Thursday 7 June 2012

Serius Cool - Seri Chenang Resort Langkawi : Resort Mahal Bak Hang (12 Gambar)


Dayyum!

Penat dengan kerja? Bosan dengan kehidupan fast paced di ibu kota? Anda kaya nak mampos? Apa kata anda ke Seri Chenang Resort dan Spa di Pulau Langkawi. Ianya resort mewah terkini yang bakal dibuka 30 Jun kelak. Seri Chenang terletak di Pantai Chenang dan ia terdiri daripada 6 villa esklusif dan 13 bilik. Seri Chenang dibina supaya kelihatan seperti sebuah perkampungan melayu. Bangunan resort dan villa esklusif dibina dengan seni reka rumah melayu dari negeri Kedah, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu. Keluasan villa bermula dari 113 meter persegi (1216 kaki persegi) dan yang paling besar dengan 5 bilik tidur seluas 393 meter persegi ( 4230 kaki persegi). Anda boleh chillax berjauhan dari hiruk pikuk bandar kerana Seri Chenang dikelilingi hutan belantara dan pantai persendirian. Jika badan masih sengan kuda sila ke Spa Kayangan dimana anda akan dilayan seperti despot dari benua Afrika. Berapakah yang perlu anda bayar untuk menginap disini? Harga penginapan semalam ialah lebih kurang USD 13 280. ENJOICE!







Laporan asal BornRich

24 comments:

  1. Dlm website RM5K / night paling mahal

    ReplyDelete
  2. bullshit mahal giler haha

    ReplyDelete
  3. baik la dok kt palace of golden horse

    ReplyDelete
  4. bawak khemah port tepi hutan die nie..dpt jgk la rase

    ReplyDelete
  5. tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaa......nak harammmmmmmmmmmmm rege diaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. ketuanan melayu boleh lah nginap sni..tuan2 hamba, kuli2 batak boleh kerja macam mcm biasa.. xda tempat untuk anda kat sini.

    ReplyDelete
  7. rosmah dengan najib mesti nak try nie

    ReplyDelete
  8. Oh.. ni lah dia resort yang kawan saya katakan tempoh hari. Dia salah seorang "ID" tak bertauliah yang terlibat di dalam pembinaan rekaan dalaman resort ni. 22 tahun & pengkid. Cerita betul? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak betul. Just found out this blog and read your comment. We're the consultant for this project, and we do not have a a staff as per your description. We're accredited ID firm. This is a serious accusation by saying ""ID" tak bertauliah".
      Thanks.

      Delete
  9. berpotensi sebagai tempat orang2 kenamaan dan VIP berzina. damn i kinky.

    ReplyDelete
  10. baik aku balik kampung bercuti kat perhentian. save money even more

    ReplyDelete
  11. ha ni la ketuanan melayu.buat resort mahal nak mampus tp yg pegi bukan orang kita pon..idup melayu! merempat negara sdri

    ReplyDelete
  12. hmmm rationally, ada duit, price takkan jadi maslah, tak ada duit, complaint kutuk ceramah etc etc etc

    ReplyDelete
  13. im with muse . ada duit pergi , xda duit diam tengok gambar sudah , xpayah nak maki sana sini

    ReplyDelete
  14. koghok mu!!!!hrga bkn cmtu arrr!!!!cuba jgn dok nipu dlm cyber ni!!..harga pling mhl pun leh consume sbuah villa,RM6500 net...aje. Yg murah,RM1800 net. pun sbuah rumah gak. Best wooo!!Special Package per nite, siap brkfast 2pax n trip to/from airport n 30min spa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails