Saturday 14 July 2012

Serius Cool - TOS-1A Buratino : Sistem Artileri Roket Dari Russia


Goodbye Katyusha!

Ketika perang dunia kedua, tentera darat Soviet menggunakan sistem artileri roket KATYUSHA yang juga diberikan gelaran "Stalin's Organ". Katyusha ialah sistem artileri rocket jarak dekat yang paling penjara pada waktu itu. Puluhan roket boleh dilepaskan pada satu-satu masa dan kemudian sistem pelancar boleh dipindahkan dengan segara berbanding sistem artileri meriam konvensional. Sistem roket Katyusha sangat efektik ianya digunakan sehingga sekarang. In fact ianya digunakan secara meluas ketika perang Chechnya, perang saudara Syria dan Lebanon. Permasalahan utama sistem artileri roket Katyuhsha ialah ianya menggunakan lori sebagai platform pelancaran. Lori yang digunakan tidak dilengkapi armour dan mudah dimusnahkan.

Sekitar 1970-an sebuah sistem baru diperlukan yang mampu melancarkan lebih banyak roket tetapi mampu bertahan lebih lama dari lori biasa di medan perang. TOS-1A Buratino lah yang dihasilkan. Chasis kereta kebal utama T-72 dikahwinkan dengan sistem pelancaran artileri roket 24 laras. Kenderaan perang ini diberi nama jolokan Buratino (Pinnochio versi Russia) kerana pelancar roket yang terletak di atasnya kelihatan seperti hidung gergasi.

TOS-1A Buratino mula digunakan ketika perang Afghanistan. Ianya digunakan secara kecil-kecilan pada ketika itu kerana jumlahnya yang sedikit. Ia digunakan dengan lebih meluas ketika perang Chechnya. Jumlah TOS-1A akan bertambah di dalam inventori tentera darat Russia kerana terdapat lambakkan T-72 yang akan digantikan dengan T-90 MS sebagai kereta kebal barisan hadapan mereka.






Laporan asal Military-Today

7 comments:

  1. tank yang melancarkan missile, macam shagohod dari mgs3

    ReplyDelete
  2. bodo gle ko Kah Weng... tu la dinamakan artileri... byk jenis pun.. adehhhh

    ReplyDelete
  3. masih tak boleh lawan kereta kebal malaysia yg ada kat kem tentera port dickson tu

    blog oh awek tentera yg sangat mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails