Friday, 13 July 2012

Serius Cool - Muzium Chernobyl di Kiev Ukraine (20 Gambar)


More Muzeums!

Kami di Blogserius perasan diri kami cultured dan berpendidikan tinggi. Antara bukti kami perasan diri kami cultured ialah kami kerap memaparkan rupa muzium yang best seluruh dunia. Sebelum ini ada kami paparkan Muzium tandas India , Muzium Perang Penang dan Muzium Enzo Ferrari. Hari ini mari kita melawat muzium yang lain daripada yang lain. Ianya Muzium Chernobyl.

Muzium yang terletak di Kiev ini dibuka semenjak 1992 dan mempamerkan artifak dari hari hitam dalam sejarah negara Ukraine. Antara yang dipamerkan ialah akhbar dari seluruh dunia dengan berita malapetaka Chernobyl, surat dari mereka yang bertugas pada hari tersebut, pakaian yang dipakai petugas serta model skala sebenar reaktor yang meletup. Letusan Chernobyl adalah malapetaka nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah dunia dan menyebabkan ratusan kilometer kawasan tanaman yang subur sekitarnya tidak boleh diduduki manusia untuk puluhan ribu tahun!

Letusan Chernobyl dan Fukushima Daiichi kedua-duanya mengingatkan kita kepada bahaya pergantungan manusia dan tenaga nuklear. Sesiapa yang berpeluang ke Kiev silalah ke 1 Khoryva Lane ( 1 Provulok Khoryva) untuk melawat muzium yang unik ini. Muzium dibuka dari isnin hingga sabtu dari jam 10 pagi hingga 6 petang.Bayaran masuk hanya 100 Ukrainain Hryvna (RM 40) seorang termasuk bayaran pemandu pelancong.

Laporan asa Livejournal Lady Sumerki








12 comments:

  1. 2nd: biasa2 je museum ni kan.... skrg da x mnt sgt museum.. dulu sekolah rendah minat giler dengan museum s alam, leh tekan 2 lampu masjid dalam museum... pastu ade mayat terbaring,,,,

    ReplyDelete
  2. most epic case of nuclear disaster

    ReplyDelete
  3. its creepy and gloomy, yelah what do u expect kan the world worst disaster.

    ReplyDelete
  4. kenapa mst guna checkered floor hitam-putih? xbole ka pki warna lain? just curious.

    ReplyDelete
  5. pasal chernobyl, teringat plak Modern Warfare 1

    ReplyDelete
  6. lol, tapi muzium ni nampak macam sangat ugly.

    ReplyDelete
  7. one of my inspiration museum after jewish museum berlin. livery content inside

    ReplyDelete
  8. apa kata blogserius wat lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia? Muzium ni muzium paling kool kot kt dlm Malaysia. Lots of cool artefacts for Islamic arts all around the world. Hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails