebih cenderung untuk mengikut langkah2 Soviet yang telah terbukti gagal.
bagi aku, terlalu banyak pembangunan dan pemodenan dengan pelbagai makanan segera/franchise yang dibuka sedikit sebanyak merosakkan tumpuan ibadah haji/umrah itu sendiri. apa taknya, silap2 masa tgh beribadat teringat-ingat lapar nak makan di mcdonald mekah, mesti lain dari mcdonald malaysia rasanya.
Deleteaku setuju dengan Razak Muda
DeleteEddy Ann, kalau masih nak teringat makanan time beribadat, tak payah tunggu mcdonalds. laksam kat rumah pun kau boleh teringat time tengah sembahyang kat mekah kalau kau tak focus beribadat.
Kos menjalankan haji jadi mahal tu angkara ejen umrah/haji kat malaysia aku rasa. Kalau kau tahu buat semua sendiri, cari tiket flight sendiri, cari hotel sendiri, buat haji/umrah sendiri, kos dia jauh sangat murah dari guna ejen2 segala ni. Tapi yelah, kalau kau tau buat semua sendiri.. Nak mengerjakan ibadat tu, free je sebenarnya. Yg mahal tu proses nak pergi ke sana.
Deletes a L o m a - cuba try terbang ke negara lain then walk in.. rasa nya ko pun akan tahu sebenarnya murah atau tak.. mmg boleh dan mmg tak dihalang, cuma unsur keselamatan tu yg dititikberatkan..
Delete@razak muda
Deletebile ko mintak bukti Saudi akn hapuskan maqam2 sahabt,nmpk sangat ko sebenanye tak tahu ape2 pasal saudi dan wahabi,hehe...berkemungkinan besar ko juga tak pernah sampai lagi ke Mekah n Madinah,dan tak tengok sendiri camne maqam2 sahabt dan ahlil bait di'sama ratakan'..
last year aku pergi,hotel2 murah dah bnyak diruntuhkan untuk bina hotel2 mahal,so kalo da hotel mahal knpem la kos naek..
bro,ko banyakkan la membaca n research skit,jgn kejer nak hentam orang jer,ko komen pnjang2 bajet cam betol lak,padahl apa pun tak tahu..
Memang betul aku belum sampai ke Mekah atau Madinah dan memang aku tak tahu pun tentang penghapusan tempat2 bersejarah di persekitaran kedua-dua bandar. Setakat ni aku belum ada pendapat sama tentang isu ni sebab selalunya masing2 hanya bergantung kepada aliran Islam yang dipegang. Jadi dah ada unsur berat sebelah.
DeleteTapi kalau Saudi niat untuk hapuskan benda2 syirik tu aku sokong sangat la kan.
Mengenai anekdot peribadi ko hotel2 murah dah banyak diruntuhkan dan digantikan dengan hotel2 mahal. Aku tak pasti betul ke tak. Kalau pun betul, aku rasa hotel2 baru tu lebih selesa untuk bakal2 haji atau umrah. Dan aku rasa tu lagi baik dari orang2 yang datang macam gelandangan di tepi jalan.
This comment has been removed by the author.
DeleteErm, ko kata benda2 syirik. So ak dpt agak ygt ko ni pon Pro Wahabi gak.. Gelandangan? Mereka ni datang sebagai tetamu Allah tp ko cop camtu, mmg ko ni x reti respect org kerjakn haji kerana Allah..
Deletewahabi punya kerja
ReplyDeleterumah nabi pun dia nak buat jadi toilet
aku rase king tu pun dah jadi kaki illuminati...well you never know
yup.org2 atasan sana suma dah bersekongkol dgn geng2 illuminati. raja faisal, sendiri pun ngaku dia brasal dr golongan yahudi. pemodenan kawasan sekitar makkah ngn madinah ngan restaurant2 israel berkemungkinan besar ada kaitan ngan rothschild,.satu arab saudi ni geng2 rothschild dah pegang.tak hairan lagi la bila ada benda2 pelik cmni geng2 raja ni buat
DeleteSebenarnya mereka bimbangkan kepada puak2 yang memuja benda lain selain Allah. Contohnya jemaah dari India yang memegang kain kaabah dengan alasan dapat memberi berkat pada ibadat haji mereka walhal benda ini tiada dlm rukun haji. Itu baru kain kaabah, cuba bayangkan apa mereka akan lakukan pada makam Rasulullah. Di Malaysia pun ramai yang memuja makam tok syeikh.
ReplyDeleteNamum begitu adalah menjadi tanggungjawab keluarga Saud untuk memelihara bangunan sejarah Islam bukan memusnahkan.
ini jaln mudah dan amik kesempatan atas kepesatan ekonomi arab dan penaburan pelaburan dari dunia luar.mekah mgkin 'penarik' bg ekosistem pelancongan bukan ibadah semata2...hmmmmmm
ReplyDeletecuma teringat Surah al-fiil~
ReplyDeletesehebat mana Tentera Gajah Kerajaan Kafir nak runtuhkan Kaabah, Tuan Punya sekadar perlu hantar burung-burung berterbangan..
berdoalah untuk dikeluarkan dari golongan yang berbuat zalim. hal-hal lain sudah dalam percaturan Allah jua.
nak runtuhkan kaabah ke skrg ni masalahnya? aku rasa tak.
DeleteHenpoa,apa masalah ko ni?
Deletebukan nak jadi pak turut atau a face in the crowd.. tapi apa yang kau tulis tu dah memang-memang point yang baik. tentu2 aku setuju. thanks for posting such writing. may it enlighten the hearts and minds of many.
ReplyDeleteentri terbaik setakat yang aku baca di sini. aku doakan kau obe, keluarga kau, kawan2 dan yang berkenaan dilimpahi rahmatNya yang berpanjangan.
Faisal Tehrani dah lama cerita benda ni
ReplyDeletesetabak pun ada kat mekah jugak? kami perlukan najib sekarang... tapi rasanya obe juga kena jelaskan lawak twitter yg dia buat tempoh hari pasal kaabah bertukar jadi iphone. adakah mmg niatnya melawakkan agama ataupun ada maksud tersirat lain itu yang dia kena jelaskan. kalau tidak tak guna cerita panjang nak buat pembelaan pada bandar mekah dan madinah tp dalam masa yg sama diri sendiri tak menghormati agama Islam itu sendiri.
ReplyDeleteblog oh...
masyaAllah...mohon obe segera bertaubat sebelum bertukar menjadi kuda belang.
Deleteaduih, najib ko mintak tolong obe!! hudud pun tolak jelas2 dah lari dari akidah pn aduhainya bun.. Ya Allah ko berikan lah pemimpin2 kami petunjuk untuk memimpin negara mengikut syariah islam..
ReplyDeletegilo nak suh najib lawan...nak bubar parlimen pon x brani buat lg...
ReplyDeleteooo ini lah cara halus kafir nak hancurkan 'hati & iman' umat islam.
ReplyDeletekpd komentar yg dok kata najib tak bleh handle mende ni, apa kata kita semua handle mende ni. tubuh satu kelab ke badan ke kumpulan online ker yg dpt menyuara dan menghebohkan isu dan masalah ini ke pringkat global.
Obe ingin menjadi hero menyelematkan mekah dan madina pada masa yg sama mempersendakan kaabah bertukar menjadi iphone...konon troll la sgt...padahal munafik dah ko tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetempat ni sesuai dijadikan Pusat Ibadah Sekular.... baru tak gaduh2..
ReplyDelete#TajukMastika - akibat persendakan kaabah dan meragui keimanan sendiri badan blogger berubah warna hiam putih seakan tapir
ReplyDeleteKalu Najib berani buat then aku janji akan pangkah dia masa pilihanraya nanti. hmmmmmm
ReplyDeletediorang mula buat menara jam konek besar melebihi tinggi menara masjid itu sahaja dah mendatangkan persoalan bagi aku.
ReplyDeletemenara tu angkara orang Malaysia juga. tahniah orang malaysia yang tolong designkan distraction ini. http://www.theborneopost.com/2011/10/18/rais-eager-to-meet-malaysian-engineer-who-helped-design-mecca-clock-tower/
Deletepd menara jam tu ade nama Allah, jgnlah rujuk menara jam tu dgn perkataan k***k tu kalau ye pon tak setuju ye..
Delete*tersentak membacenye
astaghfirullahal'azim
aaa tau takpe entah...cakap ssedap je...
DeleteBagi aku takde masalah nak robohkan sebahagian struktur Masjid. Untuk kemudahan orang islam juga nanti.... Diorang roboh dan membesarkan struktur masjid.... Tak ada benda yang kekal dalam dunia ni...
ReplyDeleteDiorang penjaga Masjid dan mereka ada hak untuk buat improvement.... Aku rasa mereka lebih tahu apa yang akan menimpa mereka kalau mereka tak menjaga amanah tersebut...
Every thing ada reason... find it before criticizing...
siapa yang lantik diaorang jadi penjaga dua masjid suci tu?
Deletedan tiada siapa melantik sesiapa. jika kau nak wujudkan kesatuan negara2 islam agar bergilir2 menjadi penjaga, siapa pula melantik kau untuk menyuarakan pendapat itu? see my point?
DeleteSbnrnye pembinaan semula Mekah & Madinah ade pro&con de. bukan semua buruk, bukan semua baik.
ReplyDeletetapi kalo mcm artikel ckp, nk kerajaan arab saudi lpaskn pengurusan & pemilikan masjid2 tu, percayelah, akan jadi lagi teruk. semua akan berebut utk jadikan masjid mcm ni mcm itu, blom lg pertindihan pendapat, perbezaan pengurusan & sumber pendapatan utk maintain masjid trsebut. mmg masjid milik kite semua,tanah sume milik Allah, tp di dlm negara mereka. kite suke ke kalo laman rumah kite kne jd hak awam, tak kan.. pengurusan utk masjid tu penting. pembinaan semula n pemodenan mekah & madinah adalah utk menampung pertambahan jemaah kemudian hari. ms kak shams p umrah pon, jumlahnye sgt2 ramai, mcm musim haji, apetah lg kalo btol2 musim haji. mungkin kite perlu brsusah dlu, quota dikurangkn utk beri peluang pembangunan mekah siap sepenuhnye. bile sume dh besar, maka dpt tampung lebih ramai umat islam, n kemudahan lg byk. ms k.shams pegi pon, kemudahan cukup senang, cukup selesa. tandas, tmpt wudhu', tmpt barangan, tempat solat. dlu saie 1 aras je skrg dh brtingkat2. dlu jamrah 3tgkt je skrg dh 5tgkt. tren mekah-madinah-jeddah-arafah sume dlm pembinaan utk kemudahan semua jemaah kelak. ape yg author artikel nmpk mostly kesan jangka pendek. n spt yg mutawwif kak shams bgtau, perselisihan pndapat ttg pembinaan masjidil haram bukan pd pembinaan semula, tp pd struktur asal masjidil haram. pihak kerajaan nk naik taraf tp sbb itu pmbinaan asal, maka ade yg menentang. n mereka MASIH BERMUSYAWARAH mengenai hal ni. hanye org yg berade di mekah tau isu sebenar. blom tntu jadi atau tak. kalo jadi, visa umrah akan digantung selama 6bln utk seluruh dunia bg memberi laluan kpd pembinaan ni tp kalo tak jadi, visa msh diteruskn. pemodenan mekah n madinah mmg sedikit sbyk dibolot oleh pihak kaya raya. salah mereka kalo tujuannye tidak diredhai Allah sbb tanggungjwb mereka utk jaga masjid2 trsebut. utk masjid nabawi, takde isu tuka kubah n sbgnye. semuanye hanyalah pemodenan sekitar masjid. mereka nk jadikan bndar yg lebih terancang. Ms k.shams kt madinah, sekitar masjid dh jd bandar baru yg trancang, tak mcm dlu. ALhamdulillah, kemudahannye sgt2 selesa. blok2 hotel & kedai memudahkn pengunjung. ibadat msh mnjadi tujuan utama. bile perjalanan ke masjid jd lebih selesa n mudah, kaki terase sng nk melangkah ke sane. masjidil haram msh dlm pmbinaan bndar terancang. tak dinafikn mmg byk hotel mewah skitar masjidil haram yg mane tak mungkin pakej2 umrah biase dpt duduk situ kan... itu mmg salah jugak sbnrnye..bg k.shams, asalkn pendapatan dr hotel2 ni digunakan utk bina kemudahan2 yg akan mudahkan sume umat Islam, rsnye itu sudah cukup baik. pmbinaan perlukan byk duit. tgk sj besar mane Mina dgn byknye khemah2 yg perlu dimaintainkn n diberi keselesaan..pastinye menelan byk belanje. pasal jam besar tu plak, semase kak shams kt sane, jam tu tak distract kami yg tgh beribadah, malahan menambahkn lg kekaguman kami kpd kuasa Allah yg memberi ilmu kpd manusia utk membina bangunan se'gah' itu. jam tu jgk buat kami jd lg punctual n lebih memudahkn pengurusan mase, trutamanye bg mereka yg jauh dr masjidil haram. sbb setiap kali azan, jam trsebut akan kuar lmpu, brkelip. Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.. ini cume pandangan kakshams yg pernah berade disane n lihat dgn mate sndiri n rase sndiri ape yg brlaku. Wallahua'lam =) gile pnjg.. haha
K.Shams tu benda apa?
DeleteBoleh simpan dalam beg tak? Warna apa? Kalau simpan dalam peti ais, sejuk tak?
ko wat esei ke ni.
Deleteada salinan x. lau obe delete camne perasaan ko.
aku pesan je
kak shams, tekan butang enter kak shams...tekan selepas setiap point.
Deletecamni ha...
kan elok.
hihihi.. td ade org share artikel ni kt facebook, so k.shams (sy bahasakan diri saya la) copy paste blk kt sini sbb de suh point out kn my opinion. so main kopi pes jelah. admin nk delete pon delete lah, tak kesah pon. just bg my opinion jer spy semua lbih jelas.
Deleteklau dia nk wat projek ni guna duit sedekah orang ramai nnt ada yg komplain kata projek ni x cukup duit, bakal terbengkalai...
ReplyDeletemcm satu projek kt malaysia tu... projek ape ek? haha...:P
for me,apa2 benda pun must be ada pro n contranya,cuma aku duk temenung jap tgok pic Starbuck tu...FYI Starbuck adalah penerima anugerah kecemerlangan dari pihak Israel diatas sokongan kewangan yg dihulurkan oleh cafe yg bersepah dimana2 ini.....adakah kita semakin cetek ilmu this end of the days? entah la....yang lain aku still agree....cuma pic tu je yg ganggu palaotak aku huhuhu
ReplyDeleteshare to visit my blog : mizi-akumizi.blogspot.com
masa hampir tiba, Abdullah sudah berumur 88 tahun dengan status kesihatan yang tidak menentu. selepas kematian Abdullah maka akan muncullah pemimpin Islam yang ditunggu-tunggu yang bakal menggantikannya. InsyaAllah.
ReplyDeletejudgmentalnya komentar..
ReplyDeleteAku cuma fikir ringkas je:
ReplyDelete- kalau pembangunan dibuat memudahkan jemaah menunaikan haji dan umrah: TAK SALAH
- kalau pembangunan dibuat tak meruntuhkan struktur utama spt makam2 dll: TAK SALAH
- Salah satu rukun Islam: Menunaikan Haji bagi yang MAMPU, kalau dah mahal tapi tak mampu nak buat mcm mana. tapi bukanlah mengalah tanpa mencuba (menabung) utk pergi haji
- Iman atau khusyu' ibadat bukan sbb benda lain, datang dari hati dan akal kita
- Cuba time korg pegi nanti, korg sure akan jejalan tgk struktur yg baru tu bila ada masa lapang!
just sayin'
"Salah satu rukun Islam: Menunaikan Haji bagi yang MAMPU, kalau dah mahal tapi tak mampu nak buat mcm mana. tapi bukanlah mengalah tanpa mencuba (menabung) utk pergi haji "
Deleteagree dengan yang ni~ kalau dah tak mampu, kan terlepas kewajipan tu~
betul.. sejauh mana releventnya membina hotel yang bertaraf 6 bintang di Makkah.. ini mewujudkan jurang antara yang kaya dan miskin..yang tak mampu terpaksa berjalan jauh untuk ke kaabah. yang kaya bersenang lenang
ReplyDeleteBerkenaan isu ni, aku rs trpggil utk komen. Ade pro dan kontra dgn pembangunan kt mekah dan madinah sana.
ReplyDeleteSblm Ramadan taun lps,ak ngn rombongan uni aku adakan progrm ke sana n alhamdulillah kami berpeluang pergi ke jbtn2 yg trlibat di dlm pmbesaran kota mekah dan projek menara jam tu. Kami juga berpeluang tgk sendiri bgunan2 kecik (aku xtau nk ckp ape bende tu) perancngan dorg trhadap kota mekah trsebut. Berkenaan dengan kota madinah ak krg arif sbb kami xberkesempatan dgn taklimatnya.
Aku sendiri pernah tunai umrah tahun 2009 dan pergi thn lepas buatkan aku nmpk perubahan yg jd kt situ. Benarlah ape yg disebut penulis jika dibanding dgn taun 2003.
Sebenarnya pembangunan trsbut perlu bg tampung jemaah yg berkunjung ke sana bagi tunaikan ibadat umrah dan lebih2 lagi umrah. Pembgnn tu juga perlu sbb kbykn bgunn yg ada dh terlalu usang dan xbrape slmt diduduki, bg pndpt aku. Tp, bknaan komersil terlampau tu xpatut diteruskn. Sbb dia lari dgn niat tujuan asl ibdt ke sana. Kesusahn dn keperitan ibdt kt sanalah yg jd kemanisan nya. Wlau mcmana pn, ini hanyalah pndangn rkyat marhan spt shj.
berkenaan starbucks, hotel hilton raffles dsb nya tu sbnrnya ada kisah disebaliknya. Kami brksempatn dgr tklimat berkenaan projek pembesaran mekah ini. Pegwai tersebut merupan dari malaysia dan merupakan antara kompeni yg berkaitan dgn projek KLCC. Sbnrny kerajaan Arb Saudi bg kpd kompeni msia utk cari pelbur2 yg nak memulakan perniagaan kt sana. Even dorg sendiri turun malaysia bg taklimat dn penerangan peluang pelaburan di sana. Tp xde SATU pn yg nk melabur di sana. Dorg sendiri luahkn sesal tu pd kami. Sbb ape? Alasn dorg tkut klu melabur dgn duit "kotor" dorg tu nnt tgn jd buruk dan musibah2 lain. Sbb tu lah byk syarkt kafir yg melbur di sana. Memang bumi haram xleh masuk org kafir, jd dorg lntiklah org islam kje dgn dorg di sana di bawah nama kompeni mereka.
p.s: aku xrasa najib akn suarakan sbb dia lah akn guna perkhidmatan butler tu.. Sepadan dengan kemampuan dia. Buat ape dia nk susah2 sdgkn skrg dh senang?
byk typo sbb taip pki hp.
satu pendapat yg bernas dari obe... aku tak kisah pendapat org lain tapi kali ni aku setuju dgn obe
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteIf you haven't read "Confessions of An Economic Hitman", I suggest you buy one read it ASAP. A lot of issues regarding world politics from the 60's to now being explained in this book. Recomended!
Plus, one chapter linking the Saudi government with uncle sam. :). You'll know why the claimed that they are "Guardians of the Two Holy Mosque". They claimed their rule over Hijaz and Hajj. But....., they never attempted to establish the Khalifah. Why? :)
agree. confessions of an economic hitman. MUST READ! it would all be clear.. most probably obe dh read but goes out to others as well..
Deletetabik obe boleh post bende2 cni.
ReplyDeleteterpanggil utk memberikan sedikit pandangan. Pembangunan memang ada pro dan cons nya. pendangan aku berdasarkan pengalaman berada di saudi arabia selama 1.5 tahun, alhamdulillah, aku di beri kesempatan utk menjadi tetamu Allah.
ReplyDeletePro
1. Pembesaran masjidil haram memberi lebih keselesaan kepada jemaah haji dan umrah utk membuat ibadat
2. Keadaan sekarang lebih selamat dan hotel lebih selesa di bina- bermakna lebih selesa membuat ibadat.
Cons
1. Kos mengerjakan haji dan umrah meningkat - some says okay sebab dia cakap haji hanya wajib utk org yg mampu. Yang tak mampu tak wajib, tapi jika kos meningkat setiap tahun, kadar kemampuan makin berkurang, jadi .. adakah menyediakan peluang utk beribadat, atau mewujudkan satu keadaan ibadat itu sungguh mahal hingga tidak mampu?
2. Pembangunan bertumpu kepada hotel2 mewah yang memang tuan punyanya adalah kafir. Hilton bersambung dengan masjidil haram, raffles (bersambung dengan masjidil haram), movenpick (bersambung dengan masjidil haram), dan hotel2 mewah ini hanya mampu disewa oleh org2 kaya. (sekali lagi aku tegaskan, kita sepatutnya mewujudkan peluang utk membuat ibadat kepada semua, bukan segelintir org shj). Hotel-hotel murah, semuanya jauh-jauh.
3. Di Mina, org yang bayar lebih duduk dekaaaatt sgt dengan kawasan melontar. Kalau bayar kurang, ada khemah yang duduk luar mina (diorg kena masuk dlm mina setiap malam dan balik keesokkan paginya)
4. Padang arafah, toilet bagi org yang bayar murah .. astaghfirullahalazim.. seksa. yang bayar mahal, khemah aircond, toilet cantik. yg bayar murah atau yg tak bayar, duduk tepi jalan/khemah tak bagus.
Sebenarnya, banyak benda yang aku blh listkan tentang pengalaman aku mengerjakan haji dan umrah ni.. tapi banyak benda yang kerajaan Saudi blh buat selain dari jaga org kaya sahaja ..
bagi aku senang xperlula nk ubah apa2 kepada masjid 2 dan kubur para sahabat....kalau setakat nk bangunkan tempat menginap okla..tp yela dimanakah kesatuan jika ibadah haji pun sudah dibezakan dengan darjat dan kekayaan sedangkan ihram putih belaka..jadi xheranla org ISLAM diserata dunia sekarang SO PATHETIC!!!org islam kena bunuh org islam lain duk jerit GOL[contoh saja]..org ada duit duk hotel mewah org x berapa nk ada duit...duduk hotel murah...apa yg penting...jgn terlalu mengejar kemajuan sampai hilang bnda yg sepatutnya dikekalkan...lagipun dimana bida'ahnya makam dan nama para sahabat di situ..xde apa pun...kalau ada org mintak no ekor mcm beberapa org MELEIS kt malaysia ni lainla...fahaman wahabi ni agak bahaya jgk...rumah NABI kita pon dh xde[betolkan kalau salah] dek kemajuan....OIC nmpknya seperti namanya juga OH I SEE...APA PUN X BOLEH!!!! huh!!
ReplyDeleteSaya sbg warga Taman Ehsan, Kepong dan pelajar Sejarah dan Tamadun yuyayiea mmg respek obe wat post nih! Sgt terbaek. Tak ramai Muslims aware pasal isu nih. In fact majority kot Muslims mmg tak tahu menahu pasal bnda nih. Of kos ader pros n cons nk pasal development for both holy cities but the Saud WAJIB preserve historical sites kat sni. Dh byk tmpt bersejarah kat Makkah n Madinah si keluarga Saud dah musnahkan such as rumah nabi and rumah Khadijah. Istanbul, Rome, Paris, London, Florence berjuta gak org dtg melawat tp dorg stil preserve heritages in these cities. Makkah is the birth of Islam kot! Dah byk je Muslim historians utarakan isu ni but in a world of capitalist sapela mereka ni nk dgr keluhan mereka. Huhu.
ReplyDeleteIsu ni pon siap ader wiki page dier sendiri. Bole bukak sini http://en.wikipedia.org/wiki/Destruction_of_early_Islamic_heritage_sites
Kat website omputeh pon ader artikel pasal development for both cities. siap tajuk dier ckp both cities r turning into vegas. huhu http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/mecca-for-the-rich-islams-holiest-site-turning-into-vegas-2360114.html
kalau da wahabi yg pegang madinah..nk buat mcm mana?? salahkn mereka la..zaman turki uthmaniah sume elok2 belaka..4 mazhab masyhur diraikan..sekarang zaman wahabi berkuasa di mekah..mereka menolak mazhab yg 4..maka, inilah yg meraka bawa..sila la sokong wahabi lg dn lihatla kerosakan yg lagi teruk yg bakal dilakukan oleh mereka..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletex perlu jd kn vatican city sbg rujukan.. kite ade quran n sunnah..lengkap..
ReplyDeleteMasalahnya obe, seperti yang ko nyatakan di atas tentang pembinaan mega di Mekah, sekarang ni ko p mekah nak p buat ibadah ka ko nak lihat tempat yang bersejarah? bukankah bila ko buat ibadah ko nak bulat hati pada Allah? Setakat pegi ke kuburan lalu bertawassul dengan kubur, tempat yang dilazimi Nabi dsbnya nak buat apa... Apa bezanya kaum2 Yahudi yang bertawassul dengan Nabi mereka Uzair? Apa bezanya Kristian yang bertawassul dengan Nabi Isa dan juga orang2 soleh di kalangan mereka? (ali-Imran: 80) Apa bezanya dengan orang Musyirikin Mekah yang bertawassul dengan orang Soleh mereka yang diceritakan dalam al-Quran, iaitu al-Lata dan sebuah pokok yang dinamakan al-Uzza (al-Zumar:3, Yunus: 18 & al-Najm: 19-20) dan apa bezanya dengan orang Syiah Iran yang menyembah kubur Khomeini, Hussein dan Imam2 mereka yang lain? Mereka semua percaya pada Allah yang menciptakan langit dan bumi, alam dan sekitarnya (Surah Yunus:31)
ReplyDeleteSekiranya tempat sejarah itu lebih penting dari Akidah Islam, maka samalah orang Islam kini dengan Islam Musyrikin Mekah, orang Iran, Kristian, dan Yahudi.... Tiada Tauhid dalam Ibadah... Tujuan utk mentauhidkan Allah dalam Ibadah2 mereka... Kena ingat Allah itu Maha Agung, tiada sekutu bagi Allah dan Allah sesekali tidak memerlukan pendamping dan PA untuk menjalankan tugas Nya.
Sesuailah tempat2 ni ditutup bagi mengelakkan Syirik yang berleluasa berlaku (al-Anfal: 39)
kau wahabi..pengikut ibnu taymiyyah..org kristian tu bukan bertawassul, mereka da sembah nabi isa da..kau je yg bodoh..ziarah kubur pn bida'ah..patut la kubur2 kt malaysia ni jd hutan rimba, xde org nk ziarah..smpi nk lalu pn takut..org wahabi xnk ingat mati punye orang..puak2 wahabi pengikut muhamad bin abdul wahab dn ibnu taymiyyah mmg sesat..klu kau ckp syirik,jgn mintak tlg org klu kau susah ke rumah terbakar ke..xpyh mintak tolong..sbb, klu kau mintak tolong dgn org, kau da mintak tlg selain drpd Allah..si bodoh wahabi..menyesatkan org shj..
DeleteBtk sgt komen, x smpt nk baca semua, aku agak setuju dgn razak muda n leiya...obe oh obe... Buatlah yg terbaik... Slh satu tujuan upgrade utk tmbh pilgrims yg meningkat... Psl hotel tu xde la semua jd mahal plus kita ade gov yg akn bg subsidi...tq
ReplyDeleteBru g umrah last year Alhamdulillah.. Jam tinggi tu x mengganggu pn ibadat sya dan keluarga.. Bahkan dr jauh luar tanah haram kita blh tau kaabah sebelah mne... Jam tu mmbantu as a signage..
ReplyDeleteMengenai makam yg akn dirobohkan pls check the fact,,, mght be will be upgrade...renovate.. Etc,,
ReplyDeletetakder maknanya dorg nk upgrade cik abg ooi. mmg dorg musnahkan cm2 jew. bole tgk kat sni
Deletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Destruction_of_early_Islamic_heritage_sites
n pliss jgn bg komen yg wiki is unreliable. dorg dh cite pn sources yg dorg amik.
To all starbucks Maderfakers, npe ek org muslim mcm kite xde kesedaran disebalik name starbucks n logo dy sndiri?
ReplyDeleteStar = ape yg anda lihat pada bendera Israel?
Bucks = Apakah wang Amerika Syarikat yang anda tahu?
Star + Bucks = Starbucks = "The Israelis helping the Americans generate a lot of bucks"
anda rse conspiracy? Anda muslim sejati yg taat? Judge yourself
why do we need judge a brand by its name again?
Deletetuhan pun tidak judge manusia dari nama
grow up. ko tak suke, nak boikot itu ko punya hal.
nak suruh orang benci? that's stupid and preachy.
setuju sgt dgn entry obe kali ini..
ReplyDelete"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
ReplyDelete“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)
benda ini bukan salah wahabi atau sape.. ramai yg suka melabel2 tanpa tahu apa2. kalau lah dato seri najib yg memerintah Arab saudi pun besar kemungkinan benda ni akan berlaku. tgk saja di mana2. dari negara arab sampai ke timur ada pelbagai mazhab. dan kebanyakan negara punyai pemimpin yg korup. kenapa nak kata ini isu wahabi. alahai. mcm pemimpin lain (malaysia, indonesia, syiria, lubnan, yaman, dll) xkan buat perkara yg sama kalau dah npk duit dpn mata.
ReplyDeletebukan salah wahabi, tapi salah sesiapa sahaja yang secara sedar atau tidak telah menjadi sebahagian daripada fitnah dan tanduk syaitan di Najd (Riyadh), Arab Saudi
Deletesalam. terimakasih kpd penulis blog ini krn membawa isu dunia@isu islam yang amat besar. saya belum ke mekah dan tidak pernah terbayang begitu hebat komersilan yang berlaku disana dan saya amat tertarik dgn sejarah tentang mekah dan madinah yang telah dihighlight oleh saudara.rata-rata isu ini mengenai umat islam sejagat. tahniah kpd saudara krn mmbawa isu yang boleh membawa kebaikan untuk kita khasnya, islam sedunia. TQ ~ sy bersyukur masih ada lagi blogger yang amat bertanggungjawab dalam penulisannya..membawa hal yang boleh membawa kebaikan bersama, insyaAllah ~ semoga Allah permudahkan :) ~keep it up a good work ! cayok :)
ReplyDeletekebenaran sabdaan nabi s.a.w.....salah satu tanda akhir zaman
ReplyDeleteKalau betul2 sayangkan kedua2 kota suci itu, apa yang kita boleh buat,anjurkan Solat Hajat Mega penuhkan satu stadium, Stadium Bkit Jalil ke...Pas tu kita sama-sama panjatkan doa. mohon pada Allah SWT dan ramai2 kita aminkan... contoh terbaik macam Tuan Guru Nik Aziz buat kat Kelantan.. Amacam ada bran..
ReplyDeletesometimes aku rasa orang Saudi ni dah macam bukan Islam pun ada. probably because luxury and kekayaan yg diorang ada, diorang neglect kepentingan islam community and buat macam diorang paling power dalam alam semesta
ReplyDeletetq obe bagi pndpt camne...mcm2 balas pendapat org 2lain ade dlm nie...banyak lak info dapat u direnung2kan dan dicari
ReplyDeletepuji najib lebihhh ja hang.. depa bayaq kott. ada ja hang selit pasai najib. 1obee.heheheeh
ReplyDeletekan islam dah kata mengerjakan haji cuma bagi orang2 yang mampu-kalau dah sampai tak mampu cuma niat sja la. jangan kerana sibuk nak tunai haji walaupun tak mampu, ibadat lain diringan2kan :0
ReplyDeletekalau nak kata orang saudi tak macam islam kat malaysia ni berlambak baik org pas atau umno-perangai dan kehidupan pun dah memang 100 persen tak islam.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletememangggggggggggggggg.....siyez pown..............
ReplyDeletealahai pok cik2 yang memandai2 kata mekah tu umat islam sedunia punya dan umat islam sedunia ada hak nak urus, sape korang nih?? korang pernah ke pergi buka kota mekah tu? korang betul2 amalkan islam sepenuhnya ke atau korang pun lebih kurang macam saud sekeluarga tu? tak pyah la pertikaikan kuasa diaorng, ni orang kata kuman kat seberang laut nampak sangat, gajah depan mata sengaja buat2 tak nampak. kt malaysia ni pun dah banyak yang cuba meragut kesejahteraan rakyat dengan kemasukan pendtang asing beramai2, pastu jahanamkan duit rakyat berbilion2 dengan projek tah apa2!
ReplyDeleteKubah Hijau juga mungkin tak selamat. Pengrobohan Kubah Hijau juga disokong oleh Ulama Muda Umno.
ReplyDeletehttp://www.1aqidah.net/v2/artikel-hukum-kubah-hijau-di-masjid-nabawi/
ko ni obe dah macam yahudi sesat mabuk, suka nak masuk campur hal umat islam sampai ke kota makkah dan madinah tu kenapa? lantak la penjaga mereka nak modenkan ke apa...ko tahu tak yang makkah dan madinah adalah dua kota yang akan dilindungi Allah bila kiamat nak tiba?
ReplyDeletegood shoot. thank's
ReplyDeleteokbye....
ReplyDelete