Monday 11 March 2013

Serius Cool - Stesen Janakuasa Merangkap Tanjak Ski Di Copenhagen (12 Gambar)


Beans!

Selalunya stesen janakuasa diletakkan di luar kawasan bandar. Ianya tidak direka untuk kelihatan menarik untuk dipandang. Di Copenhagen stesen janakuasa Amager Bakker mempunyai rekabentuk yang berlainan. Stesen janakuasa ini juga berfungsi sebagai sebuah tanjak ski yang boleh digunakan penduduk Copenhagen. Sampah pepejal penduduk bandar ini dibakar sebagai bahan api bagi menjana kuasa elektrik. Tanjak ski yang dibina pada luarannya pula berfungsi ketika musim sejuk. Stesen janakuasa ini juga akan "meghembuskan" asap berbentuk bulat setiap kali 1 tan karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera bagi mengingatkan orang ramai tentang penceraman yang dihasilkan oleh mereka. Sebuah konsep yang menarik. Masalah di Malaysia ialah kita gemar membuang sampah cecair yang busuk. Kalau sebuah kawasan rekreasi diletakkan di atas stesen janakuasa, semestinya orang ramai tak datang kerana bau busuk. Shame really.

Stesen janakuasa Amager Bakker sedang dalam pembinaan sekarang. Sekiranya anda ke Copenhagen jangan lepaskan peluang melawat ya!




Laporan asal Dezeen

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails