Sunday 10 March 2013

Serius Konsep - Beacon : Konsep Telefon Awam Pintar New York (7 Gambar)


Fungsi Baru

Telefon awam sudah semakin dilupakan di Malaysia. Sejak kebelakangan ini kami jarang melihat pondok telefon awam di tepi jalanraya. Jika adapun hampir kesemuanya sudah rosak akibat vandalisme. Kali terakhir kami menggunakan sebuah telefon awam ialah lebih kurah 12 tahun yang lalu. Itupun kerana telefon kami kehabisan bateri. 

Di New York telefon pintar yang sedia ada sedang dalam perancangan untuk ditukar menjelang tahun 2014. Oleh itu sebuah pertandingan rekaan dianjurkan oleh Bandaraya New York untuk rekaan terkini yang lebih mesra teknologi. Beacon ialah salah sebuah konsep yang bertanding untuk menggantikan telefon awam yang sedia ada. Ia mempunyai dua skrin LCD satu dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Skrin bawah merupakan skrin sesentuh yang memaparkan antaramuka telefon ketika digunakan. Ia juga mempunyai kemampuan internet dan boleh digunakan oleh orang awam untuk mencari arah ke tempat-tempat tertentu seluruh New York. Skrin bahagian atas pula berfungsi sebagai papan iklan digital dan boleh diaktifkan untuk menjadi sistem amaran jika berlaku kecemasan. Sebagai contoh jika taufan berlaku ia akan memaparkan amaran dan menunjukkan arah ke kawasan selamat. 

Very cool idea tetapi jika rosak kos untuk membaiki telefon awam pintar ini pastinya agak mahal.



Laporan asal FastCo

6 comments:

  1. 1st

    nak biskut........................

    ReplyDelete
  2. Cool abes. Kalo sana mungkin match la dengan dorang punye civilization... Vandalisme tu tetap ade di mana2 tapi ikut tempat la kan, mungkin dlm kadar yg sedikit sebab tu dorang confident je nak pasang mende tu kat sana... Kalo kat sini... Wallahualam... Kena jenis perangai suka jahanamkan harta benda awam, tak guna jugak. Tengok mentaliti ah...

    ReplyDelete
  3. kena guna android system baru gempak sambil main game.....

    ReplyDelete
  4. pfffttt gila gempak....

    ReplyDelete
  5. 5th... <--- does this count?

    ReplyDelete
  6. cool yo!!

    Come visit
    http://www.designtobuild.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails