Friday 13 April 2012

Serius Cool - A-10 Thunderbolt II : Senapang Terbang Pembunuh Kereta Kebal (15 Gambar)


A-10 Thunderbolt


A-10 Thunderbolt II ialah sebuah pesawat yang unik. Ianya direka khas untuk membunuh kereta kebal milik Russia. Didalam doktrin peperangan Russia, serangan kereta berperisai secara besar-besaran adalah taktik utama mereka. Ketika perang dingin pihak Soviet mempunyai puluhan ribu kereta kebal dan kereta perisai yang mampu memusnahkan pertahanan pihak NATO. Pihak NATO tahu jika peperangan berlaku mereka tidak mampu menghalang serangan besar-besaran Soviet kerana mereka tidak mempunyai jumlah kereta perisai yang secukupnya. Jadi apakah cara terbaik untuk memusnahkan kereta kebal Soviet? Pengeluar kapal terbang Fairchild menghasilkan A-10 Thunderbolt II atau nama manjanya Warthog (Babi Hutan). Nama manja ini diberikan kerana pesawat ini huduh macam babi tidak seperti peswat perang yang lain.

Pesawat ini dilengkapi dengan selaras senapang Gattling GAU 8 Avenger. Ianya senjata utama terbesar pernah diletakkan didalam mana-mana pesawat penyerang pada ketika itu. Senapang dengan 7 laras sepanjang 6 meter ini menggunakan peluru yang direka khas untuk merobek perisai kereta kebal milik Soviet. Kadar menembaknya pula ialah 4800 peluru seminit. Walaupun sudah beroperasi lebih 40 tahun, A-10 masih lagi digunakan oleh Tentera Udara Amerika di Iraq dan Afghanistan. Ini adalah kerana sehingga sekarang tiada pesawat yang mempunyai kemampuan menghancurkan kereta perisai secara pukal seperti A-10 Thunderbolt II







Laporan asal Wikipedia

16 comments:

  1. c&c zero hour thunderbolt

    ReplyDelete
  2. peluru yg digunakan adalah jenis depleted uranium dan Gatling Gun mmg terkenal sejak dulu lagi...

    ReplyDelete
  3. pluru die ni skali perang habis kawasan tu kene radiasi haha

    ReplyDelete
  4. 1st kapal terbang aku bawak mase zaman 486 dulu

    ReplyDelete
  5. silap sket fakta ko tu obe. ini bukan kapal terbang dilengkapi gatling. ini sebenarnya Gatling GAU 8 dilengkapi dengan kokpit & sayap.

    the plane built around a massive weapon, not the other way.

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok benda nie in action kat iraq dalam youtube. Kena badan terus bersepai woooo. Memang tak nampak macam mayat dah. Berkecai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails