Saturday, 2 June 2012

Serius Sadis - Hukuman Gagal Peperiksaa Yang Sads


The other side of the coin

Minggu lalu ada kami paparkan berita seorang pelajar dipenjara kerana ponteng sekolah akibat terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Gadis 17 tahun dalam kes ini seorang pelajar bijak tetapi masih dipenjara semalaman kerana undang-undag Texas yang aneh.

Hari ini ada sau lagi kes gadis berbangsa Vietnam tetapi cerita ini versi sadis. Tuan Huynh (47) dari Montgomery Philadelphia ,bapa seorang gadis 16 tahun dijatuhkan hukuman 100 jam khidmat komuniti dan probation selama 2 tahun kerana kesalahan membahayakan keselamatan anak beliau. Tuan bersalah menghalau anak beliau dari rumah kerana gagal dalam peperiksaan. Beliau memaksa si anak mengemas beg sebelum meninggalkannya seorang diri 13 batu dari tempat kediaman mereka. Alasan Tuan ialah untuk mengajar si anak bahawa jika gagal dalam pelajaran dia akan jadi homeless. This is a clear case of niat tak menghalalkan cara.

Anak Tuan Huynh bernasib baik kerana tidak dirogol atau diculik. Seorang paderi membantu beliau ke balai Polis berhampiran.

Inilah parent Asian American. Kecemerlangan akademik memang diambil serius sehingga hukuman kegagalan juga hahap Asian. Aku dulu kalau gagal pelajaran hanya digam dari tengok TV. Simpler times back then!



Laporan asal Gawker

8 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails