Tuesday 3 July 2012

Serius Konsep - Lotus Evora Hibrid 414E (15 Gambar)


Vrroooom!

Lotus Evora 414E ialah sebuah kereta lumba REEV (Range Extender Electric Vehicle). Ianya merupakan kereta lumba hibrid pertama dari anak syarikat Proton ini. Kalau anda ingat hujung tahun lalu ada kami paparkan Proton EV dan REEV yang kini sedang menjalani sesi ujian Proton dan MOSTI. Kami memandu uji dua kereta di atas dan kami ada katakan kuasa pecutan kedua-dua kenderaan Proton ini sangat impresif. Lotus Evora 414E mempunyai pecutan yang lebih berkuasa kerana dua motor elektrik pada tayar belakangnya mampu menghasilkan torque sebesar 1000 NM dan 414 kuasa kuda! Ini bermakna Evora 414E mempunyai torque yang lebuh besar dari Evora S yang merupakan sebuah kereta lumba yang diperkasakan dengan enjin supercharger.

Menurut Lotus Evora 414E mampu memecut dari 0-60 batu sejam dalam masa 4 saat. Dalam moda eletrik, Evora 414E mempunyai jarak perjalanan maksimum 48 kilometer. Kelajuan maksimumnya pula ialah 209 KMJ. Sebuah enjin Range Extender 1.2 liter disertakan sekali apabila bateri sudah dinyahcas sepenuhnya. Enjin ini sangat mesra alam kerana hanya menghasilkan 55 gram CO2 untuk setiap kilometer perjalanan. Oleh kerana kereta ini berkuasa elektrik, pihak Lotus turut menghasilkan sistem HALOsonic bagi memhasilkan bunyi enjin kereta lumba palsu. Apabila sistem HALOsonic diaktifkan Evora 414E akan menghasilkan bunyi deruman enjin yang sama seperti sebuah kereta lumba konvensional. Seems legit! Buat masa ini pihak Lotus masih belum menyatakan sama ada kereta konsep ini bakal memasuki pasaran. Apa yang pasti teknologi Hibrid ini jika terbukti berkesan akan digunakan pada kereta buatan Proton dimasa hadapan.

Proton Maju........ syabas Barisan Nasional. Janji Ditepati!








Laporan asal Caatype

11 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails