Thursday, 28 June 2012

Serius Cool - SeaOrbiter : Kapal Berbentuk Sirip Jerung (12 Gambar)


Wah!

Dua tahun yang lalu kami paparkan konsep SeaOrbiter. SeaOrbiter ialah sebuah kapal yang unik dimana sebahagiannya tenggelam di bawah permukaan laut dan sebahagian lagi terapung seperti sirip dorsal seekor jerung. Ianya buah fikiran Jacques Rougerie seorang arkitek Perancis dan ianya muncul sebagai konsep lebih kurang 10 tahun yang lalu. Penantian Jacques akhirnya akan selesai apabila SeaOrbiter akan mula dibina Oktober tahun ini.

Jadi apakah sebenarnya SeaOrbiter dan apa fungsinya? Jacque Rougerie mempunyai visi sebuah kapal laut yang boleh mengelilingi dunia dengan 18 orang krew yang diberi nama jolokan Oceanout (Lautanwan?). Kesemua Oceanout akan menjalankan ujian sains dan meneroka lautan dunia yang seperti kita sedia maklum masih belum diterokai sepenuhnya. Bahagian bawah SeaOrbiter yang tenggelam membenarkan Oceanouts melakukan pemerhatian terhadap haiwan laut tanpa perlu berenang keluar. Projek ini menerima sokongan Agensi Angkasa Lepas Eropah yang berjanji akan membangunkan teknologi yang bakal digunakan di dalamnya.

Apabila siap kelak SeaOrbiter akan mempunyai ketinggian 58 meter dan kos pembinaannya sekitar USD 53 Juta. Cool beans!







laporan asal Facebook SeaOrbiter

16 comments:

  1. mcm pernah tgk je pos nih.. hurm...

    ReplyDelete
  2. 1st cakap 1st
    g blog aku jom.
    layan benda pelik

    ReplyDelete
  3. Siapa tahu, kemana menghilang OHSENYUM ?

    ReplyDelete
  4. siapa tahu, kemana menghilang OHMASAM ?

    blog oh masam

    ReplyDelete
  5. tajuk berbualan kita pasal oh

    ReplyDelete
  6. nanti lah kita cakap pasal entry ni. Kapal kapal ni tak best la.
    Mana oh senyum? Ayuh report bomba.

    ReplyDelete
  7. mcam cerita komik rimau kumbang fulamak dah lama x layan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails