Thursday, 5 April 2012

Serius Fakta - Mil V-12 Homer : Helikopter Terbesar Dunia (12 Gambar)


Di Russia Semuanya Gergasi

Ah Mother Russia! Negara yang besar dan mempunyai idea kejuruteraan yang aneh ketika perang dingin. Russia sudahpun memegang rekod negara pengeluar kapal terbang terbesar dengan terbinanya Antonov 225 Mriya lebih dua dekad yang lalu. Tapi tahukah anda mereka juga pernah mengeluarkan helikopter terbesar dunia?

Helikopter ini ialah Mil Mil V-12 Homer. Ianya dibina pada tahun 1968 untuk tujuan mengangkut roket nuklear balistik ke silo pelancaran diseluruh Soviet. Pada waktu itu pihak tentera merasakan sistem pengangkutan jalan raya Soviet masih belum sesuai untuk digunakan bagi memindahkan roket yang sudah siap ke silo. Jalan yang tak rata dan diseliputi salji mungkin menyebabkan roket mereka rosak ketika penghantaran. Syarikat pengeluar helikopter ternama Mil Mi dikerahkan untuk mereka sebuah helikopter gergasi untuk tujuan ini. Dua prototaip Mil Mi V-12 dihasilkan dan semasa tempoh percubaan ianya melangkaui semua kehendak pihak tentera Soviet. Ia juga memegang rekod berat maksimum pernah diangkat sebuah helikopter dengan berat 44205 KG sehingga ketinggian 2255 meter. V-12 Homer mampu melakukan kesemua ini kerana diperkasan dengan 4 buah enjin yang setiap satunya menghasilkan 6500 kuasa kuda! BAD ASS!

Malang bagi Mil Mi V-12 pada tahun 1974 projek ini dibatalkan pihak tentera. Sebabnya ialah mereka berjaya mereka roket yang lebih kecil dan keperluan helikopter gergasi tidak lagi diperlukan. Kedua-dua protaip V-12 masih wujud. Satu terletak di Muzium Monino verhampiran Moscow dan satu lagi tersadai di kilang Mil Mi sehingga hari ini.






Laporan asal WIki dan AviStar

17 comments:

  1. dunia mungkin lebih menarik kalau Rusia yang menang perang dingin

    ReplyDelete
  2. Mengingatkan aku kat V-22 Osprey.. Maybe USA ciplak idea Russian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah biasa la tu us tiru russia, russia tiru us. tu pon lu nak kecoh

      Delete
  3. oi xnak xprmote blog senyumshial ko ke lahanat/??

    hahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. jemput kitorang gi kenduri sebab dapat 1st..

      Delete
  5. Sesuai sangat kalo nak angkut awek aku. Muahahahahaha....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails