Thursday, 28 June 2012

Serius Cool - Festival Phi Ta Khon : Perayaan Hantu Thailand (16 Gambar)


Hantu beparti

Di Dan Sai, rovinsi Loei Thailand setiap tahun dilangsungkan sebuah festival yang unik. Festival Phi Ta Khon ialah festival di mana orang ramai memakai pakaian menyerupai hantu bagi mmeperingati salah satu cerita yang berlaku pada kelahiran semula Gautama Buddha. Menurut cerita penduduk tempatan sebelum dilahirkan menjadi Siddhartha Buddha, beliau hidup sebagai Putera Vessantara Jataka. Pada suatu hari Vessantara Jataka menggembara dan setelah beberapa lama orang menganggap beliau sudah meninggal dunia. Pada suatu hari beliau pulang semula dan kerana terlalu gembira penduduk setempat berpesta bagi menyambut kepulangan beliau. Kegembiraan yang dirasai sangatlah melampau sehingga mereka yang sudah mati pun hidup semula semata-mata untuk menyambut kepulangan Vessantara Jataka. Dari situlah perayaan Phi Ta Khon bermula.

Di Thailand hari bersejarah ini disambut dengan campuran fahaman animisme penduduk tempatan. Penduduk setempat akan meminta Phra U-Pakut, penunggu Sungai Mun untuk menjaga keselamatan mereka. Ketika berarak penduduk Dan Sai akan memakai topeng hantu yang dibuat dari kertas dan kanji.Pada waktu yang sama mereka akan membawa kayu berbentuk zakar yang melambangkan kesuburan. Pada hari ketiga perayaan barulah mereka pergi ke kuih untuk mendengar khutbah dari sami Buddha.

Perayaan ini berubah tarikhnya dari tahun ke tahun dan ianya hanya akan disambut apabila dua orang pawang akan melihat hari apakah yang paling sesuai untuk ianya disambut. Tahun ini ia jatuh dari 22-24 Jun yang lalu. Kalai anda mahu melihat sendiri perayaan hantu Thailand silalah buat perancangan segera.






Gambar dari GT Rider , CnnGo

9 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails