Monday, 9 July 2012

Serius Fakta - Fakta Mengenai Hac Pelindungan Bayi (9 Gambar)


Jangan buang bayi!

Sejak dua menjak ini kejadian membuang bayi secara tiba-tiba meningkat. Terkini seorang pelajar sekolah cuba membuang bayi yang dilahirkan secara rahsia didalam beg sekolah beliau. Sadis! Kecil-kecil sudah menjadi pembunuh gara-gara malas membeli kondom ketika enjoicing bersama balaks. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang? Condom is cheaper than a baby you fools!

Anyway antara langkah yang diambil kerajaan sejak 2010 ialah memwujudkan hac pelindung bayi atau baby hatch dalam bahasa kolonialis England. Malaysia menuruti langkah negara-negara maju ini untuk mengurangkan masalah pembunuhan bayi akibat exposure kepada elements sebelum sempat ditemui orang ramai. Tapi tahukah anda sejarah disebalik baby hatch ini? Sejak bila ia mula diwujudkan dan siapa yang merekanya? Mari baca entry ini untuk pengetahuan am anda!



Hac pelindung bayi wujud sejak 1198 ketika zaman pertengahan. Yes jangan terkejut! Ianya bukan rekaan baru kerana masalah pembuangan bayi bukanlah fenomena baru. Paus Innocent III mengeluarkan arahan bahawa rumah anak yatim harus mempunyai hac dimana bayi yang tidak dikehendaki boleh diserahkan dengan selamat. Paus mengeluarkan arahan ini kerana mahu menyelasaikan masalah bayi yang dibuang seperti sampah kedalam Sungai Tiber berhampiran Rom. Jika anda ke Vatican anda boleh melihat sendiri antara hac pelindung bayi terawal di hospital Santo Spirito. Hac pelindung bayi di hospital ini digunakan sehingga awal kurun ke 19! Sungguh lama!



Walaupun niat asal hac bayi ini adalah murni, kebanyakkan rumah anak yatim yang menjaga bati yang ditinggalkan menghadapi masalah. Masalah utama ialah terdapata terlalu banyak bayi yang dibuang sehingga mereka tiada dana secukupnya untuk memberi makanan secukupnya kepada anak-anak malang ini. Di Dublin Ireland sebuah rumah anak yatim yang mempunyai hac
pelindung bayi ditutup oleh pihak berwajib apabila berlaku terlalu banyak kematian dikalangan bayi yang "diselamatkan" mereka. Oleh sebab itulah hac pelindung bayi tidak digunakan lagi di Eropah pada permulaan kurun ke 19.

Hac
pelindung bayi muncul semula di Eropah pada tahun 2000 di Hamburg Jerman. Ini berikutan kes beberapa orang bayi mati akibat terdedah kepada kesejukkan selepas dibuang. Sejak dari itu 38 orang bayi berjaya diselamatkan oleh "BabyKlappe/Babywiege" yang dipasang sekitar Hamburg. Di Jerman terdapat undang-undang dimana seorang bayi akan dijaga oleh hospital selama 8 minggu. Dalam tempoh 2 bulan ini si ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berlaku perubahan hati. Selepas 2 bulan barulah bayi malang ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjadi anak angkat. Sadness.

Kini di Jerman terdapat lebih kurang 100 BabyKlappe. Hac
pelindung bayi paling banyak boleh dijumpai di Pakistan dan India. Di dua negara ini bayi dibuang bukan kerana ianya anak tak sah taraf seperti di Malaysia. Kebanyakkan bayi yang ditinggalkan adalah bayi perempuan yang dirasakan akan membebani ibu bapa apabila perlu berkahwin kelak. Bayi perempuan masih dipandang rendah di dua negara ini dan ini amat menyedihkan.

So there you go, Sedikit sejarah berkenaan Hac
Pelindung Bayi. Ianya bukanlah ciptaan moden kerana masalah pembuangan bayi bukanlah fenomena baru. Jadi adik-adik sekalian janganlah melakukan seks rambang. Jika nak juga belilah kondom kerana ianya bukanlah mahal mana pun. Kena penjara kerana bunuh baby lagi mahal dik. Buat muka coolface dan beli kondom. Be safe. Be clever. Don't be a murderer!

Soalan hari ini. Oleh kerana idea hac
pelindung bayi ini adalah ilham seorang Paus Katolik, adalah kita akan melihat serbanistas melakukan kempen "haramkan idea kafir ini segara" di Facebook?





Laporan asal WIKIPEDIA

27 comments:

  1. Replies
    1. WTF apabila Blog Serius dah mula disponsor oleh 1Najib.
      Nak tanggung bina punya pasal...

      Delete
    2. tpyo
      bina --> BINI

      Delete
    3. jalan kan hukum hudud la....1200 tahun dulu nabi dah pesan ...ini tak ikut lagi idea umno..

      obe macam menghina orang orang islam....@Soalan hari ini. Oleh kerana idea hac pelindung bayi ini adalah ilham seorang Paus Katolik, adalah kita akan melihat serbanistas melakukan kempen "haramkan idea kafir ini segara" di Facebook?@

      jawapan nya tu idea paus yang dulu tak sesat dan kejam macam zionis sekarang....PAHAM!!!!

      Delete
    4. Nabi mana yang ada 1200 tahun dahulu?

      Delete
  2. utk soalan terakhir kau tu...ok je kalau serbanista nak bantah bab hac ni. Tapi kena bagi ide alternatif lain la. Yg praktikal. Kalau nak tulis kembali kepada ajaran Islam, boleh je. Tapi kasi detail plan macam mana la. Jangan taip takat rasa best aje. Kalau nak tulis tukar kerajaan apa semua pun ok jugak. Tapi realistik makan masa. Semntara tu baby dah bersepah dah. So pendek kata, kalo tak setuju,kasi cara praktikal.
    (apasal la aku pegi baca entry kau ni. Tulis 4th aje pun dah cukup. Nampak bijak sikit. Menyesal.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tak perlu pun tulis panjang-panjang. cuma perlu tulis 4th, dan anda akan nampak SANGAT,SANGAT bijak berbanding sekarang. tak perlu pun gunakan istilah 'serbanistas' yang kamu rasa 'hip' tu. coined the term? close enough...

      Delete
  3. Untuk Apa kita berjumpa jika hanya penuh derita..sedap x suara wa..

    ReplyDelete
  4. kerajaan sediakan hac ni langkah yang bagus.

    tapi aku rasa kerajaan boleh jugak tolong kempen bagi bantuan kepada bujang yang nak kahwin takde duit.

    BK1M - Bantuan Kahwin 1Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lulz. zaid ko sangat genius. kenapa ko tidak bertanding sebagai wakil rakyat?

      Delete
    2. ko tlg gak utarakan spya yg kawin kali ke 2 pn ley dpt.tlg eiy zaid,tlg eiy

      Delete
  5. masukan iklan condom sepanjang Buletin Utama... nescaya malasah pembuangan bayi akan semakin turun

    ReplyDelete
  6. kalau benda ni tak diperkenalkan oleh paus katolik pun dah ramai orang bantah, ingat tak dulu kerajaan 1malaysia kementerian pengajian tinggi memperkenalkan hac pelindungan bayi, eh silap... kpt tu taja obe... masa tu kan ramai gila orang bantah terutama umat2 islam di malaysia... camano tu

    blog oh kesian gila pada bayi ini

    ReplyDelete
  7. try la hukuman kalau berzina kena 100 kali sebat. PASTI masalah buang baby ni turun

    ReplyDelete
  8. ok jer wat hukum hudud....tp jgn ikut style arab...pompuan xbley keje, xbley make up, xbley pakai wangi2, xbley belajar same2 dgn lelaki..bukan ape...kalau pompuan xkeje, takut kebulur pulak diorg nak makan...yelah...harapkan laki...kat arab kawin 4 xdehal..poket lebat...sini...hmmm....poket nipis pun nak kawin banyak2....wat anak ramai2...pastu minta bantuan Baitulmal...xkellasss you....pondok sangat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thy word...sad. it's like you are subtly saying "Hudud + penetapan syariah dari ALLAH S.W.T. tak relevan untuk umat Islam di muka bumi selain di bumi arab."

      it's only 'beautiful' if you think VERY,VERY hard with that beautiful little thing that ALLAH granted on you called brain before making this type of comment.

      InsyaALLAH, next time there will be no more similar mistake from any of us in speaking our mind.

      Delete
    2. ... then please tell us more, on its beauty, relevance and practicality oh enlightened one.

      In the meantime, I shall fetch a stepladder to help you off that horse.

      Delete
  9. fakta yang bagus.
    dan fakta ttntg yg kat india n pakistan tu aku tak suka, pasl anti-bby prmpuan. sadis! hari tu kat china, ada seorang prmpuan, potong kemaluan bby lelakinya krna dia nak ank prmpuan. semua ni sadiss!!

    sesungguhnya bby² ini x brslh. T.T

    ReplyDelete
  10. mst ade kamera kt hub tu. snng sikit nk detect muka mak bapak dorg.. haha. kantoi sudah

    ReplyDelete
  11. sikit-sikit ckp hudud boleh setel masalah
    korang ni faham ke tak hudud zina ni?
    takde saksi cukup, tak jatuh hudud
    saksi fasik, tak jatuh hudud
    tak nampak penis masuk, tak jatuh hudud
    jatuh takzir
    kalau ko jadi saksi, mesti ko stop org berzina before ko nampak penis masuk kan?
    kalau ko tak stopkan, aku rase ko gile.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails