Monday, 28 May 2012

Serius WTF - Pelajar Pintar Dipenjara Kerana Ponteng Sekolah


Bangang Bangang!

Diane Tran (17) seorang pelajar berasal dari Texas terpaksa menginap semalaman di dalam penjara kerana kesalahan terlalu kerap ponteng sekolah. Beliau terpaksa ponteng sekolah kerana terpaksa bekerja bagi menanggung perbelanjaan adik dan abang beliau yang sedang belajar di universiti. Ibu bapa Diane sudah bercerai dan Diane terpaksa mengambil dua pekerjaan selepas sekolah bagi menanggung perbelanjaan harian. Akibatnya beliau terlalu penat untuk kesekolah pada keesokan harinya. Sungguhpun begitu beliau masih didalam senarai pelajar pintar sekolah beliau. Di Texas jika seorang pelajar tidak menghadiri sekolah selama lebih 10 hari tanpa alasan munasabah harus dipenjadar 1 hari dan didenda USD 100.

Hukuman keatas Diane menerima laporan hebat media di Amerika dan rata-rata merasakan hukuman keatas beliau adalah tidak munasabah dan bodoh. Diane ponteng bukan kerana malas tetapi kerana terlalu rajin dan tidak selfish. She should be helped not jailed adalah respon yang paling banyak diterima. Kadang kala memang gila undang-undang manusia ini.

Diane berharap hukuman beliau akan ditarik semula kerana di Amerika jika anda mempunyai rekod jenayah (walaupun kes bodoh macam ini) ia mampu meroskkan masa depa anda. Diharap hakim dapat menarik semula hukuman ini. Di Malaysia berapa ramai student yang boleh kata dia bekerja kuat untuk keluarga dan masih dapat jadi top student? Aku yakin tak banyak




6 comments:

  1. BANGANG. 1st BANGANG 1st BANGANG. 1st BANGANG 1st

    ReplyDelete
  2. bodoh gile peraturan macam ni..

    ReplyDelete
  3. selalunya tak banyak, sikit mesti terkait sistem pendidikan Malaysia dibawah pemerintahan kerajaan jugak...tetiba je takder pulak hari ni...hahahaha...
    (apasal la aku komen..tulis 3rd bangang sudah la..ish)

    ReplyDelete
  4. mujur di Malaysia yg indah ini tidak memenjarakan para tunggakan pinjaman PTPTN.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. patutnya abang dia la kena buat keja part time. ni adik plak yg kna buat. mohon mahkamah jail abang dia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails