Sunday, 15 April 2012

Serus Cool - Muzium Titanic Di Belfast (15 Gambar)


100 tahun sudah berlalu

Seratus tahun sudah berlalu sejak kapal RMS Titanic kepunyaan White Star Line karam di Lautan Atlantic. Just so you know hari ini 15 April 2012 ialah hari lebih 1000 orang menemui ajal kerana kapal Titanic tidak dilengkapi dengan bot penyelamat yang secukupnya. Sebelum ini ada kami paparkan muzium Titanic di Amerika Syarikat yang mempamerkan artifak yang diambil dari tapak karamnya Titanic. Hari ini aku mahu paparkan muzium Titanic di Belfast Ireland Utara. Di sinilah terletaknya limbungan kapal Harland and Wolff dimana Titanic direka dan dibina. Sepanjang pembinaannya lebih 28 000 warga Belfast bekerja disini. Muzium Titanic Belfast direka bagi menceritakan bukan sahaja sejarah kapal yang malang ini tetapi juga cerita mereka yang membinya. Rekaan luaran muzium ini dibuat untuk kelihatan seperti haluan kapal. Pada ketinggian 70 kaki ianya sama tinggi seperti haluan kapal Titanic. Bangunan sebesar 14 000 meter persegi dan enam tingkat ini juga merupakan muzium Titanic yang terbesar didunia. Pihak pengurusan berharap ianya dapat menarik lebih 1 000 000 pengunjung setiap tahun. Selain berfungsi sebagai muzium, Titanic Belfast bakal menjadi centerpiece kepada projek pembagunan semula Titanic Quarters yang benilai GBP 7 Billion. Sesiapa yang ke Belfast jangan lupa melawat muzium ini.







Laporan asal ArchDaily

5 comments:

  1. serius 1st....coOl....hahahahaha..hepi sunday..:)

    ReplyDelete
  2. baru je lepas tgk titanic 3d... lepas tu terus wat research pasal titanic kat internet... rasa nak pergi je kat wreckage site titanic tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gi situ boleh tngk live xyah pakai 3D lg kan,,, mesti best gila kan

      Delete
    2. Mesti kau stim bila tengok babak Leo lukis gambar Kate masa bogelkan sambil tangan kau cuba nak meraba buah dada 3D dia..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails