Friday 13 July 2012

Serius Iklan - Apakah Sukarelawan Siswa #1M4U?


1M4U - Kearah Siswa Peduli Kerja Sukarelawan.

Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian idea dan sebagainya, dan kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada remaja dan juga semangat kesukarelawan, dipanggil 1Malaysia for Youth atau ringkasannya 1M4U.

Daripada laman tersebut, ia membolehkan para remaja dengan mudah menghantar sebarang idea mereka untuk dikongsi bersama yang pengguna lain, dan menjayakannya, sekaligus meningkatkan lagi semangat kesukarelawan dikalangan remaja hari ini.



Sama seperti beberapa laman web lain, 1M4U turut sama membawakan sokongan pendaftaran menggunakan Facebook, memudahkan proses pendaftaran dan juga perkongsian idea anda bersama yang lain. Usai sahaja mendaftarkan diri, anda akan dapat menghantar idea anda dalam kurang 250 aksara melaluinya.

Dan bersempena dengan pelancaran program ini, pihak 1M4U turut mengadakan sebuah pertandingan khas, membolehkan para perekabentuk kreatif menghantar rekabentuk logo mereka dan bersedia memenangi hadiah sebanyak lebih RM10,000 daripadanya.

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman yang menyediakan koleksi logo-logo yang menarik di arena web ini, yang mana mungkin anda boleh mengambil inspirasi, serta pada masa yang sama, menghasilkan sebuah logo yang menarik dan kreatif untuk program sukarelawan ini.

Kami di Blogserius telahpun menghantar rekaan logi 1M4U kami di bawah. Kami yakin pembaca BLOGSERIUS lebih kreatif dari krew BLOGSERIUS yang tak pandai mereka apa-apa kecuali cerita humour dan berita artis gemok usai melahirkan!



Kamon pembaca Blogerius sekalian! RM 10 000 bukannya sedikit dan boleh digunakan untuk kegunaan harian. Jika anda merasakan anda tak perlu duit hadiah ini masuk sahaja pertandingan dan jika menang sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan seperti orang gelandangan atau anak yatim. Bulan Ramadhan semakin hampir dan ini adalah cara yang murni untuk beramal dan mendapatkan saham akhirat. Win Win situation kepada semua!

Mengenai 1Malaysia For Youth

Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.



Pada hari Ahad, 15 Julai 2012, satu perhimpunan di dataran KLCC dari pukul 10 pagi hingga 6 petang akan berlangsung untuk melancarkan dan mempromosikan projek ini. 

Untuk memudahkan anda merekabentuk logo 1M4U, mungkin anda boleh mengambil fokus kepada objektif program 1M4U, seperti:

  • Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
  • Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
  • Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia;
  • Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
  • Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global; dan
  • Memberi kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia. Sebelum mula menghantar logo anda ke pertandingan yang dianjurkan KPT ini, mungkin anda boleh melawati laman mereka untuk rujukan yang lebih mendalam, ataupun mengikuti 1M4U di Twitter mahupun Facebook.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.


*Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Nukilan asal dari
@Amanfirdaus via WWW.AMANZ.MY

29 comments:

  1. Replies
    1. WTF moment apabila Blog Serius ditaja oleh 1Najib.
      Nak tanggung bini punya pasal..

      Delete
  2. zaman study dah berlalu. dah memasuki pasaran buruh, bukak mata, keje keje keje

    ReplyDelete
  3. usai? logi? apakah itu wahai obe?

    btw ana sudah berumur 31 tahun ini… adakah ana layak digelar youth dan boleh masuk pertandingan 1m4u ini? mohon pencerahan sukarelawan 1m4u blogserius

    blog oh peraduan yang menawarkan hadiah rm1 juta

    ReplyDelete
  4. ada unsur freemason iluminati dalam rekaan logo oleh blogserius.

    ReplyDelete
  5. TAK SYAK LAGI OBE EJEN UMNO!!!

    ReplyDelete
  6. im only here for fun and facts. not this.

    ReplyDelete
  7. babi obe jilat jgn tak jilat bontotttt..lakukan apa saja utk $$$

    ReplyDelete
  8. bila obe buat entri serius iklan,korang haruslah memberi komen yg serius berkenaan perkara yang serius...bukannya komen dengan tahap keseriusan tertinggi kerana emosi serius anda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni xsyak lagi. obe mmg serius pencacai umno.

      Delete
  9. lousy. waste my precious time.

    ReplyDelete
  10. komen - komen kat sini semuanya macam celaka, bagi la support kat obefiend. u guys sux anyway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun sama haramjadahhhhhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
    2. jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat jilat

      Delete
    3. Kejilatan yg nyata... hahaha

      Delete
  11. We're the first ones to starve
    we're the first ones to die
    The first ones in line for that pie-in-the-sky
    And when the sky darkens and the prospect is war
    Who's given a gun and then pushed to the fore?
    And expected to die for the land of our birth
    Though we've never owned one lousy handful of earth?

    ReplyDelete
  12. mohon najib buat keje sukarela jadi pemandi jenazah & penggali kubur di tanah kubur~ bawak rosmah sekali ye~ anak2 muda pun elok jika berpengetahuan, boleh menggantikan yang tua~

    ReplyDelete
  13. youth for malaysia ke youth for umno? kahkahkahaktuiiii

    ReplyDelete
  14. jangan kutuk...diri sendri dah cukup bagus ke nak kutuk2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails