Sunday, 10 March 2013

Serius Klasik - NASA AD-1 : Pesawat Sayap Berputar Oleh NASA (14 Gambar)


Konsep yang gagal menjadi realiti

Sekitar tahun 70an dan 80an NASA adalah antara badan kerajaan yang menerima dana terbesar oleh kerajaan Amerika Syarikat. Dana yang besar ini diberikan untuk memastikan Amerika Syarikat akan terus menjadi kuasa besar dalam perlumbaan angkasalepas dan inovasi aeronautikal dunia. Puluhan juta (pada waktu ini puluhan juta adalah besar) dibelanjakan oleh NASA untuk mencari sistem pelancaran roket dan bentuk pesawat baru yang lebih efektif. Banyak inovasi dihasilkan dalam tempoh 20 tahun ini seperti pembinaan Space Shuttle dan stesen angkasa SKYLAB.

Dalam tempoh 20 tahun ini juga NASA menghasilkan beberapa pesawat konsep yang inovatif tetapi gagal digunakan secara komersil. NASA AD-1 ialah salah sebuah pesawat percubaan unik yang dihasilkan. AD-1 mempunyai sistem sayap berputar yang diberi nama Oblique Wing Research Aircraft (Pesawat Kajian Sayap Serong). Pesawat sayap serong bukanlah teknologi baru tetapi telah wujud sejak 1942 di Jerman. Melalui kajian terowong udara dan pengiraan matematik, pesawat dengan sayap serong secara teorinya mempunyai kemampuan aerodinamik yang lebih baik dari pesawat dengan sayap konvensional. Pengurangan geseran udara memastikan pesawat ini boleh bergerak pantas denga penggunaan bahan api yang jauh lebih kecil.  Ini adalah kerana geseran udara pada pesawat bersayap serong adalah jauh lebih rendah pada kelajuan tinggi sehingga 1700 kilometer sejam.

AD-1 mula terbang pada tahun 1979 dan diterbangkan sebanyak 79 kali. Sayap pesawat ini mampu berputar sehingga 60 darjah bagi mendapatkan kemampuan aerodinamik yang paling ideal. Namun NASA mendapati apabila sayap diserongkan pada posisi maksimum, pesawat menjadi kurang stabil dan sukar untuk diterbangkan. AD-1 menunjukkan kriteria mudah terbalik dan sukar dikawal apabila sayap mencapai serongan maksimum. 

Projek AD-1 dihentikan pada tahun 1982 dan pesawat ini kini disimpan di Muzium Penerbangan Hiller di San Carlos California. Idea penggunaan pesawat sayap serong untuk pesawat pejuang kelajuan tinggi dan pesawat penumpang antara benua supersonik sekaligus dibatalkan. 

Apa pendapat anda tentang pesawat sayap serong? Sekiranya ia menjadi realiti adakah anda berani menaikinya?



Laporan asal Wikipedia dan Desktop Aero

17 comments:

  1. laju bebenor nk first hahhaha

    ReplyDelete
  2. bapak kau kelantan

    ReplyDelete
  3. salam 4-1 dr selangor utk JDT

    ReplyDelete
  4. laju lagi kapal aku terbang :D

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    Cara Menentukan Bayi Lelaki Dan Perempuan 99% Berkesan - Info - Blog 3 Dalam 1

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/03/cara-menentukan-bayi-lelaki-dan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monyet rimau kencing lebih..

      Delete
  5. Select The Best Place with the Best Study Option After SPM! Find Out More! http://bit.ly/10vQzuN

    ReplyDelete
  6. Berdasar pengalaman wiki gua. Design jet pejuang pon tidak direka utk kestabilan kerana lebih pentingkan aero dinamik. Kestabilan jet bergantung pd sistem elektronik yg kawal tujahan enjin. Kalu nak stabil design mesti seperti kapalterbang komersil.
    Sekian terima kasih (sambil menyikat rambut belah tepi).

    ReplyDelete
  7. LAMA sungguh Diva tak nampak Yazer dalam majlis-majlis hiburan, ke mana agaknya Yazer menyepi. Setahu Diva, Yazer sempat buat satu album solo dengan Luncai Emas, maknanya Yazer ada produk untuk dipasarkan, sayangnya kurang promosi.

    Tak mengapalah Yazer, belum ada rezeki awak untuk menonjol agaknya. Yazer kena berusaha tapi jangan tunggu terperuk lama-lama sangat takut susah pula nak kenalkan diri nanti, takut peminat lupa.

    Dalam diam-diam cara Yazer, tiba-tiba ada berita mengejutkan yang Diva dapat hidu. Dengarnya nama Yazer sudah jadi sebutan untuk jadi penyanyi baharu kepada kumpulan rock Kristal. Tertanya-tanya juga, mana hilangnya Razlan yang selama ini membesar bersama Kristal.

    Ikut kata sumber, Razlan sudah ada bisnes sendiri dan banyak urusan yang perlu diberi keutamaan, Kristal pula kena bergerak tak bolehlah nak tolak kalau ada jemputan persembahan.

    Diva yakin dari segi penampilan Yazer memang ada imej sebagai penyanyi rock cuma untuk serasikan Yazer dengan nama Kristal.


    Diva: Tak sabar nak ke pratonton Juvana The Movie, Rabu nanti, memberi impak atau mencuri impak sahaja.



    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm#ixzz2N8Dc9vfl
    Hakcipta terpelihara

    ReplyDelete
  8. LELAKI yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil ubat perangsang seks kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

    Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji membabitkan data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan, pil dan ubat bagi mengatasi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

    Kesannya juga dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

    Kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS), Lamar Pierce mendapati, perbezaan gaji antara suami dan isteri tidaklah terlalu ketara dan dilaporkan lelaki yang mempunyai isteri bergaji tinggi cenderung mengambil ubat perangsang seks sebanyak 10 peratus.

    "Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

    "Perbezaan gaji sebanyak £10,000 (RM47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan ubat seks. Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

    "Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu," lapor Pierce yang diterbitkan dalam Buletin Personality and Social Psychology baru-baru ini.

    Wanita beri nafkah

    Pierce memberitahu, peningkatan wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

    "Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial. Keadaan itu boleh menyebabkan lelaki sukar terangsang atau (alat kelamin) tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

    "Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk," ujarnya.

    Dalam tempoh 20 tahun lalu, peratusan isteri di AS yang bergaji tinggi meningkat daripada empat peratus kepada 22 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan.

    Kajian terbaharu itu memfokuskan kepada dua kategori data iaitu maklumat demografi dan preskripsi ubatan untuk populasi berkenaan. Berdasarkan data yang diperoleh pada tahun 1997 hingga 2006, sebanyak 569,000 pasangan berumur lingkungan 25 hingga 49 tahun, kedua-duanya bekerja secara sepenuh masa.

    Kata Pierce, lelaki yang bergaji rendah menerima kesan psikologi disebabkan perbezaan pendapatan. Sebagai contoh, Pierce mendapati bahawa lelaki yang mempunyai isteri bergaji tinggi lebih cenderung mengambil ubat-ubatan untuk insomnia dan kemurungan berbanding situasi di mana lelaki adalah sebagai pencari nafkah utama.

    Kajian turut dijalankan oleh profesor pemasaran di Universiti Minnesota Carlson School of Management, Kathleen Vohs yang mendapati, terdapat dua penjelasan yang mungkin iaitu ia mengancam lelaki untuk menjadi lebih baik daripada isteri mereka dan ancaman yang dibawa sepanjang jalan ke bilik tidur.

    "Satu lagi penjelasan ialah suami mungkin menggunakan ubat perangsang seks sebagai satu cara untuk menjamin bahawa dia tidak tertekan ketika di bilik tidur," jelasnya yang menjalankan penyelidikan terhadap kesan pendapatan pada psikologi manusia.

    Ujar Pierce, ramai lelaki berbangga mempunyai pasangan yang berpendapatan lebih. Bagaimanapun, ia adalah penting bagi pasangan untuk berfikir tentang perkara itu sebelum mereka berkahwin, dan untuk berkahwin dengan seseorang yang mempunyai potensi pendapatan yang lebih pada masa sekarang dan hadapan.



    ReplyDelete
  9. obe tmkasih post citer macam ni,,thumbs up....info berguna...lebih baik dari hari2 ckp pasal politik jer.. :)

    ReplyDelete
  10. Then the F-14 Tomcat was created..

    ReplyDelete
  11. hoh..buleh ke mcm ni?

    Come visit
    http://www.designtobuild.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails