Wednesday 29 May 2013

Serius Klasik - Boeing 2707 : Pesawat Penumpang Supersonik Kepak Berlipat Yang Gagal (23 Gambar)


Idea bagus tetapi gagal

Pada tahun 1963, Presiden John F Kennedy mahu Amerika Syarikat menghasilkan pesawat penumpang supersonik (SST) rekaan mereka sendiri bagi menyaingi Concorde yang dibina di Eropah. Pada waktu itu ramai pakai berpendapat pesawat berkelajuan supersonik ialah masa depan industri penerbangan dan Amerika harus bersaing dengan Eropah untuk menghasulkan pesawat mereka tersendiri. Syarikat Lockheed dan Boeing diberikan dana bagi menghasilkan rekaan pesawat yang mampu membawa 250 orang penumpang pada kelajuan Mach 3. Pesawat SST Amerika Syarikat harus mampu terbang lebih pantas dan membawa lebih banyak penumpang berbanding Concorde bagi memastikan kejayaan masa panjang. 

Lockheed memperlihatkan rekaan Lockheed L-2000 yang mempunyai sayap berbentuk delta. Dari segi rekaan ianya mirip Concorde dan Tupolev TU-144 milik Soviet. Boeing memperlihatkan rekaan Boeing 2707 yang mempunyai sayap yang boleh dibuka dan ditutup mengikut keperluan juruterbang. Dua buah mock up L2000 dan 2707 dipertontonkan kepada pihak kerajaan supaya memudahkan proses pemilihan. Rekaan Boeing 2707 diishtiharkan pemenang dan projek ini mula dibangunkan secara serius pada tahun 1966. 

Rekaan Boeing dipilih kerana ianya tidak kelihatan seperti meniru rekaan Concorde yang sedia ada. Empat buah enjin diletakkan di dalam pod yang dipasang pada bahagian ekor belakang 2707. Sayap boleh ubahnya pula memastikan ia tidak memerlukan landasan yang panjang untuk mendarat dan terbang disamping lebih stabil pada kelajuan rendah.

Sungguhpun begitu, Boeing menghadapi masalah untuk mengurangkan berat pesawat ini ketika proses penghasilan prototaip. Kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan ini sistem sayap boleh laras 2707 dihentikan dan sayap delta seperti yang digunakan oleh Concorde digunakan. Jumlah penumpang maksimum juga terpaksa dikurangkan akibat masalah rekaan. 

Pada tahun 1971 projek SST Amerika Syarikat dihentikan sebelum prototaip Boeing 2707 dapat dibina. Projek ini dihentikan kerana kos yang meningkat sehingga USD 1 Billion. Ini adalah dianggap sebagai pembaziran dana awam yang harus dihentikan segera. Disamping itu terdapat bantahan dari orang ramai tentang penggunaan pesawat supersonic di ruang udara Amerika. Rakyat risau sonic boom yang dihasilkan oleh pesawat penumpang supersonik akan merosakkan harta benda milik mereka. 

Pembatalan projek ini hampir membangkrapkan syarikat Boeing pada waktu itu. Kehilangan suntikan dana dari kerajaan dan industri penerbangan komersil yang merudum pada waktu itu mengakibatkan Boeing terpaksa membuang lebih 50 000 orang pekerja dari kilang mereka di Seattle.  Mock up skala sebenar Boeing 2707 -300 (dengan rekaan sayap delta) yang siap dibina ditanggalkan sebelum dihantar ke Florida sebagai besi sekerap. Mock up ini kemudiannya diselamatkan oleh Muzium Aeronautikal Hiller California dan anda boleh melihatnya sendiri di sana.

Sungguhpun projek ini gagal sebelum prototaip dihasilkan, konsep dan rekaan 2707 tidak dipersia-siakan. Rekaan sayap pesawat yang unik ini menjadi inspirasi kepada jurutera syarikat Rockwell untuk menghasilkan pesawat pengebom supersonik B-1 Lancer. All is not lost I guess.




Laporan asal Wikipedia
Gambar PicsPlace

10 comments:

  1. Nak waffle first

    ReplyDelete
  2. klasik betul!!!!!!!!!!!!!!!!! hebak..

    ReplyDelete
  3. untuk menghasulkan pesawat mereka

    ReplyDelete
  4. boleh hasulkan bisjut royi ..

    ReplyDelete
  5. aku x phm laa.....nk bisjut ngn royi nie benda apa..??? Kenapa hmpa asyik tulis benda nie jaaa...!!!!

    ReplyDelete
  6. SISTEM BUAT DUIT SAMBIL TIDUR!
    http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa

    ReplyDelete
  7. concept mungkin jet fighter f 14 tomcat ad amek ckit.. retractable wing 2.. sbb ble msuk super sonic, jet fighter 2 retract wing die

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails