Friday 15 March 2013

Serius Klasik - Welthauptstadt Germania : Kota Utopia Nazi Yang Tidak Kesampaian (17 Gambar)


Putrajaya Edisi Nazi

Welthauptstadt Germania (Ibunegara Dunia Germania) ialah konsep pembinaan semula bandaraya Berlin oleh Nazi bagi menjadikannya pusat dunia. Adolf Hitler pecaya Perang Dunia Kedua di Eropah akan berakhir pada tahun 1945 dengan kejayaaan tentera Nazi menakluk keseluruhan Eropah, Russia. Afrika Utara dan Tanah Arab. Oleh itu negara baru Germania yang akan terbentuk memerlukan ibu negara dengan binaan paling extravagan bagi menunjukkan kekuatan bangsa Aryan. Welthauptstadt Germania direka oleh arkitek terkenal Nazi Albert Speer. Sebahagian besar kota Berlin akan dibina semula dan binaan yang memdewakan parti Nazi akan dibina pada skala mega. 

Bangunan yang bakal menjadi tumpuan utama Welthauptstadt Germania ialah sebuah dewan gergasi yang diberi nama Volkshalle (Dewan Rakyat).  Ianya direka sendiri oleh Adolf Hitler dan mempunyai ketinggian 290 meter dan kubah gergasi  selebar 250 meter. Ini bermakna kubah Volkshalle adalah 6 kali ganda lebih besar dari kubah Basilika St Peter's di Vatican. Hitler mendapat idea membina Volkshalle setelah melawat bangunan Pantheon di Rome. Dari lukisan kejuruteraan yang masih wujud sekarang, Volkshalle boleh memuatkan sehingga 180 000 individu pada satu-satu masa. Sebelum pembinaan boleh dimulakan Albert Speer melakukan beberapa ujikaji di atas tapak pembinaan Volkshalle. Beliau mendapati tanah Berlin tidak mampu menampung berat struktur seberat Volkshalle.  

Selain Volkshalle, terdapat juga perancangan membina sebuah pintu gerbang gergasi sebagai memorial memperingati askar Jerman yang meninggal dunia ketika Perang Dunia Pertama. Pintu gerbang ini diilhamkan oleh Arch De Triomphe di Paris tetapi sebagai tanda kehebatan Nazi ianya akan dibina pada skala yang jauh lebih besar.

Kerana perang yang semakin merebak, pembinaan Welthauptstadt Germania terbengkalai. Selepas kekalahan Jerman projek ini terus dilupakan.  Agak bagus juga Welthauptstadt Germania tidak terbina kerana let's be honest here kids..... Nazi architechture is boring. 


 
Laporan asal Secret Weapon of The Third Reich

16 comments:

  1. Replies
    1. kota baru kalau Anwar tawan Putrajaya macam mane pulak obepig babi?

      Delete
    2. KO CAKAP BAIK2 SIKIT BOLEH KA MACAI?

      Delete
    3. anwar tawan..habis dia jual..mansuh terus

      Delete
    4. kelantan jadi Dubai.

      Delete
    5. penang (pulau) jadi singapore. semua melayu kena tendang pi seberang perai.

      Delete
  2. call me que cheng. kbye

    ReplyDelete
  3. Mcm putrajaya pulak

    ReplyDelete
  4. Pada ketika ini hanya ada seorang pemimpin agung berjiwa rakyat di Malaysia, yang sering kali pantas menghidu keperluan masyarakat. Kini warga berpendapatan rendah boleh bergaya dengan telefon pintar hasil Pakej Komunikasi Belia (PKM), pelbagai perancangan dicanang dan dilaksanakan, BB1M, BR1M, BL1M, PR1MA, KR1M, K1MA.... beliaulah pemimpin agung yang perihatin kepada rakyat jelata, beliaulah Dato Seri Najib b Tun Abd Razak. Untuk itu pada pilihanraya ini, tiada parti lain harus diundi, undilah BARISAN NASIONAL (BN)!!!!

    pesanan ini ditaja khas oleh BN

    ReplyDelete
  5. Cuba google image 'washingotn dc'. Lebih kurang je aku tengok...

    ReplyDelete
  6. Where Tesla Reactor ? Germany should have that.

    ReplyDelete
  7. obepig nih bodoh la.
    mase tu binaan tu dh kire superb la.
    bodoh..hidup nazi

    ReplyDelete
  8. Kalau lah bandar terancang ni jadi. kan best. Cume tulah, tak mesra alam langsung.

    ReplyDelete
  9. bangang korang ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails