Wednesday 11 July 2012

Serius Fakta - Gambar Pertama Yang Dimuat Naik Ke Internet


Mother of All Pictures

Apa yang anda lihat di bawah ialah gambar pertama yang dimuat naik ke internet. Tanggal 18 Julai yang akan datang ialah ulang tahun ke 20 gambar ini menjadi imej yang pertama yang boleh dilihat oleh pengguna internet. Ia gambar sebuah kumpulann nyanyian wanita yang diberi nama Les Horribles Cornettes. Kumpulan muzik ini terdiri dari pekerja dan aweks pekerja di makmal terkenal CERN (Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire). Jika pengetahuan sejarah anda agak lemah, Internet dicipta oleh Sir Tim Berners-Lee di CERN. CERN juga menjadi lokasi terletaknya Large Hadron Collider yang baru-baru ini mengumumkan penemuan "Partikel Tuhan" Higgs's Boson.



Les Horrible Photoshoppes?

Kembali ke cerita gambar pertama di Internet. Gambar kumpulan nyanyian wanita ini diambil oleh Silvano de Gennaro seorang pembangun IT di CERN yang juga merangkap pengurus kumpulan Les Horribles COrnettes. Gambar diambil menggunakan kamera Canon EOS 650 yang kemudian diedit menggunakan Photoshop untuk digunakan sebagai muka hadapan CD pertama kumpulan Cornettes.



Gambar - Silvano de Gennaro dan OES650

Jadi mengapakah gambar ini dipilih menjadi gambar pertama dimuat naik ke Internet? Tak ada gambar lagi senonohkah? Jawapannya ialah Sir Tim Berners-Lee ialah salah seorang peminat kumpulan Les Horribles Cornettes. Gambar ini dipilih oleh Bapa Internet secara rawak oleh beliau and the rest is history!

So now you know! Gambar pertama di internet ialah gambar sebuah girl band yang terdiri dari aweks dan pekerja CERN. Maka sangat sesuailah internet sehingga hari ini dilambakkan dengan gambar aweks cun camwhoring. It's been there since the genesis of the web. You can't fight it!

Laporan asal Motherboard

11 comments:

  1. it could be higgs boson. it could...

    ReplyDelete
  2. dah photoshop masih tak terang..

    ReplyDelete
  3. wau, awek2 CERN boleh tahan hot.

    tak sangka minah2 keje makmal yang start camwhoring secara interenet dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan camwhore la. Ni takat pose ramai2 depan camera, lepas tu ada orang ambik gambar. Sesapa pun buat.
      Camwhore tu pose sorang2 bagaikan harem, ambik gambar sendiri. Cakap terima kasih cepat.

      Delete
  4. mohon obe mengkaji sejarah gambar porn pertama yang dimuatnaik ke internet

    blog oh gambar porn pertama diupload ke internet

    ReplyDelete
  5. Shial!! Mane kau dpt fakta2 ni semua? Terer giler!!! Argghhh..!!!

    ReplyDelete
  6. aku tau gamba melayu porn pertama adalah ..ntah.. lulzz

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails