Wednesday 8 May 2013

Serius Klasik - Kamov Ka-22 Vintokryl : Percubaan Awal Hibrid Kapal Terbang Dan Helikopter (15 Gambar)


Mother Russia

Di Blogserius kami gemar pesawat hibrid terutamanya yang merupakan pesawat tilt rotor. Kami sudah memaparkan beberapa pesawat tiltrotor di lama kami seperti konsep Bell B280 Valor dan Sikorsky S 72 Rotor Systems Research Aircraft. Kedua - dua pesawat ini cuba menggabungkan kemampuan terbang secara menegak helikopter dan kelajuan mendatar setanding kapal terbang konvensional. Tetapi sebelum mereka wujud, kesatuan Soviet menghasilkan Kamov Ka-22 Vintokryl (Skru Udara). Pesawat experimental ini dibina pada tahun 1959 untuk kegunaan tentera. 

Tujuan pembinaa ialah bagi memudahkan pengangkutan senjata dan tentera ke kawasan yang sukar untuk kapal terbang mendarat. Pada waktu pembinaan pesawat kargo utama Soviet ialah Antonov An 22 Cub. Vintokryl direka supaya mempunyai keupayaan setanding Cub. Empat buah Vintokryl dibina sebagai protaip dan setiap satunya diperkasakan dengan dua enjin turboprop Soloviev D-25VK 5500 kuasa kuda. Semasa penerbangan percubaan pesawat ini mengalami masalah gegaran yang kronik dan berlaku beberapa kemalangan maut akibat kegagalan sistem kipas utama. Oleh sebab itu projek ini dianggap gagal dan dihentikan pada tahun 1964. Kesemua pesawat yang dibina dimusnahkan. Kinda sad!




Laporan asal Wikipedia
Foto Avistar

9 comments:

  1. Replies
    1. "Tak elok makan McD. Ia menggemokkan" , Ujar Halim sambil makan Nasi Lemak Sotong dengan telur dadar. Disulami Milo ais tabur

      Delete
    2. Menakjubkan! Tahun 50an sudah boleh bina pesawat2 hebat sedangkan pada masa itu Malaysia baru merdeka!
      Sekarang walaupun sudah 50 tahun kita merdeka sepatah haram pun negara kita tak reti2 nak buat kapalterbang / helikopter! Susah sangat ke nak buat? Nampak sgt kita masih ketinggalan amat jauh!
      Buat kereta pun terpaksa pakai enjin/teknologi Jepun itupun masih tak pasti samada kereta Mitsubishi atau Proton dan kkereta Toyota atau Perodua yang dianggap sebagai 'kereta nasional' tu...Kena tipu ke kita ini?

      Delete
  2. Amerika dah tiru buat Bell Boeing V-22 Osprey... macam kat filem Transformers

    ReplyDelete
  3. Bila la msia nak buat sendir =.=
    HackJela

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails