Wednesday, 27 June 2012

Serius Cool - Mari Melawat Kilang Pesawat Sukhoi Su-34 Russia


For Mother Russia

Sukhoi Su-34 Fullback ialah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Russia. Ia sepatutnya menggantikan pesawat Sukhoi Su-24 Fencer yang sudah berusia. Tetapi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik projek pembangunan Su-34 terhenti beberapa kali. Su-34 mempunyai reka bentuk badan yang kami yakin anda boleh kenali.

Ya ia mempunyai bahagian ekor, badan, enjin , sayap kecil dan tayar yang sama dengan pesawat Su-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Tahukah anda Su-34 dan Su-30 kedua-duanya adalah pesawat yang terbina dari pesawat Su-33 yang digunakan Tentera Laut Russia? Kerana kekangan belanjawan dan langkah penjimatan kos, komponen Su-33 digunakan semula pada pesawat Su30 MKM. Su-30 MKI, Su-34, Su-35, Su-35 dan Su-47 . Perubahan kecil pada sistem avionik, kawalan tanpa wayar, sayap, enjin vektor boleh ubah dan fungsi pesawat membezakan mereka dari satu sama lain.

Kembali ke Su-34. Berbanding dengan Su-Su yang lain Su-34 Fullback berbeza kerana ianya sebuah pesawat pengebom dengan ruang memyimpan bom yang jauh lebih besar. Kokpitnya juga berbeza kerana juruterbang dan pegawai persenjataan (weapon officer) duduk bersebelah dan tidak secara tandem seperti Su-30 MKM. Pesawat ini juga mempunyai katil untuk krew berehat serta tandas. Ini adalah unik kerana kebanyakkan pesawat rekaan Russia tidak mementingkan keselesaan krew yang menerbangkannya. Russia sudah memesan 152 buah Su-34 Fullback bagi menunjangi pertahanan udaranya. Kesemua pesawat dijangkan akan beroperasi menjelang 2020.







Laporan asal RussianMilitaryPhoto , RiaNovosti dan Gelio-NSK

17 comments:

  1. first!!
    yeayyy

    ReplyDelete
  2. awat makin takdak org kat blog hang ni obe??
    komen skima ja semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada anon pun takde beza. Anon tu ada la seko dua. Post berpuluh juta kali.

      Delete
  3. boleh duduk sebelah2, hmm...boleh consider la macam ni..

    ReplyDelete
  4. dulu best jgk bace komen2 kat blog ni..sekarang bosan nak mapuh blog nih..puihh

    ReplyDelete
  5. Malaysia akn menjadi Pemimport terhebat brnggn perang.

    #
    Bunuh Anak Sdiri

    ReplyDelete
  6. ada2 ja yankee nih.. xhenti2 rosakkan dunia

    ReplyDelete
  7. canggih amat
    http://gitarmalaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. one of the sukhoi yg aku suka. escp part muncung pipih dia tu mengingatkan aku pada macross

    ReplyDelete
  9. very nice information, thanks for sharing this. daani.in packers movers

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails