Wednesday, 4 July 2012

Serius Cool - Masjidil Haram Menjelang 2020 (20 Gambar)


Fasa Satu!

Wajah Masjidil Haram bakal berubah dengan mendadak menjelang tahun 2020. Ketika ini projek pembinaan master plan Masjidil Haram Fasa 1 sedang giat dijalankan. Adakah anda tahu apakah yang bakal dibini pada bangunan yang mengelilingi kiblat umat Islam dunia kelak? Rancangan pembinaan yang dihasilkan oleh firma pembinaan ATKINS ini tertiris ke internet lebih kurang 3 tahun yang lalu. Pihak kerajaan Saudi suka merahsiakan rancangan permodenan Masjidil Haram kerana apa yang mereka rancangkan mendatanagkan kontroversi. Bangunan luaran Masjidil Haram yang ada sekarang akan dimusnahkan. Ianya akan digantikan dengan bangunan berkubah yang dibina daripada konkrit.

Dari tepi kubah ini kelihatan seperti seorang yang sedang sujud. Rekaan kubah gergasi setinggi 80 meter yang terbuka membolehkan makmum melihat Kaabah sungguhpun dari jarak jauh. Rekaan dinding luaran yang ada sekarang dibina ketika kerajaan Ottoman masih memerintah. Tiang yang digunakan untuk membinanya menyukarkan makmum untuk melihat Kaabah dari jarak jauh. Selain itu sebuah pintu gergasi boleh ubah akan menggantikan binaan kerjaan Ottoman ini. Ketika musim haji pintu gergasi akan terbuka sepanjang masa. Ketika musim Umrah pintu boleh ditutup untuk mengawal aliran manusia yang memasuki Masjidil Haram. Apabila siap kelak kapasiti maksimum Masjidil Haram akan meningkat dari 900 000 kepada 2 juta orang.

Fasa pertama ini bakal menelan belanja GBP 13 Billion dan dibiayai keluarga di Raja sepenuhnya dan akan dibina oleh syarikayt Saudi Bin Ladin. Buat masa ini fasa pertama hanya akan menambah satu sahaja bahagian Masjidil Haram. Sekiranya perlu rekaan kubah yang sama boleh digunakan untuk sekeliling perkarangan masjid dan mengjasilkan bulatan gergasi. Jika ini dilakukan Masjidil Haram mampu memuatkan sehingga 5 juta pelawat pada satu-satu masa. WOAHHHH........







Laporan asal New Civil Engineer

20 comments:

  1. SOOOOOOOOOO COOOOOLLLLL...hopefully org islam pn makin ingat tuhan..bukan makin ingat arkitfakture

    ReplyDelete
  2. dah jadi mcm stdium.. jgn sampai sana terkuar dari niat sebenar sudah...

    ReplyDelete
  3. adik beradik ladin ke yg wat. ptt la kayo haha

    ReplyDelete
  4. Fasa pertama ini bakal menelan belanja GBP 13 Billion dan dibiayai keluarga di Raja sepenuhnya
    - pelaburan yg sgt2 menguntungkan .. huhu btuahnya ..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Jauh gila nak pergi Kaabah. Kesian org2 tua

    ReplyDelete
  7. Dah macam Coloseum..My name is Maximus Decimus Meredius!

    ReplyDelete
  8. sempoi jadik bulatan.. tempat sa'ie pon dah takde.. sah ke rukun haji dan umrah? walaweh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sa`ie tetap ada lah. mana boleh tinggal. mcm skg pun sa`ie tu bertingkat². ubah bentuk bangunan tak semestinya membuang rukun.

      Delete
  9. sila "Like" jika anda setuju ini cerita mengarut

    ReplyDelete
  10. xde plak yg sibuk nk post "1st" or kutuk sape yg xpost 1st eh...

    ReplyDelete
  11. sumer dah baik sbb mlm ni nisfu syaaban

    ReplyDelete
  12. ntah sempat siap ke tidak. ntah2 kiamat dulu yg datang..

    ReplyDelete
  13. Mekah sepatutnya menjadi tempat yg boleh membuatkan orang yg datang berasa humble dan sentiasa merendah diri kepada Allah. Aku takut, bila terlalu cantik sgt Mekah dengan kemewahan dan bangunan-bangunan yg gah, manusia akan berasa tinggi diri dengan kekayaan yg ditonjolkan. Just saying.

    ReplyDelete
  14. Sepatutnya dari dulu dah buat mcm nie. Taklah sesak sangat mcm skarang nie.

    ReplyDelete
  15. proposal ni dah di reject la.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails