Saturday 14 July 2012

Serius Sadis - Prank Keji Mengakibatkan Organ Dalaman Remaja Cedera Parah (5 Gambar)


Sick!

Prank sepatutnya tidak membawa kepada kerosakan jangka masa panjang. Paling teruk pun prank akan membuatkan mangsa malu seketika macam di dalam siri PUNK'D dan Wa Kena Beb. Di China Du Chuanwang (13) mengalami pendarahan dalaman pada usus, hati , skrotum dan perut akibat prank keji/bangang yang dikenakan keatas beliau oleh rakan sekerja. Du Chuanwang bekerja di sebuah bengkel lori di Bandar Dezhou, Provinsi Shnadong bagi menyara hidup beliaum adik dan ayahnya. Du Chuanwang tiada pilihan kecuali bekerja selepas kematian ibu semasa beliau berusia 7 tahun. Selepas meninggal dunia keluarga malang ini terpaksa menanggung hutang bil hospital yang tinggi. Maka Du Chuanwang bekerjalah sebagai buruh kanak-kanak bawah umur seperti apa yang kami paparkan beberapa hari yang lalu.

Minggu lalu dua orang rakan sekerja melakukan prank keatas Du Chuanwang dengan memasukkan pengepam udara tayar lori kedalam dubur beliau. Kemudian mereka mengepam udara kedalam tubuh beliau. Akibatnya pada bahagian usus sahaja doktor menjumpai 20 koyakkan akibat tekanan udara 8 ATMOSFERA yang memasuki tubuhnya. Menurut doktor lagi semasa dikejarkan ke hospital tangan. kaki dan muka Du Chuanwang juga membengkak kerana kecederaan dalaman. Skrotum beliau kini dikatakan masih membengkak sebesar tembikai. Pihak doktor juga berkata terdabat banyak lagi kecederaan dalaman yang dialami Du Chuanwang kerana prank bangang yang dilakukan keatasnya.

Du Chuanwang masih lagi dirawat di dalam unit kecemasan Hospital Rakyat Xiajin. Kos perubatan kini mencecah 100 000 Yuan (RM 50 000). Bapa beliau tidak mampu menanggung kos perubata kerana hanya bekerja sebagai penanam kapas. The good news is kisah
Du Chuanwang menjadi bualan media social seluruh China dan kutipan mula dilakukan oleh warga internet untuk membantu meringankan beban kos perubatan yang semakin bertambah. Syabas warga internet China! Semoga ini membawa kearah negara sosialis anti kapitalis sebenar seperti yang dikatakan Chairman Mao!




Laporan asal Sina Weibo

15 comments:

  1. apekah, diorg igt ni cartoon ke ape main pum2 angin kat punggong

    ReplyDelete
  2. ni baru betul dipanggil jackass

    ReplyDelete
  3. macam noharoooommm... nasib kawan2 aku takde yg bangang2 mcm tu semuanya berhati mulia dan alim seperti imam muda

    blog oh kesiannya budak kena prank

    ReplyDelete
  4. apalah bodoh sgt main camtuh..haishh

    ReplyDelete
  5. ngerinyer....sedey ngn manusia skang yg lg ramai bangang...haisshhh...

    ReplyDelete
  6. di Malaysia pn ada..
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mulabergurau_akhirnyamaut/Article/index_html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails