Monday, 23 July 2012

Serius Konsep - Quad Tilt Rotor : Bukan Sekadar Imaginasi Transformers 3 (15 Gambar)


Legit!

Jika anda menonton filem Transformers 3 anda pasti perasan ada sebuah pesawat bersayap dua dan berenjin 4 yang digunakan pasukan khas ketika menyerang Chicago. Pesawat empat enjin seakan helikopter ini bukanlah imaginasi Michael Bay tetapi sebenarnya sebuah projek yang sedang diusahakan tentera darat dan Marin USA dengan kerjasama Bell Helikopter. Bell sebelum ini menghasilkan Bell V-22 Osprey, sebuah pesawat kipas boleh ubah yang mampu berfungsi seperti helikopter dan kapal terbang konvensional.


Projek Quad Tilt Rotor (QTR) ialah usaha tentera USA untuk menghasilkan sebuah Osprey dengan kemampuna mengangkut bebanan yang lebih besar. Osprey buat masa ini hanya mampu mengangkat sebuah Hummer dan meriam artileri. Dengan projek QTR, mereka berharap ianya mampu mengangkat jumlah bebanan setanding sebuah Lockheed C-130 Hercules dan terbang pada kelajuan 463 Kmj . Pesawat ini masih lagi dalam ujian peringkat model dan masih tiada prototaip berskala besar dihasilkan sungguhpun sudah dimulakan sejak 1999. Masalah utama projek ini ialah gegaran pada sayap. Selagi masalah ini tidak dapat diselesaikan projek ini tidak akan menjadi realiti.

Buat masa ini silalah enjoice lukisan konsep yang dihasilkan. Apa yang pasti kami di Blogserius menantikan prototaip pesawat ini dihasilkan. Mesti cool beans!






Laporan asal Wikipedia

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Slowpoke la ko Obie. Benda ni dh keluar masa 1st movie lagi. Toy pun dah keluar lama dah. Siap keluar 2 version lg.

    ReplyDelete
  3. PROJEK ILUMINATI NIH...NK JAHANAMKAN ISLAM..PUIHH

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails