Aplikasi mencari ruang solat
Solat itu wajib bagi muslim. Di KL kalau kita ke shopping mall surau pasti terletak di cerok-cerok aneh. Mungkin anda lebih selesa solat di surau dan masjid tapi tak familliar dengan lokasi mereka. Kan bagus kalau ada aplikasi yang membolehkan kita mencari ruang solat terhampir? Disinilah laman web 24434.my dapat membantu anda.
Ianya boleh diakses oleh semua pengguna samada melalui desktop mahupun melalui peranti mudah alih mereka. Lepas ini tiada alasan "tak jumpa masjid dan surau" lagi. Anda juga boleh check in macam Foursquare dan kumpul badges!
Menurut pembangunnya, 24434.my bukan sahaja menawarkan beberapa lencana, tetapi berhasrat untuk menjadi salah satu pusat komuniti untuk pengguna beragama Islam. Pada masa hadapan, pelbagai perkara bakal diintegrasikan padanya, termasuk kalendar aktiviti sesuatu masjid, sekaligus memudahkan para pengguna merujuk padanya untuk mengetahui pelbagai informasi berkaitan masjid-masjid berdekatan mereka.

Buat masa ini, sebanyak lebih daripada 50 masjid, surau dan madrasah telah disenaraikan. Dan memandangkan ia turut membolehkan para pengguna menghantar dan memuat-naik mengenai masjid, surau mahupun madrasah berdekatan mereka, maka angka ini berkemungkinan akan meningkat dalam masa terdekat ini.
Menariknya mengenai setiap lokasi yang disenaraikan adalah dimana, selain daripada peta lokasi, ia turut menyertakan beberapa maklumat berkenaan sesuatu masjid, seperti bagaimana ingin menghubungi jawatankuasa masjid, surau, dan madrasah terbabit, serta kemudahan asas yang terdapat berdekatan dan juga didalam lokasi tersebut. Para pengguna juga boleh meninggalkan komen pada sesuatu lokasi tersebut, untuk memberikan informasi berguna kepada pengguna yang lain.
Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta,dan mempunyai beberapa kekurangan. Cara untuk mendapatkan lencana adalah dengan ‘Check-in’ di lokasi masjid yang tersedia. Pada masa yang sama, ujian kami menggunakan peranti mudah-alih juga seperti kurang menarik, memandangkan integrasi peta Google pada 24434.my tidak menyertakan sokongan drag dan juga zoom dengan menggunakan jari padanya, tetapi sebaliknya perlu menekan butang khas. Namun, mungkin ianya masih lagi pada peringkat awal, dan perlu melalui pelbagai fasa lagi sebelum versi stabilnya menjelang tiba.
24434.my dalam bentuk beta ini dilancarkan dalam bahasa Inggeris, dan sokongan bahasa Malaysia dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa hari lagi. Mungkin lebih banyak fungsi turut disusun oleh pembangunnya dalam masa akan datang

Laporan asal AMANZMY






good idea...
ReplyDeletetruskn usaha yg murni itu..
Yup btul2.
DeleteBlog Berita Serius
24434!
ReplyDeleteCool...apa maksud 24434 ek?...
ReplyDeletesubuh 2 rakaat
Deletezuhur 4 rakaat
asar 4 rakaat
maghrib 3 rakaat
isyak 4 rakaat
jadilah 24434
Blog Berita Serius
oooo...gitu..baru aku tahu..tenkiyu tenkiyu..
Deletesubuh 2 rakaat
ReplyDeletezuhur 4 rakaat
asar 4 rakaat
maghrib 3 rakaat
isyak 4 rakaat
jadilah 24434
bijakk...
ReplyDeletebanyak pahala creator ni . insyallah
ReplyDeletebetul betul betul.aminn
Deletemmg awesome ah.
ReplyDeleteBerita Serius
collect ALL badges !!!!!!!!!!!
ReplyDeleteaman sikit xde anon..
ReplyDeleteyour face when, the one who develop this was those kafiruns
ReplyDeleteyou have no face
your face when? you have no face?
DeleteAre you like.....drunk? Please don't drive.
wahhh this sangat win! senang sikit cari masjid/surau
ReplyDeletesjak kawen ni bgus je obe...almaklumlah jadi ketua keluarga...
ReplyDeleteKalau check in banyak tak jadi Mayor. Jadi ahli kariah terus
ReplyDeletedan jugak buleh check in sebagai Imam. bwahaha